Kamariah melihat Hakeem sudah siap lengkap berpakaian untuk ke tempat kerjanya..
“Assalamualaikum.. Bonda tak kerja” Hakeem melihat Kamariah berpakaian biasa sedang duduk di ruang tamu
“Wa’alaikumusalam. Ingat tak nampak bonda” Kamariah menjeling pada anaknya.
“Dalam rumah nampak luar tak!.. Bonda tak kerja?” Hakeem bertanya lagi sekali pada Kamariah, Kemudian melihat ayahdanya pula turun dengan hanya memakai t-shirt biasa.. “Dating??”
“Check up.. Bonda dah tukar hospital sini.” Kamariah membalas.. “Sampai bila Hakeem nak macam ni” Kamariah melihat Hakeem sudah siap sedia keluarkan tongkat dan cermin mata hitamnya..
“Sampai Hakeem betul bersedia.. dunia ni penuh dengan kepuraan.. dengan macam ini Hakeem nampak semuanya..” Aku rasa hidup macam ni lebih selamat daripada celik..
“Suka hati anaknda la..” Kamariah sudah tidak larat untuk menasihati anaknya.. biar anaknya buat apa yang dirinya suka asalkan Bahagia.. “Tapi jangan sampai yang baik kamu tak nampak pula..”
“Ayahda masuk office lepas lunch.. Hakeem pergi dengan Hassan ke office.. Ayahda dah bagitahu Hassan semalam” Zulkifli yang baru sampai di ruang tamu bersuara..
“Ye Ayahda.. Tengok Bonda cantik macam ni mesti erm erm dengan Ayahda sekejap lagi.. maaf Hakeem Tak boleh teman” Hakeem tersenyum memandang Kamariah yang masih berbaju kelawar..
“Anaknda perli Bonda ye.” Kamariah yang masih memakai baju kelawar melihat dirinya sendiri apabila anaknya memuji dirinya cantik..
“Tak apa.. Ayahda dengan Bonda pun tak mahu Hakeem teman. Kami mahu berdua saja” Zulkifli datang dan dekati Kamariah yang duduk di sofa..
Hakeem senyum melihat orang tuanya.. seperti pasangan baru bercinta.. “Hakeem pergi dulu..”
“Ye.. Assalamualaikum” Zulkifli menyambut tangan anaknya yang sudah di hulurkan.
“Wa'alaikumusalam..” Hakeem bertukar Salam dengan Bondanya pula..
Sebaik tiba di pintu utama Hakeem buka tongkatnya lalu tangannya digerakan untuk menyentuh hadapannya dengan tongkat. Bagi memastikan tiada halangan ketika sedang berjalan. Kalau Hakeem ni jalan macam biasa boleh je.. halaman rumah sendiri orang tak nampak.. rumah dia pun jauh dari jiran.. Saja nak feel real blind..
Hassan bukakan pintu kereta di bahagian penumpang untuk Hakeem.. kemudian dia masuk ke bahagian pemandu..
“Hassan nanti beli Nasi lemak yang Hassan beli hari tu” Hakeem bersuara sebaik kereta bergerak..
“Sedapkan kan Encik Hakeem.. kedai dia ni ramai pelanggan cina.. orang cakap kedai makan orang cina suka datang mesti sedap kedai tu..” Hassan mula berbasah tekak berbual dengan Hakeem.
“Aha!! Sambal dia tu lain dari yang lain..” Hakeem tidak boleh menafikan kata-kata Hassan.. memang sedap gila.. sekali makan tak cukup..
“Saya terus pergi beli sebab kedainya dekat sini je”
“Okay.. boleh melihat siapa yang jual”
“Encik Hakeem nak tengok sape jual! Mak Cik je.. bukan gadis muda pun..” Hassan melihat dari cermin pandang belakang sambil tersenyum ada maksud.. Anak Mak Cik Zai lawa.. nasib baik aku dah ada awek..
“Tetap mahu melihat” Hakeem senyum memandang keluar.. kemudian di keluarkan dompetnya lalu di keluarkan note 50 di hulurkan kepada Hassan.. “Ni duit Nasi lemak”
“Besar sangat Encik Hakeem.. Nasi lemak seringgit je..”
“Seringgit!!” terkejut Hakeem.. Mana ada lagi orang jual Nasi lemak seringgit dengan kuantiti yang banyak sekarang ni..
“Ye.. Tak apa saya belanja Encik Hakeem lagi.. tapi tengah hari Encik Hakeem belanja lunch” Hehehe.. jimat duit aku habis berapa ringgit je hari ni.
“Okay.. Ada untung ke jual seringgit banyak Macam tu..” Hakeem masih tidak percaya akan nasi lemak seringgit yang dirinya makan..
