#64 ALAHAN

Romance Series 6067

Tahira sedap menjamu selera manakala Hakeem mabuk tidak boleh hidu bau sedikit pun makanan. baru kakinya ingin melangkah ke meja makan terus ingin keluar isi perutnya.. Doa Zulkifli termakbul mahu anaknya yang merasa alahan..

“Tahira tak perlu bangun” Kamariah menahan tangan Tahira untuk pergi melihat Hakeem.. “Biar dia.. baru dia rasa.. Tahira makan je”

“Ye betul tu.. kamu makan sahaja..” Zulkifli bersetuju dengan Kamariah..

“Bie tak makan apa-apa dari semalam. kecian dia”

“Tak apa.. Tak mati pun tak makan satu hari.. ni balasan diri tipu Tahira. makan je. nak lagi Bonda tambah.. makan banyak-banyak.. untuk baby Tahira juga”

Tahira mengangguk kepala sahaja dan di balas senyuman oleh Kamariah dan Zulkifli.. Tahira rasa macam dirinya seperti anak Kamariah dan Zulkifli bukan Hakeem.. beruntung dapat mertua baik.

Habis membersihkan meja makan Tahira ke ruang tamu. Duduk di tepi Hakeem yang terbaring pusat lesu. Dulu dirinya sekarang Hakeem “Awak nak makan apa-apa tak. Saya boleh masakan”

Hakeem buka matanya melihat Tahira. “Nak Awak je!” Hakeem bangun lalu di peluk Tahira.  Hilang rasa mualnya apabila dapat cium bau badan Isteri tercinta..

“Awak tak makan apa-apa dari semalam.. saya risau..” Tahira mengusap lembut belakang badan Hakeem..

“Tak apa. Yang penting awak makan. Baby sihat”

“Saya potongkan buah ye” Tahira melepaskan pelukkan Hakeem. Dan melihat Hakeem mengangguk kepala.. Dengan pantas Tahira ke dapur semula. 

Kamariah dan Zulkifli sudah siap untuk pergi ke tempat kerja.. di lihat anaknya masih terbaring.. teruk betul Hakeem ni kena alahan.. Sampai bau nasi kosong pun tak boleh.

“Padan muka” Zulkifli bersuara memandang Hakeem.  “Kalau Tahira yang kena. Entah-entah anaknda cakap dia mengada-gada.. malas la.. sebab tu semua kena dekat anaknda”

“Padan muka anaknda.. betul cakap ayahda tu. “ Kamariah juga menyampuk

“Hakeem tak ada pun cakap macam tu..” Tidak larat untuk layan orang tuanya tapi terpaksa di balas juga. Tidak suka di tuduh begitu.

“Sebab Tahira tak kena.. Anaknda memang la cakap macam tu.. Ayahda kenal anaknda tu.  Kalau Tahira kena confirm anaknda akan cakap apa yang Ayahda cakap tadi”

“Bonda Doakan anaknda macam ni sampailah Tahira nak bersalin nanti”

“Bonda!!!” Tidak sangka sanggup Bondanya sendiri doakan dia jadi begini.. Dulu Ayahda sekarang Bonda pula.

“Jom kanda pergi tinggalkan saja anakda yang sakit mengada itu” Kamariah melangkah keluar di ikuti Zulkifli.. “Tahira!!” kuat suara Kamariah memanggil.. “Bonda Ayahda pergi kerja. Tak perlu ke mari”

Tahira yang melangkah untuk datang terbantut di teruskan kembali mengupas buah epal untuk Hakeem.

_________________________________________________
 

“Yang laki kamu minta pelik-pelik kenapa?” Zaitun melihat Hakeem sambil berbisik dengan Tahira.

“Entah la Mak.  Tu minta tolong Mak belikan biji kopi.. nak keluar tinggal Hakeem sorang-sorang risau pula sebab dah berape hari dia tak boleh makan.”

“Selalu perempuan mengidam.  Ni kamu terbalik..”

“Tak pe kot Mak, dia mengidam ni.. Kalau orang yang mengidam nak makan kopi takut jangkit dekat baby. Nanti baby gelap macam kopi pula”

Zaitun menampar lengan Tahira.. “Tak ada kaitan la makan kopi dengan warna kulit”

Tahira mengusap lengannya.. “Sakit lah Mak.. mana tahu betul”

“Mak tengok laki kamu tu makan berseleranya.. tak pahit ke!!”

“Mesti la pahit.. kena tekak dia manis kot”

Zaitun mengambil beg plastic berisi Kopi di tangan Hakeem. “Dah.. kamu makan banyak dah. Tak elok”

“Ye Mak” Hakeem turutkan sahaja.. memang tidak elok pun makan kopi banyak.. “Mak minta satu lagi boleh”

Zaitun menyeluk lalu di berikan sebiji kepada Hakeem..

Hakeem senyum memandang Mak mertuanya.. “Mak kalau Hakeem nak minta Mak kawin lagi boleh”

“Kamu ni!! Buang tebiat ke!!” Zaitun memarahi Hakeem. Terkejut dengan permintaan menantunya

“Teringin nak tengok bersanding. Boleh la Mak” Hakeem memegang tangan Zaitun..

Zaitun memandang Tahira.. “Ni sebab kamu beriya suruh Mak datang.. bukan sebab kopi ni kan”

Tahira Senyum sahaja memandang Zaitun.. dia sendiri takut untuk cakap perkara sebenar jadi di suruh Mak datang biar Hakeem cakap sendiri.. Tapi yang mengidam kopi itu betul juga..

“Menantu aku ni buang tebiat betul!! Tak ada masa Mak nak layan permintaan pelik kamu..” Zaitun menarik tangan yang di pegang Hakeem.. “Mak balik!! Kamu minta lagi benda mengarut macam ni kena kamu”

“Mak!! Sekali je!!” Hakeem cuba memujuk Zaitun..

“Memang tak ada!!” Zaitun terbeliakan biji matanya.. “Dah Mak balik”

“Ye Mak..” Tahira terus bersalam Zaitun lalu di hantar hingga keluar rumah..

Tahira masuk balik ke rumah melihat Hakeem sudah masam muka seperti merajuk.. “Bie ni.. minta macam tu memang tak dapat la”

“Dah Itu yang Bie teringin nak buat macam mana”

“Bie tahan jela.. yang penting tak effect dekat baby”

30 minit kemudian Zaitun datang semula ke rumah menantunya..

“Mak ubah fikiran ke” Hakeem sudah tersenyum apabila Zaitun datang semula.

“Apa pula ubah fikiran.. memang tak la Mak nak kawin lagi.. Ni ambik” Zaitun berikan album kepada Hakeem.. “Tu tengok puas-puas Mak bersanding.. Jangan nak Minta yang real.. Mak pial-pial teling kamu nanti”

“Mak balik.. tak payah hantar.. Mak tahu jalan keluar”

“Terima Kasih Mak.. sayang Mak..”

“Ye!!”

Hakeem melihat gambar gambar lama keluarga Tahira buatkan dirinya tersenyum sendiri.. paling lama di tenung adalah gambar persandingan Zaitun dan Othman.. terasa puas dapat melihat walaupun hanya dalam gambar..

“Muka sayang macam muka Mak la..” Hakeem melihat muka Tahira lalu memandang gambar Zaitun..

“Dah Saya anak Mak.. nanti dah tua pun sama muka macam Mak”

“Tak rugi Bie pilih sayang… sebab cantik.. Mak dah tua pun cantik lagi”

Laki aku ni berkenan dengan Mak ke. lain macam je ayat dia ni..

“Kita balik rumah Mak la.. tidur rumah Mak.. dah lama kan tak tidur rumah Mak”

Tahira memandang Hakeem.. “Okay” Lama apa.. rasa baru 2 hari.. Biar lah lagi best..

“Kita balik sekarang la..”

“Sekarang!!”

“Ye!! Cepat.. jom”

30 minit kemudian……..

Zaitun sudah cekak pinggang melihat menantu dan anaknya sudah di luar rumah.. “Tak puas!! Nak suruh aku kawin lagi”

“Tak Mak.. tiba-tiba rindu Mak.. Hakeem dengan Tahira Duduk sini ye” Hakeem berikan senyuman manis kepada Zaitun.. berharap dirinya tidak di halau..

“Suka hati!!” Zaitun masuk ke dalam rumah di Ikuti Tahira dan Hakeem..

Selepas meletakkan beg pakaiannya di dalam bilik Hakeem dengan pantas keluar semula untuk bertemu Zaitun yang sedang berehat menonton TV bersama Tahira..

“Kamu buat apa ni” terkejut Zaitun apabila Hakeem tiba-tiba memeluk dirinya..

“Rindu dekat Mak!!”

“Memang buang tebiat laki kamu ni Tahi..”

Hakeem membetulkan kedudukannya.. duduk sangat rapat dengan Zaitun dan di peluk tangan Zaitun dengan erat..

“Biarlah Mak.. dengan Mak je pun.. kalau dengan perempuan lain.. orang marah juga”

“Mak ni rasa rimas tahu tak” Zaitun cuba menarik tangannya dari di peluk Hakeem..

________________________________________________

Thaqif yang balik rumah dari sekolah terkejut melihat Hakeem makan bersuap dengan Maknya.. “Abang tu kenapa?”

“Mak suap baru dia boleh makan”

“Yang dia tergedik dengan Mak orang kenapa”

“Ni tak gedik sangat tadi lagi gedik.. Mak Sampai sepak pun dia nak melekap lagi dengan Mak.. harap tak tidur la dengan Mak!!”

“Nasib kau la kak dapat suami tergedik macam tu..”

Zaitun akhirnya tidak tahan dengan kelakuan Hakeem.. semua kerja tidak jadi kerana menantunya.. Zaitun mencampakan beg pakaian Hakeem ke luar rumah.. termasuk Hakeem sekali..

“Kau balik!!”

“Sampai hati Mak halau kitaorang..” Hakeem memandang Zaitun dengan perasaan sedih..

“Kamu dah tak tergedik.. baru datang sini balik.. Balik!! Sana” Zaitun menolak Hakeem keluar dari rumah..

“Tahi!! Kamu ikut laki kamu balik.. selagi dia tergedik dekat Mak, selagi tu jangan bagi dia datang sini”

“Ye Mak!! Orang balik dulu” Tahira dengan pantas salam dengan Zaitun kemudian menarik Hakeem masuk ke dalam kereta..

“Mak!! Nanti Hakeem rindu Mak” Hakeem masih cuba mendapatkan simpati pada Mak mertuanya

“Tak payah rindu Mak.. rimas tahu tak Asyik berkepit..”

“Esok-esok boleh datang lagi. Jom la. Bagi Mak rehat dulu” Tahira cuba memujuk Hakeem..

“Mak salam!!”

Zaitun hulurkan tangannya kepada Hakeem..

“Peluk sekali je Mak”

“Cepat!!”

Hakeem tersenyum memeluk Zaitun.. “Terima Kasih Mak”

“Dah lepas ni tergedik dekat Mak kamu sendiri.. kamu dah habis gedik baru datang sini balik”

Zaitun melihat Hakeem dan Tahira pergi hingga tidak nampak dari pandangan matanya.. macam-macam.. pelik betul aku.. aku mengandung juga tak ada la laki aku jadi macam Hakeem ni..

Hakeem masuk rumah terus ke biliknya dengan keadaan muka masam mencuka.

“Kenapa tu” Kamariah bertanya dengan Tahira

“Mak halau sebab Hakeem tergedik dengan Mak. Sampai makan pun minta Mak suap”

“Yang dia buang tebiat kenapa”

“Berkenan dengan Kak Zai la tu.. dapat cucu laki ni rasanya..” Zulkifli bersuara..

“Entahlah. Tahira pun tak tahu.. Tahira naik atas dulu la”

“Pergilah!!”

_______________________________________________

Sepanjang Tahira mengandung Hakeem turut rasa seperti isterinya rasa..  jika Tahira teringan makan sesuatu, Hakeem turut teringin makan benda yang sama.. jika Tahira lenguh kaki kerana berjalan Hakeem turut akan rasa sakit yang sama.. Kamariah tidak tahan apabila Tahira mengadu sakit dada sebab pemprocesan susu mahu berlaku, tidak lama kemudian Hakeem turut mengadu dadanya sakit.. sakit yang tidak pernah di rasai sebelum ini..

“Dinda pening dah dengan Hakeem.. macam dia yang mengandung.. mengalahkan Tahira..”

“Lepas Tahira bersalin okay la tu balik.. balik ke Hakeem sebelum ini”

“Penat la nak layan.. patut Kak Zai asyik halau je kalau Hakeem ke sana”

Di dalam bilik Hakeem sedang berbual dengan anak dalam kandungan Tahira.. macam-macam di bualkan, Tahira kadang kala menyampuk juga tapi lebih banyak diam dengar Hakeem bercakap sendiri..

“Sayang senyum cantiknya” Hakeem memuji Tahira yang senyum memandang dirinya.. sejak Tahira mengandung nampak muka isterinya lagi bertambah cantik berseri “Sayang kalau Bie nak minta sesuatu boleh”

“Apa.. jangan mengarut sudahlah.. sayang tak larat dah”

“Bie tahu.. sayang pun tengah sarat.. tapi boleh tak Bie nak minta.. last je..”

“Minta apa?”

“Nak sama sayang..  tapi kalau sayang tak larat tak apa.. Bie faham” Hakeem bersuara seperti merajuk walaupun Tahira tidak lagi menolak permintaannya..

Dia buat muka kecian pula.. “Jom. Boleh je.. Tahira sudah siap sedia untuk bangun dari duduknya..

“Betul ni” Ceria muka Hakeem tidak seperti tadi..

“Ye!! Lambat sayang tak jadi lah”

“Jom².. Bie tutup semua dulu”

Tahira mengangguk kepala.. selagi boleh akan tunaikan permintaan Hakeem.. layan suami dengan ikhlas, buat suami gembira dari situ dirinya akan dapat pahala..

"Bie jangan hempap sayang.. nanti baby keluar awal pula"
________________________________________________

Hakeem mengazankan anaknya sebelum di berikan kepada Tahira. Anak yang menjadi tanda ikatan cinta mereka berdua..

“Baby sayang” Tahira mengagah anaknya. tidak sangka sekarang dirinya sudah jadi seorang Ibu..

"Ye sayang!!" Hakeem menyahut..

"Sayang panggil anak kita la"

berubah terus muka Hakeem kerana di permainkan oleh Tahira.. tadi sebelum bersalin bukan main minta maaf.. sekarang nak start balik kenakan orang.

"Comelnya dia merajuk.." Tahira tersenyum melihat muka Hakeem yang tidak puas hati..

"Baby kita puji Abi. Abi diam baby.. Abi marahkan Umi" Tahira bercakap dengan anak kecilnya yang tidak sampai sehari lagi..

lebar terus bibir Hakeem berikan senyuman.. “Comel sama macam sayang” Hakeem memuji Tahira. “Terima kasih sayang hadiahkan Bie permata hati..” Hilang sudah ketidak puas hatian Hakeem..

Tahira Senyum dan mengangguk kepala, matanya masih pada anak yang di dukung.. tidak di sangka dirinya sudah menjadi seorang Ibu... Ibu muda...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience