Thaqif di temani Grandpa merenung tajam ke mata Hakeem.. Tangan Thaqif di sambut dengan senyuman manis dari Hakeem.. mahu tak manis nak kawin dah.. Di berikan senyuman juga pada bakal atuknya..
"Mr Lokman Hakeem son of Zulkifli.. I’m marrying of you with my sister, Nur Tahira son of Othman to you"
Kenapa speaking pula.. aku practice malay kot.
"With the dowry 20 thousand ringgit in cash" Saja Thaqif mahu kenakan Hakeem..
Hakeem terdiam tidak mampu melafazkan Qabul. jelas mukanya kelihatan blur..
Thaqif melepaskan tangannya yang bersalam dengan Hakeem. "How grandpa. Good right my practice"
"You so good Thaqif.." Thaqif di puji atuknya..
ceh!! kau saja nak kenakan aku.. aku ni dah la nervous boleh lagi dia main² "Thaqif in malay.. Abang practice in malay"
"I don't care" Di jeling saja Hakeem..
"Sedara mara sudah cukup!!" Speaker berbunyi.. Majlis hanya di saksikan oleh sanak saudara kedua belah pihak. Lepas Isyak baru Majlis doa selamat di jalankan dan di jemput orang kampung..
Setelah dapat isyarat dari Kamariah pengacara memulakan aturan Majlis.. di sebut dua bahasa kerana separuh tetamu yang hadir adalah dari australia..
lagi sekali tangan Thaqif dan Hakeem bersalam..
"In Malay" Hakeem sempat berkata sebelum Thaqif melakukan ijab.. Thaqif hanya berikan senyuman sinis kepada bakal Abang iparnya.
“Wahai Lokman Hakeem bin Zulkifli, aku nikahkan di kau dengan kakak ku Nur Tahira binti Othman dengan mas kawin sebanyak 20ribu ringgit Malaysia tunai”
“Aku Terima nikahnya Nur Tahira binti Othman dengan mas kawin sebanyak 20ribu ringgit Malaysia tunai” Selamat cakap Melayu, dia ni buat aku suspend jela..
Saksi angguk kepala tanda sah..
Dengan sekali lafaz Tahira menjadi isteri kepada Hakeem.. menangis Zaitun kerana terpaksa melepaskan anak perempuan kesayangannya kepada orang lain untuk di jaga selepas ini..
Tahira turut menangis dan memeluk Zaitun.. “Orang akan sentiasa ingat Mak.. sayangkan Mak. I love you Mak”
Zaitun membalas pelukan Tahira.. “Mak pun sama Tahi.. ingat walau apa pun berlaku.. Mak sentiasa ada dengan Tahi!!”
“Terima Kasih Mak sebab jaga orang dengan baik” Di cium pipi Zaitun agak lama.
Tahira melihat Hakeem di hadapannya. Membuatkan dirinya menjadi cuak kerana pasti perlu menyentuh Hakeem sekejap lagi..
“ Assalamualaikum awak” Hakeem berikan senyuman pada Tahira.
“ Wa’alaikumusalam..” Terketar suara Tahira menjawab salam Hakeem..
Lalu Hakeem duduk di sebelah Tahira. Untuk memakaikan rantai tangan di tangan Tahira..
“Tahi hulur tangan” Zaitun cuba menolong Tahira untuk permudahkan Hakeem memakai gelang tangan..
“Kalau tak pakai tak boleh ke” Tahira mengengam tangan kanannya dengan tangan kiri.. terasa sejuk di seluruh hujung jarinya..
“Untuk ambik gambar dengan video” Zaitun cuba memujuk.. “Beri tangan tu” Zaitun menghulurkan tangan Tahira dengan paksaan..
Dia ni dah kenapa.. takut dengan aku ke, bacteria banyak Ke.. kalau elergi pun tak akan teruk macam ni.. Zaitun mengambil tangan Hakeem untuk memakaikan rantai tangan..
Tahira merasa lega seketika apabila Hakeem tidak tersentuh dengan tangannya semasa memakaikan rantai tangan.. Zaitun pergi dari pelamin untuk jurugambar ambik gambar mereka berdua..
“Pengantin perempuan senyum”
Tahira cuba senyum walaupun terasa takut berdebar yang tersangat..
“Salam pula” Zaitun memberi arahan kepada Tahira..
Tahira geling kepala tidak mahu bersalam.. Lambat la Tahira ni.. Hakeem terus menyambar tangan Tahira membuatkan Tahira tersentak terkejut.. Sejuknya tangan.. awat pucat pula muka dia ni.. Make-up pun boleh nampak pucat..
“Cium tangan” Jurugambar memberi arahan..
Tahira cium tangan Hakeem dengan laju, berharap cepat la habis semua ni..
“Cepat sangat tak sempat ambik gambar”
Tahira lagi sekali geling kepala.. Tidak mahu cium tangan Hakeem sekarang Hakeem pegang tangannya pun sudah buat jantungnya tidak tentu arah
“Mak.. Adik rasa sekejap lagi akak pengsan” Thaqif berbisik pada Zaitun yang melihat dari tepi .
“Harap tak la.. Mak pun pelik. Nak kata sekolah perempuan je.. Tak pula.. kerja pun campur laki perempuan..” Zaitun berbisik kembali pada Thaqif..
Tahira menyarungkan cincin di jari Hakeem tanpa menyentuh kulit Hakeem.. Tangan aku kotor ke.. sampai macam ni sekali di sarungkan cincin..
“pengantin lelaki Boleh cium dahi pengantin perempuan”
Hakeem baru dekatkan mukanya..
“Pengantin pengsan!!” Jurugambar menjerit kerana terkejut.
Kelam kabut Zaitun dan Kamariah naik pelamin..
“Awak!!” Hakeem sempat menahan kepala dan badan Tahira daripada terus terjatuh ke bawah
“Kan dah agak!!” Thaqif bersuara.. Kena sentuh sikit pun pengsan ni kan pula nak kena cium..
Zaitun hanya boleh geling kepala sambil ke pelamin.. “Nasib la Tahi oi.. dapat laki tak nampak.. jalan memang kena pengang tangan je..”
Hakeem dan Kamariah memandang Zaitun..Tidak memahami maksud Zaitun.. jika dia tahu Hakeem boleh melihat pasti lagi lagi susah Tahira hendak menyentuh suaminya sendiri..
“Angkat dulu masuk bilik” Zaitun arahkan kepada Hakeem..
Hakeem melihat ahli keluarga sebelah Tahira tidak risau seperti dirinya.. Tahira ni memang macam ni ke.. Kena sentuh pengsan.. Sudah menjangkakan apa yang akan terjadi. Hanya sebelah Hakeem sahaja semuanya terkejut..
Hakeem mengangkat Tahira seperti di arahkan oleh Zaitun.. Bride styles betul ni. Kamariah jalan ke hadapan dahulu untuk bukakan pintu bilik di ikuti Zaitun untuk beritahu hal sebenar.. agar Hakeem dan Kamariah tidak terkejut..
“Kak kenapa tiba-tiba pengsan ni..” Kamariah bertanya sebaik menutup pintu bilik anaknya.. Risaukan Tahira sebenarnya..
Hakeem baringkan Tahira di katil.. di tarik selimut untuk menutup badan Tahira..
“Dia tak pernah pegang orang laki kecuali adik, Ayah dan atuk.. dia gemuruh sangat sampai pengsan.. Tahira tak ada apa pun” Zaitun jawab tanpa rasa risau seperti Kamariah dan Hakeem.
“Betul ni tak ada pape.. saya risau ni Kak Zai..”
“Ye!!. Dulu pengsan dekat hospital tu pun sebab langgar Hakeem ni ha.. Excident dulu pengsan pun sebab sebab Zul tu tolong papah.. Dia tak boleh orang lelaki sentuh dia.. kira Hakeem dapat salam tadi pun dah bernasib baik.. elergi dengan lelaki. kan Saya dah cakap hari tu..”
"Sampai pengan" Kamariah sedikit terkejut..
"Ye" kemudian Zaitun memandang Hakeem yang duduk di sisi Tahira “Hakeem!! Perlahan-lahan la dekatkan diri dengan Tahi. Nanti lama-lama dah biasa okay la tu.. Arwah Ayah Tahi pun macam ni juga tapi dengan perempuan.. Sebab tu Mak suruh rahsiakan dulu kamu boleh melihat.. kalau Tahi tahu kamu tak buta, Lagi susah Tahi nak terima kamu.. Sampai bila-bila agaknya kamu tak akan dapat sentuh.. sekurang kamu tak nampak dia perlu jadi mata kamu. Dia akan terpaksa untuk memimpin kamu bila kamu menyuruh”
La…. Sampai pengsan.. jadi aku orang lelaki ke empat la dia sentuh.. Bagusnya awak.. terasa kerdil diri saya bila tahu awak ni baik sangat “Ye Mak!!.." Kenangan betullah.. Boleh awak pengsan .. lain kali bagitahu awak gemuruh bila dekat dengan lelaki.. tak ada lah saya terus sambar macam tadi..
Hahahaha.. Bride styles...
Share this novel