“Adalah tu.. kalau ada anak Mak Cik ni tolong jaga lagi la.. tengah hari tak payah makan dah.. siap bagi kuih free lagi” terlepas pula cakap.. Hakeem bukan tahu pun.. mesti dia ingat Thaqif je..
Hakeem melihat Hassan membelok ke kawasan di belakang pekan.. “Jual dalam macam ni pun ada orang tahu!!” Di kawasan luar kawasan pekan utama.. ada ke orang beli dalam macam ni
“Dalam ni ada pekan lama.. Orang-orang sini tahu la.. Encik Hakeem google la nanti saya nak cerita saya pun generasi muda.. Lagipun dalam ni ada banyak kampung”
Hassan memusingkan stering ke kanan kemudian ke kiri lalu berhenti.. “Dah tiba!!” Hassan terus keluar pergi ke kedai Nasi Lemak Zaitun
Hakeem melihat kawasan sekeliling.. ada dua buah deretan rumah kedai yang lama jelas kelihatan kerana warnanya sangat pudar dan tidak berpenghuni.. ada sebuah kedai makan di hujung yang ramai pelanggan.. sebuah kedai runcitnya di sebelah Hassan berhentikan keretanya dan sebuah gerai Nasi lemak yang Hassan tengah beratur untuk beli..
Pelanggan yang beli semuanya berpakaian kotor seperti mahu ke kebun dan hanya menaiki motor buruk..
Hassan melihat Zaitun seperti tidak cukup tangan melayan pelanggannya.. “Mak Cik saya tolong..” Hassan terus ke tepi Zaitun. Di pakai sarung tangan yang berada di bakul plastic kemudian di buka kertas pembalut yang sudah di isi daun pisang..
“Terima kasih..” Zaitun sememangnya tidak kisah jika ada orang ingin menolong kenal atau tidak kerana dirinya sememang tidak cukup Tangan.. Lagi-lagi ketika waktu budak sekolah ke sekolah.. Hassan ni memang selalu tolong.. tolong bungkus diri sendiri punya..
Hassan menolong Zaitun membungkus nasi lemak.. “Cik saya bungkus saya punya dua ye”
“Ye!!” Kan betul.. bungkus diri sendiri punya.. Laju tangan Zaitun melakukan kerjanya.. bukan tidak mahu bungkus awal tapi sememangnya tidak sempat.. kadang kala Tahira menolong bungkuskan di rumah lebih awal tapi hanya boleh dapat seberapa sahaja..
Kenapa lama sangat Hassan ni.. Hakeem menoleh ke kedai melihat Hassan sedang membungkus Nasi lemak.. self service ke… Hakeem keluar dari keretanya untuk datang ke kedai Nasi lemak Zaitun..
“Abang Saya tolong Abang melintas..” Budak sekolah menaiki basikal tiba-tiba berhenti di hadapannya lalu menegurnya. “Abang tunggu ni sekejap Saya letak basikal..”
“Mak Cik nak bungkus dalam plastic satu..” Agak kuat budak Itu bersuara agar di dengari oleh Zaitun.. kemudian ke Hakeem..
Hassan yang dengar terus mengambil plastic putih, di masukan nasi lemak. Di bungkus yang senang bungkus. pakai kertas daun pisang ni leceh sikit..
“Jom Abang..” Budak sekolah Itu menarik tangan Hakeem agar ikutnya.. “Abang nak Nasi lemak kan..”
“Ye ye” Hakeem melangkah ke hadapan.. Bagusnya budak ni.. belajar rajin² ye Dik..
“Mak Cik bagi Abang ni dulu.. OKU” sebaik tiba terus bersuara budak Itu ke Zaitun.. semua mata memandang ke arah Hakeem..
OKU!! Hassan baru teringat akan majikannya.. “Encik Hakeem.. maaf Saya tolong sampai lupa pula..”
“Tak apa.. Saya boleh tunggu.. tak perlu bagi saya dulu.. kena adil..” Hakeem tidak tahu Hassan dah bungkus awal untuk dia punya..
“Maaf ye anak kena tunggu lama..” Zaitun senyum pada pelanggannya..
“Dik Nasi lemak kau sini.. ambik ni” Hassan memanggil Budak sekolah tadi.. dengan pantas budak sekolah itu datang ke Hassan lalu di hulurkan seringgit..
Hampir satu jam juga Hakeem menunggu Hassan siap menolong Zaitun.. hingga dirinya duduk di kerusi yang Zaitun bawa untuk berehat jika tiada pelanggan..
“Maaflah.. kena tunggu sampai makan dekat sini” Zaitun melihat Hakeem dan Hassan sedang makan nasi lemak, tangan kiri memegang bekas makanan, tangan kanannya di suapkan ke mulut..
