#61 PRAMATANG

Romance Series 6067

Lagi sekali Hakeem menyapu minyak angin di perut Tahira.. Keciannya bini aku ni.. “Sakit lagi ke sayang”

“Aha!! Ingat siang tadi dah hilang malam dah tak sakit”

“Kita pergi klinik jom..” Risau Hakeem sakit perut Tahira tidak hilang-hilang.. hilang sakit sekejap sahaja.. kemudian sakit balik sampai menangis menangis, demam.. terasa bahang badan Tahira walaupun duduk berjauhan dengannya..

“Nanti doctor bagi ubat tahan sakit je.. tak payah la”

“Sayang demam juga ni.. kita pergi ye sayang..” Hakeem bangun mengambil cardigan dan tudung sarung Tahira. Tahira tak nak akan di angkat saja. “Bie call Hassan sekejap”

Tahira yang tidak larat biarkan sahaja apa yang di mahukan oleh Hakeem.. hingga baju tudungnya juga Hakeem yang pakaikan semuanya.. siap Tahira, Hakeem terus angkat di bawa turun..

“Baik Encik dan Puan ke hospital. Puan hamil tapi kandungan Puan seperti tidak normal. melihat keadaan Puan, Puan seperti dalam process kelahiran.. Ni baby Puan dan Encik dah cukup sifat semua dan sudah berapa di bawah. Tapi kandungan Puan tidak cukup bulan dan Kemungkinan anak Puan tidak dapat di selamatkan”

“Ha!!” Tahira dan Hakeem dua-dua terkejut.. “Doctor tak boleh selamatkan..”

“Maaf Cik.. ini bukan bidang saya.. better Encik dan Puan ke hospital sekarang.. Saya call ambulance lagi cepat daripada pergi sendiri”

Tahira sudah menangis terkejut dengan khabar berita yang di dengari.. gembira seketika dan sedih berpanjangan..

“Sayang sabar sayang” Hakeem memeluk dan mengusap kepala Tahira..

“Bie.. anak kita..”

“Kita doa banyak-banyak sayang.. insyallah tak ada pape..” Hakeem cuba tenang.. Jika dia tidak tenang lagi menganggu emosi Tahira..

_________________________________________________

 

Tahira termenung sahaja kerana tidak dapat terima hakikat tiada sudah kandungan di dalam rahimnya.. Melahirkan tetapi tiada anak bertapa peritnya rasa..

“Sayang.. makan sikit”

Tahira geling kepala tidak mahu makan..

“Bie suap ye.. Sayang kena kuat.. nanti kita usaha lagi.. mungkin ni belum rezeki kita sayang”

Tahira memandang Hakeem.. “Bie nak peluk”

Hakeem bangun lalu memeluk Tahira.. air mata Tahira terus mengalir jatuh membasahi baju Hakeem..  menangis Tahira sepuas hati hingga dirinya tenang dan tertidur sendiri..

_________________________________________________

Sedih Zaitun melihat anaknya yang asyik termenung sahaja.. Di pujuk juga tapi tetap sama keadaan anaknya.. Walaupun baru tahu kandungan tidak sampai sehari, kerana sudah ada di dalam rahim, sayang itu pasti ada.

“Tahi.. sampai bila nak termenung ni. “

“Anak orang Mak.. kecian dia Mak”

“Anak kamu dah gembira dekat syurga.. sepatutnya kami kena gembira Tahi.. tak semua orang dapat seperti kamu.. Yang hidup ni perlu teruskan”

“Ermm” Tahira mengesat air mata yang hampir mengalir di pipi.. “Bie sayang nak makan”

akhirnya Tahira termakan juga dengan pujukan Zaitun.. Bermacam cara ayat di keluarkan baru ni Tahira terpujuk.

Dengan pantas Hakeem bangun ambik nasi dan ikan sup yang Zaitun bawakan untuk Tahira.. Dari semalam, pagi sampai ke petang di pujuk makan tapi tetap tak nak.. bila Tahira minta makan.. memang akan di berikan sahaja..

“Bie suap sayang ye”

“Ye”

“Bismilah.. allahumma ………”

Tahira mengaminkan doa yang di baca oleh Hakeem.. “Mak Terima Kasih masakan”

“Ye.. dah kamu makan je.. ada apa nak bagitahu Mak”

________________________________________________

Sepanjang Tahira pantang Hakeem sentiasa ada di sisi Tahira.. Senang kerja Zaitun kerana Hakeem sangat bertanggunjawab.. Hampir semua perkara Hakeem yang uruskan.. Sampaikan Tahira mandi pun Hakeem yang mandikan. Hakeem sememangnya pilihan paling sempurna untuk anaknya walaupun pada mulanya agak berat hati. lagi² Tahira terlalu muda..

Hakeem melihat Tahira di urut.. macam sedap je.. “Sayang nak Bie urut sayang”

“Bie jangan gatal boleh..”

