“WHY!!!!!”
Tidak puas hati Hakeem apabila bukan rumah Tahira yang Bonda dan Ayahdanya pergi.
“Ambik berkat kenduri dulu. Sebelum pergi.. Tu Tahira.. nak pergi rumah dia pun tak ada orang” Hakeem terus memandang ke arah Tahira yang Kamariah tunjukan kepadanya.. “Cantik Bonda tengok.. patut tak menyabar anakda sorang ni”
“Jom Kita duduk semeja dengan mereka” Zulkifli melangkah memperdahului jalan..
“Assalamualaikum Kak Zai” Kamariah menyapa Zaitun yang sedang makan.. “Tak ada orangkan kami nak duduk”
Zaitun menelan makanan dalam mulutnya baru jawab salam Kamariah..“ Wa’alaikumusalam.. duduk la”
Kamariah meletakkan pinggan di meja lalu duduk di sebelah Zaitun. “ Thaqif kamu macam mana sihat”
“ alhamdullilah macam ni la” Thaqif membalas..
Hakeem asyik memandang Tahira di sebalik cermin mata hitamnya. Sambil berbual kosong dengan Zulkifli.. agar pandangannya tidak di sedari oleh orang lain.. Tahira lain sangat.. sekarang nampak ke ayuan Tahira yang sebenar.. pakai baju kurung, berselendang selalu berseluar dan t-shirt seperti lelaki kemudian memakai tudung sarung sahaja..
Tahira yang sedang makan terasa dirinya di perhatikan.. di toleh ke kiri ke kanan mencari siapa.. lalu Tahira memandang tepat Hakeem.. Dia butakan pandang depan pun bukan nampak aku.. “Orang pergi ambik cendol” Tahira bangun untuk mengambil cendol.. cuba di hilangkan perasaan seperti di perhatikan..
“Tahira masih tidak berpunya kan” Kamariah ingin memastikan Tahira masih lagi single
“Zaitun punya” Bersahaja Zaitun membalas
“Kak Zai punya sahaja la kan”
“Yela.. tak kan Tok Imam punya”
Tersedak Tok Imam yang makan di meja sebelah apabila namanya di sebut Zaitun.. “Aku pun tak mahu.. marah bini aku nanti”
“Tok Imam dengar ke” terkejut Zaitun apabila Tok Imam bersuara di belakangnya. Zaitun tidak sedar Tok Imam duduk di belakangnya
Thaqif sudah ketawa perlahan.. terhibur dengar perbualan orang tua..
Tahira muncul kembali dengan membawa dua mangkuk cendol.. “Ni Adik punya.. Mak kita share”
Zaitun mengangguk kepala..
“Mak Cik, Pak Cik nak.. Tahira boleh ambikkan..” Tahira memperlawa diri untuk service waiter free darinya.
“Tak perlu Tahira.. Pak Cik nak makan Pak Cik ambik sendiri” Zulkifli bersuara tersenyum melihat Tahira..
Eh!! Baik sangat pula Tahi ni.. Mak tahu la kamu memang baik.. tapi jangan dengan semua orang kamu nak baik.. Tahira kembali duduk apabila perlawaannya di tolak..
“Tok nak..”
“Okay Tok.. Tahira ambikkan” Tahira bangun kembali apabila dengar suara Tok Imam Bersuara di belakangnya..
“OI!! Tahi.. meja sebelah tak payah la ambikkan..” Zaitun menegur anaknya.. Baik tak bertempat.. nasib baik Tok Imam je..
“Tak apa Mak.. untuk Tok je.. Tok tunggu sekejap” Tahira pergi semula ke booth cendol.. dan di bawa dua mangkuk cendol lagi.
“Tok punya” Tahira meletakkan cendol di hadapan Tok Imam
“Terima kasih”
“Ye Tok”
Tahira ke mejanya semula “Mak Cik punya.. saya ambik lebih” di berikan semangkuk cendol kepada Kamariah..
“Terima Kasih”
“Ye sama kasih!”
“Eh!! Ni kuih Tahira.. rasa sama lah. Sedap” Hakeem tiba-tiba bersuara selepas menyuapkan kuih lapis ke dalam mulutnya.
Tahira senyum mendengar pujian yang mengatakan kuihnya sedap.. Dalam tidak sukakannya pada Hakeem tapi apabila di puji tersenyum juga..
“Hai Bang.. sampai kuih akak pun dah cam..” Thaqif bersuara
“Sebab sedap.. dah kenal air tangan Tahira..” mahu tak cam.. hari-hari makan kuih Tahira ni..
“Zaitun kalau anak kamu kosong.. aku ada anak laki kerja di bandar” Tok Imam bersuara dari belakang.. Berkenan juga Tok Imam dengan Tahira yang ringan tulang, sopan cuma satu sahaja tidak di kenankan.. suka merempit.. tak padan langsung dengan muka Tahira.
“Siapa??”
Semua di meja sedang mencuri dengar Lagi-lagi Hakeem.. terus terhenti dia dari berbual dengan Zulkifli..
“Faiz tu.. dia suruh aku carikan juga untuk dia.. tapi aku cakap cari sendiri.. ni dah tahu anak ko kosong aku terus cakap”
“Tanya Tuan badan” Senang sahaja Zaitun membalas.
“Tahira kamu macam mana!?” Tok Iman bercakap sambil memandang ke hadapan.. tidak menoleh pun mengadap Zaitun dan Tahira.. "Kamu kenal kan dengan faiz tu"
“Ah!!! kenal” Tak tahu apa yang Tahira perlu cakapkan.. “Tahira ikut Mak”
“Tu Ton.. kalau okay cepatkan terus..”
“Nanti aku fikir dekat rumah ye Tok Imam.."
“Yela.. jangan lama sangat”
“Kak Zai anak saya pula macam mana!! Jangan lupa anak saya” Kamariah tiba-tiba menyampuk.. Mahu Zaitun setuju menangis tepi longkang anaknya nanti..
“Laa.. kamu nak juga ke” Tok Imam memandang ke belakang.. ke arah Kamariah.
“Dah saya yang tanya tadi.. Tok ingat kenapa saya tanya” Kamariah memandang Tok Imam pula..
Tahira memandang Hakeem tepat ke arah cermin mata hitam Hakeem.. kau tak suka aku kan kenapa terhegih lagi dekat aku.. Aku tak suka kau la..
“Ehh!! Bukan Abang sendiri cakap.. Ingat aku nak sangat” Thaqif mengulangi ayat Hakeem semasa di hospital..
“Abang buat silap.. sekarang Abang sukakan Tahira..” terus terang Hakeem.. memang menyesal gila la.. Lagi-lagi tengok Tahira sekarang ini yang ayu.. bergegar terus tulang rangka badannya..
Hampir tersedak Tahira apabila terang-terang Hakeem cakap sukakannya..
“Akak tak suka Abang” pantas Thaqif memotong ayat Hakeem..
Tahira cuba buat tidak tahu makan cendol seperti tiada apa yang berlaku sebelah kirinya orang tua berbincang akan jodohnya.. sebelah kanan Hakeem dengan Thaqif berbalas kata..
“DAH!!!!” Zaitun menjerit membuatkan semua memandang dirinya.. “Anak perempuan aku sorang yang merisik sehari sampai 3 orang.. semua aku reject hari ni.. serabut kepala aku”
Zaitun menarik tangan Tahira untuk ikutnya pulang..
“Mak belum habis!!” Tahira yang sedang menyuap cendol terkejut apabila dia di tarik Zaitun..
"Leave”
Thaqif juga berdiri tanpa di paksa mengikut belakang Zaitun untuk bertemu Tuan rumah sebelum balik..
“Sape yang tiga tu” Tuan rumah bertanya pada Zaitun.. kerana meja Zaitun sekeluarga duduk dekat dengan tempat berdiri. Dengar semuanya.
“Tol Imam, Cikgu Kam lagi sorang tu Budak muka macam Fizo Omar tu.. serabut kepala aku.. Balik dulu la.. berkat sungguh Majlis anak kamu sampai dua sekali masuk merisik dekat sini..”
“ Alhamdullilah.. pilih yang terbaik ye Tahira” Tuan rumah memandang Tahira di belakang Zaitun
“Orang ikut Mak”
“Kamu tak payah cakap dengan dia.. dia semua ye, Tak tahu, ikut Mak!!” Memang itulah yang selalu di keluarkan oleh Tahira jika tidak boleh buat keputusan.. Anak Mak betul la..
“Tok Imam.. sama-sama kena reject..”
“Dah reject nak buat macam mana.. aku suruh anak aku cari sendiri jela..”
Kamariah dan Tok Imam masing-masing memandang ke hadapan semula selepas mereka saling menoleh ke belakang..
“Bonda, Mak Cik Zai reject hari ni je.. Esok Kita pergi merisik lagi” Hakeem tidak berputus asa.. memang tak la. Aku dah suka gila dengan Tahira ni. tak jumpa sehari macam setahun aku rasa.. Sekali dia terima pinangan Fizo Omar tu menangis tak berlagu aku.
“Anak aku sorang ni tak serik lagi.. dua kali kamu tu kena reject tak sedar diri lagi.. Itulah peluang pertama cerah bukan main kamu tolak mentah-mentah. Sekarang padan muka kamu, Rasa pula kena tolak..” Di berikan kata pedas pada Hakeem
Zulkifli memegang bahu Hakeem.. “Bunga bukan sekuntum Hakeem”
“Tapi setiap bunga berbeza Ayahda.. ini bunga paling cantik pernah Hakeem jumpa.. Hakeem mahu dia menjadi milik Hakeem dan ingin menjaganya agar terus kekal cantik”
Tok Imam bangun lalu ke meja keluarga Zulkifli sedang menjamu selera “Klastic sungguh keluarga kamu Zul.. macam ni la.. esok jika kau pergi merisik. dan di tolak lagi.. bagitahu Tok.. nanti Tok tolong..”
“Tolong apa Tok.. tolong rampas ke!!” Kamariah berikan pandangan tidak puas hati pada Tok Imam.
“Tolong pujuk Zaitun tula untuk kau. anak kau tu dah confirm suka Tahira. anak aku tu tak confirm kang aku pinang dia tak suka pula.. baik dia cari sendiri.. Tok balik dulu la ye.. Jumpa di Masjid nanti”
_________________________________________________
Esoknya Kamariah , Zulkifli dan Hakeem datang bertemu Zaitun di rumah. Datang untuk merisik Tahira lagi sekali walaupun sudah dua kali di tolak.
“Tak serik ye Bang” Thaqif memandang Hakeem yang tenang, tidak merasa serba salah atau malu selepas di tolak dua kali
“Usaha tangga kejayaan” Hakeem senyum memandang Thaqif.. di berikan senyuman paling manis sekali..
“Dah Thaqif diam.. jangan menyampuk orang tua cakap” Zaitun menegur anak lelakinya yang sentiasa ingin mencari masalah dengan Hakeem..
Tahira duduk di lantai hanya melihat dan mendiamkan dirinya sahaja.. sekali sekali dia memandang ke arah Hakeem dan tiba-tiba terasa malu pula.. kenapa dia suka aku pula..
“Macam ni la Kak Kam.. ambik cincin ni dulu.. bagi kami masa untuk fikir..”
“Tak apa simpan sahaja cincin ni.. sebagai tanda dari kami..”
“Saya tak nak tanda-tanda ni.. Saya akan berikan jawapan kemudian..”
“Yela.. kami setuju. Harap jawapan tidak mengecewakan kami” Kamariah menurut kehendak Zaitun. kang tak turut terus di tolak sekarang juga, melalak nanti Hakeem..
Zaitun balas dengan senyuman.. tidak tahu apa yang perlu di balas.. jika insyallah di ucapkan seperti mereka mengharapkan berita gembira untuk pihak mereka..
Tak serik betul Hakeem ni walaupun kena reject banyak kali dah.. rasa akan berjaya atau tidak untuk memiliki Tahira
Share this novel