#47 GADUH 2

Romance Series 6067

“ Assalamualaikum Bonda” Tahira menyapa Kamariah di dapur yang sedang masukan lauk ke dalam mangkuk untuk makan malam.

“ Wa’alaikumusalam.. Tahira lambatnya balik.. risau Bonda tahu tak”

“Boss tiba-tiba suruh OT.. minggu ni banyak sangat orang minta barang”

“Next time cakap dengan boss tak boleh OT.. Sampai pukul 9 Macam ni.. Bonda Tak suka la.. Tahira tu perempuan” Di tegur dengan nada suara lembut takut menantunya terasa hati.. mungkin sebelum berkahwin dengan Hakeem, Tahira pernah kerja sampai lewat malam dan Zaitun tidak pernah menghalang. Tapi sekarang Tahira tinggal dengannya risau jadi apa-apa keluarganya yang akan di persalahkan.

di ambil mangkuk yang sudah di isi lauk ke meja makan kemudian ke dapur semula untuk mengambil air minuman “Ye Bonda.. Tahira minta maaf.  Lepas ni suruh OT sampai malam Tahira tak ambik” Tahira menerima teguran dari mertuanya dengan lapang dada.. Memang betul pun apa yang Kamariah katakan padanya. Lagi-lagi lewat malam seperti ini sangat bahaya untuk dirinya..

“Tahira makan dulu sebelum mandi” Kamariah tahu Tahira sengaja balik lambat sebab bergaduh, merajuk atau berkecil hati dengan Hakeem..

“Busuk la Bonda.. Tak apa makan je dulu nanti Tahira makan sendiri”

“Yela” Kamariah mengikut langkah Tahira ke meja makan..

“Tahira naik dulu Bonda”

Kamariah sempat menahan Tahira dari terus pergi.. “Cuba cakap dengan Bonda kenapa..”

“Kenapa apa!” Tahira terpinga dengan soalan Kamariah.

“Jangan nak tipu Bonda. Kenapa Hakeem dengan Tahira gaduh.. kan boleh bawa berbincang..”

“Tak ada gaduh pun Bonda..” Tahira senyum memandang Kamariah.. “Tahira naik dulu ye” Tahira terus tinggalkan Kamariah seorang diri..

Tahira buka pintu bilik dan berikan senyuman pada Hakeem tapi di balas oleh Hakeem dengan keluar dari biliknya.. Hakeem bertambah sakit hati apabila pagi tadi Tahira pergi kerja tanpa bagitahu dirinya dulu.. hilang begitu sahaja..

Berubah air muka Tahira apabila Hakeem lakukan begitu padanya.. salah sendiri pergi kerja tak bagitahu.. Kalau bergaduh dengan Hakeem pasti Tahira salahkan diri sendiri, banyak kekurangan yang ada pada dirinya..

Lepas makan Kamariah dan Zulkifli terus masuk bilik kerjanya. Banyak kerja sekolah yang masih belum siap di lakukan.. tinggal Hakeem seorang diri di ruang tamu menonton TV.. Tahira sejak masuk bilik tidak keluar..

“Hakeem Tahira tak makan ke??” Kamariah melihat meja makan masih mempunyai makanan yang di tinggalkan untuk Tahira.

“Dia tak nak makan biarlah Bonda.. kalau lapar pandailah dia turun sendiri”

“anaknda dengan Tahira kenapa??”

“Tak ada apa” Hakeem malas untuk bercerita..

“Kamu jangan tipu Bonda Hakeem..” Suara di tinggikan

“Hakeem rasa ada bini tak ada bini sama jela Bonda.. ada bini tak boleh nak sentuh.. sentuh sikit muka dah pucat, kang pengsan.. Ni mata Hakeem ni sebab sentuh dia sikit, dia balas bagi sakit dekat laki.. Lagi senang masing-masing buat hal sendiri” Akhirnya apa yang di pendam terluah juga.

“Cuba kamu bincang dengan Tahira.. mata kamu tu Bonda rasa dia tak sengaja buat macam tu.. Sesiapa yang terkejut pun akan buat sesuatu luar jangkaan dia.. kamu tu selalu terkejut kan Tahira sebab tu kena dekat kamu balik.. esok Bonda tak nak tengok kamu dengan Tahira macam ni.. hal kecik kamu besar-besarkan.. kamu tu dah tua.. Tahira tu yang budak-budak lagi matang daripada kamu” Kamariah masuk balik ke biliknya.. sudah di duga yang Hakeem dan Tahira sedang bergaduh. ego anaknya terlalu tinggi, tidak mahu maafkan isterinya.. Kamariah tahu kalau Tahira buat salah sikit dia terus minta maaf.. kadang kala bukan salah dia pun dia tetap minta maaf..

Hakeem sebolehnya mahu saja tidur di luar.. tapi bila di fikirkan jika Bonda dan ayahda nampak apa pula yang akan di katakan lagi.. Hakeem masuk ke bilik melihat Tahira tertidur dalam keadaan duduk dengan Kain sembayang masih bersarung.. Hakeem hanya biarkan sahaja Tahira tidur begitu.. dia terus baring di katilnya membelakangi Tahira.. hatinya masih sakit dengan apa yang Tahira lakukan pada dirinya..

Tahira yang tidur dalam keadaan duduk tersedar melihat Jam sudah pukul satu pagi. Terus di buka telekung dan naik ke katil untuk sambung tidurnya.. di pegang tangan Hakeem sebelum menutup matanya lebih rapat.. kerana sebelum ini setiap kali tidur Hakeem akan Pegang tangannya sudah dua bulan sejak tidak takut lagi memegang tangan Hakeem dan sudah menjadi kebiasaan Tahira ada tangan Hakeem di tangannya..

Keesokanya Tahira ingin menolong Hakeem memakaikan baju tetap di tepis oleh Hakeem.. dan Tahira kali ini tidak bersuara meminta maaf seperti sebelum ini.. Sudah meminta maaf tetap suaminya marah jadi baik diamkan diri saja.. Tahira hanya melihat Hakeem betulkan sendiri baju yang di pakai..

“Turun!!” Hakeem menyergah Tahira yang termenung kan apa “Saya tak nak Bonda bising”

“Ye” dengan pantas Tahira ikut belakang Hakeem..

Di meja makan Tahira dan Hakeem hanya diamkan diri melayan perasaan masing-masing.. Hakeem tidak minta di suap seperti selalu..

“Tahira tak turun makan semalam” Kamariah tahu Hakeem masih marahkan Tahira.. saja dia bertanya untuk pecahkan kesunyian.

“Lepas Isyak tertidur Bonda..”

“Next time tak perlu ot Tahira.. tak cukup rehat kamu nanti” Zulkifli memberikan kata nasihat pada Tahira..

“Saya dah cakap semalam” Kamariah pula menyampuk..

“Maaf Bonda Ayahda sebab Tahira buat Bonda Ayahda risau.. lepas ni Tahira tak ambik OT lambat lagi”

Kamariah memandang Hakeem.. tengok Macam ni pun minta maaf, nak minta maaf kenapa bukan salah pun.. Hakeem ni memang hati batu betul.. Gelojoh tak penyabar.. jantan jantan.. semua jantan memang macam ni.

“Awak, saya pergi kerja dulu” Tahira ambik tangan Hakeem untuk di salam kemudian terus pergi.  Tidak menoleh ke belakang lagi seperti sebelum ini.. kuat-kuat wanita, hati kecilnya tetap terasa dengan apa yang Hakeem buat padanya.. Hari ini juga awal Tahira pergi kerja sebelum Kamariah pergi, dia sudah pergi.

“Risau pula tengok Tahira tu” Kamariah bersuara

“Risau kenapa” Zulkifli

“Dia tu perempuan, bawa motor. risau jadi macam anak Cikgu Rohaiza.. meninggalkan tengah jalan, habis hancur badan”

“Janganlah di fikir Macam tu.. insyallah tak ada pape” Hai la Dinda.. nak bagi sedar dekat Hakeem cuba jangan bagi yang menyeramkan..

“Bukan apa Kanda.. risau kalau kita-kita ni tak sempat nak minta maaf dekat Tahira tu kalau dia terasa hati dengan kita.. Tahira tu yela.. hari-hari minta maaf Tak salah pun minta maaf” Kamariah saja keluarkan ayat itu untuk menyedarkan Hakeem tapi anaknya buat tidak tahu saja..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience