Tok Imam berzikir sambil melihat muka Hakeem hari ini lebih teruk daripada sebelum ini.. Bukan mati anak dah ni. Macam diri sendiri nak mati je ni. Sementara menunggu waktu Isyak sampai Tok Imam menyapa Zulkifli
“Anak kau tu kenapa Zul”
Zulkifli memandang anaknya yang duduk tidak jauh daripada.. Teruk sangat rupa muka kecewa anaknya.. “Kecewa.. Pagi tadi lagilah menangis tak henti”
“Kenapa sampai menangis.. kena tolak ke” Tok Imam juga ingin tahu apa jawapan dari Zaitun selepas dengar nasihat berbau manis memuji Hakeem tempoh hari..
“Dengar Zaitun pilih Karim jadi menantu dia..” berterus terang Zulkifli. Zulkifli ni memang tak boleh simpan rahsia. Lagi-lagi dengan Kamariah. sebab tu bahagia sahaja sebab jujur selalu.
Terkejut Tok Imam dengar kata-kata keluar dari mulut Zulkifli.. “Jangan mengarut la!! Zaitun tu sendiri cakap dengan aku.. Baik dia pilih Hakeem daripada Karim tu”
Hakeem yang dengar terus memandang Tok Imam.. terus dia merangkak ke Tok Imam.. Tidak Kira sudah orang yang melihat dirinya “Betul ke Tok”
“ Allahuakhbar terkejut aku.. Bukan kau dekat sana tadi ke”
“Sekarang Saya dekat sini.. betul ke Tok cakap tadi..” Hakeem terus bersila di hadapan Tok Imam. Zulkifli diamkan diri biar Hakeem bertanya bagi memuaskan hatinya.. bagi melegakan perasaan sedih hatinya sejak pagi tadi..
“Yela!! Buat apa Tok nak Bohong.. tak dapat untung”
“Mak Cik Zai tak buka kedai bukan sebab Karim tu la kan” Hakeem mahu menyakinkan lagi apa yang didengari dari Tok Imam tadi
“Dia Tak buka kedai sebab anak laki dia, Thaqif nak bedah.. esok pun tak buka agaknya..”
“La…. Rugi air mata saya menangis pagi tadi..” lega Hakeem rasa.. kalau tidak, tidak tahu bila hatinya akan pulih kembali..
“Dia cakap lepas operation anak dia tu.. dia bagitahu jawapan.. dia banyak sangat benda nak fikir.. sebab tu dia tak bagi jawapan lagi dekat kau” Tok Imam beritahu kepada Hakeem apa yang Zaitun katakan tempoh hari.
“Dengar Hakeem.. sebab itu Ayahda bagitahu jangan percaya pada mulut orang.. tanya sendiri pada tuan badan”
“Ye!! Hakeem salah..” Tangan Tok Imam di gengaman.. “Tok Terima Kasih.. sayang Tok” di cium tangan tok Imam dan kemudian mata Hakeem tepat memandang Tok Imam.. sangat-sangat berterima kasih pada orang tua di hadapannya yang sudi membantu dirinya..
“Kau tengok Tok nampak ke.. “
“hati Saya nampak Tok” Hakeem tersenyum lalu merangkak balik ke tempat duduknya tadi.. hatinya girang mendengar kata-kata dari Tok Imam.. walaupun tidak confirm lagi jawapan yang di terima sekurangnya tahu Tahira bukan milik sesiapa lagi.. Tiada sudah bayangan Tahira kawin dengan Haji Karim dalam fikiran Hakeem..
_________________________________________________
Tiba sahaja waktu lunch Hakeem dengan pantas mengajak Hassan ke hospital untuk melawat Thaqif.. di belikan buah anggur kerana tidak tahu apa yang Thaqif boleh makan ketika ini..
“ Assalamualaikum” Hakeem menyapa di hadapan katil Thaqif. Di lihat Thaqif terbaring lemah mulut dan hidung mempunyai wayar..
Zaitun dan Tahira memandang ke arah suara yang memberi salam. “ Wa’alaikumusalam.. Kamu datang Hakeem, Hassan”
“Aha!! Datang melawat Thaqif.. Thaqif macam mana Mak Cik” Hakeem bertanya khabar..
“Macam kamu tengok tula..” Zaitun memandang Thaqif semula.. keciannya anak aku.. harap terus senang lepas ini..
“Abang Hakeem nampak ke Mak.. Mak suruh tengok” Tahira menyampuk..
La.. memang betul dia tak tahu aku boleh melihat rupanya.. ke sebab aku bawa Hassan teman.. Fobia lagi nak bawa kereta.. kalau terdesak baru aku bawa sendiri..
Zaitun memandang Tahira.. dah banyak kali kantoi pun anak aku ni tak perasan.. Tak nampak apa Tahira ini Hakeem datang kedai jalan tengok macam biasa.. lembab sungguh anak aku sorang ni.. “Mak lupa la Tahi”
“Saya bawakan buah anggur tak tahu Thaqif boleh makan ke tidak..”
“Biar Mak Cik makan jela.. Tahi pergi basuh”
Bangun Tahira menurut perintah Zaitun. Di ambil buat anggur yang di letakkan di atas meja di hadapan katil oleh Hassan tadi.. melihat Tahira pergi Zaitun mengarahkan Hakeem untuk duduk.. perlu bincangkan lebih serious mengenai masa depan anaknya.. Hassan melihat seperti ada sesuatu yang ingin di bincangkan dia meminta diri untuk menunggu di luar sahaja..
“Mak Cik terima pinangan kamu” Thaqif hanya mendengar sahaja keputusan yang Zaitun berikan kepada Hakeem.. Thaqif sudah tahu kerana Zaitun sudah berbincang dengan dia dan Tahira sebelum dia di masukan ke dewan bedah..
“Tapi biarkan sahaja Tahi tu fikir kamu tak nampak. Tak tahu la Tahi ni apasal lembab sangat”
“Tahira Mak Cik” Hakeem memperbetulkan nama panggilan Tahira..
Kena la tu dengan anak aku.. Sibuk betulkan nama panggilan.. “lepas menikah baru kamu ambik keputusan sendiri bila kamu ingin bagitahu keadaan kamu yang sebenar.. Mak Cik harap kamu boleh jaga anak Mak Cik Sebaik mungkin seperti Mak Cik jaga dia”
“Insyallah Mak Cik tapi boleh saya tahu kenapa tidak boleh bagitahu sekarang..”
“Elergy dengan laki. Lepas kamu kahwin dengan Tahi kamu akan tahu la macam mana elergi dia tu.. yang lain bincang kemudian bila Thaqif dah boleh balik rumah”
“Oh... Tahira Mak Cik.. Baiklah saya turutkan apa yang Mak Cik mahukan dan terima kasih Mak Cik..”
“Dia tetap Tahi.. jangan sibuk suruh tukar.. bukan aku menyumpah Tahi tu jadi Tahi..”
“Maaf Mak... Cik.. Saya dah boleh panggil Mak kan” Hakeem tersenyum bagai kerang busuk.
“Suka hati kamu lah”
Thaqif menjeling Hakeem.. tak menyabar!! Nasib baiklah aku lemah lagi.. Kalau tak dah aku sekih kepala dia..
Apabila Tahira datang kembali ke katil Thaqif, Zaitun dan Hakeem kembali diam.. Hakeem memandang Tahira dengan senyuman manis.. Abang Hakeem akan buat Tahira suka dekat Abang Hakeem ni..
“Mak dah bagitahu Hakeem” Zaitun memberitahu Tahira tentang persetujuan lamaran Hakeem tempoh hari sebaik Hakeem pergi..
Jantung Tahira terus berdegup kencang.. “Mak takutnya”
Thaqif hanya memandang dengan matanya.. jika Zaitun bercakap matanya Ke Zaitun.. jika Tahira bercakap matanya memandang Tahira pula.. Kalau la dia boleh bercakap sekarang macam-macam ingin di cakapkan..
“Biasa la.. untuk mulakan hidup baru.. semua orang takut.. Kamu istiharoh pun rasa tenang kan.. mungkin dia memang jodoh kamu.. kita ikut jalan yang Allah dah tentukan” Dirinya dulu juga seperti Tahira.. rasa semua orang rasa begitu.. Alhamdullilah dirinya dapat suami yang baik penyayang.. Dekat dengan perempuan lain pun tak nak.. terikut sorang perangai sama.
Teringat kembali pertemuan dengan suaminya. jodoh yang di tentukan oleh orang tuanya. terima dengan ikhlas hati tapi tidak di sangka suaminya elergi dengan perempuan. Perlahan-lahan Othman sesuaikan dirinya dengan ke hadiran isteri. Bersyukur sangat dapat suami begitu kerana confirm suaminya tiada scandal. Sweetnya sayang.. rindu sangat dengan Abang.
“kalau orang tiba-tiba pengsan macam mana” Tahira masih lagi risau, was was akan pilihannya.
“Laki kamu sendiri nak buat apa pengsan.. Susah betul la anak dara aku sorang ni”
“Dia tahu ke Mak orang macam ni..”
“Mak dah bagitahu. Dia kawin dengan kamu, Nanti dia tahu lah selebihnya. Sama juga Hakeem tu. bila kamu bersama dia nanti kamu tahu sendiri Hakeem tu macam mana”
Badan Tahira mengigil apabila memikirkan dirinya akan berkahwin.. “Seramnya rasa..”
“Kamu nak Karim tu!!” Saja Zaitun menambahkan keseraman anaknya..
“Tu lagi seram mak” Tahira memeluk tubuhnya sendiri menahan badan dari terus mengigil..
Share this novel