Bagai jatuh di timpa, bermacam tangga menimpa dirinya.. Habis semua titik peluhnya di musnahkan oleh orang yang pernah di sayangi.. dirinya juga yang salah kerana mempercayai Qistina walaupun sudah berkali-kali di ingatkan oleh Kamariah dan Zulkifli.. Menyesal tidak berguna sudah..
“Mulakan yang baru Hakeem” Zulkifli menepuk bahu anaknya yang duduk termenung di bilik pejabatnya.. “Kita terpaksa berhentikan pekerja yang ada sekarang ini.. kita tak mampu untuk tampung lagi semuanya”
“Maafkan Hakeem Ayahda” Itu saja mampu di ungkapkan..
“Untuk pengajaran kita semua Hakeem.. Ayahda sempat alihkan separuh assets company.. Itu boleh buat bayar pampasan untuk staff dan semua hutang yang ada”
Di pandang wajah pekerjanya.. terasa sayu kecian terutama yang sudah berumur pasti sukar bagi mereka untuk mencari pekerjaan lain. semua kerana dirinya. kerana dirinya musnah semuanya..
________________________________________________
Qistina dan Aliff baru sampai Malaysia selepas puas bercuti mengunakan duit yang mereka curi.. mereka seperti berada dalam dunia mereka sendiri apabila semua yang di rancangkan berjaya.. hidup mewah kerana makan harta orang lain..
“I’m so happy.. akhirnya I dapat pergi tempat impian I”
“Ke mana lagi you nak pergi lepas ni” Aliff merangkul pinggang Qistina..
“Maldives..”
Langkah kaki Aliff dan Qistina terhenti apabila beberapa orang berhenti di hadapan mereka.. “Mohd Aliff bin Ahmad Mahdi anda di tahan kerana cubaan membunuh” Tangan Aliff terus di tarik ke belakang dan di gari..
“Nur Qistina bin Kamaruzzaman anda di tahan kerana pecah amanah dan bersubahat dalam cubaan membunuh” Tangan Qistina juga di bawa ke belakang dan di gari..
“No!!” Qistina cuba memberontak sama seperti Aliff yang lebih awal cuba lari melepaskan diri..
Setelah Aliff dan Qistina di tahan baru Hakeem tahu yang Qistina merupakan isteri kepada Aliff.. kawan yang meminta kerja darinya, sudah di tolong kemudian memakan kawannya sendiri..
Sepanjang pembicaraan Qistina dan Aliff tidak sekali pun Hakeem hadir ke mahkamah.. semua di uruskan oleh peguam yang di lantik.. Bukan tidak mahu menyaksikan sendiri pembicaraan Itu.. Tapi takut dirinya bertindak di luar fikiran dan akan mencederakan Aliff dan Qistina kerana emosinya sangat terganggu dengan pelbagai masalah Syarikat yang perlu dirinya tanggung.
Hakim menjatuhkan hukuman pada Aliff penjara 10 tahun, manakala Qistina dihukum penjara selama 3 tahun termasuk denda 100 ribu..
Habis pembicaraan Zulkifli terus berdiri dan keluar dari dewan mahkamah..
Qistina tidak henti memanggil nama Zulkifli, merayu meminta maaf.. “Ayahda Maafkan Qis Ayahda.. Bagi Qis jumpa Hakeem Bonda.. Qis tahu Hakeem sayangkan Qis..” Qistina masih berharap pada Hakeem. Dia pasti akan menolong dirinya jika Hakeem melihat keadaannya sekarang ini.
Zulkifli tidak memperdulikan rayuan Qistina.. Zulkifli sendiri tahu hati anaknya sekarang ini penuh dengan perasaan benci dendam pada Qistina dan Aliff.. Sekali dia di khianati selamanya akan di benci.. tiada maaf sudah bagi mereka yang menyakitkan hatinya.. itulah Hakeem selembut dirinya apabila di khianati akan menjadi terlalu keras seperti berlian yang susah untuk di pecahkan..
(Kenapa di samakan dengan berlian.. Kerana Batu berlian memiliki kekerasan 10 Mohs yang merupakan tahap kekerasan tertinggi.
Batu berlian tidak akan tercalar sedikit pun kecuali bertemu dengan semasa berlian yang mempunyai tahap ukuran kekerasan yang sama..)
________________________________________________
2tahun kemudian…….
Hakeem datang bertemu dengan Zulkifli dan Kamariah selepas dirinya di panggil.. Hakeem duduk di hadapan orang tuanya
“Dekat rumah Hakeem.. boleh tanggalkan cermin mata anakda tu” Kamariah menegur Hakeem yang sentiasa berkaca mata hitam
“Sudah terbiasa Bonda” Hakeem menanggalkan cermin mata hitam yang di pakai.. “Bonda dan ayahda nak cakap apa??”
“Bonda dapat tukar ke kampung.. jadi kami rancang mahu berpindah..” Zulkifli menyuarakan hasrat untuk berpindah kepada Hakeem.
“Bila??” terbeliak biji mata Hakeem terkejut.. sememangnya tahu Ayahda dan Bonda mahu duduk di kampung tapi berita di dengari tetap mengejutkan.
“Dua bulan dari sekarang.. anakda mahu ikut pun boleh.. Ayahda dan Bonda sangat mengalukan anaknda ikut bersama” Niat di hati sememangnya mahu Hakeem turut ikut berpindah.
Kamariah diamkan diri apabila Zulkifli mula berbicara kerana menghormati suaminya. Dan Hakeem akan lebih dengar apabila Ayahdanya bersuara daripadanya. itulah kuasa seorang ayah walaupun anak lebih rapat dengan ibu.
“Kerja bagaimana Ayahda” Hakeem melihat Zulkifli dengan tanda tanya..
“Ayahda turut berpindah.. Jika anaknda tidak mahu turut serta.. anaknda uruskan di sini.. sekarang apa yang kita buat masih baru.. pekerja 3 orang sahaja.. jika mahu berpindah senang.. Ayahda akan beritahu pekerja kita, jika mereka mahu ikut berpindah atau suruh mereka cari kerja lain.." Zulkifli sudah terangkan rancangannya walaupun Hakeem tidak lagi berikan kata putus. Zulkifli tahu anaknya pasti akan ikut berpindah sekali.. Tahu sangat dengan anak tunggalnya.. Sudahlah manja mengalahkan perempuan..
“Hakeem ikut Ayahda dan Bonda.. buat apa lagi Hakeem duduk di sini seorang diri..” Dirinya juga sebenarnya sudah tidak mempunyai hati tinggal di bandar.. Jika ikut orang tuanya pasti dapat menenangkan diri dengan suasana keindahan kampung yang aman damai.. Hakeem sudah terbayang suasana itu di dalam fikirannya..
Kamariah tersenyum sedikit mendengar keputusan Hakeem.. sudah di jangkakan lebih awal.
“Kalau itu keputusan anaknda.. Ayahda mahu jual rumah kita duduk ini.. Tiada guna sudah rumah ini jika kita duduk di kampung”
“Ikut Ayahda Bonda.. Anakda menurut saja mana yang terbaik..” Hakeem tidak lagi berdegil seperti dahulu apa yang di mahukan oleh Kamariah dan Zulkifli di turutkan sahaja.. dirinya masih merasa kesal bersalah terhadap orang tuanya kerana tidak mempercayai kata-kata mereka dahulu..
Cuma apabila Kamariah menyuruh dia mencari teman hidup, masih lagi tidak boleh lupakan kenangan lama.. bukan kecewa kerana putus cinta.. tapi kecewa di tipu oleh orang yang pernah di cintai.. hingga jatuh musnah seluruh hidupnya.
Kawan-kawan yang selalunya bersamanya hilang apabila di minta bantuan.. Baru Hakeem nampak siapa yang baik siapa yang buruk hatinya.
Sehingga sekarang, tiada seorang pun yang Hakeem percaya kecuali orang tuanya.. Setiap kali orang cuba dekati dirinya pasti akan di fikir mereka hanya ingin mengambil kesempatan atas dirinya..
Share this novel