#03 DESAKAN

Romance Series 6067

Alif dalam tersenyum datang berjumpa dengan Qistina.. apa yang di rancangkan lama akhirnya akan berjaya tidak lama lagi..

“You tak payah buat-buat rajin” Aliff menegur Qistina yang sedang melakukan kerjanya..

Qistina masih sedang lakukan kerjanya dan buat seperti tidak melayan Aliff “You are you doing here.. I dah cakap kan dalam ni you dan I tak kenal" Qistina bercakap dengan suara yang perlahan tapi tegas..

“Relax orang tak akan syak apa-apa.. you dah dapat kuasa, sekarang dah tiba masanya you keluarkan sikit-sikit..” Aliff tidak menyabar. Apabila di ketahui Qistina salah seorang yang berkuasa keluarkan duit Syarikat Hakeem dengan pantas dia mahu bertindak.. Lagi cepat lagi bagus..

“Masih perlukan dia.. you sabar boleh tak!!”

“Sayang ingat I tak tahu!! You goda la dia masa nak suruh sign macam sebelum ni..” Aliff pergi selepas habis kata-katannya..

Qistina duduk memikirkan adakah betul apa yang dia lakukan sekarang ini.. tidak pernah lagi dia seleweng Duit mana-mana company.. risau akan memakan diri sendiri.. di buka akaun company untuk melihat jumlah yang ada.. sememangnya banyak.. tak perlu dirinya susah kerja lagi selepas ini.. 7 keturunan belum tentu duit ini boleh habis..

Deringan telephone mematikan angan tahi ayam Qistina.. di angkat sebaik melihat nama Hakeem di screen.. “Hello..”

“You jom lunch together”

“Okay boleh!! Hari ni nak makan apa”

“Nasi kukus.. I will come pickup you at your floor”

“Okay sayang..”

“Bye!!”

Nasi kukus lagi.. dia ni tak ada lain apa.. Asyik nak makan Nasi 7ringgit tu.. lepas tu nanti tangan aku berbau kari dia.. ish!!!..

Sebaliknya yang di rasai Hakeem.. Hari-hari dirinya tersenyum sejak Qistina kerja dengannya kerana hari-hari dapat bertemu dengan kekasih hati.. Siapa yang tidak gembira bila dapat berjumpa dengan orang yang di sayangi.
________________________________________________

Melihat Hakeem sudah sampai dengan pantas dia mengukirkan senyuman.. senyuman palsu terpaksa di berikan.. Jika tidak kerana duit memang tidak lah dia dekati Hakeem walaupun Hakeem ni terlalu baik..

“Wow you beautiful today”

“Thank you Hakeem.. you pun apa kurangnya”

“Itu I dah tahu.. Jom keluar sekarang”

“Awal lagi ni”

“It’s okay staff pun boleh keluar awal”

“Wait” Qistina buka laci mejanya lalu di ambil beg kecik yang selalu di Bawa ketika keluar makan tengah hari di pejabat..

Qistina tidak pegang tangan Hakeem ketika berjalan di pejabat kerana sudah di warning awal. Jika Zulkifli nampak dirinya akan di leteri kerana Qistina bukan muhrimnya.. Masuk sahaja di dalam kereta Qistina terus berikan sentuhan manjanya pada Hakeem. Hakeem perlu di goda bagi menyakinkan yang dirinya betul-betul di sayangi Qistina..

“Bila boleh masuk meminang you.. Bonda sudah bertanya” Hakeem mula bertanya apabila hampir hari-hari di desak dengan Kamariah agar berkahwin..

“Bagi la masa untuk I kumpul duit.. I want to make money my own”

“Lepas kawin pun boleh.. I izinkan you kerja” Hakeem mengambil tangan Qistina yang memeluk lengannya lalu di gengam erat..

“Difference you.. bagi I masa sikit lagi..”

“Okay.. don’t make me wait to long. Nanti I kawin dengan orang lain you juga melopong..”

“Berani you buat” Qistina menarik tangan yang di gengam oleh Hakeem.. kau nak kawin lain lepas aku dapat semua yang aku nak..

“Ala ala.. dia merajuk.. you know right kekasih hati yang I ada only you” Hakeem menarik balik tangan Qistina untuk di pegang..
_________________________________________________


Sudah di jangkakan yang dirinya akan di bebeli dengan Kamariah.. tiada apa boleh buat jika Tuan badan masih tidak bersetuju.. tak akan ingin memaksa.. Itu bukan dirinya..

“Anakda dengan Qistina dah setahun bersama.. sampai bila mahu buat dosa kecik.. lama lama dosa anakda bertimbun menjadi gunung Hakeem”

“Bukan Hakeem tidak mahu Bonda tapi Qistina perlukan masa.. Dia mahu cari rezeki untuk keluarganya dahulu..” Hakeem memberi alasan yang Qistina bagitahu padanya..

“Lepas kawin dengan Anakda masih boleh mencari rezeki untuk keluarganya.. atau anakda tidak izinkan sebab itu Qistina tidak bersetuju dengan anaknda” Kamariah kembali bersuara.. tidak boleh di terima akan alasan Hakeem..

“Hakeem sudah cakap dengan Qistina.. Hakeem izinkan dia bekerja.. Nanti Hakeem pujuk dia lagi Bonda.. bagi Hakeem dengan Qistina masa”

“Lagi sekali Bonda dengar Qistina menolak.. Bonda mahu anakda putuskan hubungan dengan dia.. cari yang lain.. Bonda bukan mahu memaksa anakda berkahwin tapi ingat Hakeem.. secebis dosa yang Hakeem buat.. Bonda Ayahda juga akan dapat jika kami tidak menegur..” Kamariah memberi kata kesedaran pada Hakeem..

“Hakeem sayang Qistina.. bagi Hakeem masa sebulan dua ini Bonda” Hakeem berdiri keluar dari bilik kerja orang tuanya.. Serabut kepalanya dengan desakan orang tuanya dan ketidak mahuan Qistina berkahwin dengannya..

Zulkifli yang duduk di sebelah Hakeem sebentar tadi hanya diamkan diri mendengar bebelan dan amaran Kamariah kepada anaknya.. Dia sendiri setuju dengan kata-kata isterinya.. Sampai bila perlu keluar berdua tanpa ikatan yang halal.. jika tidak di tegur orang tua juga akan tanggung dosa anaknya..

“Jika orang tua katakan tidak mahu dengar.. anak anak” Kamariah masih lagi mempunyai rasa tidak puas hati dengan Hakeem yang keluar bilik begitu sahaja..

“Sabar Dinda.. Hakeem sedang berusaha.. Kita doakan terbaik sahaja untuk anak kita”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience