“Awak sayang bangun” Pertama kali Hakeem mengejutkan Tahira tidur selalu isterinya yang kejutkan dirinya bangun tidur.. Tahira bab bangun tidur pagi tak ada sape boleh lawan.. pukul 3 4 dah bangun, dah terbiasa sebab tolong Zaitun sediakan barang niaga dulu..
Hakeem hempap badan Tahira lalu di cium berkali-kali untuk menyedarkan isterinya.. Hakeem tahu Tahira tidak sedar kerana letih melayan asmara bersama dengannya semalam.. sampai ke pagi dia minta di belai dan Tahira mengikut kehendak Hakeem tanpa sebarang bantahan..
“Awak gelilah” Tahira tersedar apabila lehernya di cium oleh Hakeem..
Hakeem berhenti melihat Tahira. “Dah jom mandi.. nak subuh dah ni”
“lama lagi.. bagi saya tidur sekejap je”
“Tak boleh saya tak benarkan…” Tahira ditarik untuk bangun lalu Hakeem terus mengangkat Tahira untuk di bawa masuk ke bilik mandi…
“Awak malu lah” Tahira menutup dadanya yang terdedah dengan tangan..
“Malam tadi tak malu pula” di letakkan Tahira di dalam tab mandi yang telah di isi dengan air hangat dan buih² wangi.. kemudian Hakeem turut masuk sekali ke dalam tab mandi itu..
Di luar bilik boleh dengar suara Tahira dan Hakeem ketawa.. Hakeem yang suka menyakat Tahira, membuatkan Tahira terasa terhibur.. sepanjang masa bersama pasti kata-kata manis dan romantic di luahkan oleh Hakeem untuk Tahira..
“Dah!! Mandi betul-betul” Tahira menolak tubah badan Hakeem dan memarahinya.. marah manja gitu….
Hakeem hanya ketawa sahaja.. “Lagi sekali lepas tu mandi betul-betul”
“Ish!! Awak ni tak puas ke semalam”
“Puas tapi sebab awak seksi sangat.. buat saya nak lagi”
“Awak bukan nampak pun.. Saya seksi ke tak”
“Saya tak nampak tapi saya boleh rasa macam ni..” tangan Hakeem mengeratkan pelukannya dan satu kucupan di berikan kepada Tahira..
“Awak ni gatal la..” Merah muka Tahira kerana malu..
“Gatal dengan awak je.. cepat la awak saya nak”
Tahira berikan kucupan di bibir Hakeem sebagai tanda setuju..
Seusai sembayang subuh Tahira dan Hakeem terus bersiap untuk pergi berjalan-jalan di sekitar langkawi..
“Awak cantik tak saya” Tahira berpusing di hadapan Hakeem.. walaupun Hakeem tidak nampak tetap di layan Hakeem seperti orang normal sepertinya.. Tahira suka apabila Hakeem memuji dirinya..
“Awak cantik sangat..” Hakeeem tersenyum melihat Tahira memakai baju baru. Hakeem ingat kembali minggu lepas, merengek Tahira minta dia belikan sebab tak ada baju untuk pergi berjalan-jalan.. di buat-buat malas melayan, nak tengok apa Tahira akan buat untuk memujuknya. Last-last diri sendiri juga kalah.. mengadu terus ke Kamariah.. bertuah betul bini sorang ni.. jadi menantu kesayangan Bondanya.. “Awak pakai baju yang awak beli hari tu” Hakeem buat-buat bertanya walaupun sudah tahu..
“Aha.." Tahira mengambil beg sandang yang telah di isi keperluan untuk activity sekejap la..
"Awak jom pergi breakfast.” Tangan Hakeem di pimpin untuk keluar dari bilik mereka untuk ke bahagian restoran di resort tersebut..
“Kita makan light je.. nanti naik boat awak muntah Saya pun muntah nanti”
“Okay awak.. Kita makan roti bakar je. Awak nak air apa!!”
“Air masak jela.. orang lain buat air tak sedap macam awak buat” Sempat berikan kata pujian pada Tahira
“Nak ambik hati orang la tu”
_________________________________________________
Hakeem dalam boat sudah merasa mual, seperti mahu keluar semua isi perutnya.. di pegang tiang boat sekuat hati.. Bini aku ni tak takut apa..
“Pak Cik!! Lagi macam tadi” Tahira bukan main seronok apabila tukang bawa boat membuat selekoh tajam seperti mahu terbalik boat yang mereka naiki.. Tukang Bawa boat apa lagi seronok juga lah apabila penumpangnya mahu lagi seperti tadi.. lagi sekali selekoh maut di berikan..
“Owhhhhhh” Seronok tidak terkata Tahira rasa..
“Pak Cik buat sampai air masuk boat Boleh..”
“Awak!! Dah!!” boleh pengsan kalau berterusan macam ni..
“Lagi sekali je.. boleh la.. “ Hakeem tidak sempat bercakap tidak Tahira sudah mengarahkan Pak Cik bawa boat buat satu lagi pusing.. “Pak Cik buat paling power punya”
Qistina menunggu Hakeem di lobby jika terlihat lelaki Itu dia akan ikut dari belakang atau cuba menegur Hakeem lagi sekali tapi sudah sampai pukul 10 kelibat Hakeem tidak kelihatan langsung.. Hakeem dah keluar awal daripada aku ke..
“Boleh la…” Merengek Tahira memujuk Hakeem
“Tengok dalam aquarium..”
“Lain.. Tak sama.. boleh la..”
“Kalau awak lemas sape nak tolong”
“Pak Cik ada” Tahira menunjukkan pemandu boat mereka..
“Tak boleh!! Nanti pergi tengok dalam aquarium ye sayang” Suara Hakeem yang marah cepat-cepat di tukar lembut dan memujuk. tersedar termarahkan isterinya.. merajuk nanti susah nak pujuk.. Tapi senang je pujuk Tahira ni.. bagi ayat manis sikit sejuk la hati tu..
“Kedekut!! Baik Tak payah datang sini kalau tak bagi main.. Jom la Pak Cik pergi tempat lain” Jauh Tahira duduk di pemandu boat tidak lagi duduk bersebelahan Hakeem..
Ada nak terjun dalam air.. aku yang laki pun tak berani.. lemah semangat macam ni.. next time jangan holiday jangan bawa tempat ada air.. bukan Tahira ni yang lemas tapi aku yang lemas..
“Pak Cik” Tahira berbisik.. “Bawa laju”
“Okay dik”
Erommmmmm…………… Tergolek Hakeem di dalam boat kerana dengan tiba-tiba boat yang di naiki menjadi laju. Tahu sangat kerja sapa. sabar jela..
_________________________________________________
Sabar duhai hati ku.. sebab aku tua atau tahira ni muda sangat.. Tak larat aku ikut Tahira ni wei.. Bonda tolong Hakeem.. Tahira tarik Hakeem agar berjalan dengan pantas.. tidak di hiraukan langsung Hakeem penat atau tidak..
“Awak cepat.. bawah tu cantik..”
“Tahira, Hakeem.. stop Saya ambik gambar” Atiq sebagai pemandu pelancong Tahira dan Hakeem bersuara dari belakang.. “Tunggu sini Saya ambik gambar dari atas..”
“Okay” Tahira bersetuju sahaja..
Kenapa la Atiq ni tak lagi tadi ambik gambar.. penat la naik bukit ni..
“Satu dua tiga smile” Atiq memberi arahan , dan Tahira dan Hakeem terus tersenyum.. “Cantik”
“Jom awak. Ni turun dah”
“Ye!!” Penat pun di paksa kakinya untuk ikut Tahira.
Setelah tiba di platform terapung di tasik dayang bunting.. Hakeem terlepak baring kepenatan.. Tahira tidak juga hiraukan Hakeem yang penat.. Ditanggalkan kasut dan stocking yang di pakai hakeem.. seluar di sinsing hingga ke bawah lutut lalu di tarik kaki Hakeem yang dalam keadaan terbaring telentang..
Bini aku ni kenapa hari ni terlebih cergas ni. Tarik, tarik la Saya bagi.. tak larat dah Hakeem mahu melayan Tahira..
Beratnya awak.. awak makan apa ni berat sangat. “Atiq tolong” Tahira memanggil Atiq yang sentiasa mengambil gambar Tahira dan Hakeem.
Atiq terus berhenti mengambil gambar dan menolong menarik kaki Hakeem di bawa masuk ke dalam air.. Atiq rasa banyak gambar candid yang menarik di ambil kerana gelagat mereka suami isteri yang sangat kontra.. Itu yang buat gambar menjadi lebih menarik..
Lepas kaki Hakeem terjuntai masuk ke dalam tasik Tahira pun duduk di sebelah Hakeem kakinya juga di celop ke dalam air tasik yang sejuk Itu..
Asyik aku je kena.. tak boleh jadi ni.. satu dua tiga.. “Hahahahahhahah…… padan muka” suka Hakeem dapat menolak Tahira masuk ke dalam Tasek…
“Awak tolong!!!” Tahira tercungap²
Hakeem terus terjun apabila melihat Tahira tidak boleh berenang..
“Hahahahah.. awak terkena..” kali ini Tahira pula ketawakan Hakeem
“Ciss!! Tak aci la awak ni”
“Sapa suruh tolak Saya..” Tahira naik ke atas semula.. “Awak cepat saya tolong” Tahira mencapai tangan Hakeem..
Dua dua duduk di platform terapung dalam keadaan kesejukan..
Hakeem merapatkan badannya dengan Tahira
“Jangan peluk.. orang nampak malu la” Tahira menegur sebelum Hakeem peluk dirinya.
“Sejuk!!”
“Tahu pun yang awak tolak Saya kenapa” dalam marahkan Hakeeem, Tahira dekatkan lagi badannya dengan Hakeem..
Tadi kata jangan malu orang tengok.. dia juga terhimpit dekat sini..
“Lepas ni Kita pergi Pulau payar Marine.. situ boleh mandi air laut..” Atiq bersuara sebaik Hakeem dan Tahira mahu balik kerana kesejukan.
“Tak nak!!” Serentak Hakeem dan Tahira bersuara “Nak balik”
“Awal lagi ni”
“Balik!!” lagi sekali Tahira dan Hakeeem serentak bersuara. dua-dua tidak tahan dengan kesejukan.
Sepakat terus lepas terjun dalam air.. “Okay! Petang pukul 3 Saya datang ambik dekat lobby”
Tahira nampak sahaja boat yang di naiki di tepi jeti dengan pantas dia berlari.. “Pak Cik!!! Bawa la…..ermmm” Hakeem sempat mengejar dan menakup mulut Tahira..
“No!! Sejuk bawa laju..” Hakeem melepaskan tangannya.. Tahira ni. Hati kering betul la..
“Cepat sampai, sejuk sekejap”
“Betul juga… awak suruh la Pak Cik bawa laju”
“Tahu pun..”
Share this novel