Kamariah dan Zulkifli tiba di hospital tepat pukul 10.30 pagi. sempat mereka singgah dahulu menjamu selera pagi di kedai sambil berbual bersama.. mereka berjalan perlahan-lahan kerana masih lagi mempunyai waktu kerana appointment Kamariah pada pukul 11.00..
“Rasa hari ni lama atau tidak” Kamariah bersuara. Kerana ini pertama kali melakukan checkup di hospital ini..
“Kanda pun tidak pasti.. lama pun tak apa.. Kanda boleh tunggu” Zulkifli senyum memandang Kamariah..
Kelam kabut Tahira datang semula ke hospital apabila doctor menyuruh datang dengan kadar segera.. Dalam berlari dengan tidak sengaja Tahira terlanggar seorang perempuan tua seperti sebaya Maknya..
“Maaf Cik!!’ Tahira dengan pantas mengambil handbeg yang terlepas di tangan wanita tua itu.. di hulurkan kembali..
Kamariah melihat mata perempuan muda memakai uniform kilang Itu merah.. seperti sedang menangis..
“Mak Cik tak apa-apa kan..” Tahira menyentuh tangan Kamariah dilihat jika sakit atau cedera..
“Tak apa!! anak pergi” Kamariah menduga pasti perempuan muda itu mahu cepat.. Zulkifli yang mahu menegur tindakan Tahira yang melulu juga terbantut apabila melihat wajah Tahira seperti dalam kesedihan, kerisauan..
“Dinda tak apa-apa” Zulkifli menanya pula.. Di sentuh badan Kamariah yang di langgar oleh Tahira tadi.. Risau akan keadaan isterinya..
“Tak apa.. tapi budak tu Dinda lihat kecian..” Kamariah melihat Tahira laju berlari menghilangkan diri..
“Itu la. Kanda hendak tegur pun tak jadi.. Tapi macam pernah lihat, Siapa dia” Zulkifli jika berkata pernah nampak, lihat, jumpa pasti betul cuma sebab sudah tua ingatannya tidak kuat untuk perah kembali memori yang lepas.
“Dinda juga rasa begitu.. jika bertemu lagi kita tanya nama dia”
Luluh hati Tahira apabila dapat berita kanser adiknya sekarang ini di tahap yang ke 2. Dan Kemungkinan akan merebak semakin cepat.. terlalu cepat.. YA ALLAH tolong aku.. mana cari duit banyak macam ni..
“Cepat akak datang kata tengah hari” Thaqif menegur Tahira yang sedang menuju ke katilnya..
“Cepatlah. I miss my little brother..” Tahira buat seperti biasa tidak mahu Thaqif tahu tapi Thaqif tetap akan tahu satu hari nanti.. ke dah tahu.. “Akak lunch sini.. 12 O'clock akak pergi bungkus..”
Thaqif sudah tahu lebih awal sebab itu dia menangis pagi tadi.. susah untuk menerima kenyataan dirinya semakin teruk.. walaupun doctor kata boleh di ubati tapi semuanya memakan duit yang banyak..
“Adik nak begedel” Thaqif memesan sekali makanan untuk dirinya..
“You get free food. nak tambah lagi..”
“Difference..” Thaqif tersenyum..
"doctor already say, don't take oil food" Tahira menegur Thaqif.. bukan kira adiknya sorang ni.. ikut sedap mulut dia je. Apa sedap main bedal.. sebab tu sakit tak suruh²..
"Tak bagi orang makan tak apa lah" Thaqif merajuk di palingkan mukanya mengadap keluar tingkap.. Kalau merajuk macam ni confirm dapat punya..
Dalam pukul 12 Tahira ke café di hospital.. ketika ini makanan masih banyak lagi dan semuanya masih panas dan baru masak..
Bergedel adik.. buy two only.. Tahira masukan ke dalam plastic.. kemudian di letakkan di kaunter bayaran.. marah² Tahira belikan juga burgedel untuk Thaqif.. Takut itu permintaan terakhir Thaqif, nanti diri sendiri yang menyesal jika tidak di tunaikan.
kemudian mengambil makanan untuk dirinya pula.. Melihat seseorang sedang cuba cedok kuah kari dengan pantas tangan Tahira menghalang..
“Cik!! Ni tak sedap.. manis.. baik ambik yang macam goreng-goreng je..” Tahira berbisik pada Kamariah.. "Tapi kalau Mak Cik suka manis sedap kot"
Kamariah melihat Tahira yang menegurnya.. di letakkan semula seduk yang di pegang.. “Asam pedas sedap tak?” Kamariah juga berbisik pada Tahira.. dia tahu tidak elok mengata makanan di hadapan kedainya
“Biasa-biasa je.. baik Mak Cik ambik ikan bakar..” Tahira berbisik kembali..
Kamariah mengangguk kepala.. lalu ke ikan bakar yang di nyatakan Tahira tadi..
“9 ringgit..” Tahira keluarkan duit dari kocek seluarnya..
Kamariah melihat Tahira lagi tadi.. dia kenal dengan orang yang menegurnya tadi.. orang yang sama langgar dirinya pagi tadi.. dan sebelum ini pernah berjumpa.. berjumpa ketika hari pertama berpindah ke rumah barunya..
“Mak Cik nak air.. saya orderkan..” Tahira menegur Kamariah yang memandang dirinya dari tadi.. Tahira sudah perasaan sejak sedang beratur untuk membayar makanan..
“Teh ais dengan kopi O kosong” Kamariah terus berikan nama air apa yang dirinya mahu.. Jika di tolak mungkin tidak dapat berjumpa lagi dengan gadis di hadapannya.
“Okay” laju Tahira meninggalkan Kamariah lalu ke café yang menjual air pula..
Kamariah pula selepas bayar terus duduk di meja kosong menanti suami.. Zulkifli meletakkan pinggan di atas meja.. “Dinda mahu air apa?”
“Tak perlu, sudah ada yang belikan”
“Siapa” Zulkifli sedikit terpinga.
“Tu” Kamariah menunjuk ke arah Tahira yang sedang mencari dirinya.. “Dia mahu order.. dia orderkan sekali untuk kita”
“Oh!!” Zulkifli terus duduk, tidak jadi order minuman.. Zulkifli tidak hairan jika Kamariah dapat kawan dengan mudah.. Cikgu katakan, banyak ayat boleh di keluarkan tanpa rasa malu..
Kamariah melihat suaminya mengambil lauk kari yang dirinya mahu ambik tadi.. membuak perasaan Kamariah ingin tahu benarkah tidak sedap, manis seperti perempuan muda Itu katakan..
“Mak Cik duduk sini rupanya” Tahira bawa dulang air lalu di letakkan di atas meja.. Kamariah hanya senyum melihat Tahira..
“Berapa Dik” Zulkifli ingin keluarkan duitnya.
“Tak payah.. Saya belanja.. tadi Saya langgar Mak Cik.. maaf sangat Saya belanja air je..” sopan dan lembut Tahira bercakap dengan orang di hadapannya.. di pandang mata seketika kemudian menundukkan wajahnya..
Kamariah lagi sekali senyum.. perempuan muda ini ingat akan dirinya.. “Tak apa..”
“Saya minta diri dulu” Tahira meminta izin untuk pergi dari situ.. Tidak selesa di pandang oleh Kamariah.
“Makan sekali dekat sini..” Kamariah menahan tangan Tahira dari terus pergi..
“Saya dah bungkus.. Tak apa” memang nak lari dari sini boleh pula suruh makan sekali..
“Bungkus pun boleh makan juga.. duduk la” Zulkifli menambah.. Zulkifli sudah ingat siapakah budak perempuan di hadapannya.. 'Tahira'. Zulkifli boleh melihat isterinya juga tertarik pada Tahira..
Kang kalau pergi kurang ajar pula.. duduk jela. Menjadi serba salah Tahira untuk pergi.. akhirnya Tahira duduk di hadapan Kamariah dah Zulkifli, duduk teman mereka makan dan untuk melepaskan rasa serba salah kerana melanggar tadi.. Tahira buka ikatan plastic air yang di bungkus. Hanya minum air tidak menjamu selera.
“Nama siapa?” Zulkifli tertanya sambil memandang Tahira.. Saja untuk pastikan nama budak di hadapannya betul seperti di duga. Macam budak sekolah lagi tapi sudah bekerja.. mungkin awet muda..
“Tahi!”
Kamariah dan Zulkifli mendengar terbantut untuk masukan makanan ke dalam mulutnya..
“Tahira!!..” Tahira senyum sedar akan kesilapan dirinya.. “Mak biasa panggil Tahi.. tu Saya sebut Tahi saja tadi”
“Oh…” Kamariah ingat perempuan Itu ingin keluarkan kata-kata kesat.. betullah dia orang yang Hakeem langgar sedikit hingga terjatuh.. nama sama, muka pun sama.. masih ingat lagi Kamariah akan Tahira..
“Maaf sebab buat selera Mak Cik dengan Pakcik terbantut..” Tahira melihat Zulkifli seperti sudah tidak boleh menelan makanan yang di beli..
“Tak adalah” Zulkifli menolak pinggannya ke depan..
“Kenapa?” Kamariah melihat suaminya..
Zulkifli tersenyum sahaja.. Kamariah mengerti lalu mengambil sedikit untuk merasa.. dia juga tersenyum.. “Nasib baik Tahira suruh Mak Cik ambik Ikan bakar”
Tahira juga tersenyum.. aku dah tahu semua rasa makanan dekat sini.. Tahira berbisik dalam hati.
“Kenapa tak bagitahu Pak Cik” Zulkifli bertanya sambil memandang Tahira.
“Sebab Mak Cik je sebelah Saya tadi..” Tahira memberi alasan yang tidak boleh di sangkal oleh Zulkifli..
“Kanda makan dengan Dinda. Balik nanti tak ada makanan” Kamariah menolak pinggan ke tengah antara dirinya dengan Zulkifli.. Zulkifli tidak menolak kerana dirinya sememang lapar..
Wah!!!! Kanda Dinda.. sweetnnya.. harap aku kalau kawin dapat sweet macam ni.. hehe.. tapi aku takut laki nak kawin macam mana.. berangan jela.. kawin betul memang tak.
“Sapa sakit” Kamariah mula bertanya semula kepada Tahira yang hanya diam melihat dirinya dan Zulkifli sambil tersenyum senyum.
“Adik” Sepatah sahaja di jawab..
“Sakit apa?”
“Kanser”
“kanser apa?”
“Usus”
“stage?”
“Two”
Zulkifli melihat isterinya kemudian Tahira.. masing-masing berbalas satu perkataan.. “Kalau cakap panjang sikit boleh tak.. laju sangat”
Tahira dan Kamariah sama-sama senyum.. “Dinda dah jumpa geng Dinda” Kamariah memandang Zulkifli..
“Geng apa?”
“geng cakap sepatah”
Zulkifli geling kepala. Isterinya kalau di layan memang semakin menjadi-jadi.. sama dengan Hakeem.. Bab loya buruk number satu “Insyallah adik Tahira boleh sembuh”
Tahira senyum tawar.. insyallah boleh tapi duit untuk menyembuhkan adik tu tiada.
Mereka bertiga diam seketika dan Kamariah sentiasa memerhatikan wajah Tahira.
"Mak Cik tanya boleh" Mata Tahira begitu cantik sekali.. sesuai dengan wajah Tahira tetapi Kaum melayu selalunya bermata hitam, brown, hazel tapi Tahira tidak..
"Apa" Mata Tahira terbuka besar melihat Kamariah..
"Mata original atau kanta" Zulkifli terus menyentuh paha Kamariah kerana bertanya hal diri Tahira. takut Tahira fikir bukan-bukan akan mereka.
"Original Mak Cik" Tahira berikan senyuman.. "semua warna ni kecuali Ayah" Bukan orang di hadapannya sahaja yang pernah bertanya.. Sejak di sekolah lagi cikgu² sudah bertanya ingatkan dirinya memakai kanta lengkap berwarna..
"Cantik mata kamu Tahira" sememangnya cantik.
Tahira berikan senyuman "Terima Kasih" Sebab grandpa la ni Tahira dapat mata cantik. Thanks you Grandpa.
Tahira melihat jam di tangannya sudah hampir pukul satu. Dirinya masih belum makan.. “Saya minta diri dulu.. sekejap lagi nak masuk kerja dah”
“Yela. Harap boleh jumpa lagi ye..” Kamariah rasa terhibur dapat berbual dengan Tahira.. mungkin kerana tiada anak perempuan.. dan dalam pandangan mata hatinya kuat mengatakan Tahira ini anak yang baik dan sudah tertarik dengan keperibadian Tahira yang sopan lemah lembut.
“Insyallah!!. Bye” Tahira sempat melambai dan kemudian pergi meninggalkan Kamariah dan Zulkifli..
“Bukan main seronok berbual..” Zulkifli memandang Kamariah yang tersenyum melihat Tahira pergi
“Dinda tanya dia jawab seronok la.. kalau Hakeem kawin dengan macam ni confirm naik angin Hakeem tu.. sepatah sahaja di jawab” Sudah di pasang niat di hati Kamariah mahu menjodohkan Tahira dan Hakeem.. harap dapat berjumpa lagi selepas ini.
“Confirm la Hakeem tu cari ikut cita rasa dia.. Dah jom balik” Zulkifli bangun di ikuti Kamariah..
Sambil berjalan masih lagi berbual.. “Kanda rasa sampai bila Hakeem mahu jadi seperti sekarang ini”
“Tiba masa berubah la dia.. ada sebab kan dia buat macam tu..” Tapi cara Hakeem, Zulkifli tidak bersetuju langsung.. sudah di tegur juga tapi kerana kenangan silam membuatkan Hakeem tetap mahu menjadi buta..
“Tapi saya rasa cara dia tu salah.. pura-pura buta.. mata dah sembuh masih lagi nak butakan diri”
“Biarlah dia.. yang penting dia buat tak terpesong dari agama..”
"Tapi Hakeem menipu Kanda..Itu pun sudah berdosa"
Share this novel