Tahira memegang badannya.. aku hidup lagi.. terus bangun berdiri.. terkejut orang melihat Tahira dengan tiba-tiba berdiri dengan pantas seperti tidak berlaku apa-apa atas dirinya. Di pegang tengkuknya kerana lenguh kepala terhantuk di jalan.
Gila la dia ni. tergolek excident teruk macam tu pun boleh berdiri lagi. macam baru bangun tidur je.
“Tahira okay” Zulkifli dengan tenang cuba menolong Tahira..
“Pak Cik boleh tolong Tahira ke tepi tak.. kaki sakit nak jalan” Tahira boleh rasa kakinya berdenyut sakit. Tapi tak berani mahu melihat. kerana teringat cerita final destination ngeri jika kakinya hancur.
Zulkifli melihat ke kaki Tahira. Seluarnya koyak dan mempunyai kesan luka akibat terseret.. “Jom Pak Cik tolong” Zulkifli memapah
Sakit juga rupanya. Ingatkan tak rasa pape. memeng gempak la Tahira ni.. Hakeem masuk kereta ke bahagian pemandu lalu di alihkan kereta ke bahu jalan untuk menolong Tahira.
Sebaik Tahira di bawa ke tepi dengan pantas Tahira duduk di tanah lalu baringkan dirinya yang pening dan terkejut dengan apa yang berlaku pada dirinya sebentar tadi.. jantungnya berdegup laju..
Hakeem keluar untuk melihat Tahira yang sudah terbaring semula..
“Tahira okay.. Jom Pak Cik hantar pergi klinik..” Zulkifli bertanya lagi sekali apabila Tahira menutup matanya lalu menangis. Pasti Tahira terkejut dengan apa yang berlaku atas dirinya.
“Tak okay patah tengkuk” Tahira tutup matanya dengan lengannya lalu menangis sepuas hati.
“Ha!! Tengkuk patah!!” Hakeem dan Zulkifli terkejut dengan kata-kata Tahira. “Jom pergi hospital sekarang..” Dengan pantas Zulkifli cuba bangunkan semula Tahira.
“Tu motor patah tengkuk.. nak balik macam mana” Tahira menunjukkan motornya di tiang lampu.. dirinya bernasib baik cepat lompat dari motor jika tidak pasti teruk seperti motornya kerana langgar tiang lampu
“Kamu ni buat terkejut Pak Cik jela.. pergi klinik dulu nanti Pak Cik hantar balik.." Jantung yang berdegup kencang kembali lega semula. "motor tu nanti Pak Cik suruh Hassan tolong. Pak Cik tak tahu sangat pasal motor ni..”
Dia ni time macam ni nak buat melawak lagi.. tu bukan lawak tahu tak tu buat orang terkejut.. Ingatkan betullah patah tengkuk..
“Jom Pak Cik tolong Tahira” Zulkifli pegang tangan Tahira untuk tolong bangun dan di bawa masuk ke dalam keretanya..
Tahira yang sedang berjalan dengan Tiba-tiba berdiam diri. di memandang Zulkifli di sebelahnya. Tadi bukan Pak Cik ni juga ke tolong aku..
Kaki Tahira yang gagah berdiri tadi terus lembik lalu badan Tahira rebah ke tanah.. lagi sekali Zulkifli dan Hakeem terkejut lalu dengan pantas memapah Tahira yang pengsan masuk ke dalam kereta..
________________________________________________
Kelam kabut Zaitun dan Thaqif ke hospital apabila dapat panggilan yang Tahira kemalangan..
“Sabar Mak!!” Thaqif cuba menenangkan Zaitun yang gelisah sepanjang perjalanan ke hospital..
“Thaqif!! Tu motor akak kau.. ya Allah teruknya..” Macam mana la anak aku ni.
Thaqif yang melihat juga terkejut.. bahagian depan motor hancur habis.. “Mak!!! Faster!!..” Thaqif yang tenang tadi menjadi gelabah..
Zaitun tersentak terkejut dengan jeritan Thaqif “Ish!! Budak ni.. terkejut Mak la.. tadi dia yang suruh tenang sekarang dia yang gelabah..”
“She my sister Mak!! Mak!! Bawa laju lagi” Di pukul lengan Zaitun agar cepat..
“Look!!.. Red color!! Laju-laju.. Akak kamu tak ada pape lah.. kalau teruk hospital call tadi cakap dah mati” Dalam hati Zaitun sebenar berdebar.. risau tersangat lebih risau daripada Thaqif.. Cuma cuba untuk menenangkan dirinya..
“Mak ni mulut celupar la.. Akak mati betul baru tahu!”
“Mak tahu tak ada pape.. Try to remember again” Zaitun mengimbau kembali kemalangan yang pernah Tahira alami.. “Akak kamu kena langgar kereta.. basikal dia hancur habis, dia pula boleh berdiri atas kereta orang yang langgar dia dengan tangan tergaru-garu dekat kepala.. dia pakai ilmu apa agaknya boleh terbang tak jadi pape dekat dia.. ni pun Mak rasa dia terbang juga macam dulu..”
“Mak ni jangan buat lawak la!! Kalau ni di tak sempat terbang macam mana..”
“Don't worry la..” Zaitun menyedapkan hati sendiri..
Seperti yang di duga Zaitun. Tahira hanya luka sedikit di kakinya kerana terseliuh dan terserit di atas jalan raya..
“Kamu ni buat Mak risau jela!!” Zaitun memukul lengan Tahira yang hanya tersenyum sahaja tanpa sebarang suara keluar.. “Luka Macam ni pun boleh pengsan”
“Mula-mula tak pengsan.. lepas tersedar Pak Cik Zul yang tolong terus pengsan”
Lagi sekali lengan Tahira di pukul.. “Dia tolong.. bukan buat tak elok dekat kamu!! Bila nak berubah agaknya”
“Bukan orang nak jadi macam ni.. sebab orang macam ni orang puji Mak sebab dapat anak baik!! Mak juga untung” Tahira memeluk tangan Zaitun untuk memujuk Zaitun yang sedang marahkannya..
Hakeem yang menunggu di bahagian luar wad kecemasan bercerita bagaimana kejadian Tahira kemalangan tadi kepada Thaqif.. Thaqif pula dengar sahaja kesungguhan Hakeem bercerita padanya..
“Power akak kau Dik.. tengah terbaring atas jalan boleh tiba-tiba bangun mengejut.. bukan Abang dengan Ayahda je terkejut.. orang lain yang Tengok pun terkejut.. Akak kau ada pakai ilmu kebal apa?”
“Mana ada ilmu kebal! Akak pakai baju tebal . Helmet pun pakai tu selamat” Thaqif melihat Hakeem beriya-iya bercerita padanya.. seperti pelik.. Dia tak tahu banyak lagi benda pelik terjadi setiap kali akaknya kemalangan..
Thaqif teringat zaman kanak-kanaknya dulu.. Naik motor berempat Mak Ayah, akak di tengah dan dia di hadapan.. ada kereta masuk simpang dengan laju Ayah yang terkejut tidak dapat mengawal motor yang di bawa lalu terbabas.. semua masuk ke dalam semak kecuali akaknya sorang berada di atas lembu yang sedang Sedap tengah makan rumput.. lembu Itu juga diam sahaja.. akak pula boleh peluk lembu tu..
“Thaqif yang kamu tersenyum kenapa!!” Zaitun menegur Thaqif Sebaik keluar dari wad kecemasan bersama Tahira..
“I remember Boo!!” Thaqif memuncungkan mulutnya kemudian ketawa di ikuti Zaitun..
“Kan Mak dah cakap kamu tak percaya..” Zaitun terimbau sekali lagi kenangan lama..
“Apa ingat benda tu pula!!” Tahira juga tersenyum.. bagi dirinya itu kenangan menghiburkan hatinya.. bila teringat kembali dia sendiri tidak ingat bagaimana dia boleh berada di atas lembu..
Boo tu apa.. Hakeem memandang pelik tiga beranak di hadapannya.. siap tersenyum-senyum lagi.
“DAH!!” Zaitun menyedarkan kembali anak-anaknya di dunia nyata. Kemudian memandang ke arah Zulkifli dan Hakeem.. “Thank you help.. Sorry sorry.. Terima kasih tolong Tahi tadi” Zaitun tersasul speaking di hadapan Zulkifli dan Hakeem..
Aku rasa keluarga Mak Cik Zai ni memang speaking dekat rumah.. dekat luar je cakap melayu. power juga diorang ni..
“Tahira!!!” Tahira memperbetulkan nama yang di panggil Zaitun..
Zulkifli tersenyum melihat Tahira.. “Tak apa.. kalau orang lain nampak pun pasti tolong juga. Ni dah boleh balik ke”
“Ye!! Terima kasih lagi sekali ye.. kitaorang balik dulu” Zaitun meminta diri untuk pergi..
“Jomlah pergi sekali!!”
Melangkahlah mereka sama-sama keluar dari hospital menuju ke parking kereta..
“Pak Cik tengok kamu susah jalan. Nak Pak Cik tolong”
“Tak pe Pak Cik” dengan pantas Tahira bersuara.. “Dah Okay dah!” Tahira cuba berjalan seperti biasa walaupun sakit.. Tidak mahu Sesiapa menolong terutama Zulkifli..
Untuk mendapat jalan pintas semua perlu melangkah longkang.. jika tidak harus berpusing jauh.. “Dik tolong Abang Hakeem tu.. nanti masuk longkang kang”
“Tak pe Tahira. Dia tahu” Zulkifli bersuara
Dia tak tahu ke aku tak buta.. tadi kan aku bawa kereta dia tak nampak apa.. Tongkat pun tak ada.. orang pegang aku tunjuk arah pun tak ada… Oh. Sebab ni kot. Cermin mata aku ni..
“Tak apa Pak Cik.. saya tolong Abang!!! Hakeem!!” Thaqif sengaja kuatkan dan panjang ayat Abang Hakeem lalu melihat Hakeem di belakangnya..
Thaqif menarik tangan Hakeem agar ikut dirinya.. “Abang!!! Looonnggkang.. langkah besarrrr besarr” Thaqif sengaja bercakap dengan slow motion panjang untuk menyindir Hakeem..
“Yeee… Terimaaaaa kasihhhhh” Hakeem balas sama gaya seperti Thaqif.. hatinya terhibur dengan cara Thaqif bercakap dan memandang dirinya.. tidak sedikit pun terasa hati..
Thaqif ni tak tahu Hakeem bab loya buruk no 1.
Share this novel