Kamariah tersenyum gembira apabila anak kesayangan ingin memperkenalkan buah hatinya. Perkara yang di nantikan sekian lama. Mahu seorang menantu dan harap dapat berikan cucu kepadanya.. Dapat memeriahkan lagi kehidupan mereka tiga beranak.. Bukan dia tidak mahu anak ramai tapi rezekinya hanya Lokman Hakeem.. Alhamdullilah suaminya tidak kisah walaupun hanya mempunyai rezeki anak seorang.. Zulkifli yang banyak memberi kata semangat selepas rahimnya terpaksa di buang akibat ketumbuhan..
“Kanda dah sampai” Kamariah menepuk paha Zulkifli sebaik nampak kereta anaknya masuk ke perkarangan rumah lalu berdiri di ikuti Zulkifli di sebelahnya.
Zulkifli melihat isterinya tersenyum lebar.. gembira seperti menang peraduan “Senyum tu lebar sangat”
“Yela.. nak sambut tetamu anaknda kita..”
Kamariah melihat dari pintu utama rumahnya.. senyuman di bibir Kamariah hilang apabila melihat Qistina tidak memakai tudung.. seorang wanita aurat melambangkan harga diri.. jika pakai tudung pun ada yang tidak elok lagikan yang tidak bertudung.. Ada juga yang tidak memakai tudung baik.. Kamariah menyedapkan hatinya sendiri.
“I nervous la you” Qistina bersuara sebaik keluar dari kereta..
“Relax.. Bonda Ayahda okay je..” Hakeem cuba menenangkan perasaan gemuruh Qistina dengan kata-katanya.
“Memang lah okay bagi you. Sebab diaorang orang tua you”
“Dah senyum.. tangan jangan pegang Ayahda tak suka” Hakeem memberi amaran awal sebelum dia di leteri oleh Zulkifli..
“Okay!” Qistina perbetulkan pakaian yang di pakai sebelum berjalan bersama Hakeem.
Hakeem dan Qistina jalan beriringan ke arah Kamariah dan Zulkifli yang sudah menunggu di pintu utama rumahnya..
“Assalamualaikum.. Bonda Ayahda” Hakeem bersalam dengan kedua orang tuanya di ikuti Qistina yang hanya bersalam dengan Kamariah sahaja..
“Wa’alaikumusalam” Serentak Kamariah dan Zulkifli menjawab salam dari Hakeem.. Kamariah pula tersenyum melihat Qistina.. di perhatikan Qistina dari atas hingga ke bawah.. Ya allah ketatnya seluar.. nak tunjuk ke siapa kaki tu..
“Ni kawan Hakeem yang Hakeem cakap semalam.. Qistina” Hakeem memperkenalkan buah hatinya. Hakeem lihat Kamariah sedang scan tubuh badan Qistina.. Dia tahu ada benda yang tidak di kenankan oleh Bondanya.. Itu semua boleh di didik di kemudian hari jika Bonda dan Ayahda setuju dengan pilihan hatinya.
“Jom masuk!!” Kamariah terus menarik tangan Qistina agar ikut dirinya masuk ke dalam rumah..
“Suka Bonda kamu” Zulkifli dan Hakeem jalan beriringan mengikut langkah Kamariah dan Qistina..
“Suka alhamdullilah.. senang la Hakeem nak ke next step” dalam senyum yang di berikan Hati Hakeem sebenarnya gusar. Gusar jika Bonda dan Ayahda tidak suka akan pilihannya..
Sebaik duduk mata Qistina melilau melihat suasana ruang tamu rumah keluarga Hakeem. Masuk sahaja kawasan perumahan Qistina sudah terpegun inikan pula isi dalam rumah..
“Saya Bawa hadiah untuk Mak Cik” Terasa gugup untuk Qistina bersuara.. di hulurkan beg kertas yang berisi kotak di dalamnya..
Kamariah mengambil lalu terus di buka di hadapan Qistina.. “Saya belikan tudung.. sebab Hakeem cakap Mak Cik Cikgu.. mesti hari-hari bertukar tudung”
“Ye!!” Kamariah tersenyum melihat hadiah pemberi dari Qistina. “Pandai kamu pilih warna. Cantik”
“Hakeem yang tolong pilihkan sebenarnya..”
Kamariah melihat Hakeem yang senyum sahaja dari tadi.. Zulkifli pula menenung wajah Qistina seperti pernah berjumpa sebelum ini.. cuba di ingati tapi tidak boleh di ingati..
“Kamu tunggu sekejap.. Mak Cik buatkan air untuk kamu” Kamariah ke dapur meninggalkan Qistina bersama suami dan anaknya..
Kamariah mengharap Qistina akan ke dapur menolong tapi bayang pun tidak nampak.. tak apa, mesti malu-malu lagi baru pertama kali jumpa.. tak kan tiba-tiba nak ke dapur orang pula..
“Pak Cik pernah jumpa kamu ke Qistina” Zulkifli menegur dengan matanya memandang TV.. perlu di jaga pandangan mata takut mendatangkan dosa yang sendiri tidak di sedari..
“Rasa tak pernah” Qistina menjawab dengan pantas sambil melihat Zulkifli..
“Kamu kerja apa?” Zulkifli mula ingin soalan selidik last belakang Qistina.. perlu tahu semua Itu sebelum ke peringkat seterusnya..
“Kerja biasa je.. job scope accounting”
“Accountant la ni”
“Tak sampai lagi..”
“Hakeem nak Qistina kerja dengan kita boleh Ayahda” Hakeem terus meluahkan hasratnya.. sudah lama dia mahu Qistina bekerja dengannya. Tidak perlu lagi mencuri-curi masa untuk berjumpa jika Qistina kerja dengannya..
Zulkifli melihat Hakeem “Ayahda tak kisah.. yang penting boleh buat kerja. Kamu tanya Tuan badan dulu jangan buat keputusan sendiri”
“Qis mesti setuju. Kan you” Hakeem menyiku lengan Qistina yang duduk di sebelahnya.
Qistina hanya senyum Sahaja.. mahu tunjuk kegembiraan lebih tidak patut pula.. Kalau kerja dengan Hakeem, Rasa lagi senang hidupnya. Pasti akan di beri jawatan agak tinggi bukan sekadar account executive sahaja.
Kamariah membawa dulang berisi teko dan cawan ke ruang tamu.. Qistina hanya memandang dengan senyuman sahaja.. dia tak nampak aku bawa susah ke. Tolong angkat kuih ni ke…
“Apa yang setuju..” Kamariah melihat Hakeem dan Zulkifli.. di taung air ke dalam cawan lalu di letakkan di hadapan tetamunya dan Zulkifli. Hakeem sudah mengambil sendiri cawan untuk dirinya..
“Hakeem nak Qistina kerja dengan dia” Zulkifli jawab tanpa berselindung.. Tiada satu pun rahsia di sembunyikan dari isterinya.. semua Kamariah akan tahu.. Itu salah satu dia sentiasa bahagia dengan Kamariah.. kejujuran dalam perhubungan..
“Aha Bonda.. Tak perlulah Hakeem curi Masa untuk jumpa Qistina..” Hakeem menghirup teh yang Kamariah buat.. kemudian di letakkan semula di atas meja depannya..
“Oh.. Bab kerja Bonda tak masuk campur.. Qistina jemput minum” Kamariah melihat Qistina hanya menenung air di hadapannya.. mungkin merasa malu-malu takut pertama kali berjumpa dengan kedua orang tua Hakeem..
“Ye terima kasih Mak Cik” Qistina mengambil cawan berisi air the lalu di hirup sedikit sebelum meletakkan balik..
“Kamu anak ke berape? Berapa orang adik beradik..” Kamariah pula cuba soal selidik Qistina.. perlu di ketahui semuanya.. tidak mahu terburu-buru dalam ingin anaknya meneruskan perhubungan yang lebih jauh.. Semuanya berkaitan dengan masa depan.. tidak mahu suatu hari keputusan yang di buat akan di kesali..
“4 orang saya number 3”
“Umur kamu berape”
“25”
“Beza dengan Hakeem setahun.. Adik kamu sekolah lagi atau dah kerja?”
“sekolah lagi Uitm”
“Orang tua kamu.. Maksud Mak Cik.. asal mana?”
“Orang tua orang kampung tapi duduk sini dah”
Satu jam berada di rumah orang tua Hakeem, Qistina meminta diri untuk pulang.. Kurang selesa apabila Kamariah banyak bertanya mengenai keluarganya.. susah untuk dirinya ingin mereka cerita bagi untuk jawab setiap soalan Kamariah..
“Nanti datang lagi ye” Kamariah memperlawa Qistina kerana ingin tahu lebih rapat dengan buah hati anaknya..
“Ye!! Saya balik dulu” Qistina bersalam dengan Kamariah sebelum masuk ke dalam kereta Hakeem untuk hantarnya pulang..
“How?? Bonda Lokman Hakeem” Zulkifli bertanya sebaik Qistina dan Hakeem pergi..
“Dinda okay” Kamariah masuk ke dalam rumah semula selepas kereta anaknya tidak kelihatan lagi..
“Tapi muka Dinda seperti tidak okay” Zulkifli tahu sangat akan isterinya.. walaupun tidak kelihatan di raut wajahnya, dirinya boleh baca perasaan Kamariah..
“Pakaiannya Dinda tidak berape suka” Kamariah berterus terang tentang isi hatinya..
“Pakaian tidak melambangkan kebaikan diri Dinda” Zulkifli menegur lembut..
“Dinda tahu tapi maruah seorang wanita pada auratnya.. Dinda pun tidak berfikir yang tidak elok pada Qistina.. Jika itu yang Hakeem mahukan Dinda terima.. harap Hakeem dapat mendidik Qistina menjadi lebih baik”
“Tapi masih ada yang Dinda tidak suka kan.. Boleh nampak semasa Dinda membawa air tadi”
“Ye Kanda.. tapi Dinda tahu cara dirinya di didik oleh orang tuanya tak sama seperti kita.. tak kan Dinda mahu dia jadi seperti yang Dinda mahukan.. tapi Dinda boleh terima dia seadanya” Kamariah mengemas cawan dan teko yang di gunakan tadi..
“biar Kanda tolong Dinda!!” Zulkifli mengangkat dulang berisi cawan kotor ke dapur.. “Kanda tahu apa yang paling buat Dinda berkecil hati”
“Bolehkah kanda meneka” Kamariah memandang suami.
“Ye Dinda.. Kanda pun terasa juga.. tidak sedikit pun dirinya bertanya khabar pada kita.. Kanda tidak kisah jika dia pendiam.. Tapi nampak dia tidak kisah akan kewujudan Kita..”
“Kanda jangan fikir bukan-bukan.. mungkin Qistina nervous.. pertama kali bertemu..” Kamariah juga terasa benda yang sama seperti suaminya tapi masih cuba tidak berfikir bukan-bukan..
“Bonda I okaykan” Hakeem senyum sambil jeling ke arah Qistina yang duduk di sebelahnya..
“Okay.. lepas cakap dengan Bonda you. Terus hilang nervous I. Bonda you baik” Qistina merangkul lengan Hakeem dan Hakeem biarkan sahaja.
“You nak I masuk kerja dekat company you bila?” Qistina dengan pantas mengubah topik.. tidak mahu Hakeem meleret ke lain.. Dia bersetuju berjumpa dengan kedua orang tua Hakeem pun kerana Hakeem akan bersetuju menjadi buah hatinya jika berjumpa dan kedua orang tuanya dan mereka bersetuju.. Sangat Kolot Hakeem ini.. Nampak sangat anak Mak semua perlu meminta izin..
“Ikut you. Bila you ready.. you settlekan dulu dekat company you kerja Sekarang” Hakeem melihat tangan Qistina yang sudah mengengam tangannya.. Terasa berdosa tapi nafsu dan cinta pada Qistina di biarkan sahaja.. Jika di ketahui Zulkifli dan Kamariah pasti habis dirinya di leteri. Didikan agama yang di berikan kepadanya sangat kuat tapi dia sendiri tahu dirinya sudah hanyut dengan bisikan syaitan dan imamnya tidak kuat..
“Okay!! Kita window shopping dulu boleh”
“For you. everything you want I okay”
Qistina lagi mengeratkan pelukan tangannya pada Hakeem.. Semua lelaki pasti akan tergoda dengan layanan manja yang di berikan.. lagi dirinya boleh di kategori sebagai perempuan yang mempunyai paras rupa yang cantik..
Share this novel