#46 GADUH...

Romance Series 6067

Hakeem melihat sahaja Tahira membasuh motor di halaman rumah.. terasa boring sangat duduk di rumah terperap “Awak nak motor baru” Saja Hakeem berbual kosong dengan isterinya.

“Tak nak!!”

“Keta?”

“Awak dah ada keta.. nanti nak kena bayar hutang banyak.. Tak payah..”

Bagusnya awak tak nak bebankan suami.. kereta tu berape kali bayar je awak kalau awak nak boleh je Saya belikan..“Habis awak nak apa!!”

“Tak ada pape”

Dah agak dah.. kalau offer tak nak.. benda aku tak offer di mintanya “Awak pergi jalan-jalan jom”

“Jalan Mana?”

“Mana-mana je”

“Awak nak pusing kampung” Tahira tersenyum gembira memandang Hakeem..

“Nak!! Bawa jalan yang Saya tak pernah lalu” setuju terus. Sebab memang tengah bosan gila ni..

“Okay!!.. Saya pergi siap” tak habis pun basuh motor sudah di tinggalkan.. laju Tahira masuk ke biliknya.. dia pun sebenarnya sudah lama tidak jalan-jalan makan angin di kampung kerana takut Haji Karim nampak akan di kejar.. sekarang dah ada Hakeem ada perlindung untuk dirinya..

“Mak orang keluar dengan Abang Hakeem tau..  bye Mak”

Aku tak sempat cakap dah hilang.. Pergilah Tahi oi.. kalau kamu bujang memang tak bagi.. dah ada laki pergilah..

“Awak cepat” di tarik tangan Hakeem untuk ikutnya ke motor.. “Jangan peluk tau.. nanti dua-dua tergolek”

“Saya tahu la awak!”

Berpusinglah pasangan ini di sekitar kampung.. dengan perlahan Tahira bawa motornya sambil menghirup udara petang. masuk kampung lain keluar kampung lain.. Hakeem yang duduk di belakang pun rasa seronok.. baru dia tahu banyak kampung-kampung di sekitar kawasan dia duduk..

Kebun pun ada CCTV. Fuyooo besarnya. ni rumah ke istana. Nanti dah nampak boleh tanya Tahira rumah siapa ni.

"IRA!! sini singgah" tiba-tiba ada suara memanggil.

Tahira yang mahu membuat U turn tidak jadi. Dia masuk ke perkarangan rumah yang seperti istana itu. "Abang jumpa nak jumpa kawan sekejap ye"

"Boleh-boleh" Hakeem melihat ada seorang budak perempuan macam sebaya Tahira memanggil.

Tahira masuk ke perkarangan rumah itu dan berhenti di hadapan Siti.

"Ermm.. dating dengan husband" Siti mencuit bahu Tahira.

"Malu la awak. jangan cakap macam tu" Muka Tahira sudah merah di sakat oleh Siti.

"Awak tak perlu la malu. awak kawin hari tu. Kita tak datang. maaf tau awak" Siti bercakap sama gaya seperti Tahira. Bukan mahu mengajuk tapi malu dengan Tahira yang sopan satun. Dia pula jenis burtal.

Mata Hakeem melihat sahaja kedua gadis di hadapannya bercakap.

"Tak apa je awak. Awak pula bila Majlis?"

"Awak tunggu sekejap saya ambik kad" berlari Siti masuk ke dalam rumah untuk mengambil kad jemputan kawinnya.

"Kawan awak pun kawin muda macam awak?" Hakeem bertanya.

"Aha. dia cakap bakal suami dia makhluk asing"

Hasiq yang ada tidak jauh dari Tahira dan Hakeem dengan pantas menoleh. Di pegang wajahnya. Muka aku macam Alien ke. tangannya juga di lihat. Tak hijau pun.

"Bukan makhluk asing Tahira. orang asing. Overseas" Dzafri menegur Tahira. Dia nampak muka Hasiq dah blur. Cek badan sendiri mana yang menandakan macam makhluk asing.

Tapi rasanya memang anaknya yang cakap dengan Tahira makhluk asing. Bukan boleh caya sangat dengan anaknya sorang ni.

fuyooo.. memang orang kampung sini kawin orang asing semua ke. Tahira dah memang asing dah. Tapi muka Pak Cik ni macam biasa tengok la. Hakeem menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Tuan rumah. termasuk seorang lagi pemuda yang kelihatan blur..

Tahira menoleh ke belakang. "Eh! Pak Cik pun ada. Apa khabar Pak Cik"

"Alhamdullilah baik. Yang suami Tahira duduk jauh sangat kenapa. tak jatuh ke duduk macam tu"

"Tak boleh. nanti tergolek" Tahira membalas.

Dzafri faham maksud Tahira. "Hakeem lama-lama nanti Tahira akan terbiasa dengan Hakeem. Dalam rumahtangga kena banyak bersabar" Bahu Hakeem di usap. Dia berikan nasihat begitu kerana lelaki jika di hadapan mata tapi tak dapat boleh melambung tinggi moodnya.

"Pak Cik tahu nama Saya"

"Tahu. anak Zulkifli yang jatuh longkang hari tu. hari-hari jumpa dekat masjid lupa ke?"

Hakeem diam seketika dan memerhatikan wajah Dzafri. "Pak Cik nampak lain la" Terkejut Hakeem. patut macam biasa tengok.

"Awak awak. maaf tunggu lama" Siti berlari ke arah Tahira dan Hakeem. "Ni kad kita. ni hadiah kawin awak" Di berikan beg kertas yang terisi hadiah yang di balut cantik.

"Terima kasih awak. susah je bagi kita hadiah" Tahira mengambil pemberian Siti.

"Nanti awak datang tau majlis kita. sebelah abah kita tula makhluk asing yang Saya bagitahu hari tu" Siti memperkenalkan Hasiq.

Patut Tahira panggil makhluk asing. selamber badak panggil makhluk asing depan bakal sendiri. Budak ni pun macam biasa la aku tengok. Hakeem perhatikan wajah Hasiq.

"Insyallah awak. kita balik dulu ye. Nanti kirim salam dekat Mak Awak"

"Okay awak" Siti melambai Tahira.

setelah agak jauh Hakeem mula bertanya pada Tahira. "Ayah kawan awak kerja apa?"

"Yang saya tahu kedai runcit je. Tapi rasa ada lain kot. Sebab kadang saya dengar orang panggil dia Tan Sri"

terngaga mulut Hakeem terkejut. Tan Sri tu.. Tapi macam tak macam gaya Tan Sri. Patut rumah besar gila.

"Tunang kawan awak tu macam biasa nampak lah" Hakeem lupa dia lupa di hadapan Tahira.

"memang lah. sebab tunang dia tu kan artis" Tahira jawab dengan bersahaja. Lupa Hakeem ni buta tak nampak.

_________________________________________________

Masa berlalu dengan pantas Hakeem yang sebagai suami Tahira masih lagi tidak dapat menyentuh isterinya walaupun sudah sebulan berkahwin.. baru cuba hendak peluk Tahira dah pengsan, bila mahu di cium terus gelap la dunia Tahira di buai mimpi..

Sebagai lelaki dalam kesabarannya mempunyai had juga.. Seringlah berlaku pergaduhan kecik kerana Tahira tidak bagi menyentuhnya..

“Kaki dah sudah.. bagi tangan pula” Hakeem hulurkan tangannya ke Tahira untuk di potong kuku..

Tahira tidak bersuara sepanjang potong kuku Hakeem.. dua dua diam.. Hakeem memandang Tahira.. kalau dia tahu aku tak buta dia nak ke Tak potong kuku aku ni.. entah-entah dia tak nak aku langsung..

“Dah!!” Tahira mengambil kedua tangan Hakeem untuk di lihat.. “Cantik bersih” di letakkan tangan Hakeem lalu di potong kuku jari kakinya pula..

Tik tik tik.  Hakeem melihat kemudian mengacau Tahira.. Tahira menepis tangan Hakeem dengan. “tepilah.  Jangan kacau nanti saya terpotong jari saya pula”

Hakeem diam seketika kemungkinan di cuit lagi pinggang Tahira.. melihat Tahira buat tidak tahu Hakeem dekatkan dirinya lagi..

Pap!!!

“Awak awak sorry saya tak sengaja” Tahira yang menepis tangan Hakeem dengan tidak sengaja tangannya terkena muka Hakeem.

Hakeem memegang matanya yang sakit.. tercucuk dengan jari Tahira.. Hakeem menepis tangan Tahira yang cuba melihat matanya.. “Tak payah sentuhlah!! Tak suka saya pegang awak.. buat apa sentuh saya”

“Awak janganlah marah.. saya tak sengaja” Suara Tahira seperti mahu menangis terkejut Hakeem memarahi dirinya..

Hakeem bangun dari duduknya.. “Baik tak payah kawin lagi senang.. nak sentuh bini sendiri pun tak boleh!” Hakeem pergi dan menghempas pintu dengan kuat..

tersentak terkejut Tahira apabila Hakeem menghempas pintu.. air matanya mengalir apabila mendengar kata-kata Hakeem.. melihat Hakeem pergi tinggalkan dirinya dalam keadaan marah lagi buat dirinya bertambah sedih..

Hakeem terus ke tandas di tangkat bawah.. di basuh matanya lalu di lihat.. merah menyala kerana terkena pukulan tidak sengaja dari Tahira.. sakitnya!!

“Awal Hakeem turun” Kamariah menegur anaknya yang keluar dari tandas..

“Aha!!”

“Hakeem nak makan dulu, makan la”

“Tak ada selera la nak makan..” Hakeem terus duduk di ruang tamu.. di capai sahaja apa-apa buku di bawah meja..

Gaduh dengan Tahira ke.. Kamariah ke dapur untuk sediakan air suaminya.. Setelah siap Kamariah letakkan di atas meja makan dan naik semula ke biliknya untuk memanggil Zulkifli..

“Saya rasa Hakeem dengan Tahira tu gaduh la Kanda” Kamariah terus bercakap selepas menutup pintu..

“Biasalah macam kita juga”

“Risau kalau gaduh meleret..”

“Kalau berpanjangan baru Kita bagi nasihat.. dah jom.. Dinda sekejap lagi nak ke sekolah dah”

Kamariah dan Zulkifli turun ke meja makan.. makanan pagi Tahira sudah sediakan.. walaupun hanya mee goreng sangat bersyukur Zulkifli dan Kamariah.. Jika dulu kedailah jadi tempat mereka menjamu selera.. kadang kala tengah hari, malam pun makan di kedai..

Tidak lama kemudian Tahira turun dengan mata merah kerana menangis.. cuba untuk memujuk hatinya sendiri kerana sememangnya salah dirinya kerana memukul suami sendiri. “Awak jom makan”

Hakeem bangun lalu naik ke biliknya.. tidak di hiraukan langsung Tahira seperti sebelum ini… Tahira mengikut Hakeem dari belakang.. Hakeem ke almari di capai baju kerjanya untuk di pakai..

“Ni saya tolong awak!”

“Tepi!!” Hakeem menepis tangan Tahira yang cuba menolongnya. Hampir melangkah ke belakang Tahira kerana ni tolak Hakeem.. “Saya tak perlukan awak.. saya boleh pakai sendiri”

Tahira cuba menahan sebak di dadanya.. “Awak minta maaf.. saya tak sengaja terpukul awak..”

Hakeem diam membisu di butangkan baju kemejanya kemudian di tukar seluar yang di pakai dan terus turun ke bawah.. Tahira sudah menangis lagi sekali apabila melihat Hakeem masih marahkan dirinya..

Hakeem ke dapur buat air untuknya sendiri.. apa yang Tahira sediakan tidak di sentuh langsung,..

Tahira terus turun di capai kunci motornya lalu terus keluar rumah tanpa bercakap dahulu dengan Hakeem seperti sebelum ini.. dia tidak mahu Zulkifli dan Kamariah nampak matanya yang merah kerana menangis.. Dan tiada seorang pun sedar yang dia telah pergi..

“Tahira First time awak datang awal lepas kawin” Syawani kawan sekerja Tahira menegur.. dan mengajuk kata diri yang selalu Tahira gunakan..

“Suami pergi kerja awal jadi saya pun awal. Duduk rumah sorang bukan ada benda nak buat”  Tahira menipu..

cuba update sebanyak mungkin untuk hari ini.. sebab tak tahu bila akan di update lagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience