#56 KEJUJURAN

Romance Series 6067

Di dalam kereta Tahira memastikan yang Qistina tidak lagi mengikut Hakeem.. bila sudah yakin Tahira kembali lega..

“Atiq ni bagi dekat anak.. bagi dekat orang rumah” Tahira meletakkan dua bar coklat di kerusi bahagia penumpang depan..

“Terima Kasih.. untuk saya tak ada ke” Saja Atiq bergurau dengan Tahira.. Jika dapat untung orang rumah dengan anak.

“lupa.. sekejap” Tahira ambil lagi satu coklat di letakkan di tempat tadi..

“Saya rasa awak ni lain la..” Hakeem baru perasan yang Tahira bercakap dengan Atiq seperti biasa tidak takut, malu seperti sebelum ini..

“Apa yang lain” Tahira tercenggang melihat Hakeem

“Awak mana pernah cakap dengan lelaki sebelum ni.. Saya perhatikan awak sejak sampai sini awak berubah..”

“Sebab Atiq dah ada wife anak, saya tahu dia tak jahat”

“Mana awak tahu.. di sebalik muka dia baik tu hati dia jahat..”

“Oooo.. depan-depan tu cakap” Atiq juga agak terkejut dengan kata-kata Hakeem. Selamber badak keluarkan ayat.. kalau dia perempuan dah kecik hati agaknya..

“Awak jangan la marah.. Saya pun tak tahu.. dengan Pak guard dekat hospital tu pun saya okay je.. Sebab nampak diaorang baik kot”

“Habis saya dulu ni jahat la” Hakeem tidak berpuas hati dengan jawapan Tahira..

“Memang jahat pun.. Thaqif cakap dengan saya.. apa awak cakap dulu.. Aku pun tak nak la.. Saya ni nak gunakan awak je kan. sampai dua kali Mak reject awak, saya pun tak nak la dekat awak. Tapi awak sibuk cari saya lagi.. terhegih-hegih nak kawin dengan saya.. Tak tahu agaknya saya ni bawah umur nak kawin susah sibuk nak kan orang juga” kuat suara Tahira membebel.. seperti marahkan Hakeem..

Gaduh pula ke..

Hakeem yang geram terus di kaut leher Tahira.. tercepit Tahira di celah ketiak Hakeem. “Mulut dia ni kan. patut Mak cakap awak ni suka menjawab. suka orang bebel dekat dia..” Sedikit pun tidak terasa dengan kata² Tahira. Tahu mulut laser isterinya.. banyak kali kena, Dulu di balas balik tapi bila di fikirkan balik, kalau berapi juga tidak datangkan faedah.. baik di iyakan sahaja.

Tahira ketawa “Awak geli la..”

Aku ingat gaduh la tadi.. dia punya gurau macam nak perang besar..

“Geli!!! Saya bagi sakit la. yang awak geli kenapa.” Hakeem melepaskan kepala Tahira.. “Awak tahu tak sebab apa saya tak nak awak dulu.. sebab saya ni tak sempurna.. saya takut awak terpaksa terima saya ni.. Saya takut awak nak pergunakan saya untuk kesenangan awak je..”

“Kalau nak senang dari dulu saya dah kawin dengan Haji Karim, Pak Ali, Fizo Omar tu pun lagi kaya dari awak”

Kali ini tangan Tahira di gengam.. kepala Tahira di letakkan di bahunya.. “Jangan sebut lelaki lain depan saya.. nanti kita berdua sahaja saya cerita dekat sayang kenapa suami awak cakap macam tu. Sekarang ada mata memandang..”

Betul kata isterinya.. Orang yang mahukan isterinya dahulu semua lebih kaya daripada.. Fizo Omar tu kerja je kilang tapi rupanya anak Taukeh kilang.. tidak di sangka betul la.. Orang kampung kaya tapi semuanya nampak seperti tidak berduit.. low profile tidak seperti orang bandar.. Semua naik motor kapcai je..

“Pesembor tu apa!!” Mata Tahira sudah lagi tadi memandang ke arah deretan kedai di tepi pantai. Mulutnya terasa terliuh untuk makan walaupun tidak tahu apa Itu pesembor.

“Rojak!!” Pantas Atiq jawab

“Dia ni kan...Saya cakap sorang ke tadi”

“Saya dengar.. nanti awak cerita ye..” Makanan lebih menarik minatnya ketika ini.

“laksa ikan Sekoq tu.. memang bagi ikan sekali ke..”

“Ye betul tu” Atiq menjawab..

“Awak kita makan sini jom.. nak rasa la” Sudah berapa kali di telan air liuh..

“Bukan tadi lunch dah makan ke” Hakeem pelik melihat isterinya. kuat makannya lain macam.. macam bukan Tahira la. selalu kalau dah makan berat sekali terus tak makan lagi.. Kali ni sepanjang masa nak makan je.

“Lain.. Kita shared.. abc tu pun nampak sedap” Tahira memandang ke arah Hakeem dengan. pandangan penuh harapan.. lupa lagi suaminya buta tak boleh melihat semua itu..

“Yela kita pergi makan..”

Atiq terus berhentikan kereta di tepi jalan.. Tahira dan Hakeem sama-sama keluar menikmati makan petang di tepi pantai.. duduk di Tempat yang tidak ramai orang agar dapat dia dan Hakeem meluangkan masa bersama

“Sekarang cerita”

“Sekarang ke.. kita tengah happy.. Saya takut kalau saya cerita buat mood awak jadi sedih, kecewa.. kecewa dengan saya”

“Okay!!” Tahira memalingkan mukanya dari melihat Hakeem..

“Awak janganlah merajuk.. okay Saya cerita.. tapi janji awak jangan tarik muka dengan saya.. awak percaya saya tiada orang lain selain awak di hati saya..”

“Kalau saya tarik muka pun.  Bukan awak nampak” Tahira jawab dengan nada merajuk. Sedikit kecewa dengan Hakeem tadi dah janji nak cerita.. sekarang tak nak pula.

“Memang tak nampak tapi sekarang ni mesti awak tengah tarik muka kan.. cara awak cakap saya dah tahu” Awak saya nampak lah.  Nampak sangat awakk tarik muka, mulut muncung ke depan. muncung ke sana nak cium sape. muncung ke sini saya boleh juga cium awak..

Tahira memandang Hakeem semula.. “Maaf saya tak patut tarik muka macam ni.. tapikan.  Awak ni macam nampak je.. semua tahu.. kadang jalan tu menonong macam boleh nampak..”

Air yang di minum tiba-tiba terasa kelat.. Kalau la Tahira ni macam Mak dan Thaqif cepat tangkap memang dah tahu dah dia menipu “Saya dah biasa and saya ada awak!!”

“Eleh!! Asyik nak ambik hati orang je.. sekarang cerita..”

Hakeem senyum tawar. Risau apa tanggapan Tahira padanya selepas ini.. dirinya tidak sebaik isterinya. “Okay Saya cerita… saya pada mulanya sama macam awak orang lain.. boleh melihat.. nampak semua”

“Yeke!! Kenapa awak jadi macam ni..” terkejut Tahira.. Ingatkan Hakeem buta sejak lahir.. Tidak mahu tanya perihal buta Hakeem kerana tidak mahu suaminya berkecil hati.

“Saya kemalangan empat tahun lepas dan hampir meragut nyawa saya.. alhamdullilah doctor dapat selamatkan saya tapi mata saya jadi buta” seketika Hakeem menyambung di dalam hati.. Tiba masa saya akan bagitahu awak yang saya boleh nampak awak.. Saya dah Terang-terang nampak pun awak fikir saya buta lagi.. susah nak berkias dengan awak, awak bukan faham..

“Keciannya awak!!” Tahira pegang tangan Hakeem untuk memberi sokongan pada suaminya dari segi mental dan fizikal.

Hakeem senyum dan sambung semula ceritanya. “Sebelum kemalangan.. Saya ada kekasih.. nama dia Qistina..”

“perempuan tadi ke” laju Tahira bertanya. Jelas dirinya sedikit kecewa dengar pengakuan Hakeem tapi tidak di tunjukan. Di ingatkan dirinya cinta pertama Hakeem tapi tidak.. Zaman sekarang amat sukar untuk ketemu orang yang tidak pernah bercinta.. Kenapa perlu kecewa walaupun tahu.

“Tak tahu Saya bukan nampak.. awak dengar dulu . Tak habis dah tanya”

“Saya tak nak awak pergi balik dekat kekasih lama awak.. Saya jadi takut nanti awak tinggalkan saya.. nanti Saya sorang-sorang” Tahira sudah mula ingin menangis.. dia sudah sayang sangat dengan Hakeem.. Hakeem cinta pertamanya..

Hakeem eratkan pegangan tangan Tahira.. “Kan Saya cakap hati saya ada awak sahaja.. awak kena percaya pada saya..”

“Tapi kalau dia cinta pertama awak.. mesti susah awak nak lupakan.. mesti awak nak bersama dengan dia balik” Tahira sudah tersedu-sedu menangis takut di tinggalkan oleh Hakeem..

Lembutnya hati awak.. Hakeem mengesat air mata Tahira yang mengalir di pipi.. Memang tak boleh lupakan dia.. rasa nak tikam-tikam sampai hancur badan dia baru puas hati ni..  “Cintaa pertama Saya awak.. walaupun Saya pernah ada kekasih dahulu.. tapi itu semua kesilapan lama saya.. Saya tak rasa pun itu cinta pertama saya sebab bila saya dengan awak saya rasa awaklah cinta pertama saya.. Hari-hari Saya bahagia dengan awak.. Saya gembira bila dengan awak.. jiwa Saya tenang bersama awak.. bila berjauhan dengan awak walaupun sesaat Saya dah rindukan awak”

“Saya pun” Tahira berhenti menangis apabila mendengar kata-kata Hakeem yang dapat menenangkan jiwanya.. Di kesat air matanya sendiri..

“I know!!” Hakeem senyum memandang Tahira yang tepat matanya memandang dirinya.. “saya 1st person you touch right sebab tu awak sayang saya kan.. saya cinta pertama awak”

Tahira mengangguk malu..

Awak kalau saya betul tak nampak.. saya tak nampak awak angguk kepala tu.. geram la tengok awak ni.. “Okay now saya cerita pula kenapa saya ingat awak nak pergunakan saya.. Sebab ex-bestfriend saya, ex-girlfriend saya, perempuan tak guna tu.. awak tahu tak diaorang yang buat saya jadi macam ni. diaorang yang buat saya excident. Saya hampir hilang nyawa sebab mereka” Semakin erat tangan Hakeem mengengam tangan Tahira.. Dia perlukan Tahira dalam hidupnya.. Tahira kekuatan dirinya sekarang ini. Berharap Tahira tidak akan tinggalkan dirinya walau apa pun terjadi padanya di kemudian hari..

“Awak jangan nangis.. nanti saya nangis lagi” Tahira terkejut mendengar apa yang di ceritakan oleh Hakeem… “Kenapa dia jahat sangat dengan awak.. kecian awak!!”

“Saya nangis sebab Saya degil tak percaya cakap Bonda Ayahda dulu.. Bonda dan Ayahda berkali-kali bagitahu yang perempuan tu jahat tapi saya tak percaya.. musnah hidup saya kerana dia.. Business yang saya bina habis musnah.. dia dengan ex-bestfriend saya sepakat dekati saya kerana duit, harta.. bila saya tak nampak habis semua mereka dah ambik.. Alhamdullilah saya ada Ayahda Bonda yang menolong saya ketika susah”

Tahira mengesat air mata Hakeem yang mengalir di pipi.. “Sejak tu saya tak percayakan sesiapa kecuali Bonda Ayahda.. saya rasa semua yang cuba dekat dengan saya ada udang di sebalik batu.. sampai awak pun kena tempias sekali.. Maafkan saya sebab fikir awak sekeluarga jahat”

“Tak apa awak saya faham.. kalau saya di tempat awak pun saya macam tu juga.. macam mana awak boleh ubah tanggapan awak dekat saya.. macam mana awak boleh jatuh hati dengan saya” Tahira meletakkan tangannya di kedua pipi dan memandang Hakeem.. dia mahu tahu bila Hakeem jatuh hati padanya..

“Saya pun tak tahu.. Saya rasa lepas tak dapat makan karipap awak tu.. karipap awak tu berhantu sangat..” Hakeem berikan senyum manis pada Tahira..

“Lain.. Tak nak jawapan ni!!”

“Sebab awak reject Saya.. Saya fikir kalau awak reject tak mungkin awak nak ambik kesempatan.. Awak reject mesti sebab saya buta.. Macam tu saya fikir lepas awak reject saya.. lepas tu Bonda marah saya.. Bonda marah sebab saya ni bodoh.. Bonda cakap awak ikhlas terima saya dan nak saya juga terima awak seikhlas hati.. Awak tak nak terima saya jika saya terpaksa.. Sebab awak nak bahagia bila berkahwin nanti.. Lepas tu hari-hari saya asyik terfikir sahaja apa yang Bonda cakap.. Dan memang saya Bodoh awak lepaskan awak mula-mula dulu”

Tekun Tahira mendengar cerita dari Hakeem..

“setiap kali awak pergi kerja terserempak atas jalan Ayahda mesti cakap.. tu Tahira.. walaupun saya tak nampak awak tapi saya rasa dekat dengan awak.. hari-hari kita bertemu. Bila tidak melihat awak sehari saya mula rindu.. diri Saya ni mula tidak fokus asyik terbayangkan diri awak je”

“satu hari tu Karim datang kacau awak time Saya ada.. start dari situ saya betul-betul yakin saya sayang, cintakan awak, saya nak lindungi awak.. tapi saya takut nak luahkan sampai Fizo Omar nak melamar awak.. saya cakap dalam hati tak boleh jadi ni. saya balik rumah terus suruh Bonda pergi pinang awak”

“Saya ingat yang Fizo Omar tu.. awak lari masuk kereta macam apa.. lawak la” Tahira rasa terhibur teringat kembali.. bukan dia tidak nampak ketika itu tapi saja buat tidak tahu.. Terkejut juga ketika itu Hakeem tiba² berlari masuk ke dalam kereta.

“Ada lagi awak” Hakeem menjadi excited untuk bercerita apabila Tahira terhibur.. “Awak kan Tak bagitahu jawapan dah seminggu tiba-tiba Mak tak buka kedai.. Saya pergi kedai Taukeh Lim tu tanya.. dia cakap awak dengan Karim tu nak kawin.. hancur hati saya awak!! Makan Tak kenyang, Mandi tak basah.. termenung je..”

Tahira ketawa sahaja dengar cerita Hakeeem.. “Lagi awak!!”

“Lepas tu Tok Imam tegur Ayahda sebab muka saya ni macam ni je” Hakeeem buat muka monyok tidak bersemangat.. “Ayahda cakap la.. Macam yang saya dengar dari Taukeh Lim.. Tok Imam cakap.. Mak lebih rela menantukan saya yang buta ni daripada Karim tu.. Tok Imam pun bagitahu yang Mak tak buka kedai sebab jaga Thaqif..”

“Tu awak tiba-tiba muncul dekat hospital”

“Aha awak.. awak tahu tak saya terus senyum lebar lepas Tok Imam cakap Macam tu.. saya rasa tak sabar nak jumpa awak esoknya..”

“Gatal la awak ni..” di tepuk manja tangan Hakeem.

“Saya gatal dengan awak je…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience