3bulan kemudian………….
“TAHI!!”
“TAHI!!!”
Mak ni kacau la baru nak membuang.. dengan pantas Tahira mencuci punggungnya.. lalu keluar dari tandas..
“Orang tengah berak la Mak..” Tahira bercakap dengan nada geram tapi masih lagi lembut.. Tahira ni tak pernah marah orang ye.. kalau marah pun macam tak serupa marah.. Tapi mungkin lepas ini dia akan marah betul²..
Zaitun yang mencengkak pinggang di turunkan tangannya lalu tersenyum melihat Tahira.. “Mak ingat kamu malas nak tolong Mak”
“Mana pernah orang malas tolong Mak.. sakit perut la Mak..” Tahira memegang perutnya semula..
Zaitun dengan tiba-tiba terhidu gas berbau busuk.. “Tahi apa ni!!. Busuknya..”
“Sebab Mak panggil orang Tahi la ni jadi busuk sangat. panggil nama penuh!! Tahira!!” Tahira menegur orang tuanya sendiri. "Panjang panggil Ira" Tidak suka Tahira dengan panggilan Tahi yang di berikan padanya..
"Tak best that the common name. Tahi the best choice"
"TAHIRAAA!!!!"
“Panjang sangat.. Tolong Mak pax Nasi lemak.. kedai Uncle 15 Nasi lemak.. Bihun 5 juga”
Zaitun keluar dari bilik lalu Zaitun menyambung kembali kerjanya.. kalau di layankan anaknya sampai bila-bila tak habis. Tahira pula membuntuti Zaitun tanpa banyak tanya..
“Uncle ambik bihun juga ke.. bila dia mula semalam macam tak ada” Tahira mula membungkus Nasi lemak seperti di arahkan Zaitun. Yang di marahi tadi juga sudah hilang dengan pantas.
“Dia nak try jual pula sebab tu Nasi lemak dia kurangkan, ambik bihun.. kalau okay nanti dia tambah lagi” Di beri penerangan dengan jelas pada Tahira.. anaknya sorang ni bukan betul sikit.. kalau cakap pendek nanti tak faham di tanya lagi.. Kalau berkias lagi la tak faham.. Gara² dulu duduk overseas apa, semua cakap straight to point tak macam Malaysia ni, suka berkias. Tapi aku ni lahir dekat sana juga.. tahu je berkias.
“Oh!! Okay punyala.. kalau tak, tak kan semua aunty yang datang kedai Uncle minta sambal Mak” Di puji masakan Mak sendiri.
“Kamu kata sambal!! Nanti bawa dua bekas semalam Uncle cakap ada orang nak” Zaitun bercakap sambil mengacau nasi goreng di dalam kuali..
“Uncle come see Mak??” Tahira sedikit terkejut.. susah Uncle Kam nak datang jumpa Zaitun..
“Yela!! Dia panggil kamu semalam.. tapi kamu lari.. anak you tak sempat I bagi duit dia sudah hilang.. Macam tu Uncle cakap” Di buat gaya yang sama ketika Uncle Kam berjumpa dengannya semalam..
“Patut la semalam nampak dia lambai² tangan.. ingat dia lambai sebab hantar orang pergi.." Tahira yang merasa memulas perutnya dengan perlahan-lahan keluarkan gas beracunnya..
Zaitun lagi sekali terhidu gas berbau busuk.. “TAHI!!!!!!” kuat Zaitun bersuara..
Zup!!! Laju Tahira masuk ke tandas semula.. perutnya memulas teruk pagi ni.. sakitnya.. kenapa ni.. Hehehe. padan muka Mak..
“Kalau keluar angin tu jangan bagi busuk boleh tak” Zaitun menutup hidungnya tak tahan dengan bau kentut anaknya sendiri.. Tahira hanya diamkan dirinya sahaja.. nak balas di dalam jamban.. Tapi padan muka mak lagi..
Leganya.. Tahira menepuk perutnya sendiri sebaik melangkah keluar dari tandas.. baru kali ini puas dia membuang segala isi perutnya..
“Puas dah!!” Zaitun melihat anaknya..
“Puas!!!” Tahira membasuh tangan lalu menyambung semula membungkus Nasi lemak dan bihun yang di suruh Zaitun tadi.. “Mak jangan masuk dulu.. you will be fainted. Heheh”
“Kamu ingat mak tak tahu!!” Pening Zaitun dengan Tahira ni.. Kalau ada Thaqif lagi tambah riuh dapur di rumahnya..
Tahira senyum sahaja tidak membalas kata-kata Zaitun.. tapi dalam diam Zaitun risau akan Tahira.. risau Tahira sakit sama seperti arwah suaminya dan Thaqif..
“Mak lepas hantar dekat Uncle , orang tak tolong Mak buka payung.. nak jumpa Thaqif lepas tu terus pergi kerja”
“Yela..” sepatah sahaja Zaitun jawab kerana dia masih memikirkan keadaan anaknya.. risau mula menyelubungi diri..
Selepas siap packing dan menolong Zaitun melakukan kerja hingga habis Tahira membersihkan dirinya lalu sembayang subuh sebelum keluar semula memasukkan semua makanan ke dalam bonet kereta saga lama kepunyaan arwah ayahnya..
Melihat Zaitun keluar dari bilik dengan pantas Tahira datang.. “Mak semua dah siap.. Mak tinggal bawa pergi je.. Orang pergi dulu ye!!” Tahira menghulurkan tangan untuk bersalam..
“Ye!! Hati-hati bawa motor tu…” Di usap kepala Tahira ketika anaknya tunduk cium tangannya.. Tahira seorang anak yang baik dan menyenangkan hidup..
Zaitun menghantar Tahira hingga ke motor.. “Ye Mak ku sayang.. Kalau mak susah buka payung, minta tolong Tauke Lim tolong..”
“Tak payah.. di tu lagi susahkan Mak ada lah.. Mak tak buka payung orang tahu je.. Mak buka hari-hari”
Tahira senyum.. “Bye!! Mak”
Zaitun melambai ke arah anaknya sehingga hilang dari pandangan.. kemudian Zaitun pula mengunci rumahnya untuk pergi berniaga..
Sebaik langkah kakinya keluar dari kereta Zaitun di tegur.. “Kak Itu talam 2ringgit”
“Nak kuih cepat tolong buka meja”
Dengar kata Zaitun, Taukeh Lim terus ke bonet kereta “Ayaii.. Saya tulun kasi free..” Tauke Lim buka bonet kereta Zaitun.. Taukeh Lim pelanggan tetap Zaitun, Taukeh Lim jugalah banyak menolong dirinya.. di beri tumpang berniaga di tepi kaki lima kedai runcitnya tanpa sebarang bayaran.. kadang kala siap tolong promote kedainya pada kawan-kawan yang lain.. Sebab itu kedainya ramai pelanggan dari kaum cina datang beli..
_________________________________________________
Tahira dengan pantas berjalan ke wad adiknya. Sampai awal boleh pergi kerja awal. dapat OT lebih.. “Assalamualaikum Pak Cik” Tahira menegur Pak guard yang menjaga pintu wad..
“Walaikumussalam.. Awal hari ni” Pak Samad membalas teguran Tahira.. anak muda yang hampir hari-hari datang ke hospital ini. Kadang kala menginap menemani adiknya apabila adiknya di masukan ke hospital..
“Tu!! Handsome boy minta Nasi lemak. ni Pak Cik punya” Tahira menghulurkan plastic kuning yang berisi Nasi lemak daun pisang.
“Terima kasih” Pak Samad menyambut..
“Saya masuk dulu”
Pak Samad mengangguk kepala.. laju langkah Tahira ke katil adiknya.. di tampar lembut pipi Thaqif.. “Dik wake up!!. Apa lepas subuh tidur. Ke tak subuh ni”
Thaqif mengoyoh matanya.. “Dah.. boring la kak…”
“Boring baca buku. next year you want PMR kan..” Di tenung muka Thaqif dengan jelingan tajam.. Kerana alasan yang di berikan tidak boleh di terima. Banyak benda boleh di lakukan selain tidur.
“Sempat ke tak PMR!!” Thaqif duduk lalu membuka bungkusan Nasi lemak lemak yang Tahira letakkan di atas mejanya..
“Apa pula tak sempat.. can't take at school, hospital also can take the exam.. rumah pun boleh” Tahira sudah mula ingin membebel pada Thaqif..
“Bukan tu adik maksudkan..” Lemah Thaqif bersuara.
“Don't think anything.” Tahira tahu maksud adiknya.. “Doctor say two or three day adik dah boleh balik”
“Ermm…” Thaqif buat-buat senyum di hadapan Tahira.. perasaan hatinya ketika itu sedih, sakit, kecian pada Mak dan akaknya.. dulu Ayah sekarang dirinya.. Akak dan Mak perlu berhabis duit untuk dirinya yang sakit ini..
“Eat.. Akak take water” Tahira mengambil tamos dan botol air plastic di bawa ke pantry di wad tersebut..
Air mata Thaqif terus mengalir jatuh selepas akaknya pergi.. cuba di tahan, di kesat dengan tangannya agar Tahira tidak nampak jika kembali semula ke katilnya..
“Dik dah sampai” Nurse menyapa Tahira..
“Ye!! Baru je.. sekejap lagi nak pergi balik” Tahira tersenyum pada nurse yang menegurnya..
“Doctor pesan semalam dia nak jumpa Adik..”
“Dah masuk ke?”
“Tula.. belum lagi.. shifts pukul 8.. adik pula nak pergi dah kan”
“nanti tengah hari saya datang”
“Okay saya inform doctor nanti”
Tahira menyambung kembali mengambil air yang terganggu kerana teguran nurse tadi.. Tahira melihat dari jauh Thaqif makan dengan berselera..
“Sedap nampak!!” Di tuangkan air masak ke dalam cawan lalu di letakkan di hadapan Thaqif..
“Sedap la kak. Dah lama tak makan..”
“Nasib baik akak pandai pujuk doctor semalam”
“Akak bab memujuk number one…” Thaqif tahu sangat jika Tahira bercakap dengan doctor pasti cair punyala doctor tu.. dengan suara lemah gemalainya, dan malu-malu tikus.. Nasib dah ada bini.. kalau tak confirm jadikan Tahira ni bini..
Share this novel