Di hospital Tahira, Zaitun dan Thaqif sedang berbincang bagaimana cara untuk bayar balik duit pembedahan Thaqif yang diberi oleh Grandpa mereka..
Walaupun telah di beritahu tidak perlu pulangkan semula Zaitun, Tahira dan Thaqif sepakat mahu juga memulangkan duit tersebut.. Zaitun tidak mahu menyusahkan orang tuanya.. selagi boleh di pulangkan akan di pulangkan semula.. Anak anaknya juga bersetuju.
“Nanti orang jual kereta tu. Dapat la tambah 3 4 ribu.. “ Nasib baik lah ada kereta kancil. Nasib baik juga Mak tak jual awal²..
“Nanti akak nak pergi kerja naik apa?” Thaqif serba salah dengan Tahira dan Zaitun.. kerana dirinya ahli keluarganya susah payah perlu cari duit
“Motor ada” Tahira senyum tidak mahu adiknya risau..
“Mak pun jual kereta Arwah Ayah la..”
“Tak boleh!!” serentak Tahira dan Thaqif bersuara “Nak pergi niaga macam mana” Tahira menyambung bersuara..
“Aduhh!!” Tahira tiba² mengengam perutnya. Time macam ni pula nak bergelora perut aku ni.
“Akak okay tak ni” Thaqif menjadi risau dengan Tahira. muka dah serupa mayat dah.. kalau orang nampak macam Tahira ni yang sakit teruk
“Okay!!” Tahira memegang perutnya.. terasa ketulan darah period mahu keluar.. cepat lah keluar.. Korang nak buat apa duduk lama-lama bertapa dalam ni..
“Tahi kamu buat checkup macam adik.. Whole week you like this..” Zaitun risau akan anaknya.. kali ini dia melihat Tahira lebih teruk daripada sebelum ini..
“Period pain je la Mak darah tak nak keluar.. tak pun sebab Mak panggil orang Tahi la.. ni asyik sakit perut je..” Sempat Tahira menegur Zaitun dengan panggilan nama yang Zaitun berikan padanya.
“Tahi dengan sakit tak ada kaitan.. lagi satu Period pain mana ada sampai seminggu.. muka kamu tu lebih mayat dari muka adik..” geram Zaitun ada je yang di jawab oleh Tahira jika dia bersuara.. Dah sakit pun nak menjawab juga..
“orang jadi mayat betul baru tahu.. Sedap je kata muka macam mayat” Tahira membalas balik kata-kata Zaitun
“Kamu ni kalau tak balas kata Mak sekali tak boleh ke..” Suara Zaitun agak kuat kerana anaknya membalas balik apa yang di katakan..
“Tak boleh!!" Suara Tahira juga di kuatkan seperti marah "Memang orang nak Mak bisinggggg je..” Di peluk lengan Zaitun.. bukan saja mahu melawan tapi dia suka apabila Zaitun membebel.. terasa Mak sayang, ambil berat akan dirinya.. "I love you Mak"
anak aku sorang ni la... sama perangai macam bapak dia.. rindunya dengan Abang.. di usap kepala Tahira dengan lembut.. Suami yang takut dengannya dulu selalu ucapkan perkataan I love you untuk sesuaikan dirinya. hingga boleh bersama ucapan sayang itu hari² di ucapkan walaupun tengah bergaduh.
“Akak lay down here.. I can sit..” Thaqif menduga mesti akaknya mahu berguling atas katil.. kerana jika di rumah begitu la Tahira jika period pain nya menyerang.
“Tak nak!! Akak nak pergi berak!!” Tahira bangun lalu buka kain mengadang. Buk!! Terkejut Tahira melihat Hakeem di hadapannya..
Kamariah sudah senyum melihat Tahira dan Zaitun.. memang saja dia dan Hakeem tunggu di balik kain pengadang yang ditutup.. tahu jika di tutup mereka tidak mahu di ganggu..
“Anak aku!!!!” Kelam kabut Zaitun ke Tahira yang pengsan dengan tiba-tiba.. Thaqif dengan pantas turun dari katil..
“Nurse!! Tolong” Kamariah juga terkejut seperti Zaitun.
Apa aku nak buat ni.. Hakeem melepaskan tongkatnya lalu mengangkat Tahira.. ringannya budak ni..
“Abang sini” Thaqif menarik tangan Hakeem menuju arah katil..
Asyik nak terkantoi je.. dekat Mak Cik Zai ni la.. kenapa agaknya.. lagi satu yang dia ni pengsan dah kenapa.. keras sangat ke badan aku ni.. Bukan kena langgar jentolak pun nak pengsan..
Doctor yang nurse dengan pantas cuba cek keadaan Tahira.. “Ada mengadu apa-apa ke” Doctor melihat Zaitun .
“Period pain!!”
“Memang sakit ni doctor..” nurse membaca bacaan BP di mesin..
“Bagi drip dengan ibuprofen.. “ doctor memberi arahan.. “Biar dekat sini dulu.. kalau tak okay Saya buat letter suruh buat detail check-up..”
“Terima kasih doctor” Thaqif bersuara..
“Ish!! Budak ni.. nasib baik pengsan dekat hospital..” Zaitun naik geram pula dengan Tahira..
“Yang anaknda langgar Tahira kenapa?” Kamariah memarahi Hakeem dengan tiba-tiba.
“Tahira yang langgar Hakeem” aku pula kena.. Aku diri je kot.. gerak pun tak..
“Bukan salah sapa. Memang dia ni macam ni..” Zaitun menenangkan Kamariah, Zaitun tahu sangat perangai anak perempuannya.. sama perangai macam arwah ayahnya.. Fobia.. suaminya elergi dengan perempuan, Tahira ni elergi dengan lelaki..
“Aha. Mak cik.. dia terkejut je tu” Thaqif pula bersuara.. tahu sangat dengan akaknya.. nasib baik dengan adik sendiri tak ada pape..
“Nak melawat orang lain sakit. Lain pula yang sakit” Kamariah masih memandang geram akan Hakeem..
“Tak apa la.. memang Tahi ni macam ni.. lain kali jangan tiba-tiba muncul macam tadi.. kalau saya pun terkejut juga” Zaitun memandang Kamariah dan Hakeem.. “Mari duduk sini.” Zaitun menarik Kamariah duduk di kerusi yang terletak di tepi katil..
Thaqif mengambil tongkat Hakeem lalu di hulurkan.. kemudian mencari lagi satu kerusi untuk Hakeem duduk..
“Abang duduk!!”
“Terima kasih”
Thaqif terus duduk di atas katil di bahagian kaki Tahira..
“Thaqif macam mana.. okay tak?” Hakeem bersuara bertanya khabar Thaqif. Muda² dah sakit..
“ Alhamdullilah okay..” Thaqif senyum tapi isi hatinya tiada siapa yang tahu.. Kemudian Hakeem menjeling ke arah Zaitun.. begitu juga sedang tersenyum. Kemudian teringat jika Tahira datang ke kedai juga tersenyum sahaja.. memang keluarga ni suka senyum ke..
Hakeem melihat Tahira sekali imbas.. Tak boleh tengok lama-lama dosa.. Bonda ni suruh Hakeem kawin dengan budak sekolah.. pada-pada la..
Hakeem baru nampak jelas akan muka Tahira.. Eh!! tapi dia dah kerja.. jadi bukan budak sekolah la.. mulut pun boleh tahan budak ni cakap main lepas.. Pergi berak pun nak bagitahu Mak. Speaking tu boleh tahan.. orang kampung pun power macam orang bandar.. aku orang bandar pun speak malay je..
“Saya datang kedai tadi tak buka.. tanya dekat kedai runcit. Taukeh Lim cakap anak Kak Zai masuk hospital tu terus datang sini..” Kamariah mula bersuara untuk di ajak berbual..
“Oh!!. Datang nak beli ke sebab lain.. kalau sebab
lain kemudian la..Tahira ada cakap dengan saya dia nak bagi adik dia sihat dulu. lagi satu dia tak puas habiskan waktu remaja dia lagi”
Aku dah agak dah.. alasan semua tu.. Sebab aku buta kan sebab tu korang reject.. kalau tak reject sebab untuk kesenangan korang..
Kamariah sedikit terkejut dengan alasan Zaitun berikan.. “Lepas kawin pun boleh enjoy lagi.. Hakeem ni bukan jenis mengongkong.. lagi satu Kak Zai perlukan duit saya boleh bagi..”
“Kami tak perlukan duit Kak Kam.. kami juga tak menolak lamaran Kak Kam, tapi bagi kami selesaikan masalah kami dulu.. bagi Tahi ni puas dengan zaman muda dia.. kalau Kak Kam rasa kami ni nak duitkan Kak Kam dari awal lagi saya dah suruh Tahi ni setuju. minta duit hantaran tinggi. biar senang terus hidup kami ni” Zaitun mengeluarkan kata-kata pedas kepada Kamariah agar sedar jangan mahu memijak orang tak berduit sesuka hati. Ingat kami ni tak berduit. Daripada terima duit Kamariah ni baik terima duit dari grandpa Thaqif ni. bukan keluarganya tak tolong tapi tak nak susahkan mereka. selagi boleh cari sendiri, akan di usahakan..
Betul juga Mak Cik Zai ni cakap.. kau jangan mudah tertipu dengan helah diorang Hakeem.. Bonda ni pun satu.. memang nak sangat Hakeem dengan Tahira ni ke sampai sanggup bagi duit dekat diorang macam tu je.
“Bukan begitu maksud saya Kak Zai.. benda baik lebih elok di cepatkan.. kami cuba tolong keluarga Kak Zai.. kalau tak mahu duit kami bagi.. Saya bagi pinjam.. Kak Zai ada duit pulangkan.. Pulangkan sikit² pun saya terima..”
“Bagi saya bincang dulu dengan anak saya tapi saya rasa jawapan saya tetap sama” Anak aku muda lagi nak bagi lepas. Tak puas nak manjakan dia.
Thaqif pula melihat Hakeem lagi tadi.. di perhatikan muka Hakeem dengan teliti..
“Abang nampak kan..” pelahan Thaqif bersuara..
Terbeliak biji mata Hakeem memandang Thaqif. Kantoi dah ke. Macam Mana dia tahu.. “Memang tak nampak” Hakeem bersuara membuatkan Kamariah menoleh seketika memandang Hakeem dan Thaqif..
“Jom Abang ikut Thaqif” Thaqif menarik tangan Hakeem agar ikut dirinya.. Setelah jauh dari Zaitun dan Kamariah dia terus melepaskan tangan Hakeem.. di biarkan jalan sendiri.. “Abang tak perlu pura-pura depan Thaqif.. dari awal Thaqif jumpa Abang Thaqif dah tahu..”
Hakeem tetap pura-pura tidak nampak kerana masih ada orang di sekelilingnya.. langkahnya mengikut Thaqif.. Thaqif duduk di teman menanti Hakeem datang.. dirinya tersenyum sinis melihat Hakeem yang berpura-pura..
“Tak ada orang tak payah tipu!!”
Hakeem terus buka cermin mata hitamnya lalu memandang tepat ke arah Thaqif.. “Macam mana Thaqif tahu..”
“Banyak kali dah Abang kantoi.. Abang kalau nak kawin dengan akak semata-mata nak permainkan akak.. baik tak payah..” Thaqif berterus terang dengan Hakeem.
“Kitaorang tak kenal Abang sekeluarga.. tiba-tiba muncul dari mana.. minta akak jadi isteri.. lepas tu tabur duit depan kitaorang.. baik Abang pergi la.. cari perempuan lain sana.. ramai lain perempuan lain Abang boleh permainkan.. Duit Abang tu..kitaorang tak hadam la..”
“Kau ingat Abang nak sangat ke dengan akak kau tu!! Aku pun kena paksa” Hakeem juga berterus terang pada Thaqif tanpa berselindung lagi.. Dia pun tidak mahu berkahwin dengan Tahira, walaupun Bonda kata Tahira baik tapi hatinya masih susah mahu mempercayai sesiapa..
“Okay!! Settle.. Saya bagitahu akak tak perlu teruskan untuk terima Abang.. cakap lagi awal kan senang..” Thaqif bangun dari duduknya lalu balik semula ke bilik wad.. sakit hatinya apabila ada orang luar cuba permainkan maruah mereka sekeluarga..
Share this novel