EPILOG

Romance Series 6067

Tidak di sangka lepas melahirkan Yusof anaknya Tahira jatuh sakit.. Sebab itu mukanya sentiasa pucat, sentiasa sakit perut... Lepas beberapa hari Luth di lahirkan Tahira menjadi lemah tidak bermaya. kesihatannya semakin merosot

"Sayang. sayang kena kuat" Hakeem mengusap lembut kepala Tahira..

Tahira mengangguk lemah.. “Bie baby Luth tak datang”

“Nanti Mak bawa Sayang..”

“Ermm. Nak tidur sekejap nanti Baby Luth datang Bie kejutkan ye”

“Ye sayang..” Di selimutkan badan Tahira dengan lebih rapi sambil menepuk lembut di badan Tahira untuk mendodoikan isterinya..

________________________________________________

Sujud syukur Hakeem apabila doctor mengesahkan buah pinggangnya sesuai untuk Tahira.. Alhamdullilah sayang.. insyallah sayang boleh sembuh.. Sihat balik seperti sebelum ni.. Kerana Tahira berdarah AB+ senang dirinya untuk menerima sesiapa pun penderma.. Cuma perlu di cek tahap kesesuaian untuk badan Tahira menerima organ baru.

“Kami akan cek keadaan Tahira.. jika stabil operation akan di buat secepat mungkin..”

“Terima Kasih doctor..” Hakeem mengengam tangan doctor di hadapannya..

“Sama-sama”

kedua-dua suami isteri ini masuk ke dewan bedah.. Tahira tidak tahu Hakeem penderma buah pinggangnya kerana ketika Itu Tahira sudah tidak sedarkan diri dan keadaannya agak kritikal..

_________________________________________________

Tahira yang sedar dari ubat bius terus mencari Hakeem.. Terasa pelik apabila Hakeem tiada di sisinya kerana setiap kali bangun tidur Hakeem sentiasa ada menemani..

"Bonda Bie mana?" Tahira merasa tidak sedap hati..

"Sabar ye sayang.."

"Hakeem mana Bonda.." Air mata Tahira sudah bertakung di kelopak mata..

"Hakeem yang derma buah pinggang untuk Tahira.. Hakeem...

Terkejut Tahira apabila dengar kata-kata Kamariah. tidak di sangka Hakeem yang dermakan buah pinggangnya "Bie mana Bonda!!" Tidak sempat Kamariah habiskan kata-kata Tahira sudah memotong lalu menangis..

Nasib baiklah menantu kesayangan.. menangis la menangis..

"Bie!!"

"Bie kenapa tinggalkan sayang!!"

Dah macam mati suami dah Tahira ni menangis.. Kamariah biasa la.. sama macam Hakeem.. Bab menyakat si Tahira ni number satu...

"Sabar sayang" Di peluk Tahira untuk melepaskan kesedihan.. Menangis Tahira dalam pelukan Kamariah..

Tahira berhenti menangis lalu mengesat air matanya.. "Orang nak ikut Hakeem.. Tak guna orang hidup tapi Hakeem tak ada.." Tahira tekad.. Dalam keadaan sakit dia turun dari katil..

"Tahira!! nak Pergi mana.." Kamariah cuba menahan Tahira dari bergerak tapi Tahira menepis tangan Kamariah tanpa rasa bersalah..

Tahira berjalan sambil memegang perutnya yang sakit.. baru beberapa langkah kaki tidak kuat lalu terjelepuk ke bawah..

"Sayang!!!!" Terkejut Hakeem melihat Tahira terjatuh.. dengan pantas dia datang untuk dapatkan Tahira..

Tahira terkejut melihat Hakeem di hadapannya.. di pegang pipi Hakeem.. lalu menangis dan memeluk Hakeem dengan erat.. "Bie! ish!! ish!!"

Drama betul la dua beranak ni.. Cameraman mana cepat.. ni babak paling menarik...

"Bie!! jangan tinggalkan sayang"

"Bie tak tinggalkan sayang pun" Di usap belakang badan Tahira untuk melegakan kesedihan isterinya.. sedih kenapa pun dia tak tahu.. mood orang perempuan memang macam ni agaknya..

Hakeem melihat Kamariah yang relax seperti tiada apa-apa.. Bukan nak tolong menantu dia.. boleh buat tak tahu..

"Dah sayang.. bangun. duduk dekat katil ye" Hakeem menolong Tahira untuk bangun semula..

"Sakit ke sayang" Hakeem melihat Tahira memegang perutnya dan riak mukanya seperti menahan sakit.. "Nanti Bie panggil nurse bagi ubat tahan sakit ye.. sayang duduk rehat ye"

Tahira mengangguk kepala tangannya tidak lepas dari memegang Hakeem.. "Bie pergi mana tadi"

"Bie pergi jumpa doctor.. Bie kan bagi sebahagian Bie pada sayang..."

"Bonda ni!!" Tahira memandang Mak mertuanya.. "Orang ingat Bie orang dah tak ada.. bukan nak cakap betul²" Kamariah di marahi oleh Tahira..

"Bonda pula kena.. Bonda tak habis cakap dah potong ayat Bonda.. lepas tu menangis tiba-tiba.."

"Tak nak kawan Bonda" Tahira merajuk dengan mertuanya.. Macam Mak sendiri Kamariah ni bagi Tahira siap tak nak kawan bagai..

"Tak nak kawan tak apa yang penting Bonda dapat main dengan cucu Bonda" Kamariah senyum memandang menantunya..

"Sayang kawan dengan Bie je..." Hakeem cuba memujuk Tahira yang bibirnya sudah muncung ke depan.. Bonda ni.. orang tengah sakit di buat main pula..

Tahira mengangguk memandang Hakeem.. "Bie duduk sini" Tahira berikan ruang di sebelahnya. "Bie kan sakit juga.."

Hakeem kalau bini dah suruh.. onzz.. je.. selagi boleh berhempit dengan Tahira selagi tu di hempit..

"Terima kasih Bie.. bagi Bie punya kidney dekat sayang"

"Bie sanggup berikan apa saja untuk sayang.. untuk kita kekal hidup bersama hingga ke akhir hayat kita"

"Sekarang sebahagian anggota badan Bie dekat sayang.. ini sebagai tanda Bie kekal sentiasa bersama sayang.. kemana sahaja sayang berada"

"Ermm... I love you Bie"

"I love you too sayang..."

"Oi!!! hospital ni jangan lebih-lebih.. ni Bonda depan mata korang ni" Kamariah melihat anak dan menantunya sudah mula naik ulat bulu.. mahu bercumbu bagai..

serta merta mata Hakeem dan Tahira menjeling ke arah Kamariah kerana menganggu activity mereka berdua..

"Nanti Bonda balik kita kiss" Hakeem berbisik pada telinga Tahira..

Tahira mengangguk kepala..

"Jangan lupa.. pantang 76 hari lagi.. Biar Bonda panggil doctor" Kamariah keluar dari bilik wad menantunya tapi sempat memberi pengingatan..

hai la menantu dengan anak kesayangan.. Bonda doakan kamu berdua bahagia hingga ke syurga.. di pandang pintu wad kemudian tersenyum lalu pergi meninggalkan kedua-dua makhluk yang sedang mula naik miang..

,tamat...

habis dah.. boleh cuti.. rehatkan diri

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience