Bermulalah setiap minggu Hakeem dan Tahira terisi untuk melakukan persiapan perkahwinan mereka yang di rancangkan dengan singkat...
MINGGU PERTAMA....
“Bukan kah anaknda sudah pernah pergi Khusus kawin??” Kamariah menegur Hakeem yang sedang bersiap..
“Teman Tahira.. lagipun untuk peringatan diri juga!!” Hakeem memperbetulkan baju yang di pakai agar nampak cantik, smart apabila berjumpa dengan Tahira nanti..
“Suka hati anaknda lah.. pergi sekali dengan Tahira la ni”
“Tahira tak nak.. dia nak merempit sendiri” Hakeem jawab tanpa berfikir panjang
Pap!! Badan Hakeem di pukul.. “Anaknda yang tak ajak dia kan”
“Sakit lah Bonda” Hakeem mengusap badannya yang sakit di tampar Kamariah.. “Dah banyak kali pujuk tak nak juga.. tak kan nak paksa. Belum jadi bini lagi” kalau boleh tak nak bagi di langsung naik motor tu. lagi² bila teringat Tahira kemalangan tempoh hari.
“Dah!! Hakeem pergi. Assalamualaikum” Hakeem mengambil tangan Kamariah lalu di cium..
_________________________________________________
MINGGU KEDUA…....
Deringan handphone Tahira berbunyi membuatkan dirinya terkejut.. siapa ni.. “Dik tolong jawab sapa ni” berlari Tahira ke Thaqif..
Thaqif mengambil Handphone Tahira lalu di jawapan panggilan tersebut..
“ Assalamualaikum awaaak”
“ Wa’alaikumusalam awaaaak” Thaqif jawab ikut cara lenggok Hakeem.. gedik betul la Hakeem ni..
Terdengar suara Thaqif terus berubah nada suara Hakeem.. “Kenapa Thaqif jawab.. akak mana”
“Nak apa!! Dah tunang tak manis nak jumpa selalu..”
Oh.. Hakeem.. Tahira boleh menduga dari cara bercakap Thaqif.
“Kecik-kecik dah pandai ye.. bila masa jumpa selalu… jumpa dekat kedai pun tak sampai 5 minit tahu tak”
“ straight to point.. what you want?” Thaqif malas berbahas dengan Hakeem.. dirinya sibuk.. tapi kerana akak di layankan Juga..
“Borang kawin ni nak isi.. boleh suruh akak datang rumah Abang!!”
“Abang la datang sini”
“Internet mana ada Dik oi.. Abang pakai wifi dekat rumah je.. bukan satu daerah ni”
“Oh!! Abang cakap sendiri dengan akak!” Thaqif menghulurkan semula handphone kepada Tahira..
“what??” perlahan sahaja Tahira bersuara bertanya kepada Thaqif..
“Abang nak cakap”
Tahira meletakkan Handphone di telinganya “ Assalamualaikum”
Sedapnya dengar suara Tahira.. limited edition betul la.. nak dengar susah “ Wa’alaikumusalam.. awak tengah buat apa.. Saya ganggu awak tak”
“Duduk rehat je.. Tak ganggu pun” Tahira cakap dengan perlahan sekali.. hanya dirinya dan Hakeem Sahaja boleh dengari
“Saya nak isi borang kawin ni.. boleh tak datang rumah saya.. Kita isi sama.. sini ada internet dah.. awak tak perlu pergi CC..”
“Haaaa…” Tahira tidak tahu hendak berikan jawapan apa.. “Boleh tak cakap dengan Mak.. Mak bagi pergi baru saya pergi”
“Boleh-boleh” Nasib baiklah 3 beranak je.. kalau 10. 10 kali kena cakap benda sama..
“Jap” Tahira ke ruang tengah rumah pula untuk berjumpa dengan Zaitun yang sedang melihat cerita tamil..
“Mak Abang Hakeem nak cakap!!” Tahira hulurkan handphone pada Zaitun..
Zaitun mengambil tanpa banyak tanya.. “Ah.. nak apa bakal menantu!!”
“Nak minta izin Tahira datang rumah sini.. isi borang kawin..” straight to point Hakeem berkata.. penatlah wei ulang ayat sama sampai tiga kali..
“Datang la sini!!” Ayat yang sama seperti Thaqif.. Thaqif ikut perangai Zaitun manakala Tahira lebih ke arah ayahnya yang lemah lembut. Tapi Tahira ini Zaitun merasakan terlebih lembut mungkin kerana perempuan..
“Tak ada internet Mak.. sekarang kan online semua” Hakeem terangkan kepada Zaitun agar tidak salah faham..
“Bila nak isi?”
“Sekaranglah kalau boleh”
“Ye Mak suruh Tahi datang.. Assalamualaikum” Zaitun hulurkan handphone semula kepada Tahira sambil memandang anaknya. “Pergilah.. Hakeem nak buat sekarang”
“Ye Mak” Tahira terus kebilik siapkan dirinya untuk ke rumah Hakeem..
“ Wa’alaikumusalam” Hakeem turun ke bawah untuk berjumpa Kamariah dengan riang sekali..
“Bonda, Bonda, Bonda” Hakeem terus menerpa di sebelah Kamariah yang sedang melihat cerita Tamil juga..
“Nak apa!! Sibuk la anaknda ni..” Terasa rimas Hakeem yang suka memeluknya.. seperti anak perempuan..
“Tahira nak datang sekejap lagi!!”
“ha!! Kenapa baru bagitahu..” Terus terbangun Kamariah ke dapur keluarkan segala isi perut peti Sejuknya..
“Dinda jangan kalut!!” Zulkifli yang mengikut belakang Kamariah cuba menenangkan isterinya.. Macam nak sambut menteri datang..
“Menantu kita tu.. kena layan elok-elok”
“Kuih frozen tu simpan.. Tahira dah hari-hari makan kuih.. jemu agaknya.. goreng keropok sudah”
“Betul juga” Kamariah menyimpan balik kuih sejuk beku yang di keluarkan.. Zulkifli pula bawa keropok lekor ke singki di rendam bagi cepat cairkan ais yang membekukan keropok itu..
Hakeem sudah awal-awal buka pagar rumah untuk Tahira masuk.. menanti dengan sabar kemunculan Tahira.. tidak lama menunggu Tahira muncul seperti Zaitun kata hari itu.. 5 minit dah sampai..
“ Assalamualaikum awak!. Jom masuk” Hakeem sambut Tahira dengan senyuman..
Tahira buka helmetnya.. “ Wa’alaikumusalam.. mana tahu saya” Tahira melihat ke arah mata Hakeem.. pertama kali dirinya melihat Hakeem tanpa cermin mata hitam. matanya cantik.. Ingatkan Hakeem buta dan matanya tidak cantik seperti orang buta yang dirinya biasa lihat..
“Bunyi motor dah tahu” Saya nampak la awak.. Terang lagi bersuluh awak ingat saya buta lagi ke.. Mata awak cantiknya.. Baru ni Hakeem nampak mata Tahira.. Kerana di rumah tak kan nak pakai cermin mata hitam.
“Oh!!” Tahira yang ingin masuk terbantut seketika.. “Bonda Ayahda ada kan” jika dia dengan Hakeem saja takut kena tangkap basah pula..
“Ada.. Bonda dekat dalam.. jom masuk.. Bonda!!!!!!!” kuat Hakeem menjerit.. “Buah hati Hakeem dah sampai” senyum-senyum kucing Hakeem berkata Tahira buah hatinya.. muka Tahira juga sudah merah merasa malu apabila Hakeem mengaku dirinya kekasih hati Hakeem..
Laju Kamariah ke ruang tamu rumahnya.. Tahira nampak sahaja Kamariah terus tersenyum dan di hulurkan tangan untuk bersalam. “Assalamualaikum Bonda”
“ Wa’alaikumusalam.. akhirnya Tahira datang juga rumah Bonda” Kamariah terus memeluk Tahira seperti sudah lama tidak bertemu..
“Ye!! Bonda Ayahda sihat”
“ Alhamdullilah sihat..” Zulkifli yang berada di belakang Zaitun jawab.. “Jemput tetamu Dinda duduk.. jangan di peluk sahaja”
Kamariah terus menarik tangan Tahira untuk duduk di kerusi empuk mereka..
“Awak tunggu Saya ambik laptop!!” Hakeem senyum tidak hilang di bibirnya sejak Tahira muncul..
“Guna sahaja laptop Ayahda.. nak print apa-apa senang dah connet dengan printer” Zulkifli bersuara sebelum Hakeem ke atas semula.
“Okay!!” Hakeem terus ke bilik kerja orang tuanya yang terletak di tingkat bawah sahaja..
Tahira pelik melihat Hakeem berjalan seperti biasa.. seperti bukan orang buta.. “Hakeem boleh nampak ke Bonda”
“Dia dah biasa dekat rumah ni.” Kamariah terpaksa menipu Tahira atas ke hendak Zaitun sendiri.. Zaitun kata lepas nikah baru tahu kenapa dia minta begitu..
“Oh..” Tahira melihat TV yang terbuka.. “Bonda pun tengok cerita ni.. sama macam Mak!! Mesti tunggu Tamil”
“Bonda pun suka.. lagi bila diaorang bergaduh. Sampai terbang la kena pukul”
“Jom awak..” Hakeem duduk di lantai dan letakkan laptop di meja kopi di hadapan kerusi empuk di ruang tamu rumahnya.. “Bonda tepi.. bagi Tahira dengan Hakeem settlekan dulu urusan kitaorang”
“Tahira nanti Bonda datang balik” Kamariah bangun untuk ke dapur semula di ikut Zulkifli..
Tahira terus turun duduk di lantai.. mengambil laptop di depan Hakeem lalu di buka.. Hakeem merapatkan kedudukannya dengan Tahira dia mahu melihat juga..
“Awak jangan dekat sangat..” Tahira menjarakkan dirinya semula.. lagi jauh daripada tadi kerana jantungnya berdegup kencang.. “Saya buat dulu.. awak bagi IC awak, Saya nak update senang”
Jauhnya awak duduk Tahira oii.. tak tercapai tangan ni nak pegang.. Hakeem bangun ke biliknya untuk mengambil IC..
“Nah awak”
“Terima kasih” Tahira ambik terus di letakkan di atas meja.. Hakeem kembali duduk di Tempatnya tadi..
Zulkifli datang semula ke ruang tamu rumahnya melihat Tahira dan Hakeem duduk antara hujung ke hujung.. tidak seperti dengan Qistina dulu.. selagi boleh rapat mahu serapat mungkin..
“Awat jauh sangat duduk” Kamariah menegur..
“Nanti tersentuh dosa Haram” Tahira bangun menolong Kamariah yang mengangkat dulung berisi jug dan pinggan berisi keropok lekor.. Tahira mengambil pinggan dari dalam dulung di letakkan di atas meja.. “Maaf tak tolong Bonda”
“Tak apa!! Kamu datang bukan untuk buat kerja Bonda.. kamu tetamu Bonda”
Tahira kembali duduk menyambung kerjanya langsung tidak di lihat Hakeem.. Hakeem sebenarnya sudah masam muka sejak Tahira jauhkan diri daripadanya.. Duduk dekat je pun bukan nak sentuh..
“Tahira sambil buat sambil makan” Kamariah memperlawa Tahira yang lagi tadi tidak menjamah apa-apa..
“Dah siap baru makan.. nanti berminyak” Tahira bercakap sambil matanya memandang ke screen laptop..
Hakeem mempunyai akal sudah. “Saya suap awak!!” Hakeem bangun lalu duduk di sebelah Tahira.. Tahira mahu lari tidak boleh kerana sebelah kirinya ada Kamariah yang sedang duduk di sofa.. “Tak apa nanti saya makan sendiri.. awak jangan rapat sangat”
“Tak rapat la.. Bonda kopok” dengan pantas Tahira mengambil pinggan keropok di hulurkan ke tangan Hakeem sebelum sempat Kamariah lakukan..
“Awak cepat makan” Hakeem hulurkan ke Tahira..
“Awak makan sendiri.. saya makan sendiri nanti” Tahira cuba mengelak..
Dalam diam Kamariah dan Zulkifli melihat gelagat anak muda di hadapan mereka.. mereka diam tidak mahu mengacau kerana cara mereka di jodohkan tidak sama seperti mereka..
Bagi Tahira jodohnya di tentukan oleh orang tuanya.. dia sebagai anak yang baik menerima dengan hati yang ikhlas.. pertemuan mereka sangat singkat.. Hakeem pada mulanya tidak suka akan Tahira, Kemudian jatuh hati dengan tiba-tiba.. bila berjumpa hanya saling pandang memandang sahaja.. Biar mereka melayan perasaan mereka masing-masing sekarang ini.. kenal hati budi sesama sendiri..
“Cepatlah!! Lenguh dah ni tangan” Hakeem menampung tangan kanannya dengan tangan kiri..
Serba salah Tahira di buatnya.. “Bonda Ayahda tengok..”
“Kitaorang tengok TV” Bersahaja Kamariah membalas.. Di biarkan sahaja Hakeem dan Tahira bermesra.. Yang penting tidak melampau batas.
Terpaksa Tahira menerima suapan dari Hakeem.. selepas Tahira makan lebihan keropok yang di gigit Tahira, Hakeem masukan ke mulutnya.. Dengan perlahan Tahira mengunyah tidak mahu Hakeem menyuapnya kembali..
Tahira mengambil IC Hakeem yang di letakkan di atas meja.. di lihat nama Hakeem lalu di isi pada borang pasangan.. kemudian number IC Hakeem di lihat.. “Tuanya!!” Tahira terlepas cakap lalu menutup mulutnya dengan tangan.
“Aha!! Beza 10 tahun..” Hakeem tidak terasa pun dengan kata-kata Tahira. Sudah menjangkakan lebih awal.. “tapi muka saya muda lagi.. Macam sebaya awak cuma tua sedikit kan..”
“Kamu tak payah perasan la Hakeem oi!!” Kamariah menegur Hakeem yang perasan dirinya nampak muda..
“Maaf Tahira tak sengaja tadi tapi bukan 10 tahun.. 15 tahun beza” Serba salah Tahira melihat Hakeem.. "Saya baru 17"
"Ah!!!!!" serentak semua terkejut..
Kamariah terkejut tidak di duga Tahira umur 17.. di ingatkan awal 20an.. patut muka macam budak-budak.. Macam bapak dengan anak dah la ni kalau bersama.. Kamariah menolak dagu Zulkifli bagi menutup mulut yang terngaga terkejut seperti dirinya.. tak sangka dapat menantu muda.. Budak sekolah.. SPM..
"Kenapa Tahira tak sekolah" Soalan pertama keluar dari mulut Kamariah.. terkejut bukan kepalang..
"Hassan kata satu kelas dengan awak.. dia umur 21 awak mesti 21 juga" Hakeem bagaikan tidak percaya dengan apa yang di dengari..
"Dah habis sekolah... Ah!! dulu.." Terpaksa Tahira terangkan apabila melihat semua muka di hadapannya tercenggang.. "belajar dekat australia.. international school.. sana tak ikut umur ikut pandai.. balik sini tu ikut grade sana.. tu habis belajar awal"
lagi tercenggang ketiga-tiga manusia di hadapannya Tahira.. terbuka mulut tidak dapat di katup lagi kerana terkejut..
Ambik kau Hakeem, dia kecik-kecik dah belajar overseas.. International school pula tu.. kau dah besar pun tak belajar dekat overseas.. Jangan di sangka orang kampung no class okay.. Diam Diam ubi berisi..
"Kenapa semua tengok Tahira macam ni" Tahira sudah gelisah apabila dirinya di pandang tidak berkelip.. "Tahira buat salah ke"
Dengan pantas semua tersedar semula..
"Maaf Tahira kami semua terkejut sahaja" Zulkifli cuba membuang segala fikiran negetive yang timbul dalam diri Tahira.. Patutlah Zaitun kata Tahira ni budak lagi.. Memang budak pun.
"Tak sangka Tahira muda muda sudah belajar di oversea sana.. tak seperti Hakeem ni.." Zulkifli teringat kembali kata² Zaitun, susah nak settle urusan kawin Tahira.. jadi kena dapatkan kelulusan mahkamah dulu la ni.. memang complicated..
"Oh... dulu.. ah... dulu duduk dengan grandpa dengan grandma sebab tu belajar dekat sana bukan memang pergi untuk belajar" Tahira cuba jelaskan hal sebenar..
"Jap!!" Hakeem merasa macam pelik dengan ayat Tahira.. Dia ni minah saleh ke.. "Grandpa? grandma?.. Atuk nenek Tahira duduk sana?"
"Aha!!" Tahira jawab dengan muka innocent nya.
"Sekarang pun" Lagi sekali Hakeem bertanya
"Aha! Grandpa orang sana..jadi duduk sana la.."
Lagi besar mulut ketiga² orang di hadapan Tahira terngaga.. tiga kali terkejut dalam beberapa minit.. dapat menantu minah saleh.
Bakal bini aku minah saleh duduk kampung. Patut speaking slang betul macam orang putih. Bandar minah saleh celop.. kampung minah Saleh original punya. power la orang kampung sini "Jadi saya akan dapat atuk nenek saleh la nanti"
"Grandpa je. grandma orang sini" Tahira perbetulkan ayat Hakeem.
Patut anak mata kelabu cantik. muka pun tak nampak melayu. mix rupanya.. Kalau dapat anak ni mesti mix juga. boleh bayangkan bertapa comelnya dapat baby.. Belum berkahwin Hakeem sudah berangan akan anak..
"Tahira ada salah cakap ke" Di lihat Kamariah dan Zulkifli tidak berkelip mata memandang dirinya.. "Maaflah kalau Tahira ada buat silap. Kalau tak suka Tahira mix, muda sangat tak apa je tak kahwin. Tahira tak kisah"
"Tak boleh" Terkejut Hakeem dengan ayat yang keluar dari mulut Tahira.. "Orang sayang dia, ikut sedap je tak nak kahwin.. Lokman Hakeem nak kawin dengan Nur Tahira!!" suaranya di tekankan sebagai tanda dia sedang serious. tak pasal kena reject untuk kali ke tiga..