“Tak apa.. memang hari-hari macam ni ke?” Hakeem mula bertanya.. Tak heran Hakeem kalau kedai Mak Cik Zaitun ni ramai pelanggan.. sebab murah sedap pun ye.. memang berbaloi beli..
“Time budak sekolah memang macam ni.. kalau tak sekolah sorang-sorang datang.. tak serbu Macam tadi..” Zaitun terangkan kepada Hakeem.. Kerana ini baru pertama kali dia melihat Hakeem.. Pasti orang baru ni..
“Ohh.. kedai runcit sini memang buka awal ye!”
Hassan menyepak lembut kaki Hakeem.. takut majikannya terlupa dirinya buta..
“Sebab Saya dengan orang beli tepung la.. gula.. tadi apa akak tu auntie tadi cakap tak jumpa..” dengan pantas Hakeem menambah ayat.. Terlupa dirinya buta..
Zaitun senyum melihat Hakeem “Lepas subuh dah buka.. ni la kedai runcit paling lama dekat sini.. Suami Mak Cik cakap dari dia kecik dah ada.. tukar ke anak pula.. mungkin lepas ni ke cucu pula kot..” Zaitun menuangkan air kopi di dalam cawan plastic yang sentiasa ada di dalam bonet kereta..
“Kak.. kuih apa tinggal..” Taukeh Lim menegur dari belakang.. “Itu olang la.. Mau makan. Mai beli Tak mau”
Zaitun menjengah ke dalam bekas kuih.. “Karipap dua.. jemput pisang dengan donut ubi je..”
“Karipap Saya ambik dulu..” Laju Hassan mengambil bekas karipap.
“Lu ni.. gelat ma…” Uncle Lim melihat Hassan yang sudah tersengih melihat dirinya.. “Singgit singgit” Uncle Lim memandang Zaitun..
Zaitun mengambil kuih di masukan ke dalam plastic kemudian di hulurkan kepada Taukeh Lim.. kemudian Zaitun kembali duduk di bonet kereta yang terbuka.. “Kopi tu minum.. terima kasih tolong tadi..”
“Encik Hakeem nak minum sekarang..” Hassan bertanya pada Hakeem pula..
“Boleh”
Hassan terus mengambil cawan di atas meja lalu di hulurkan kepada Hakeem.. Hakeem menghirup sedikit.. sedapnya.. pakai kopi apa ni.. “Mak Cik pakai kopi apa ni.. Sedap”
“Kopi biasa je.. anak Mak Cik buat.. dia suka kopi tu dia tahu bancuh bagi sedap..” mahu tak sedap.. Make in Australia punya kopi. Grandpa Tahi ni ikut sangat kehendak cucu.
Hakeem mengangguk kepala sahaja kerana mulut berisi makanan.
“Encik Hakeem kena makan karipap pula.. “ Hassan berikan ke tangan Hakeem..
“Nasi belum habis lagi..”
“Tak apa rasalah..” Hassan menolak tangan Hakeem ke mulutnya sambil tersenyum.. Dah rasa confirm nak lagi.. macam aku dulu.. ketagih kau.. Tak sangka kawan aku ni pandai buat karipap, sedap pula tu..
Hakeem sempat melihat rupa karipap Itu.. hodohnya karipap ni.. di masukan ke dalam mulutnya.. terbeliak biji mata Hakeem apabila merasa karipap Itu.. nasib baik dia memakai kaca mata hitam. Jika tidak pasti Zaitun terkejut melihat dirinya yang terjujul biji mata..
Isi banyak sedap pula tu.. “Ada lagi.. “ Hakeem merasa tidak cukup.. mahukan lagi karipap kecik Itu..
“Habis.. saya punya je tinggal..” Hassan membalas.. Aku dah agak dah.. Tahira, aku dah tolong tambah lagi sorang peminat karipap kau..
Zaitun hanya senyum melihat gelagat anak muda di hadapannya..
“Mak Cik esok tinggalkan karipap untuk saya..” Hakeem bersuara sambil melihat ke hadapan..
“Kalau anak Mak Cik sempat buat dan Mak Cik ingat..”
Hakeem mengangguk kepala lalu menyuapkan Nasi lemak ke mulutnya..
“Tak pernah nampak pun sebelum ni.. Hassan ni tahu la” Zaitun mula bertanya.. sudah di perhatikan Hakeem tapi masih tidak kenal anak siapa..
“Saya baru pindah sini”
“Oh.. patut tak pernah nampak.. Kampung mana pindah. Ke taman”
“Rumah yang tengah-tengah sawah”
“Dekat Sawah Ring tu ke..Rumah baru tu...”
“Ye Mak Cik” Hassan tolong jawabkan untuk Hakeem yang penuh mulutnya dengan nasi.. Hakeem mengangguk kepala sebagai tanda betul..
Share this novel