Awat dia tidur balik ni lepas subuh.. selalu tak macam ni pun.
“Awak bangun!! Apa tidur lepas subuh ni” Di goyangkan badan Tahira dengan lembut..
“Letihlah” Tahira bercakap dengan mata tertutup
“Bangun!! Tak dengar apa saya cakap” Hakeem tegaskan suaranya apabila melihat Tahira tidak berganjak..
Tahira mengambil bantal lalu di tutup telinganya..
“Nak Saya cakap dengan Bonda awak macam ni” Hakeem cuba mengertak Tahira..
“Cakap la” ringkas sahaja di balas
Tak takut pula.. “Saya bagitahu Mak awak ni pemalas”
“Mak dah tahu.. dah la jangan kacau Saya.. Saya nak pergi kerja baru bangun”
Macam tu je jawab.. Tak takut betul la dia ni.. dengan lelaki takut dengan Mak mertua tak takut.. Hakeem tinggalkan Tahira turun ke bawah..
Tahira terus bangun apabila pintu bilik di tutup.. padan muka.. tak masak!! Kena makan sendiri. Suap sendiri..
“Hakeem nak air Bonda buatkan” Kamariah menegur sebaik Hakeem muncul di ruang dapur..
“Tahira tak buat breakfast ke Bonda”
“Tak.. tengok kosong meja.. Hari ni breakfast roti je.. Tahira mana.. mandi!” Kamariah tidak kisah pun Tahira masak ke tidak.. Sebab dia sendiri pun beli luar.. tak larat la nak masak..
“Sambung tidur.. dah kejutkan pun tak nak bangun.. dah tahu lepas subuh tak elok tidur, tetap nak tidur juga”
“Dia penat Hakeem.. memang tak elok tapi cuba faham Tahira sikit.. Kudrat perempuan dengan laki beza.. dia dah lah seminggu bangun awal siapkan makan pagi kamu.. belum layan kamu yang tergedik-gedik nak makan Itu la nak makan ini la.. nak minta suap la apa lah..”
“Bonda yang balik kerja pukul 3 pun Rasa penat ni kan Tahira balik pukul 6.. dengan jauh lagi tempat kerja dia.. sebab apa Bonda tak masak pagi.. sebab letih kadang Bonda pun terlajak bangun.. kamu tu untung Tahira penat-penat boleh bangun awal lagi.. ketuk bilik Bonda Ayahda untuk kejut bangun subuh..”
Terdiam Hakeem apabila Kamariah menegur.. timbul kesedaran pada dirinya.. “Hakeem nak minum Hakeem buat sendiri.. terima kasih Bonda” Hakeem kembali ke biliknya semula..
Hakeem duduk di tepi Tahira yang sedang tidur berpelukan bantal.. awak tidur la.. Saya tak kacau dah.. di usap lembut kepala Tahira.
________________________________________________
“Bonda dengan Ayahda nak pergi pasar malam.. Tahira nak ikut!” Kamariah memperlawa Tahira yang hanya duduk rumah pada hari cutinya. Hanya menolong Zaitun berniaga saja pagi tadi.. duduk rumah pun tak tahu duduk diam.. ada je benda di buat.. tak pun kena kacau dengan Hakeem.. Gembira melihat anaknya bahagia.
“Tak nak Bonda!” laju Tahira jawab.. pasarlah tempat paling di elak untuk pergi.. seramnya lagi-lagi kalau ramai orang..
“Jom la awak!! Kita pergi.. pasar macam ni best” Hakeem berayat manis agar Tahira mahu ikut bersama..
Tahira geling kepala “Tak nak!! Ramai sangat orang”
“Petang macam ni tak ramai lagi orang.. tapi Tak nak tak apa.. Bonda pergi dulu” Kamariah tahu sebab apa Tahira tidak mahu pergi.. Kalau dirinya pun baik di elakan pergi daripada pengsan tengah orang ramai..
Di lihat Tahira sudah pakai lengkap bertutup aurat “Bonda ikut!!” Hakeem tarik sahaja tangan Tahira agar ikutnya..
“Awak tak nak!!” Tahira cuba mengeraskan badannya tapi tidak berjaya....
“Nak terperap dalam rumah tak keluar.. jom!” di tolak sahaja Tahira masuk ke dalam kereta..
Di pasar Tahira berjalan dengan menarik baju Hakeem sebelah tangan lagi di letakkan di celah ketiak.. “Awak cepat la jalan” Tahira menarik baju Hakeem dengan kuat agar ikutnya..
“Laju sangat tak dapat nak tengok..” Mata Hakeem melilau kiri kanan melihat jualan yang ada.
“Awak bukan nampak pun..”
Ish dia ni kan.. “Bau!! Laju-laju Tak dapat bau makan apa sedap”
“Semua tak sedap!!” Tahira menarik Hakeem dengan lebih kuat agar Hakeem berjalan dengan pantas..
Takutkan apa agaknya.. Tahira yang Nampak Kamariah di hadapan lebih laju dirinya jalan.. Hakeem rasa bagai mahu terkoyak bajunya di tarik oleh Tahira..
“Bonda nak beli buah ke” Tahira menegur Kamariah..
Kamariah memandang ke arah Tahira sebelum memilih buah semula “Aha!! Kamu nak ambik je.. nanti Hakeem bayar..”
“Buah apa sedap.. apple keras.. oren biasa sangat. Strawberry anggur masam.. awak nak buah apa??” Tahira menoleh ke belakang.. “awak!! Awak dekat mana” Hilang sudah Hakeem..
“Bonda orang cari Hakeem sekejap” Risau Tahira tiba-tiba Hakeem hilang.
“Ye!! Pergilah” Nasib Kamu la Tahira dapat Hakeem..
“Hakeem sehari tak kacau si Tahira tu tak boleh agaknya” Zulkifli bercakap sendiri apabila melihat Tahira kerisauan melihat Hakeem tiba-tiba tiada di belakangnya..
“Dah banyak kali bagitahu Kanda.. biarlah nanti Hakeem dapat balik apa dia buat.. Tahira tu tengok je macam tu.. diam-diam balas balik Walaupun tak sengaja”
Baru puas Hakeem dapat jalan sendiri.. puas untuk dia melihat apa yang dia mahukan.. sedapnya sate.. “Abang beli dua cucuk je boleh.. nak makan dekat sini”
“Boleh!! Dua seringgit enam”
Hakeem keluarkan Duit lalu di hulurkan.. Hakeem berdiri di tepi peniaga dan makan sate yang di beli..
“Awak dekat Mana!!” Tahira berpusing pusing mencari Hakeem..
Sini makan sate.. Hakeem nampak Tahira lalu di hadapannya.. Tahira tidak perasan Hakeem di kedai sate.. mungkin dia ingat Hakeem penjual sate kot..
Penat Tahira berpusing.. “LOKMAN HAKEEM!!! Awak dekat Mana!!”
Tersedak Hakeem kerana Tahira menjerit memanggil namanya.. Famous aku hari ni dekat pasar malam..
"LOKMAN HAKEEM!!!!"
“Ada hilang anak ke!!” Penjual sate bersuara..
“Tak pun hilang suami..” Hakeem dalam hati sudah ketawa.. Aku la tu suaminya.. hahahahaha..
melihat Tahira tidak kelihatan Hakeem berjalan semula untuk melihat gerai-gerai lain..
Dua kali sudah Tahira pusing tapi tidak juga jumpa Hakeem.. Kamariah dan Zulkifli jumpa pula setiap kali satu pusingan habis.. “Bonda!! Ayahda tak jumpa Hakeem” Tahira bertanya pada orang tua Hakeem..
“Anaknda tak perlu risau.. anaknda ikut je Bonda.. pandai la Hakeem cari jalan sendiri..” Kamariah boleh nampak pada diri Tahira yang sudah penat dan bertambah kerisauan.. Kecian sudah pusing pasar malam ni dua kali.. Sudahlah luas..
“Nanti dia jatuh parit lagi macam hari tu, macam mana” Teringat kembali peristiwa beberapa hari lepas.
“Jatuh!! Ketawakan je” Zulkifli menyampuk.. teringat kembali rasa lawak pula.. Hakeem bukan tak nampak dia saja je nak buat Tahira rasa bersalah dengannya..
“Ayahda ni.. tu kan anak Ayahda..” Aku pula kena tegur dengan menantu.. “Orang nak pergi cari lagi!”
“Pergilah... Hati-hati ramai lelaki tu” Saja Kamariah ingin menakutkan Tahira.. sama sahaja Hakeem dan Kamariah.. dua dua suka menyakat Tahira..
Tahira yang risaukan Hakeem tak kisah dah ramai laki ke tak.. “Awak dekat mana ni!!”
“Ha!!!” Hakeem menyergah Kamariah dan Zulkifli..
“Ingat Bonda hairan dengan anaknda” tidak sedikit pun Kamariah terkejut..
“Isteri Hakeem mana Bonda..” melilau juga Hakeem mencari Tahira..
“Dia cari anaknda.. Macam nak menangis dah Bonda tengok.. sampaikan Ayahda pun kena tegur dengan Tahira tu”
“Risau dia suami hilang.. Ingatkan tak risau” Hakeem ketawa kecil..
“Pergilah cari dia sana.. dia ke sana tadi” Zulkifli menunjukkan ke arah belakangnya..
“Okay!!” Hakeem jalan ke arah bertentangan agar bertembung dengan Tahira..
Sedang berjalan Hakeem sudah nampak Tahira tidak jauh daripadanya.. rancangan lain pula Ingin lakukan.. sini jalan keluar masuk.. tiang tepi tu.. okay cantik.. Hakeem menunggu Tahira sampai nampak dirinya..
Tahira ternampak kelibat Hakeem di hadapannya.. “Awak!!!” dengan pantas dia memanggil..
Hakeem dengar sahaja Tahira memanggil dirinya dengan pantas dia berjalan ke hadapan menuju ke tiang..
“Awak!! Tunggu saya” Tahira dengan laju berjalan menuju ke Hakeem..
Hakeem pula buat-buat tidak dengar.. cepat la kejar sebelum langgar tiang ni..
“Awakkk!!”
Tung!! Hakeem melanggar tiang tanpa sempat Tahira menahan.. sakitnya kepala aku.. sendiri buat-buat langgar tapi sakitnya.. Hakeem memegang dahinya..
“Awak.. Saya panggil buat tak tahu!!” Tahira sudah berada di hadapan Hakeem.. “Padan muka langgar tiang.. buat lagi orang risau lagi”
Hakeem masih mengusap dahinya yang sakit.. Boleh dia padankan muka aku.. Sekurangnya usap ke dahi ni..
“Dah!! Ikut saya!!” Tahira menarik tangan Hakeem.. kali ini di pegang dengan kemas tidak mahu Hakeem hilang lagi..
Hakeem sudah tersenyum apabila Tahira mengengam tangannya.. akhirnya Tahira sendiri yang sentuh tangannya dan tidak takut seperti sebelum ini..
Tahira bawa Hakeem keluar dari pasar malam.. di bawa ke tempat kereta Zulkifli parking.. “Tunggu sini..”
“Ye Awak!.. jom duduk!!” Hakeem menarik tangan Tahira agar ikut dirinya duduk di tanah yang bertar...
Tahira duduk di sebelah Hakeem tanpa sebarang bantahan..
“Awak tengok ni” Hakeem mengangkat tangannya yang di gengam Tahira.
“Ah!!!” terus di lepaskan tangan Hakeem kerana terkejut.. kerana risaukan Hakeem perasaan takutnya tadi terus hilang. Yang penting bagi Tahira, Hakeem selamat..
Hakeem tersenyum… “Awak dah boleh pegang saya!!” tangan Tahira di ambil oleh Hakeem semula.. Tahira cuba untuk melepaskan tapi tidak berjaya..
“Awak dah boleh tadi.. jadi teruskan.. hilangkan rasa nervous awak tu..”
“Ye!!” Tahira tidak jadi lepaskan tangannya apabila mendengar kata-kata Hakeem. jantungnya berdegup kencang tapi tidak sampai Bawa hingga mukanya pucat seperti selalu.. Terasa seronok pula apabila Hakeem mengengam erat tangannya..
“Dah seminggu kawin dengan awak baru ni dapat sentuh tangan awak betul-betul.. selalu time awak tidur je Saya curi-curi sentuh” Tahira tidak terkejut kerana dia sudah menjangkakan Hakeem akan sentuh dirinya ketika tidur.. dia pula tidur.. jenis tidur mati tidak akan sedar orang yang menyentuhnya kecuali sudah tiba masanya untuk bangun..
“Awak Next time jangan hilang Macam tadi.. Saya risau tahu tak..” Lembut suara Tahira menegur Hakeem
“Awak yang lepaskan saya.. next time pegang macam ni!!” Hakeem menunjukkan tangan mereka berdua..
“Ye!! Saya minta maaf.. kecian awak dahi dah merah” Tahira melihat dahi Hakeem yang terhantuk dengan tiang.. cuba di sentuh dengan tangan kanannya tapi terhenti.. dia merasa berdebar melampau dengan tiba².
“Tak apa awak.. sebab tiang dapat saya pegang tangan awak!!” Hakeem sedikit kecewa apabila Tahira tidak jadi menyentuh dahinya tapi Hakeem memahami.
Tahira Tunduk tersenyum malu memandang Hakeem.. “Saya malu la awak. Kalau orang tengok kita pegang tangan macam ni”
“Malu sebab saya buta ke” Hakeem kecewa tapi tidak di tunjukan kekecewaannya..
“Bukan.. saya tak kisah pun awak nampak ke tak.. malu sebab romantic sangat” Muka Tahira sudah merah kerana malu malu kucing dia sudah muncul
La.. ingatkan sebab aku buta.. Pegang tangan Macam ni Romantic ke Tahira oi!!. Awak kata romantic kan.. Hari-hari Saya akan pegang awak macam ni. Tak Kira Masa..
“Mana ada orang pergi pasar pegang tangan macam”
“Sebab orang lain tak ada buat Kita buat.. lain daripada lain itu lagi Romantic”
Kamariah dan Zulkifli berjalan menuju ke kereta mereka Setelah sudah habis pusing dan membeli belah di pasar malam.
“Dinda kita tunggu mereka dalam kereta saja”
“Jumpa tidak agaknya Tahira dengan Hakeem” Risau menapa kembali di hati Kamariah..
“Insyallah jumpa la mereka nanti.. sini barang Dinda, Kanda letak dalam bonet”
Kamariah menghulurkan barangnya ke Zulkifli.. kunci kereta di tekan bagi untuk unlock kereta.. tik tik.. Kamariah masuk ke dalam dan Zulkifli ke bonet kereta..
“ Allahuakhbar!!” hampir terlepas semua barang di tangannya kerana terkejut..
Kamariah tidak jadi masuk ke dalam kereta untuk melihat.. “Kenapa Kanda!!”
“Anak anak Dinda ni lah!! Macam Tak ada tempat lain nak duduk..”
Hakeem dan Tahira berdiri dan tersenyum. Mula-mula mereka duduk di tepi kereta oleh kerana Tahira malu sangat sebab romantic Hakeem berpindah tempat ke belakang bila orang berjalan di tepi Mereka tidak Berapa nampak..
“Jom awak masuk dalam” Hakeem dan Tahira melepaskan tangan seketika untuk masuk ke dalam kereta. Di dalam kereta Hakeem kembali pegang tangan Tahira..
Sepanjang jalan Tahira dan Hakeem hanya diam dan tersenyum senyum antara satu sama lain.. Kamariah sudah merasa pelik. Tak merajuk pula Hakeem macam sebelum ini.. Kamariah memandang ke anaknya..
“Yang dahi anaknda merah kenapa” Kamariah menegur
“Langgar tiang”
“Langgar tiang boleh senyum-senyum.” sungguh pelik ni..
“Sebab tiang dapat ni!!” Hakeem mengangkat tangannya yang memegang tangan Tahira..
“Jangan la tunjuk.. malu” Tahira menarik turunkan tangan Hakeem..
“Tak payah malu tahira.. look” Zulkifli mengangkat tangannya yang memegang tangan Kamariah..
“Nampak awak.. Kita ni masih belum romantic.. Kita kena lebih dari mereka di hadapan untuk jadi romantic..” sahaja Hakeem ingin menyakat Tahira.. seronok dan terasa terhibur dapat melihat Tahira yang tidak tahu apa-apa turut semua kata-katanya.
“Ye!!” laju Tahira mengangguk kepala..
Hahahahahahaha.. Kalau jadi Tahira ni penat.. penat kena kacau.. Bab ni antara yang menghiburkan hati Daniel.. Selamat membaca oulllss..
Share this novel