Thaqif datang dengan keadaan marah pada Kamariah.. “Mak Cik boleh balik!! Saya wali Akak saya.. Saya tak izinkan akak kawin dengan anak Mak Cik”
Terkejut Kamariah mendengar kata-kata Thaqif.. Zaitun memandang pelik melihat anak lelakinya.. kenapa tiba-tiba pula.. bukan hari tu dia yang lebih-lebih..
Thaqif tarik tangan Kamariah hingga terbangun dari duduknya agar pergi “Duit Mak Cik tu simpan masuk dalam kubur sana.. saya lebih rela sakit mati daripada terima duit daripada korang semua yang saja nak permainkan maruah kami sekeluarga.. Lepas kami terima duit tu nak jaja cerita dekat orang yang kami ni jahat, kikis harta orang” Thaqif menolak Kamariah agar pergi..
Hakeem melihat Bondanya di perlakukan begitu membuatkan hatinya sakit.. “Kau jangan kurang ajar!!” kuat suara Hakeem memarahi Thaqif..
Kamariah cuba tenangkan anaknya.. “Hakeem! Kamu kenapa..!”
“SIAPA YANG KURANG AJAR SEKARANG NI!!!” Thaqif membalas balik kata Hakeem dengan nada kuat dan marah. lalu tersenyum sinis memandang Hakeem. “Kalau anak Mak Cik ni ada masalah dalam hidup dia.. jangan libatkan kami yang tak ada kaitan dengan Mak Cik..”
“Thaqif kamu kenapa ni.." Zaitun pula cuba menenangkan anaknya pula..
“Mak lepaskan Thaqif!!..” Thaqif dekati Hakeem.. “Ingat betul-betul dalam kepala tu.. tak semestinya semua orang tak berharta tak ada maruah… senang senang nak pijak maruah orang lain.. sekarang fikir.. maruah Abang pula dekat mana. Tinggi melangit. Sampai sanggup menipu jadi buta.. Aku tak nak tengok muka Abang dengan Mak Cik lagi..kau jangan lagi datang kedai aku!!”
“Sudah Thaqif!! Mak tahu dia tak buta dari hari pertama dia datang kedai.. dia buta pun Mak tak kisah la kalau dia boleh jaga akak kamu”
Terpaksa Zaitun bagitahu kebenaran yang dia sudah tahu akan penipuan Hakeem sejak dari awal.. sebelum ini memang di diamkan kerana menghormati Hakeem sebagai pelanggannya. Dia tiada hak untuk bertanya kenapa sanggup menipu menjadi cacat.
Hakeem dan Kamariah saling memandang.. terkejut dengan kata-kata Zaitun. Mereka saling terkedu. Jadi selama ini Mak Cik Zai tahu keadaan dirinya yang sebenar..
Thaqif pula memandang Zaitun.. “Mak tahu masih lagi nak terima dia.. Mak tahu tak, Kalau dia ni dah terang-terang menipu, Mak rasa akak boleh bahagia ke kawin dengan dia.. Baik akak kawin dengan Haji Karim daripada orang macam ni..”
Haji Karim sapa pula tiba-tiba muncul dalam gaduh mulut ni.. Hakeem ligat cuba Ingatkan adakah dia kenal Haji Karim.. pergi pergi aku sibuk nak tahu kenapa..
“Mak pun tak nak Hakeem ni” Zaitun akhirnya berterus terang.. kerana sebelum ini mereka sekeluarga berbincang Thaqif berkata lebih baik Hakeem daripada yang lain.. Sebab Itu dia diamkan diri tidak memberi jawapan.. Dirinya perlu berfikir panjang sebelum membuatkan keputusan besar ke atas anaknya..
Aku kena tolak mentah-mentah.. diorang ni tak heran dengan aku.. aku pun tak heran dengan korang.. bersepah aku boleh dapat orang macam korang tepi jalan..
“Sebab itu Mak tak bagi jawapan dekat keluarga Hakeem. Mak pun tak nak dapat keturunan menipu. tapi Mak tak mahu menuduh.. biar dia sendiri bagitahu kita sebab apa. sebab kita orang luar jangan masuk campur hal mereka..” Zaitun cuba menenangkan Thaqif..
Kata-kata Zaitun menikam di hati Kamariah dan Hakeem.. bulan lepas Tahira buat hatinya di sirat dengan kata-kata. sekarang Zaitun pula. Keluarga ini dalam berbahasa lembut tetapi amat menyentap hati. memang salah menipu lagi-lagi menipu ciptaan maha esa yang terindah.. bukan tidak nasihatkan Hakeem tapi anaknya keras Kepala, degil!
Hakeem bagaikan terkaku apabila Zaitun berkata akan keturunan menipu.. baru dia sedar kerana dirinya Bonda dan Ayahda juga terkena tempias.. tidak tahu menjaga anak. atau Bonda dan Ayahda sendiri akan di tuduh menipu juga..
“Baik Kak Kam balik la.. Kak Kam dah dapat jawapan dari kita.. anak laki saya pun tak setuju.. saya ikut dia.. Saya sebenarnya lagi awal lagi nak tolak lamaran Kak Kam.. tapi saya masih menunggu Hakeem berikan kejujuran tapi sehingga sekarang tiada kejujuran itu. Saya mahu anak saya bahagia bukan derita lepas berkahwin ”
“Kak Zai minta tolong fikirkan. ye betul salah kami. tapi tiada niat kami untuk buat perkara yang tidak elok pada anak Kak Zai. pada keluarga Kak Zai..” Kamariah masih merayu.. walaupun kata-kata Zaitun menyakitkan hatinya tadi.. Tapi semuanya kerana salah dari keluarganya.. Jelas di matanya Tahira yang terbaik untuk Hakeem.. Tahira dari keturunan yang baik.. sebab itu dia sanggup merayu demi kebahagian untuk masa depan anaknya..
Zaitun senyum memandang Kamariah dan Hakeem.. “Maaflah.. jika ada jodoh antara anak kita saya tak menolak.. tapi ini keputusan yang kami dah buat. Balik la. kami mahu rehat sesama kami..” Zaitun masih lagi berlembut dengan dengan Kamariah.. jika orang lain sudah di tolak secara kasar untuk pergi seperti Thaqif tadi.
“Yela.. Harap Kak Zai boleh fikirkan semula” Kamariah berkata untuk kali terakhir sebelum pergi sambil menarik Hakeem yang sudah berdiri terkaku. Tiada guna merayu jelas sudah memang mereka tidak mahukan Hakeem. Tidak mahu seorang penipu menjadi sebahagian keluarga mereka.
Dah tahu aku tak buta kenapa layan aku baik. Kenapa tidak halau saja aku dari mula-mula datang.
“Dah duduk Thaqif. Mak dah tolak.” Zaitun menolak Thaqif untuk duduk di kerusi Setelah melihat Kamariah dan Hakeem pergi..
_________________________________________________
Sepanjang perjalanan balik Kamariah dan Hakeem sama-sama diamkan diri..
“Bonda Hakeem minta maaf” Hakeem cuba membuang suasana tegang di dalam kereta. “Tiada niat Hakeem buat keluarga kita di tuduh sebagai keturunan menipu Bonda”
Kamariah tetap diam membisu. terasa malu dengan apa yang berlaku. Orang sudah anggap dirinya seorang penipu kerana sikap anaknya. Permintaannya di tolak oleh Zaitun dengan mudah sekali kerana Hakeem.
Di telan air liuh kerana takut dengan Bondanya yang sedang marah. takut juga jadi macam kes Qistina dulu sebulan tak bercakap. tak aman hidupnya bila Bonda terasa hati. “Bonda Hakeem bukan mahu mencari masalah. mahu buat Bonda kecewa..”
“Kamu diam!! Kalau Bonda jadi mereka bukan permintaan Bonda sahaja Bonda tolak. kamu pun Bonda tak nak lihat lagi. Kamu tengok. mereka tahu, kamu menipu mereka. mereka masih layan baik pada kamu. tidak kecewakan kamu, tanya kenapa kamu menipu. Itu kamu kata mereka ni sahaja nak pergunakan kamu. mahu hanya duit kamu. Ingat Hakeem, semua orang perlukan duit tapi tidak semua orang tergilakan harta..”
“ kalau mereka perlukan duit pun sebab mereka terdesak tidak seperti buah hati kamu!! Kamu masih nakkan dia lagi. Bonda izinkan. tapi ingat kalau jadi apa-apa pada kamu seperti dahulu. jangan cari Bonda, jangan cari Ayahda lagi. teruskan hidup kamu seperti mana kamu mahukan. Bonda tidak perdulik sudah dengan kamu” Marah sungguh Kamariah pada Hakeem.. di luahkan segala yang terpendam di hati ketika itu
“Bonda jangan begitu. Hakeem masih takut akan jadi seperti dahulu. Hakeem tak nak benda Yang sama berulang. Hakeem tiada apa-apa lagi dengan Qis. Hakeem pun benci dengan dia Bonda. Bonda jangan ungkit kisah lama. Hakeem tunaikan permintaan Bonda. Hakeem tidak melawan lagi” Takut Hakeem jika Kamariah membenci dirinya. tidak berkat hidup seorang anak jika buat ibunya kecewa dengan anaknya sendiri..
“Dah terlambat. kamu sendiri nampak depan mata kamu sendiri yang kamu ni di tolak!! Mereka tak nak dapat keturunan penipu macam kamu”
“Hakeem cuba pujuk mereka” Hakeem akan turut kata Bonda. Kalau Bonda mahu Hakeem kawin dengan Tahira. Hakeem kawin. Hakeem akan buat dia bahagia tak menyesal terima Hakeem walaupun Hakeem tak ada perasaan sayang, cinta pada dia. Hakeem akan ikhlaskan hati Hakeem untuk terima dia, Hakeem akan cuba cintakan Tahira Bonda. Hakeem akan buat Tahira jatuh hati dengan Hakeem.
“Sudah!! Jangan ganggu hidup mereka. biar mereka bahagia dengan kehidupan mereka. jangan kamu buat mereka benci dengan kamu lagi”
dengar kata-kata Kamariah, Hakeem tahu Bondanya tersangat kecewa.. terasa hatinya tidak tenteram dengan tiba-tiba..
Share this novel