Esoknya Hakeem lagi sekali datang hospital pada waktu tengah hari. Ketika itu Tahira turut ada kerana masing-masing sedang berehat pada waktu kerja..
“Awak nak minta number boleh”
“Tu!!” Tahira menunjukkan number katil di atas kepala Thaqif.
“Apa tu!!” Hakeem tahu tapi buat-buat tidak tahu.. lawak juga Tahira ni. Pandai loya buruk.
Thaqif pula menjadi mangsa peneman bagi Hakeem dan Tahira.. kadang kala meremang bulu romanya melihat Hakeem dan Tahira..
“Number!”
“Mana nampak!!”
Betul juga ea. Tahira mengaru kepala yang tidak gatal..
Hakeem keluarkan handphonenya lalu di hulurkan ke hadapan.. “Awak isi number phone awak. Lepas tu save dekat number tiga”
“Kenapa Tiga.. bini number tiga ke!!” Thaqif menyampuk..
“Bukan.. 1st Bonda.. second Ayahda.. 3rd Tahira” Hakeem tersenyum senyum malu memandang Tahira yang sudah tunduk malu..
Ni buat aku meremang bulu roma ni..Time hujan pula ni. Jangan aku pun jadi tak sabar nak kawin dah la..
Tahira ambik Handphone Hakeem di kaki Thaqif yang beralaskan selimut..di taip numbernya dan di simpan di handphone Hakeem..
“Dah!!” Di letakkan balik handphone Hakeem ke tempat yang di ambil.
“Number saya awak nak!!”
“Tak nak!!”
“Kenapa!!!”
“Tak penting”
Thaqif ketawa terbahak bahak.. “Dah Abang balik. Tak tahu la kali berape dah kena reject..”
“Yela. Esok saya cuba lagi ye awak” Hakeem bangun dari duduknya.. “ Assalamualaikum”
“ Wa’alaikumusalam”
Setiap kali Thaqif berkata reject Hakeem pasti akan pergi. Dia sendiri boleh nampak muka Tahira yang merah menyala kerana gemuruhnya.. Takut juga jika Tahira pengsan sebab nervousnya itu..
Tahira menghembuskan nafas lega sebaik Hakeem pergi.. “Dah lebih seminggu kak.. tak kan nervous lagi”
“Rasa ni tangan Akak” Tahira memegang tangan Thaqif. Tangannya sejuk bagaikan air batu.. tambah pula dengan cuaca sejuk..
Hakeem yang keluar dari wad melihat langit menangis mengalirkan air di bumi.. Tahira nak balik kerja macam mana.. Tidak jadi Hakeem untuk balik.. di tunggu Tahira di luar bangunan wad yang menempatkan Thaqif..
“Hassan tunggu Tahira sekejap”
“Tunggu la bos.. saya tahu Encik Hakeem risaukan buah hati kan” Tidak di sangka betul, Boss nya ini betul-betul tersangkut dekat Tahira..
Dalam 15 minit Tahira keluar untuk balik semula ke tempat kerjanya..
“Encik Hakeem dah keluar”
Tahira nampak Hakeem tersenyum memandang dirinya dan Hassan di sebelahnya.. Dia senyum je.. tak tahu senyum dekat siapa.. jangan perasan wei Tahira..
“Tahira, saya hantar awak.. hujan ni” lembut suara Hakeem menyapa Tahira..
“Tak pe.. dah ada baju hujan”
“Jalan licin bahaya”
“Saya hati-hati”
“Yela!! Saya hantar awak sampai ke motor”
“Ye!!”
Jalan beriringan tetapi masing-masing diam membisu melayan perasaan sendiri.. Jantung Tahira bergedup kencang. Macam ni ke perasaan suka seseorang.. ke sebab nervous dia ni lelaki..
“Eh!! Awak sini sikit” Tahira menarik lengan baju Hakeem yang hampir terlanggar budak di hadapannya..
Hakeem tersenyum sahaja. Tidak boleh di ungkap perasaan gembira yang di rasa.. cepat la Thaqif balik rumah. Tak sabar nak bincang next step.
Tiba di motor Tahira terus memakai baju hujan.. “Awak saya pergi.. bye!!” Tahira hidupnya enjin motornya.
“Ye bye!! Hati-hati ye awak”
“Ye!! Bye!!” Tahira terus pergi meninggalkan Hakeem..
“Encik Hakeem pujuk lah sampai dia terima naik Encik Hakeem..” Hassan bersuara apabila Tahira sudah pergi..
“Tak perlu memaksa Hassan.. perlahan-lahan.. macam ini pun dia dah rasa aku ni ambik berat pasal dia”
“Yela!! Aku bercinta dengan sama umur. Encik Hakeem beza 10 tahun”
“Kau nak kutuk aku tua la ni!!” Hakeem memarahi Hassan yang saja ingin menyindir dirinya..
“Eh!! Ada orang terasa” Hassan terus berjalan menuju ke kereta..
Sudah di lamun cinta.... terasa terawang di udara.. okay bye
Share this novel