Menangis Hakeem sebaik sedar dari tidurnya dunianya sudah gelap gelita.. tiada satu cahaya pun dapat di lihat..
“Sabar Hakeem.. anggap saja ini dugaan anaknda..” Kamariah cuba menenangkan Hakeem. Dia tahu pasti anaknya susah untuk menerima kenyataan yang dirinya sudah hilang daya penglihatan..
“Bagaimana Hakeem mahu hidup Bonda.. Semua gelap gelita Bonda” tersekat sekat suara Hakeem kerana menangis
“Ayahda dan Bonda Ayahda sentiasa ada untuk Hakeem.. janganlah anakda risau” Zulkifli juga cuba memujuk Hakeem yang susah untuk menerima kenyataan dirinya sudah buta...
Sengaja Kamariah dan Zulkifli menyuruh doctor tidak beritahu kebenaran yang penglihatan Hakeem hilang hanya untuk sementara waktu sahaja.. mereka mahu melihat jika Qistina betul-betul sayangkan Hakeem atau tidak.. Tapi jelas sekali di mata mereka, Qistina seperti hanya mengambil kesempatan atas Hakeem. Jelas sekali.. hanya jenguk anaknya ketika koma beberapa kali saja.. Tidak langsung tanyakan keadaan anaknya.. seperti mahu Hakeem terus tidak sedarkan diri untuk selamanya..
“Qis mana Bonda.. Qis tahu ke Hakeem buta”
Kamariah yang duduk di kerusi sambil memegang tangan Hakeem memandang Zulkifli.. Pedih hatinya apabila anaknya masih Ingatkan Qistina yang tidak langsung ambil tahu akan dirinya..
“Qistina tahu Hakeem.. Ayahda suruh dia balik bersihkan diri.. dia menunggu Hakeem setiap hari..” Zulkifli cuba menyedapkan hati anaknya.. agar anaknya tidak merasa kecewa dan kesihatannya semakin merosot. Kenyataan sebenar Qistina hanya beberapa kali sahaja menjenguk Hakeem.. tidak menunggu seperti Kamariah.. Itulah kasih ibu pada anaknya tetapi tidak nampak dengan mata kasar anaknya sendiri.
“Betul ke Ayahda Bonda..” Hakeem kembali tenang apabila Zulkifli berkata Qistina sentiasa ada di sisinya..
“Ye!! Sekejap lagi dia sampai la tu”
Kamariah melepaskan pegangan tangannya. Ingin dia pergi dari bilik anaknya itu.. terasa kecewa berkecil hati dengan Hakeem..
“Bonda mahu ke mana??. Jangan tinggalkan Hakeem Bonda” Hakeem mencari tangan Kamariah yang memegangnya tadi..
“Bonda mahu ke tandas..” Kamariah menipu, dia pergi untuk menenangkan dirinya yang kecewa dengan Hakeem..
“Bonda tidak rehat menunggu anakda.. bagi Bonda rehat.. Ayahda ada untuk teman” Zulkifli beralih duduk di tempat kamariah duduk tadi..
“Maafkan Hakeem Ayahda buat Ayahda Bonda risaukan Hakeem..” Hakeem memegang tangan Zulkifli dengan erat.. dunianya yang gelap gelita membuatkan dirinya menjadi takut untuk bersendirian..
“Benda mahu terjadi Hakeem.. nanti polis akan datang untuk ambik keterangan anakda.. lagi cepat berikan kerjasama lagi cepat kes anaknda ini di tutup.. nasib baik Anakda hanya kemalangan sendirian tidak langgar sesiapa..”
“Hakeem sendiri tidak tahu Ayahda.. berkali-kali Hakeem tekan brek tapi tidak juga berhenti.. sebab Itu Hakeem ambik keputusan belokkan kereta Hakeem ke tepi agar tidak langgar sesiapa” Masih segar dalam Ingatan Hakeem apa yang berlaku padanya ketika itu..
Zulkifli menduga ada yang busuk hati dengan anaknya.. brek kereta anaknya sengaja di putuskan sebab itu Hakeem kemalangan.. Akan di cari dalang siapa yang lakukan semua ini.. hingga anaknya hilang penglihatan.. walaupun doctor berkata penglihatan anaknya akan pulih dalam tempoh enam bulan hingga dua tahun kerana gegaran otak sahaja tetapi Zulkifli tahu tempoh masa itu pasti sangat terseksa bagi Hakeem..
________________________________________________
Kamariah menunggu di luar wad apabila Qistina datang menjenguk Hakeem.. tidak mahu mendengar pujuk rayu anaknya pada Qistina.. Pasti hatinya akan sakit.. tidak tahu bagaimana mahu buat anaknya sedar akan Qistina itu hanya pergunakan dirinya.. Hanya mampu berdoa berikan petunjuk pada Hakeem..
“You janji jangan tinggalkan I” Erat tangan Hakeem mengengam tangan Qistina..
Qistina terkejut apabila mengetahui Hakeem buta.. sebelum ini dia datang melawat tidak di beritahu keadaan sebenar Hakeem dan dirinya juga tidak bertanya.. Hari-hari berharap Hakeem mati “Ye I tak tinggalkan you.. kalau I tinggalkan you. I tak ada depan you sekarang”
“You still want marry me right.. walaupun I macam ni” Hakeem inginkan kepastian
“Ye!! You I always beside you.. you janganlah stress, jangan fikir bukan-bukan.. you tak sihat lagi” Qistina cuba untuk menunjukkan dirinya sedang mengambil berat akan keadaan Hakeem.. (Menyampah aku dengan Qistina ni)
“I fikir you sorang.. Sekarang I dah tak boleh nampak you” Hakeem cuba memegang muka Qistina.. muka yang setiap hari di rindui. Sekarang jika rindu tetap tidak dapat di lihat walaupun berada di hadapannya.. (Ni pula Bodoh.. Aku yang buat cerita ni aku pula yang emo)
Masuk sahaja di dalam kereta Qistina terus hubungi Aliff untuk beritahu keadaan sebenar Hakeem..
Tersenyum girang Aliff apabila ketahui bahawa Hakeem menjadi buta akibat kemalangan yang berlaku beberapa hari lepas.. “Lagi senang kerja kita sayang.. you layan baik.. dia akan percayakan you 1000 percent”
Share this novel