"Kami tak kisah pun semua tu.. kami ni terkejut saja.." Zulkifli terangkan hal sebenar.. Sesiapa yang dengar pun pasti terkejut seperti mereka.
Kamariah mengangguk kepala.. "Tak kisah Tahira mix ke tak mix, Bonda tetap suka Tahira" Di berikan senyuman manis pada anak gadis di tepinya.. "Bonda gembira Tahira boleh Terima Hakeem"
Tahira senyum sahaja apabila Kamariah dan Zulkifli kembali seperti biasa.. Matanya memandang Hakeem selintas yang masih seperti terkejut.
Bini aku muda wei.. hahahahaha.. happynya aku.. lagi muda dari apa yang aku jangkakan.. plus minah saleh pula tu.. Duduk kampung ingat dapat betul melayu tapi dapat minah saleh pula.. lagi power dari bandar.
“awak dah sambung cepat. Nanti kita boleh berbual benda lain pula” Hakeem mula bersuara kembali.
Tahira menyambung menaip kemudian di lihat kembali semula borang yang di isi jika ada kesilapan..
“Dah!!. Tinggal print je” Tahira bersuara dari diam membisu ketika mengisi borang.
“Print Ayahda buatkan” Zulkifli bersuara
Tahira terus menghulurkan laptop kepada Zulkifli.. “Kamu tunggu sekejap ye”
“Ye!!”
Hakeem mengambil keropok lalu di berikan kepada Tahira lagi sekali.. “Awak makan!”
“Tak apa.. Saya makan sendiri..” Tahira dengan pantas mengambil keropok di pinggan di masukan ke dalam mulutnya..
Hakeem merapatkan badannya dengan pantas Tahira bangun dan melangkah sahaja kaki Kamariah kerana terkejut.. “Maaf Bonda!!”
“Tak apa.. Kamu duduk je dengan Bonda..” Kamariah terus memeluk Tahira.. Kamariah nampak sangat Tahira menjaga dirinya walaupun Hakeem akan menjadi suaminya tidak lama lagi.. Mix Saleh pun tahu baik, buruk. Jangan di pandang akan luaran sahaja.
“Awak takut dengan saya ke.. Saya hodoh sangat ke.. ke sebab Saya ni cacat..” Hakeem sedikit berkecil hati dengan perilaku Tahira tadi..
“Tak… belum kawin kenapa nak rapat-rapat”
“Nanti kan kawin juga” suara Hakeem sedikit keras.
“Kalau saya balik sekejap lagi excident mati tengah jalan dah tak sempat nak bertaubat”
Ambik kau Hakeem kena sebiji dekat muka.. “Thaqif! Aku kena reject!!” selalu jika dapat ayat begini Thaqif akan cakap reject dan dia di halau balik.. Ni rumah sendiri nak balik mana..
“Kamu tak payah layan Hakeem tu Tahira.. lantak pi dia nak terasa ke apa.” Kamariah mengambil keropok lekor lalu di hulurkan kepada Tahira
“Terima Kasih Bonda..” Tahira mengambil keropok lekor yang di hulurkan dan memandang Hakeem yang sudah matanya melihat TV.. “Macam mana awak tengok TV”
“Tengok jela.. guna mata” Hakeem malas layan Tahira terasa sedikit dengan kata-kata Tahira tadi.
Kamariah sudah menjeling Hakeem.. dia lupa apa dia ni buta..
“Kata tak nampak”
Dush!!!! Aku lupa pula.. “Mata pandang je ke TV tak nampak pun.. Saya dengar je”
“Ohh..” Memang orang buta semua macam Hakeem ke.. tengok macam tak buta pun.. tapi kadang2 macam buta betul.. “Faham ke dia cakap apa!”
“Tak.. nanti dah kawin awak transletkan dekat saya ye.. bila tengok cerita macam ni” Hati Hakeem kembali baik semula dengan cepat.. apabila terkenangkan bini muda.. hahahaha.. Ambik kau sekali dapat memang betul pucuk muda.. fresh, confirm senang nak buat Tahira ni jatuh hati dekat aku..
“Ye!!” di balas sesingkat mungkin.. dirinya sebenarnya masih malu dengan Hakeem. tersangat malu.. macam mana la bila kawin dengan Hakeem.. risaunya. harap dia boleh faham.
12.28am.....
Share this novel