#08 KEJUTAN

Romance Series 6067

Hakeem jangkakan dia akan buta kekal tapi tidak di sangka semakin hari dia dapat melihat cahaya dari sekecil lubang jarum sehingga luas untuk melihat sekeliling.. walaupun masih tidak jelas itu sudah cukup berikan dirinya kebahagian.. terasa sinar hidupnya kembali pulih sedia kala..

“Bonda. Hakeem want to make surprise dekat Qis” Hakeem tersenyum apabila memikirkan Qistina pasti akan gembira melihat dirinya dapat melihat kembali.

“Ya.. Ikut Hakeem.. bila nak surprised Qistina” Kamariah sudah malas ingin berbalah lidah dengan Hakeem.. Turutkan sahaja kehendak anaknya..

“Today la Bonda.. Bonda boleh hantar Hakeem” Hakeem memandang muka Kamariah dengan harapan akan menghantarnya..

Dalam diam Kamariah berfikir seketika “Boleh tapi ikut rancangan Bonda.. Bonda mahu juga surprises Qistina” Kamariah perlu buat sesuatu agar kecurangan Qistina dapat di lihat dengan mata anaknya sendiri.. Qistina hanya pergunakan Hakeem semata-mata harta..

Hakeem tersenyum. Akhirnya Bonda boleh terima Qistina.. “Bonda nak surprise macam mana”

“Hakeem pura-pura buta dulu sehingga.. time end surprise Hakeem bagitahu Hakeem dah boleh nampak”

“Good idea Bonda.. mesti Qistina suka..” Jelas riak suara Hakeem sangat gembira..

Kamariah senyum memandang Hakeem.. harap hari ni terbongkar segala kejahatan Qistina.. Sudah di fikirkan plan bagaimana Qistina akan terkantoi

Hakeem keluarkan handphone di dalam kocek seluarnya.. terus di hubungi Qistina.. tidak sabar untuk melihat Qistina semula..

“ Assalamualaikum you”

“ Wa’alaikumusalam..”

“ You dekat mana!! Office.. I nak datang jumpa you”

“ I MC today Hakeem.. sakit perut.. jumpa esok boleh I datang jumpa you”

“ Okay boleh.. you take care.. I tak nak ganggu your rest.. bye” Kecewa Hakeem tidak dapat berjumpa dan buat kejutan pada Qistina pada hari ini.

“ Okay bye!!” Dengan pantas Qistina mematikan panggilan handphonenya..

“ Tak jadi hari ni!” Kamariah memandang Hakeem.. Dia dengar perbualan anaknya dengan Qistina..

“ Qis tak sihat Bonda.. kita balik la Bonda..” Hakeem merasa kecewa tapi esok masih ada.. Pasti penglihatan dirinya semakin jelas, begitulah yang di harapkan.. Setiap hari berdoa agar penglihatannya pulih seperti sedia kala..

“ Bonda mahu beli barang murid Bonda.. Hakeem teman Bonda ye..” Kamariah meletakkan tangan Hakeem agar memegang tangannya.. mata Hakeem masih lagi tidak jelas pandangannya, masih perlukan pembantu untuk menunjukkan arah jalan.. Kaki Hakeem sudah di tanggalkan cast jadi sudah boleh berjalan dengan mudah..

________________________________________________


Kamariah masuk sendiri di dalam kedai MPH untuk belikan buku rujukan bagi anak muridnya.. Hakeem hanya mahu menunggu di luar.. jika masuk akan lagi menganggu Bonda.. perlu melihat dirinya dan perlu di bawa ke sana sini..

Hakeem hanya duduk termenung memandang kehadapan kadang kala matanya memandang orang yang lalu di hadapannya.. terasa seronok gembira dapat melihat lagi.. 6 bulan hidupnya dalam gelap semuanya susah baginya tapi satu kelebihan di perolehi. Telinganya menjadi peka dengan bunyi. Sehingga sekarang..

Hakeem mendengar sayup suara Qistina.. Qis kata sakit.. mungkin suara sama.. Aliff!! Suara kawannya pula didengari.. Hakeem bangun lalu memandang sekeliling. di cari suara yang di dengari..

Betul. Sememangnya suara Qistina dan Aliff.. terkejut hingga terkaku Hakeem apabila melihat Qistina di hadapannya bersama Aliff sedang bermesra.. dunianya bagaikan gelap semula melihat sendiri di depan matanya sebelum ini dia tidak percayakan kata-kata Bonda dan Ayahda..

Langkah kaki Qistina terhenti apabila melihat Hakeem sedang tepat memandang ke arahnya.. di pukul tangan Aliff kerana terkejut lalu menunjukkan ke arah Hakeem yang berada di harapannya..

“Relax sayang.. dia buta tak nampak..” Aliff berbisik tapi boleh di dengari oleh telinga Hakeem..

“I forget..” Qistina kembali lega..

“You can leave him now.. semua harta dia kita dah dapat”

Qistina dan Aliff lalu di hadapan Hakeem tanpa rasa bersalah.. Hakeem masih lagi terkaku melihat dengan matanya sendiri.. dengar dengan telinganya sendiri.. selama ini dia tidak percaya akan kata-kata Bonda dan Ayahdanya..

“Jom Hakeem.. Bonda sudah siap” Kamariah datang kepada Hakeem yang diam berdiri setempat dari tadi..

“Bonda!!” Hakeem tiba-tiba menangis.. “Maafkan Hakeem Bonda tidak percaya akan kata-kata Bonda Ayahda” Hakeem melutut di hadapan Kamariah kemudian di peluk kaki Bondanya..

“Anaknda kenapa.. sudah bangun. Malu orang melihat” Kamariah menarik tangan Hakeem agar bangun berdiri semula..

Hakeem bangun dan memeluk Kamariah.. “Qis Bonda!! Qis curang dengan Hakeem Bonda.. Aliff dengan Qis ambik semua harta Hakeem kumpul selama ini Bonda.. Hakeem dengar mereka cakap begitu Bonda”

“Allahuakhar. Sabar Hakeem.” Kamariah cuba menenangkan Hakeem yang sedang menangis sambil memeluk dirinya.. “Ada lagi yang lebih baik daripada dia Hakeem.. anggap sahaja ini dugaan Hakeem” Tidak di sangka Hakeem ketahui sendiri tapi bagaimana tidak di ketahui Kamariah.. yang penting anaknya sudah sedar sekarang.. Hatinya merasa lega..

“Maafkan Hakeem Bonda tidak percayakan Bonda” Hakeem masih lagi menangis tanpa henti..

“Ye!! Bonda faham.. sudah tidak guna anaknda menangis dengan apa yang sudah berlaku..” Kamariah mengusap lembut belakang Hakeem.. Bonda sentiasa dengan Hakeem walaupun apa pun terjadi dekat Hakeem.. Bonda sayang Hakeem.. air mata Kamariah juga mengalir, sedih melihat anaknya menangis..

________________________________________________


Ke esoknya Qistina berjumpa Hakeem di rumah Hakeem.. Hakeem melayan Qistina seperti biasa kecuali apabila Qistina menyentuh dirinya. Dia akan mengelak dari di sentuh.. Walaupun Aliff sudah suruh dia tinggalkan Hakeem tapi Qistina terasa berat hati.. Hatinya terasa sayang ingin tinggalkan Hakeem yang melayan dirinya dengan baik..

“Dekat rumah I jaga adap you.. Ayahda nampak nanti” Hakeem bersuara tegas..

“Sorry la you.. I rindu dekat you” Qistina menarik balik tangannya kembali yang cuba menyentuh Hakeem setelah di tepis oleh Hakeem..

Rindu konon.. kau semalam pandang aku pun tak.. Kau dah dapat apa kau nak.. buat apa lagi cari aku.. Nak permainkan hati aku lagi.. nak kikis harta aku sampai tinggal sehelai sepinggang..

“You nak keluar makan angin.. I boleh bawa you” Qistina cuba mengambil hati Hakeem yang sedikit bengis ketika itu..

“I tak ada mood la Qis, nak keluar jalan..”

Qistina melihat Hakeem tidak seperti selalu melayan dirinya “You ni macam tak suka je I datang jumpa you”

“I penat Qis.. I ni tak nampak. Tak macam you.. banyak benda baru I kena belajar..”

“I ada untuk you.. you tak perlu belajar pun tak apa.. I akan selamanya ada dekat you” kata-kata ikhlas dari hatinya di berikan.. berat rasanya untuk tinggalkan Hakeem.. mungkin dalam tidak sengaja diri sendiri telah jatuh cinta dengan Hakeem..

Kau ingat aku percaya lagi dengan kata-kata dari lidah berbisa kau tu.. “Company how?? Everything okay right?”

“ Okay je.. don’t worry.. I boleh jagakan untuk you” Muka Qistina berubah riak.. tidak pernah sepanjang Hakeem sakit bertanya pasal syarikat. baru ini di tanya..

Kau ingat aku bodoh ke.. Aku percayakan kau.. kau buat aku macam ni.. “ It’s okay good.. I letih la Qis.. you balik la. I nak rehat” Hakeem terus bangun lalu meraba-raba dengan tangan untuk mencari pintu untuk masuk ke rumah..

Dia ni dah kenapa.. sebelum ni kalau penat, layan je aku.. dia nampak ke semalam.. dia buta mana nampak..

“ Qis!!” Hakeem memanggil Qistina tanpa menoleh..

Qistina yang juga sudah berdiri memandang Hakeem di muka pintu yang membelakangkan dirinya “ Ye you”

“ Kita putus.. you carilah lelaki yang sempurna untuk jadi teman hidup you..”

Terkejut Qistina apabila Hakeem keluarkan kata-kata yang tidak di sangka olehnya.. “No Hakeem.. I sayang you.. you cukup sempurna untuk I” Kata-kata Hakeem bagaikan menarik sebahagian nyawanya.. tidak di sangka sama sekali.. Qistina yakin dirinya sudah jatuh cinta pada Hakeem..

Hakeem terus masuk ke dalam rumah tidak memperdulikan pujuk rayu Qistina.. Qistina mengejar Hakeem “Why??. Sebab Bonda you tak suka I.. okay I akan jadi seperti mana Bonda you mahukan”

“Tiada kaitan dengan Bonda!! I dah tak ada perasaan dekat you.. you boleh keluar dari rumah I.. I tak nak tengok you datang sini lagi.. you boleh berhenti kerja dekat company I sebab I tak nak terserempak dengan you walaupun sesaat” Hakeem menepis tangan Qistina yang menahan tangannya dari terus pergi..

“Why!! Hakeem.. apa salah I” Qistina melihat Hakeem masuk ke rumahnya tanpa menoleh ke belakang.. hatinya menjadi sedih sayu dengan tiba-tiba..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience