#43 BAHAGIA

Romance Series 6067

3hari selepas Majlis.. Selepas penat Majlis habis semua perlu kembali ke rutin masing-masing..

Tahira ni cuba keluar toilet berkemban.. nampak la seksi sikit.. ni mesti dah siap pakai baju dekat dalam..

“Awak pergi la mandi” Tahira yang keluar dari bilik mandi terus ke meja solek bagi mengeringkan rambutnya..

“Ye!!” Hakeem bangun.. giliran dia pula untuk mandi.. Hakeem seperti biasa lepas mandi keluar dari tandas dengan hanya bersarungkan tuala di pinggang.. awak saya seksi tak.. awak next time buat macam saya.. Dapat laki macam Hakeem ni memang letih nak layan ngok ngek dia..

“Baju mana awak!”

“Jap!” Tahira buka almari lalu di keluarkan kemeja dan di hulurkan ke suaminya “Ni awak”

“Terima kasih” Hakeem mengambil lalu di pakai.. “Awak tolong butang.. Saya tak nampak nanti senget” Saja Hakeem mahu melihat Tahira lebih dekat ketika bukan Tahira tidur.. Ketika Tahira tidur memang di renung dan cium Tahira sepuas hatinya..

“Jap saya panggil Bonda”

“Awaklah pakaikan.. kenapa nak Bonda” Suara Hakeem sedikit tegas..

“Ermm” Tahira terus datang selepas Hakeem menegurnya.. “Awak jangan cuba buat bukan-bukan” Tahira sudah faham sangat dengan Hakeem suka sangat mengacau dirinya..

“Tak.. dah cepat” Hakeem berikan dada bidangnya kepada Tahira..

“Akhjhh!!!!!” berlari Tahira keluar memanggil Kamariah.. “Bonda, Bonda tolong”

“Hakeem buat apa lagi” Hari-hari sejak habis Majlis, Tahira terjerit minta tolong darinya kerana Hakeem suka mengacau.

“Dia nak cium orang.. Bonda tolong Abang Hakeem pakaikan baju” Tahira menolak Kamariah agar ke biliknya..

“Hakeem!! Tak mengacau satu hari tak boleh ke” Kamariah melihat Hakeem tersenyum kambing dapat menyakat Tahira.. Pagi-pagi dah dengar jeritan Tahira.

“Suruh pasangkan butang je.. awak Cepat” Hakeem masih mahu Tahira butangkan bajunya..

“Tak nak!!”

“Dengar cakap suami!!” Hakeem sengaja mahu menyakat Tahira..

“Bonda jangan pergi..” Tahira membutang baju Hakeem dengan jarak jauh.. hanya tangan di hulurkan ke hadapan..

Macam ni pun boleh ye awak.. sekejap lagi kena lagi.. heheheh..

“Dah awak” Tahira terus ke belakang Kamariah.. “Jom Bonda”

“Awak! Bawa Saya sekali”

“Boleh jalan sendiri.. Wekk!!” Tahira jelerkan lidahnya ke Hakeem..

Kamariah boleh melihat geling kepala.. Dapat menantu budak-budak nak buat Macam Mana.. Hakeem yang tua bangka tu pun Macam budak-budak.. Padanlah laki bini..

“ Good morning Ayahda” Tahira menegur Zulkifli yang sudah berada di meja makan..

“ Good morning..”

“Dengan Ayahda morning.. dengan Bonda terjerit tolong!!” Kamariah duduk di sebelah Zulkifli..

Tahira senyum sahaja bila di tegur begitu “Tak sempat nak good morning dah kena kacau.. Bonda makan.” Tahira cedokkan nasi goreng pada pinggan Kamariah..

“Cukup Bonda pagi Tak makan banyak”

“Tahira bangun pukul berape dah masak pagi-pagi ni. Tiga hari berturut-turut ni” Zulkifli bertanya

“Dah terbiasa bangun awal.. tapi kalau Tahira terbangun lambat minta maaf”

“Tak payah maaf-maaf.. ni dah Kira untung.. kalau tak hari-hari makan kedai..” Kamariah bersuara tidak mahu menantunya merasa bersalah..

Tidak lama kemudian Hakeem sampai di meja makan.. “Awak suap saya”

“Suap sendiri ada tangan kan” Tahira membalas

“Suap Saya!!” Hakeem menegaskan suaranya

“Awak saya nak makan juga”

“Selang seli boleh kan! Cepat!!” Hakeem mengagahkan mulutnya..

Masam muka Tahira melihat Hakeem.. orang dah masakan.. nak bersuap lagi.. tak bagi orang rehat betul.. Esok tak nak masak, makan dekat luar suap sendiri..

Kamariah dan Zulkifli melihat sahaja. Tidak mahu masuk campur urusan Hakeem dan Tahira.. jika merasa tidak kena pada perhubungan mereka baru mereka akan masuk campur itu pun untuk memberi nasihat.. sekarang ini baru berkahwin semuanya bahagia lagi..

_________________________________________________

“Ala bahagianya aku tengok anak kamu Zul” Tok Imam melihat Hakeem sedang tersenyum sendiri menunggu Tahira di luar masjid..

“Bahagia sangat.. sampai mengedik dengan Tahira tu meremang bulu roma.. yang Tahira tu pula asyik terjerit terlolong sebab asyik kena sakat dengan Hakeem je”

“Baru lagi biasa lah.. aku rasa sekejap lagi Hakeem kena balik”

“Macam mana Tok Imam tahu Hakeem kena balik”

“Tu!!” Tok Imam menunjukkan ke arah Hakeem dan Tahira..

“Tak nak la pegang tangan.. orang tengok” Tahira menarik tangannya dari di sentuh Hakeem.. Malu jika orang melihat walaupun beralaskan telekung.

“Tak nak pegang dah!! Tunjuk jalan cepat” Bukannya aku pegang kena kulit alas dengan kain telekung pun tak nak.. ngada..

“Awak straight jela” Tahira dapatkan Bonda yang baru keluar dari pintu bahagia perempuan.

“Lagi ke straight!!”

“Ye!!” Tahira tidak melihat hanya menjawab ya sahaja.. “Ni Bonda orang pegang” Tahira mengambil beg telekung Kamariah..

Biar betul Tahira ni suruh aku straight.. masuk parit aku sekejap lagi.. “Mana lagi!!”

“Awak jalan jela ke depan!!”

Hakeem menahan nafas.. bush!!

Tok Imam sudah ketawa terbahak bahak tidak dapat menahan perasaannya.. tidak Kira la dia Tok Imam ke tak tok imam ke.. Zulkifli datang dalam keadaan ketawa untuk menolong Hakeem yang terjatuh dalam parit.. macam-macam la anak dengan menantu aku ni.. Hakeem ni pun satu.. bukan tak nampak saja nak buat Tahira serba salah..

“Awak awak maaf!!” Berlari Tahira untuk mendapatkan Hakeem dengan perasaan serba salah..

“Awak sengaja nak kenakan Saya kan..” Hakeem memarahi Tahira.. Buat-buat marah je.. bukan betul pun.. Nak tengok apa kesannya pada Tahira nanti.

“Tak.. awak Saya minta maaf.. Saya tak tengok ke awak tadi.. Awak tak apa-apa kan” Tahira membelek badan Hakeem risau tercedera kerana dirinya..

“Dah la!!” Hakeem mahu merajuk dengan Tahira.. mahu di lihat apa yang Tahira akan lakukan untuk memujuknya..

“anaknda memang lawak.. anaknda buat Bonda terhibur hari ni” Kamariah juga ketawa seperti orang lain.. Mana yang melihat juga ketawa kecuali Tahira dan Hakeem.. Tahira dengan perasaan serba salah.. Hakeem dengan buat-buat merajuknya.

Balik rumah Hakeem terus ke bilik mandi untuk bersihkan diri dari air longkang yang kotor.. siap mandi Hakeem terus baring membelakangi Tahira.  Tiada sepatah ayat pun keluar dari mulut Hakeem sejak balik dari surau.. selalu dia menyuruh Tahira tunjukan jalan padanya, tapi malam ni tidak lagi di suruh.. masuk sendiri ke dalam rumah dan biliknya tanpa tunjuk arah Tahira..

Tahira bersila di atas katil memandang Hakeem.. di sentuh badan Hakeem sedikit “Awak saya minta maaf. Saya tak sengaja awak”

“Dah!! Tidur” Keras suara Hakeem. bercakap tanpa menoleh ke arah Tahira.

“Ermm” Tahira terus baring apabila Hakeem menyuruh dirinya tidur.. dia juga membelakangi Hakeem dan baring di hujung katil sampai seperti ingin jatuh ke bawah..

Hakeem berpaling melihat Tahira.. menangis ke.. Hakeem cuba melihat.. di tarik bahu Tahira untuk melihat.. Hampeh!! Baru baring dah tidur.. aku baring lagi Tadi tak tidur tunggu dia pujuk.. Di selimutkan badan Tahira.. Abang peluk bantal jela dulu.. Bantal penghadang antara Hakeem dan Tahira di peluk dan Hakeem melihat muka isterinya sehingga tertidur sendiri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience