#45 RUMAH ZAITUN PULA..

Romance Series 6067

Balik dari pasar malam Tahira mengemas baju Hakeem untuk di bawa ke rumahnya pula..

“Dah siap!!” Tahira bangun dari duduknya.. “Jom awak!!”

“Beg bagi saya bawa!!” Tahira berikan beg ke tangan Hakeem.. “Tangan awak mana” Tahira terus pegang tangan kiri Hakeem.. Turunlah mereka ke bawah bersama sambil berpimpin tangan.. kerana Tahira dapat mertua yang jenis tidak kisah dan romantic.. jadi tidaklah dia merasa malu untuk berpimpin tangan Hakeem di dalam rumah..

“Tahira ni bagi Mak” Kamariah meletakkan buah yang di beli di pasar malam tadi di atas meja..

“Ye Bonda.. salam Bonda.. minggu depan jumpa lagi ye Bonda”

Kamariah menghulurkan tangannya.. “Yela.. hati-hati bawa motor tu” Lembutnya la hai si menantu kesayangan.. mesti Bonda rindu nanti...

“Ye” mata Tahira melilau mencari Zulkifli “Ayahda mana”

“Ayahda mandi.  Tak apa kamu berdua pergi je. nanti Bonda bagitahu.."

Tahira mengambil buah di atas meja dan jalan ke luar rumah bersama Hakeem. Kamariah menghantar anak dan menantunya hingga ke hadapan pintu..

“Awak jangan cuba peluk saya.. nanti dua-dua masuk parit” Tahira memberi amaran sebelum mulakan perjalanan..

“Tak lah awak.  Nampak tak beg dekat tengah ni..”

“Bye!! Bonda.. Ayahda” Tahira melambai untuk kali terakhir sebelum motornya bergerak..

“Rasa sunyi pula” Kamariah bersuara.. mahu tak sunyi.. Tahira yang dulu nampak pendiam banyak mulut juga sebenarnya.. ada je benda mahu di cakapkan.. belum Hakeem suka menyakat Tahira..

“Masa untuk kita pula berdua” Zulkifli merangkul pinggang Kamariah sebelum dua-dua kembali masuk ke dalam rumah..

Hakeem duduk di belakang memegang baju Tahira.. tidak sedikit pun menyentuh Tahira.. takut juga jika di sentuh Tahira tidak dapat mengawal perasaan. Dua dua excident..

“Awak jangan Bawa laju. “

“40 je.. tak laju pun”

Cepatnya la hai.. Dah tiba.. Raya senang kita Tahira tak berebut 10minit dah sampai..

Dengar sahaja bunyi motor Zaitun dan Thaqif keluar untuk melihat..

“Hai menantu dah seminggu baru nampak muka”

Hakeem turun dari motor “Dah bagitahu Mak kan.. Hakeem datang kedai Mak sebab nak makan Tahira masak je.. dengan nak jumpa Tahira.. isteri Hakeem”

“bertuah punya menantu” Zaitun tak kisah pun... saja je cakap macam tu dengan Hakeem.. mula-mula rindu juga tak ada Tahira.. sebab anaknya tu kan suka menjawab.. Terasa sunyi sekejap lama-lama terbiasa dah..

“ Assalamualaikum Mak.. Mak sihat” Tahira salam dan peluk Zaitun.. seminggu tak jumpa rindu sangat.. padahal pagi tadi jumpa je.. drama lebih Tahira ni..

“ Wa’alaikumusalam.. alhamdullilah sihat..” Zaitun membalas apa yang anaknya lakukan.. kemudian bersalam dengan Hakeem pula

“Ni Bonda bagi.. orang masukan dalam peti” Tahira terus masuk ke dalam..

“Ye!! Hakeem masuk.. rumah Mak tak besar rumah kamu”

“Hakeem mana ada rumah Mak.. tu menumpang.. sini seminggu Sana seminggu” Merendah diri Hakeem tidak mahu mertuanya tersinggung..

________________________________________________

Hakeem meraba-raba mencari Tahira.. awak Mana.. terus duduk bangun Hakeem mencari Tahira.. Hakeem keluar bilik dan terdengar Tahira, Thaqif dan Zaitun sedang berbual di dapur. Awalnya bangun dah berbual.. Hakeem melihat jam baru empat pagi..

“Awal bangun Bang.. ke kitaorang bising sangat” Thaqif menegur Hakeem yang sedang berdiri tercegat di Tengah-tengah laluan antara dapur dalam ruang tengah rumahnya..

Tahira memandang ke arah Hakeem..

“Cari Tahira tak ada tu bangun.. dekat sini rupanya.. awalnya bangun”

“Memang la awal.. kalau tak.  Tak sempat nak masak semua..” Zaitun jawab.

“Awak dah bangun tolong la sekali” tambah lagi sorang cepat la siap... Boleh rehat cepat..

Patut la dekat rumah Tahira ni bangun awal gila.. hari-hari bangun macam ni ke.. Hakeem datang ke Tahira.. “Tolong apa”

“Tolong buat kuih.. Awak basuh tangan dulu.. muka tu sekali” Tahira melihat muka Hakeem serabai sangat dengan rambut tak terurus..

“Boleh”

Tahira bangun di bawa Hakeem ke singki.. “Basuhkan”

“Basuh sendiri.. ni sabun” Tahira picitkan sabun pada tangan Hakeem..

Sekejap sahaja Hakeem menolong kemudian dia sambung tidur semula.. Tak biasa pagi-pagi buta dah bangun buat kerja..

“Awak!! Bangun subuh” Tahira goyangkan Badan Hakeem agar tersedar..

“Subuh dah.. Macam baru tidur je..” Hakeem terasa mengantuk lagi.

“Dah.. Saya sembayang dulu ye.. nak tolong Mak lagi..”

“Yela”

Habis sembayang Hakeem memerhatikan setiap isi bilik Tahira.. di buka almari baju yang Tahira kemaskan untuk masukan bajunya semalam.. di buka laci yang sememangnya dia lagi semalam ingin tahu apa isi di dalamnya..

Tak kunci.. Hakeem tersenyum.. dilihat cincin dan gelang di simpan dalam satu bekas.. Hakeem tidak kisah Tahira tidak pakai kerana tahu kerja Tahira bagaimana..

Di ambil file pula untuk melihat isi dalam.. Eleh!! Tak pandai pun.. Hassan kata pandai konon.. aku lagi pandai la.. pmr pun 5A je..

Di belek lagi dan lagi.. dua tiga dua tiga je ni.. Hakeem melihat pula markah bagi setiap subject lepas melihat setiap ujian Tahira hanya dapat kedudukan number dua tiga sahaja.. Fuyoo!!! Ni mesti number satu ni lagi power.. ni pun markah Macam salah 2 3 soalan je.  Fuyoo!! Sejarah 100 Gila la otak. dia duduk zaman hang tuah apa. Hakeem melihat results SPM pula.  Peh!!! A+ semua.. Okay memang kalah aku ni..

Hakeem mengambil file lain pula.. FuYoo Gila la.. Hakeem buka file ketika Tahira belajar di Australia.. kalau dia sambung belajar dulu memang tak ingin dia dengan aku kot.. Eh ada gambar.. ala Comelnya dia masa sekolah.. nampak sangat macam budak baik.. Memang budak pun.. ni mesti dekat australia dulu..

Hakeem tutup simpan semula apa yang di lihat.. lalu keluar bilik untuk menolong Tahira apa yang patut.. “awak nak Saya tolong”

“Tak apa awak.. dah siap.  Saya tolong Mak bungkus Nasi lemak je ni.. nanti Mak tak kalut sangat”

“Oh.. Thaqif mana!!”

“Tengah siap siap la.. awak nak makan!!”

“Awal lagi..”

“Nanti Saya tolong Mak ye”

“saya ikut.. nanti ada orang tua tak sedar diri kacau awak..”

Tahira Senyum.. takut la tu isteri kena kacau..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience