Akhirnya.. Kerana teringin sangat makan karipap Tahira akhirnya Hakeem ke kedai Mak Cik Zai.. Thaqif dan Tahira turut ada. perasaan takut di halau menyelubungi dirinya. Tapi tetap cuba di gagahkan diri.
“Adik Nasi Lemak satu karipap 3ringgit” Hakeem memandang Thaqif apabila melihat Mak Cik Zai sedang melayan pelanggan lain. Jadi ke Thaqif sahaja la. Ingin menegur Tahira tapi takut, malu, serba salah kerana menuduh Tahira ini seorang perempuan yang buruk perangai walaupun hanya kutuk di dalam hati tiada sesiapa yang ketahui.
Thaqif melihat Hakeem masih pakai cermin mata hitam tapi tidak bertongkat seperti sebelum ini. mungkin betul kata Maknya. mesti ada sebab dia menipu. walaupun menipu itu salah tapi jangan jatuhkan hukum, dan kesalahan terus kepada mereka.
Thaqif memasukkan karipap ke dalam plastic kecik berwarna oren.. “Lama tak datang Abang”
“Bonda sudah buatkan sarapan di rumah. jadi makan di rumah sahaja” Betul kata Ayahda mereka biasa sahaja. tidak seperti Hakeem dugakan. tapi kenapa Hassan berkata dirinya di halau oleh Mak Cik Zai. Kau tipu aku Hassan..
“Ooo.” Thaqif masukan Nasi lemak yang sudah di bungkus awal je dalam plastic lain sebelum di berikan kepada Hakeem..
“Tahira belum berpunya lagi kan?” Seorang lelaki tua sebelah Hakeem sedang bercakap dengan Zaitun.
“Belum!! Kalau untuk kau aku tak bagi” berterus terang Zaitun. tidak sudah-sudah orang tua kawasan kampung ni mahukan anaknya di jadikan bini muda. Kadang rasa nak hantar balik je Tahira ni dekat grandpa dia.
“Tak. Untuk anak aku..” Pak Ali berdalih. memang dari pertama kali nampak Tahira terus berkenan di hati.. pandai Zaitun menyimpan anak gadisnya agar tidak di ketahui orang hingga besar baru di ketahui.
“Pak Ali.. bukan anak Pak Ali semua dah kawin ke” Thaqif menyampuk. tahu sangat akan Pak Ali yang miang, mahu pucuk muda untuk melepaskan nafsunya..
“Ada lagi sorang” Pak Ali cuba berdolak dalih agar katanya di percayai oleh Zaitun.
Hakeem lambat-lambat mencari duit dalam beg dompetnya. Sengaja mahu mendengar perbualan itu.. Thaqif pula memang sentiasa memandang Hakeem dari tadi.. di perhatikan semua gerak geri Hakeem..
“Jangan nak menipu.. Isteri kau ada kan. baik kau jaga je isteri kau.” Zaitun menambah.
“Isteri aku lumpuh. Dia mesti bagi izin aku kawin lagi sorang.. lagi pun tak perlu Tahira susah kerja. Duduk saja di rumah kalau kawin dengan Pak Ali.. kamu pun Pak Ali boleh tolong..” Pak Ali memandang Thaqif pula
“Aku dah agak dah” Zaitun seperti mahu memarahi Pak Ali. “Aku tak heran la dengan harta kau. daripada aku bagi anak aku dekat kau untuk puaskan nafsu orang tua. Dah kau balik. sampai bila-bila aku tak izinkan anak aku kawin dengan kau”
“Esok saya datang pujuk lagi” Pak Ali start motornya lalu terus pergi selepas di halau.
Hakeem perhatikan muka Tahira yang hanya diam membisu. tidak bercakap langsung. senyum pun tidak. hanya pandang pelanggan yang datang sekilas dan tanpa ada apa perasaan..
“Lamanya.. 4ringgit je” Thaqif menegur Hakeem yang seperti berangan tenung muka Tahira. Thaqif tahu walaupun mata Hakeem terlindung dari cermin mata hitamnya “Ni lah. orang ambik kan” Thaqif menarik tangan Hakeem. lalu di ambil empat ringgit di dalam dompet Hakeem..
“Ni!!” Thaqif tunjuk di hadapan mata Hakeem laku di bawa ke tangan Hakeem untuk merasa duit yang di ambik.. “Empat ringgit ni.. rasa!!”
“Ye betul..”
“Dah balik!!” Thaqif menarik tangan Hakeem untuk di bawa ke keretanya..
“Terima Kasih”
“Ye sama.. datang lagi.. next time beli banyak lagi” Habis cakap Thaqif ke kedai semula.
Hakeem masuk ke kereta sambil pandang ke arah mereka bertiga. “Hassan kau kata kena halau tak pun”
“Saja cakap macam tu biar Encik Hakeem datang sendiri” laju Hassan bawa kereta meninggalkan tempat jualan Nasi lemak Zaitun..
Hakeem memandang ke hadapan semula setelah tidak kelihatan gerai Nasi lemak Zaitun.. Sabar sabar.. “Nasib baik la kau tak pernah buat hal lagi..”
“Encik nak makan beli sendiri.. Saya tak terasa nak makan jadi Saya malas nak singgah beli..” Selamber sahaja Hassan menjawab.. Hassan tidak tahu apa yang berlaku kerana hanya menurut perintah Kamariah dan Zulkifli yang menyuruh dirinya jangan beli apa-apa di kedai Mak Cik Zai jika Hakeem yang suruh..
“Tahira tolong pula dekat kedai.. sebelum ni tak ada pun” Hakeem merasa hairan . sebelum ni kalau Tahira tolong pun sekejap sangat. bungkus satu dua nasi dan pergi tidak seperti tadi.
“Sebab Encik Hakeem melepak dekat kedai dia. dia tak tolong..”
“Kenapa pula” di lihat muka Hassan dengan tanda tanya .
“Malu!! Encik Hakeem tu lelaki.. duduk belakang dia pula.. Dia kalau ada laki memang macam tu.. dulu sekolah dalam kelas. dia duduk depan sekali tapi dekat tepi.. diam tak bersuara. sampai orang tak sedar dia tu wujud”
“Hassan satu kelas dengan dia ke” ni lagi buat Hakeem terkejut..
“Aha!!”
“Kenapa dia nampak macam budak sekolah, kau tua dah”
“Aku sebaya dia la.. Umur kitaorang baru 21.. sedap cakap aku tua.. dia tu yang tua tak sedar”
“La… 21. 10tahun beza.. aku ingat kau sebaya aku..”
“Nasib baik la. Encik Hakeem ni boss . Kalau tak.. bersepai dah muka Encik Hakeem aku kerjakan..”
“Kau pun cakap dengan aku.. aku ko.. cuba panggil aku Abang!! Aku tahu la kau bawah aku” Hakeem tak rasa langsung pekerjanya itu jauh lebih muda daripadanya. patutlah hormat sangat dengan dirinya tidak seperti kawan sebaya..
Share this novel