“Silap..nak sayang urutkan Bie.. macam best je Sayang kena urut.. best tak sayang”

“Oh.. nanti dah okay.. Sayang urut Bie.. best Bie.  hilang rasa lenguh badan..”

Pap!! Punggung Tahira di pukul. “Tengah pantang nak urut apanya.. kamu tu kena pantang sama macam orang bersalin..”

“Mana tahan Wak!!”

“Ni lah orang sekarang.. nanti sakit badan cari Wak juga.. Hakeem kau pergi.. jangan tengok..”

“Wak.. laki orang butalah Wak. dia tengok pun tak nampak.. Wak!! Lusa dah sebulan.. bolehkan nak bersama..”

Hakeem sudah tersengih sahaja.. bukan dia sahaja tahan nafsu Tahira pun sama.. malu-malu Tahira boleh tahan juga kalau dah datang miang keladinya..

Pap!! Lagi sekali di pukul.. “Ni kau yang miang bukan laki kau..”

“Sama-sama la Wak.. tapi saya tolong tanyakan..”

“Elok 100 hari.. kalau dah tak tahan sangat Wak bukan boleh halang pun. kau tu dah di kira bersalin betul sebab anak kau enam bulan dah cuma tak panjang umur.. Untuk jaga kesihatan rahim kau juga bukan saja2 suruh 100 hari. Kau ingat Hakeem jangan nak ikut sedap nafsu kau sorang je..”

“Ye Wak!! Tak tahan saya puasa” Tahan-tahan.. sayang bini.. nanti Tahira sakit aku juga susah...

_______________________________________________

“Esok dah habis pantang.. kita balik rumah Bonda ye”

“Ermm.. boleh Bie..”

“Dah sayang tidur.. Bie peluk sayang ye” Tangan Hakeem terus memeluk Tahira.. Tahira pula mengiring mengadap Hakeem dan di peluk juga Hakeem..

“Bie.. I love you”

“I love you to Sayang..” Di berikan kucupan di dahi Tahira.. “Dah tidur..” Di tepuk lembut belakang Tahira untuk mendodoikan isterinya..

_____________________________________________

Terkaku Tahira berdiri di hadapan pintu utama rumah mertuanya melihat Qistina memeluk Hakeem..

“Perempuan gila!! Kau buat apa ha!!!” Hakeem menolak Qistina dengan kuat.. Ingatkan sudah dua bulan senyap tanpa bayang Qistina hidupnya akan aman.  Tapi tidak di sangka.. jejak sahaja kaki di rumah Kamariah dia di peluk oleh Qistina depan Tahira..

Kamariah yang baru keluar dari bilik kerjanya juga terkejut seperti Tahira..

“Hakeem I miss you. I Sayang you” Qistina cuba datang kembali peluk Hakeem..

“Kau pergi!!!!.. Sampai kau mati aku benci kau..”

Pada masa yang sama Tok Imam datang bersama-sama beberapa orang lelaki dan perempuan.. “ Assalamualaikum Hakeem..”

Hakeem menoleh ke belakang. “Wa’alaikumusalam”

Kamariah dengan pantas mendapatkan Tahira yang hanya mampu terkaku sahaja.. “Sayang jangan fikir bukan-bukan.. Bonda ada!!” Kamariah memeluk dan menepuk lembut belakang badan menantunya..

“Tahira tahu Bonda.. perempuan ni memang tak makan amaran betul..” Perlahan suara Tahira berbicara.. Amarahnya sudah memuncak..

“Tok datang sebab ada orang report ada kes khalwat dekat rumah kamu..”

“Ha!!!” terkejut Hakeem.. dia tahu ini mesti kerja Qistina..

“Tok Imam.. Saya Dekat rumah nak ada kes khalwat apa!!.. Tahira ni pun ada dia baru balik dengan Hakeem dari rumah Kak Zai sama-sama.”

Kurang ajar punya perempuan, Tahira yang cuba kawal amarahnya tapi tidak mampu apabila Tok Imam berkata ada kes khalwat.. dia tahu Qistina sengaja mahu perangkap Hakeem…

“PEREMPUAN TAK GUNA!!” Tahira bercakap dengan nada suara menahan marahnya..

“Tok Hakeem dengan saya tadi” Pantas Qistina bersuara.. “Dia dengan saya je..”

“TAHIRA!!!” terkejut Kamariah melihat Tahira dengan tiba-tiba menarik rambut Qistina lalu di hempuk di kerusi di ruang tamu rumahnya..

Hakeem buat seperti biasa. Tahu dah perangai Tahira.. Nasib baik dengan suami sendiri Tahira tak panas baran macam ni..

Kamariah dan perempuan yang di bawa Tok Imam cuba menghalang Tahira daripada terus membelasah Qistina.. Tapi tidak berjaya..

“Bonda tepi!!. Perempuan macam ni memang tak serik!” Kepala Qistina di hantukan lagi sekali “Kau Tak ingat kepala kau aku dah ketuk.. aku dah teranjang kau.. kau nak lagi kan rasa kena belasah dengan aku.." Tahira menghempas badan Qistina di lantai pula.. kali ini di sepak di pijak badan Qistina pula.. Bukan seperti Tahira yang di kenali sebagai seorang yang lemah lembut “Ambik kau!!! Kau nak sangat kan..”

“HAKEEM tolong!!” Kamariah tidak dapat mengawal Tahira yang sedang mengamuk seperti orang gila..

“Biar Bonda.. memang patut perempuan tu dapat macam tu.. Sayang lagi!! Tumbuk pula!!” Hakeem lagi memberi semangat pada Tahira agar membelasah Qistina..

Akhirnya kemarahan Tahira dapat di redakan oleh Tok Imam.. Qistina terpaksa di bawa ke hospital kerana memang teruk la di belasah oleh Tahira.. kepala di hantuk tidak terkira banyaknya.. Lagi Hakeem bagi semangat padanya memang bersemangatlah Tahira jadinya..

“Bie!! Tak nak masuk lokap” Tahira memandang Hakeem dengan mata berair..

Dia belasah orang tak ingat dunia.. tapi bila jadi kes polis tak nak masuk lokap. tahu juga takut “Tak sayang.. Bie ikat jamin sayang ni..”

“Tahira.. lembut kau, marah teruk juga sampai lunyai budak tu kau kerjakan..” Pegawai polis yang handle kes Tahira mula bersuara apabila Tahira boleh di ikat jamin oleh Hakeem..

“Tuan..” lembut suara Tahira berkata.. kalau orang Tahu Tahira belasah orang pasti tidak akan percaya.. termasuk Pegawai polis sendiri.. Tahira dah mengaku pun masih susah nak percaya.. “Kalau isteri Tuan tempat saya pun, mesti buat benda sama.. saya minta maaf Tuan..” Tahira menundukkan badannya Hingga 90 darjah Sebagai hormat..

Kamariah di luar balai polis bercerita pada Zulkifli dan Zaitun akan kejadian yang terjadi tadi.. Dia bagai tidak sangka dengan menantunya.. dia perempuan pun tak ada nak bertindak macam tu sekali..

Nampak sahaja Tahira di muka pintu balai Zaitun terus menarik tangan anaknya.. “Kamu dah kenapa.. Habis pantang terus Pukul orang..kalau masuk lokap macam mana”

“Dia kacau Bie.. Saja nak perangkap Bie.. Mana boleh tahan tengok je.. Lagi pun Bie cakap belasah lagi.. Tu orang buat”

“Kamu pun sama Hakeem.. patut pujuk Tahira bukan suruh lagi belasah c Qistina tu..” Kamariah juga menegur anaknya..

“Perempuan tu memang patut kena belasah. dulu Sayang dah belasah dia pun tak serik. padan muka.”

“Ha!!! Bila? Kamu pukul dia” Terkejut Kamariah..

“Dekat langkawi hari tu” Perlahan suara Tahira bersuara lalu menyorok di belakang Hakeem.. Hakeem pelindung bagi dirinya dari di marahi oleh Zaitun

“Allahuakhbar.. Jadi dah lama la dia kacau kamu Hakeem.. kenapa tak cakap dengan Ayahda Bonda” Zulkifli bersuara pula..

“Kalau cakap pun bukan boleh buat apa..  isteri Hakeem boleh settlekan.. kan sayang” Belagak punya Hakeem.. mentang-mentang bini sayang percaya dekat dia..

“Ye!!!” Laju juga kepala Tahira mengangguk tapi masih berlindung di belakang Hakeem.

“Sekurangnya Ayahda Bonda tahu.. boleh buat something.  Kalau terkena tadi Bonda tak ada dekat rumah tadi.. Tak pasal kena nikah dengan dia.”

“Memang tak la nak nikah dengan dia.. kalau nikah pun terus ceraikan talak tiga.. Sayang Jangan tinggalkan Bie tau.. hari-hari berkepit dengan Bie.  Bie takut la perempuan tu datang balik..” Hakeem menjadi manja apabila bercakap dengan Tahira..

“Ermm… Sayang janji pergi mana-mana mesti dengan Bie.  Di mana ada Bie di situ ada sayang”

“Thank you sayang”

“ALLAH… Time macam ni nak mengedik la pula… Sekarang ni.. Mak nak tahu.. perempuan tu sapa . betul bukan scandal kamu..” Risau juga Zaitun jika menantunya menduakan Tahira.. 

“Dia yang buat Hakeem buta Kak Zai” Kamariah yang jawabkan untuk Hakeem.. “Ex Hakeem. maaflah tak sangka jadi macam ni.. bukan niat nak rahsiakan”

“Hakeem tak rahsia.. dah cerita dekat sayang Semuanya.. Mak don’t worry okay.. Hakeem sayang anak Mak sorang…”

“Mak tahu kamu duakan anak Mak siap la.. tak kira anak orang.  Mak libas kamu sampai tak boleh bangun”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience