Zaitun melihat kedua anaknya masih lagi tidak mahu bangun dari duduknya di pusara ayah mereka.. Memang anak-anaknya tersangat rapat dengan suaminya.. kepergiannya sangat di rasai hingga sekarang..
“Dah Tahi.. Thaqif.. esok boleh datang lagi”
“Ye!!” Tahira bangun lalu menarik tangan Thaqif beza 3 tahun dengannya agar ikut bangun.. “Jom Dik esok Kita datang lagi” Thaqif pula sejak kematian ayahnya lebih banyak duduk dengan Tahira.. apa yang Tahira suruh pasti akan di turuti.. Budak sepuluh tahun yang sedang seronok bermain dengan ayahnya tiba-tiba tiada sudah kawan bermain. Hanya mengharapkan akaknya dapat melupakan rasa sedih di hati..
Selepas Thaqif bangun Tahira mengulung tikar mengkuang yang di bawa.. kemudian di pimpin Tangan Thaqif untuk pergi bersama.. “Mak.. singgah beli goreng pisang.. sedapnya dapat makan time sejuk-sejuk ni”
“Ye!!..”
“Mak!! Adik nak ayam goreng boleh” Thaqif melepaskan tangan Tahira pergi ke Zaitun..
“Boleh.. nak apa semua boleh!! Mak belikan”
Share this novel