#18 KEDAI CLOSE

Romance Series 6067

Sebulan berlalu jawapan pinang Kamariah tidak di balas oleh Tahira.. Kamariah pula setiap hari menanti jawapan daripada Tahira, akhirnya Kamariah pergi sendiri ke kedai Nasi lemak Zaitun untuk bertanya jawapan dari Tahira..

“Hakeem hari ni pergi beli karipap”

“Pergi.. sebab dah berape hari pergi tak ada karipap.. hari ni ahad mesti ada.. selalu ahad ada je karipap”

Tak jemu ke apa.. hari-hari karipap.. suruh kawin dengan orang buat karipap tu tak nak pula. “Bonda ikut!! Anaknda tunggu jangan tinggalkan Bonda”

Pergilah dua beranak ini ke kedai Nasi Lemak Zaitun..

Dengan pantas Hakeem buka cermin matanya terkejut kedai Mak Cik Zaitun tidak buka.. pertama kali dia datang tak buka. “Kenapa tak buka pula”

Musnah harapan Kamariah untuk bertanya jawapan.. kalau tahu rumah memang datang rumah terus untuk bertanya jawapan..

"Rindunya dengan karipap anak Mak Cik ni..” Jelas muka Hakeem nampak kecewa.. tak dapat lagi hari ni..

Rindu karipap je.. orang buat karipap tak rindu ke.. Kamariah menjeling ke Hakeem “beli kedai lain la”

“Tak sama.. Bonda makan pun sini paling sedap kan” Jelas sangat Hakeem kecewa kerana tidak dapat makan kuih kegemarannya dari air tangan Tahira.

Kamariah tak menafikan kata-kata Hakeem.. Pandai bakal menantu Bonda masak.. confirm lepas kawin dengan Hakeem. buncit perut Hakeem ni la.. Kamariah sempat menjeling ke perut anaknya “Tunggu sekejap Bonda pergi beli roti”

Kamariah keluar dari kereta kemudian masuk ke kedai runcit Taukeh Lim.. di capai roti berperisa jagung dua.. niat sebenarnya ingin tanya mengenai Zaitun jika Taukeh Lim tahu..

“Kedai nasi lemak tak buka hari ni” Kamariah berbasah tekak dengan bertanya..

“Itu Kak Zai!!”

“Ya!!”

“Semalam petang ambulance.. neno neno masuk bawa itu anak kak Zai pergi..Itu anak laki dia sakit Ma.. semua olang tau ma..”

Terkejut Kamariah mendengar berita daripada Taukeh Lim.. “sakit!!” Kamariah teringat kembali akan pertanyaannya pada Tahira pada pertemuan kali kedua.

“Sakit perut guling guling” Taukeh Lim menambah sambil memegang perutnya..

“Kanser usus tak silap..” Kamariah menoleh ke arah orang yang menyampuk

“sama macam itu bapak dia ka” Taukeh Lim bertanya pula

“Aha!!. Tapi dengar ni lagi cepat merebak.. sebelum ni stage dua sekarang tiga dah. nak buang duit berpuluh ribu kena ada.. setakat jual nasi lemak dengan kerja kilang rasa setahun pun belum tentu cukup nak simpan.. jadi boleh makan ubat jela..”

“Kecian Itu Kak Zai..” Taukeh Lim bersimpati. Bukan tidak pernah menolong.. macam-macam sudah tapi kerap di tolak pertolongannya.

“Ada buat kutip derma tak?” Kamariah melihat wanita yang berdiri di sebelahnya..

“Ada tapi berapa la dapat.. sebab semua kerja kebun.. nak tolong lebih fikir keluarga pula tak makan dekat rumah..”

“Oh!!.. terima kasih.. balik dulu” Kamariah meletakkan duit roti di atas kaunter lalu terus pergi.. Kamariah tahu Tahira tiada masa untuk berfikir akan pinangan darinya tapi kerana sibuk mencari duit untuk rawatan adiknya..

“Beli roti pun lama Bonda.. ingat beli kuih je lama” Hakeem keluarkan kata perlian pada Kamariah..

Kamariah beri jelingan pada Hakeem.. anak sorang mulut tak ada insurance.. “Bonda nak pergi hospital sekejap.. anak Kak Zai masuk hospital..”

“Sapa!! Thaqif?” Hakeem menduga sebab muka Thaqif sentiasa pucat hendak tanya takut kantoi.. tanya Hassan, Hassan tak tahu..

“Ye!!”

“Terus pergi la Bonda.. sekarang pun dah pukul 9 pergi hospital mahu 1jam juga”

“Bonda sememangnya mahu ke hospital terus!!” Kamariah terus gerakan keretanya..

“Sakit apa? Bonda ada tanya tadi..” Hakeem tahu pasti Bondanya lama tadi kerana bertanya pada Taukeh Lim.

“Kanser usus..”

“Allahuakhbar..” Terkejut Hakeem dengar kata-kata Kamariah.. “Patut Thaqif pucat je. Lemah badan.. kenapa tak akak dia je tolong niaga”

“Tolong dekat rumah.. lepas tu kerja kilang. Mana sempat nak tolong niaga dekat kedai..” Kamariah melihat Hakeem seperti ingin menyalahkan Tahira pula kerana tidak menolong di kedai. Dari nada suara Kamariah boleh meneka

“Oh.. ingat akak dia pemalas..”

“kalau malas.. tak ada karipap anaknda tu.. suka sangat menuduh tak soal selidik dulu.. bila kawin nanti jangan macam ni.. kecik hati isteri anaknda nanti.. asyik menuduh tidak bertanya dahulu” Betul apa yang di duga Kamariah.

Ingatkan Bonda dah lupa pasal nak jodohkan dengan minah rempit tu. Ingat lagi rupanya. Minah rempit tu terima ke tak pinangan Bonda “Dia dah terima ke?”

“Tak lagi” Kamariah sedikit kecewa lama sudah di tunggu tapi tiada jawapan di terima.

Aku dah agak dah.. “Sapa nak orang buta ni Bonda.. kalau nak pun sebab duit je..”

“Bagi dia masa fikir.. ingat kawin main² anaknda laki tak apa.. Tahira tu perempuan lepas ni kena ikut cakap suami kalau kawin.. anaknda tahu apa dia cakap dengan Bonda.. dia nak anaknda tu ikhlas terima dia. dia tak kisah pun dengan keadaan anaknda yang buta.. kalau Anaknda terpaksa, Tak ikhlas terima dia, anaknda akan buat dia terseksa.. sebab tu dia minta bagi masa untuk fikir.. sebenarnya bukan masa untuk dia perlukan, tapi dia bagi masa untuk anaknda tu ikhlaskan hati” membebel panjang Kamariah pada Hakeem. Geram kerana Hakeem suka menuduh bukan-bukan. kerana kisah lama semua orang di pandang jahat..

“Masalahnya bila dia nampak Hakeem sikit pun dia tak tegur.. tengok pun tak.. Nampak sangat di memang tak nak Hakeem ni..” Nada suara jelas Hakeem tidak puas hati apabila di bebeli oleh Kamariah. Sikit² dirinya di persalahkan.

“Kan Bonda dah cakap.. dia tu dengan orang luar malu, Tak bercakap.. ada nampak dia bercakap dengan orang bila orang tegur dia..”

“Mak Cik Zai, Thaqif tegur dia jawab je..”

“Memang la.. tu Mak dia.. kang kata kurang ajar pula dengan Mak sendiri” Anak aku sorang ni la.. Sabar jela

“Ha!!!” terkejut Hakeem, buka cermin mata hitamnya dan memandang Kamariah yang sedang pandu kereta.. “Jadi. jadi. yang buat karipap tu..dia ke” Terkejut Hakeem.. tidak di sangka sekali minah rempit tu anak Mak Cik Zaitun. orang yang buat kuih kegemaran aku.

“Dah berape kali Bonda cakap karipap anaknda makan tu karipap dia!!! anaknda hari-hari melepak kedai dia tak tahu.. anakda tu yang tak perdulikan sekeliling..” Di marahi terus Hakeem.

“Kenapa dia beli dekat Mak dia sendiri. Ambik jela. “ Hakeem merasa pelik.. dah kedai Mak sendiri.. ambik makan jela.. Dah berbulan bulan makan baru tahu.. Hari² rupanya tengok muka orang yang buat karipap. Bukan main hari² aku nak tengok siapa rupanya memang dah ada di depan mata.

“Anaknda ingat semua free. Kalau orang tak kenal si Tahira tu macam Anaknda.. orang ingat mak Cik Zai tu bagi makan free dekat orang. Semua orang datang tak bayar.. ambik je makan.. Dia tu bukan macam anaknda.. sampai minta air kopi bagai tapi bayar duit karipap je.. ingat tu warung..”

“Mana Bonda tahu sampai air kopi ni..” lagi sekali Hakeem terkejut.. mengenai air kopi betul.. bayar duit karipap je tu salah.. selalu bagi lebih..

“ Ni Bonda la.. tahu semua hal anakda..”

Hassan la ni cerita.. tak boleh simpan rahsia betul la dia ni dengan Bonda.. Apa lagi agaknya dia cerita.. nak kena kau Hassan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience