Selesai Majlis Kamariah mengetuk pintu bilik Hakeem lalu masuk ke dalam..
“Ye Bonda” Hakeem yang sudah di sangkutkan tuala di bahu memandang Kamariah..
“Tahira tak sedar lagi”
“Belum!!”
“Bonda nak cuci make-up, tukar baju Tahira.. ke Hakeem mahu buat”
Muka Hakeem tiba-tiba merasa panas terbayang sudah tubuh badan Tahira “Bonda buatlah” dengan pantas ke bilik mandi..
15 minit kemudian Hakeem keluar dari bilik mandi dengan hanya berpakai tuala di pinggangnya.. “Kenapa tak tukar baju lagi”
“Nak buka tudung je dah lama.. pin sana sini.. Makeup lagi.. kamu tu mandi cepat sangat..” Kamariah menarik selimut dibawa ke tepi.. “Tolong Bonda ni!!.”
“Bonda buat la..”
“Isteri kamu ni..” Kamariah tahu Hakeem merasa malu.. Malu tapi mahu..
Kamariah menarik Kain yang di pakai Tahira ke bawah buatkan Hakeem menelan air liuh melihat di depan matanya sendiri.. di sarungkan seluar yang lebih selesa yang sudah di keluarkan lebih awal..
“Baju ni susah nak buka.. cepat tolong Bonda” Kamariah melihat Hakeem masih berdiri melihat ke arah Tahira “Dia isteri anaknda.. nak tengok sentuh semua boleh.. Tak payah nak telan air liuh banyak sangat”
Hakeem melangkah ke katil setelah dengar kata-kata Kamariah.. di dudukkan Tahira lalu Kamariah dengan pantas menarik baju yang di pakai Tahira ke atas.. dengan pantas Hakeem menutup matanya dan menelan air liuh sekali lagi..
“Pegang betul2.. susah Bonda nak pakaikan baju macam ni..”
“Ni bagi Hakeem pakaikan”
Kamariah menghulurkan baju Tahira kemudian terus keluar apabila melihat Hakeem boleh lakukan semuanya..
Hakeem menyandarkan Tahira ke hadapannya. Seperti sedang berpelukan.. lalu di sarungkan kepala Tahira dengan leher baju t-shirt.. lalu di baringkan semula.. lagi sekali Hakeem menelan air liuh melihat dada Tahira yang tak besar itu.. Dada kecik pun nak terliuh..
Sedar sedar Hakeem menampar dirinya sendiri dengan pantas dia menyarungkan tangan Tahira di lengan baju kemudian bajunya di lurutkan ke bawah..
Dugaan dugaan.. tapi betul pun Bonda cakap.. isteri sendiri.. Hakeem menyelimutkan Tahira semula lalu sebelum ke tandas semula untuk mengambil wuduk.. wuduk pertama sudah terbatal kerana menyentuh Tahira.. seusai sembayang Isyak Hakeem turut melaburkan badannya di sebelah Tahira. dirinya juga mengantuk letih melayan tetamu tadi..
Di tenung muka Tahira seketika.. Awak ni bukan cantik tapi cute. "Good night awak"
Tahira tersedar rasa badannya berat sekali.. cuba untuk berpaling melihat, lagi sekali Tahira terkejut lalu pengsan semula..
“Tahira!!” Kamariah menampar lembut pipi Tahira..
“Betul ke Tahira ni okay.. dari semalam sampai ke pagi tak sedar.. “ Hakeem menjadi risau.. berkali-kali di kejutkan tidak juga sedarkan diri..
“Ke dia dah sedar tengok kamu ada sebelah di pengsan balik.. anaknda tidur peluk dia ke” Zulkifli yang berdiri di sebelah Hakeem bersuara.
“Dah ada bantal peluk. Confirm la peluk!!”
“Dulu bukan main tak nak” Kamariah memandang Hakeem atas bawah.. “Tahira!!” Kamariah penampar lagi pipi Tahira dengan lembut. “Bangun Tahira,!!”
“Bawa jela pergi hospital.. risau la kalau memang sakit”
Kamariah risau juga jika kata-kata suaminya betul.. “Hakeem angkat.. Kanda pergi ambik kereta”
Hakeem datang untuk angkat Tahira.. baru meletakkan tangannya di belakang leher Tahira tersedar dengan pantas dia menolak Hakeem kerana terkejut..
Terkejut aku.. dia terkejut aku terkejut. Nasib baik aku tak ada sakit Jantung.. Hakeem mengusap dadanya..
“Maaf tak sengaja tolak” Tahira dengan pantas duduk..
Kamariah juga dengan pantas keluar dari bilik Hakeem kemudian menjerit ke arah suaminya.. “Kanda dah sedar!!”
Zulkifli meletakkan balik kunci yang di ambil lalu ke atas semula..
“Tak pe!!.. awak okay tak?”
“Okay.. boleh tak next time jangan peluk” terasa jantungnya berdegup laju. Terus di nyatakan apa yang buat jantungnya berdegup kencang.
Kamariah menampar kepala Hakeem.. “Anaknda peluk Tahira kenapa!!”
Hakeem mengusap kepalanya.. “Tidur mana sedar!!”
“Mula hari ni.. tidur dekat bawah.. tak bawah tu sofa tepi dinding tu ada..”
“Arrr!! Bonda” Tahira menjadi serba salah.. “Boleh je tidur sekali cuma jangan peluk”
“Confirm dia peluk lagi.. Tahira jangan percaya sangat dengan Hakeem ni..”
“Husband wife tak kan tak boleh peluk” Hakeem sudah tidak puas hati..
“Bagi masa dekat Tahira.. Gelojoh sangat” Zulkifli menegur Hakeem sebaik sampai..
“Dah!! Tahira pergi mandi.. kamu ikut Bonda” Kamariah menarik telinga Hakeem agar ikut dirinya keluar dari bilik..
“Sakit la Bonda” Hakeem mengoyoh telinganya dengan tapak tangan.
“Turun” Kamariah menampar lengan Hakeem pula..
Hakeem akur dengan arahan Kamariah.. Zulkifli juga mengikut isterinya turun ke bawah.
Tahira dengan pantas mengambil wuduk lalu sembayang subuh dahulu sebelum mandi kerana melihat waktu sudah hampir habis..
“Kamu semalam nak cium pun dia pengsan ni kamu peluk.. lagi la Tahira tu tak sedar langsung”
“Cuba bagi dia masa sesuaikan diri sikit.. dulu suruh kawin dengan dia kamu sendiri tak nak.. sekarang kamu yang lebih lebih”
Hakeem senyum bagai kerang busuk.. “Lambat la Bonda Ayahda dapat cucu nanti”
“Biar lambat daripada asyik pengsan sahaja.. sakit dada ni tahu tak” Zulkifli menyampuk.. dia pun naik geram dengan Hakeem.. Pagi-pagi buta sudah buat orang terkejut..
“Bonda kata pagi buta.. Mana semua orang tak kan dah balik” Rumahnya senyap tiada sedara mara yang datang semalam..
“Lepas subuh terus keluar tadi!! Pergi jalan”
“Nenek pun!!”
“Apa kamu ingat nenek dah tua tak boleh jalan”
“Terkejut je bukan tak boleh jalan”
Siap mandi Tahira turun ke bawah.. keadaan rumah mertuanya masih lagi bersepah kerana majlis pernikahannya dan kenduri doa selamat semalam.. tangannya automatic mengutip cawan plastic yang kotor..
“Tahira!! Kemas kemudian.. makan dulu” Kamariah memanggil dari meja makan..
Tahira buang ke dalam plastic sampah kemudian ke meja makan.. duduk sahaja di kerusi Tahira terus bersuara.. “Maaf sebab Tahira tiba-tiba pengsan semalam” Tahira memandang satu persatu muka mereka yang ada di meja makan
“Oh!! Tak apa.. nervous sangat kami semua tahu” Zulkifli bersuara.
“Tahira makan” Kamariah cedokkan nasi goreng ke pinggan Tahira. Tahira pasti merasa kekok berada di tempat baru..
“Awak saya nak kopi” Itulah yang Hakeem mahukan dari Tahira jika sudah bersama.. terlalu rindu akan kopi Tahira.. lama gila tak dapat.. lebih setengah setahun tak dapat..
“Ye!!” Tahira terus bangun
“Tahira Duduk” Kamariah memegang tangan Tahira dari pergi ke dapur lalu memandang ke arah suaminya.. memberi arahan dengan hanya dari pandangan mata..
“Bonda dah buat Teh.. kamu jangan nak membazir..” Zulkifli menegur Hakeem.. kalau Kamariah dengan sekali pukulan akan di berikan..
Share this novel