#57 EX-GIRLFRIEND

Romance Series 6067

 

Habis sahaja sembayang Isyak berjemaah Tahira mengajak Hakeem untuk berjalan di tepi pantai.. pantai terang kerana di sinari dengan cahaya resort yang mereka diami.. Tangan Hakeem dan Tahira di gengam erat sambil berjalan..

“Awak kita duduk sini jela.  Tak payah balik” terasa tenang duduk di tepi pantai. di tiup angin laut yang damai.

“Duduk sini macam suami awak ni tak kerja pula.  nak bayar pakai apa sayang kalau saya tak kerja”

“Betul juga kan.. awak cari duit banyak-banyak lepas tu kita datang lagi”

“Boleh!! Tapi awak berhenti kerja dulu.. Boleh honeymoon lama tak macam sekarang…”

“Saya lupa nak bagitahu awak.. saya dah berhenti kerja sebab saya nak jaga suami saya ni” Tahira dengan tiba-tiba memeluk Hakeem dan memandang Hakeem dari bawah..

manjanya dia.. “Kenapa tak bagitahu awal. Kalau tak boleh saya extend ticket flight”

“Kan saya dah cakap saya lupa tadi!!” Perut Hakeem di cubit.. Tahira rasa perut Hakeem sudah mula buncit. baru kahwin dah buncit. Mana tak nya makan pun nak bersuap..

“Aduh!!! Sakitnya..” Hakeem memegang perutnya.

“padan muka” Tahira lari daripada Hakeem. “Wekk” lalu di jelerkan lidahnya.

Dari jauh Qistina melihat susuk badan yang sangat di kenali.. Lokman Hakeem di hadapannya.. orang yang sangat di rindui. Qistina cuba dekati Hakeem yang sedang bermain air pantai bersama isterinya..

“Awak jalan straight je..”

Hakeem menurut kata-kata Tahira, lalu kakinya merasa air laut.. “Awak tipu saya ye!!” Hakeem mengejar Tahira..

“Hehehe.. tak dapat” Tahira mengelak dari di tangkap oleh Hakeem.

Hakeem menutup matanya dengan betul dan mencari Tahira hanya melalui gelak ketawa isterinya itu.. “Ingat awak boleh lari dari saya”

“Wekk!!” Tahira jelerkan lidahnya lagi sekali di hadapan Hakeem.. di agah Hakeem yang cuba menangkap dirinya..

“penat!! Stop!!” Hakeem mengaku kalah dengan Tahira..

Tahira datang ke Hakeem terus di rangkul tangan suaminya.. “Kan betul awak tak dapat tangkap saya”

Hakeem angkat badan Tahira tanpa sebarang amaran.. “Siapa cakap.. ni saya dapat awak” Hakeem bawa Tahira dekati air pantai..

“Tak aci.. awak main tipu!!”

“No!!” Hakeem tersenyum melihat Tahira.. “3…”

“Awak Jangan!!” Tahira cuak apabila Hakeem seperti mahu campaknya ke dalam air..

“2…” Tahira dengan pantas merangkul leher Hakeem tidak mahu dirinya di campak. semakin lebar senyuman di bibir Hakeem apabila Tahira memeluknya..

“One!!” Hakeem melepaskan kaki Tahira.. tapi Tahira dengan pantas kepit kakinya di badan Hakeem.. tergantung seperti anak monyet sedang memeluk ibunya..

“Apa ni awak!!”

“Tak nak!! Selagi awak tak pergi dari air saya macam ni je” semakin erat pelukan Tahira..

“Kenapa takut sangat dengan air ni ha!!”

“Air masin.. nanti lekit macam pagi tadi..”

“Bagi hadiah dulu baru saya pergi”

Tahira tidak teragak berikan kucupan di pipi Hakeem.. “tak cukup” Hakeem tetap berdiri di tempat sama..

Lagi sekali di berikan kucupan di bibir Hakeem.. “Nak lebih dalam bilik nanti” di bisik mengoda di telinga Hakeem.

“Sekarang la.. jom balik” Dengan pantas Hakeem Naik ke atas.. terus berjalan tanpa turunkan Tahira. ”Sayang tunjuk jalan.. jangan tipu.. sebab nanti awak pun sekali kena”

“Okay!! Awak straight je.. kita pergi makan ye. perut saya lapar..” Tahira menoleh memandang ke hadapan Hakeem

“Boleh awak!!” Di turutkan kehendak Tahira walaupun sebenarnya sudah kenyang. makan petang tadi pun masih belum hadam sepenuhnya

“Awak ke kanan sikit ada orang dekat depan” Tahira memberi arahan.

Qistina berikan senyuman pada Hakeem tapi Hakeem melepasi Qistina tanpa sedikit pun jelingan.. Qistina merasa kecewa.. I lupa you buta..

“Awak turunkan saya.. jom jalan sama-sama”

“Tak nak.. saya nak macam ni.. sebab saya tahu mesti awak nak sakat saya lagi nanti”

“Hakeem!!” Qistina menoleh ke belakang lalu memanggil Hakeem..

Hakeem buat tidak tahu meneruskan langkahnya.. Qistina mengejar Hakeem.. lalu di tahan Hakeem untuk terus ke hadapan..

“Hakeem!!”

Tahira melihat perempuan di hadapannya tanpa berkelip mata.. perempuan siang tadi.. tidak serik lagi agaknya. “Awak turunkan saya” Hakeem turunkan Tahira..

“Awak kenal ke siapa ni” Tahira memandang Hakeem yang mengengam tangannya sebaik di turunkan.. “Kawan awak ke?”

“Siapa!!!”

“You dah lupakan suara I.. I orang yang paling you sayang..”

“Awak siapa!!” Tahira memandang Qistina.. “Maaf suami saya kenal Saya sorang sahaja” Tahira cuba bersikap tenang.

“Qistina!! Girlfriend Hakeem, tunang Hakeem”

Tangan Tahira yang erat mengengam tangan Hakeem terus berbuka.. hanya Hakeem sahaja yang mengengam tangannya.. raut wajahnya yang ceria menjadi suram.. jadi betullah perempuan ni ex- girlfriend Hakeem yang Hakeem ceritakan petang tadi..

“Maaf you salah orang.. I dah ada wife.. my wife girlfriend I.. jangan sedap nak ngaku you girlfriend i, tunang I” Hakeem menarik tangan Tahira untuk pergi.. “Jom sayang!!”

“Jom!!” Tahira kembali ceria ikut langkah Hakeem.. Hakeem tidak pernah kecewakannya dengan kata-kata.. kata-kata Hakeem selalu buat dirinya lagi bertambah sayang pada suaminya Itu

Qistina mengikut langkah Hakeem lalu bersuara lagi.. “You lupa ke. I girlfriend you sebelum you buta.. selepas you buta.. I your first love”

Hakeem buat tidak tahu sahaja tapi hatinya risau akan perasaan Tahira.. Walaupun Tahira tenang tapi hati Tahira hanya Tuan badan tahu.

“I cari you merata tempat.. you tahu tak I sayang you.. sampai hati you tinggalkan I, kawin dengan perempuan lain”

Hakeem berhenti melangkah lalu melihat Qistina.. “I pun sayang sangat”

Tahira terkejut dengan kata-kata Hakeem lalu cuba di rentap tangannya.. hatinya menjadi sakit dengan tiba-tiba.

“sayang my wife not you.. My wife my first love.. you just kisah silam yang bawa kemusnahan dalam hidup I.. I rasa menyesal kenal you, sia sia, membazir Masa dengan you dulu.. Please don’t come see me again. I don’t want make my wife hurt.. now dalam hati I ada seorang sahaja. She my wife now.. lagi satu daripada cari I baik you melawat husband you dalam lokap sana” Hakeem terus melangkah pergi untuk dapatkan Tahira yang tidak jauh berape langkah darinya..

“Awak!! Tunggu” Laju langkah Hakeem mendapatkan Tahira semula.

Tahira berhenti menunggu Hakeem.. dirinya yang mahu merajuk tadi kembali pulih apabila dengar kata-kata Hakeem kepada Qistina..

“You.. I menyesal dah.  I dengan Aliff dah cerai.. I sayang you Hakeem!!” Qistina menjerit tapi Hakeem tidak perdulikan langsung jeritan merayu Qistina..

“Tangan awak mana!!” Hakeem menghulurkan tangannya pada Tahira..

Tahira menyambut tangan Hakeem yang di hulurkan kepadanya.. “Mesti comelkan muka my wife now tengah merajuk”

“Orang tak merajuk la” Nada suara Tahira jelas menunjukkan dirinya sedang merajuk.. Siap kau perempuan kau datang lagi kacau my baby memang habis aku kerjakan kau..

“Sayang!!” Hakeem menahan Tahira dari terus berjalan.. di pegang kepala Tahira agar memandang dirinya. “awak tengok saya”

“Saya memang tengok awak pun!!”

Mahu ketawa Hakeem dengar jawapan dari Tahira.. Bukan tak nampak saja je nak feel tak nampak “Maaf kalau saya buat awak terasa hati, saya buat awak marah. sekarang hati saya ni ada awak sorang sahaja..”

“Saya nak sampai bila-bila saya sorang je” Tahira kesat air matanya yang sudah mengalir..

“Insyallah sayang!! Tiada sesiapa boleh gantikan tempat awak dalam hati saya.. tiada siapa boleh gantikan sentuhan tangan awak pada saya.. sampai bila-bila saya sayang awak” Hakeem menyentuh bibir Tahira lalu di berikan kucupan..

“Masin!! Awak menangis ke?”

“Tak” Tahira cuba menipu..

“Air laut kena muka awak!!” Hakeem memeluk Tahira bagi menenangkan perasaan sedih isterinya. Di cium uban² isterinya. terasa lebih bagus dirinya buta daripada melihat sekarang ini.. “Maafkan saya awak”

Tahira yang membalas pelukan Hakeem dan mengangguk kepala.

“I love you so much Nur Tahira binti Othman”  kucupan di dahi Tahira di berikan lagi sekali.. Tahira senyum memandang Hakeem..

“Terima Kasih.. jom cepat!! Lapar sangat dah ni” Tahira menarik tangan Hakeem agar berjalan lebih pantas. Dengan senang, hati Tahira terpujuk kerana dia boleh nampak ke ikhlaskan di mata Hakeem, yang Hakeem betul-betul sayangkannya seorang sahaja..

Qistina melihat kemesraan Hakeem bersama isterinya membuatkan dirinya merasa cemburu.. sepatutnya I di tempat perempuan tu Hakeem.. sepatutnya you bersama dengan I.. you tunang I dulu Hakeem..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience