“Tongkat anaknda mana” Zulkifli menegur Hakeem yang hanya memakai cermin mata hitam sahaja. hilang satu barang yang sentiasa di bawa bersama.
“Hakeem nampak tak buta pun” Hakeem kunci pintu rumahnya lalu masuk ke dalam kereta Zulkifli. sejak dengar kata-kata Zaitun hatinya bagai di cucuk dengan duri. kerana dia Bonda dan Ayahda dapat nama buruk. Hakeem cuba ubah dirinya untuk menerima orang sekelilingnya. ubah sedikit demi sedikit pernampilannya. Cuba tidak menipu menjadi buta.
Sejak itu juga setiap pagi pasti akan terserempak dengan Tahira yang menunggang motor. Akan di lihat Tahira dari dalam kereta dengan berbagai perasaan di dalam jiwanya. Terutama perasaan bersalah kerana menuduh Tahira, Menuduh keluarga Zaitun tanpa usul periksa.
Hakeem juga tersedar, sebelum ini hari-hari nampak orang yang sama tapi kenapa kali ini baru dirinya sedar orang itu Tahira. Sebab rindukan karipap Tahira. Terlalu rindu kerana sudah lama tak makan.
hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, bulan bertukar tahun. Eh! Tak sampai tahun lagi. Masa berlalu dengan pantas dan hari-hari juga Hakeem menanti kemunculan Tahira. Jika Tahira tidak muncul dirinya akan berasa kecewa.
Tahira mana ni. selalu dekat sini jumpa. nak hijau dah ni. Tak pergi kerja ke hari ni..
Lampu isyarat bertukar hijau dan laju sebuah motor memotong kereta yang di naiki Hakeem. Tahira lajunya. Tak sempat nak tengok. tak dapat karipap tengok orangnya pun jadilah. hari ni langsung tak dapat dua dua. Kecewa di rasai.
Setiap kali pergi kerja sudah menjadi kepastian Hakeem untuk menunggu melihat Tahira di jalan raya. bila tidak melihat sehari terasa tidak lengkap hidupnya. Dulu sendiri cakap tidak mahu. sekarang dia sendiri yang tidak keruan hidup apabila tidak dapat melihat Tahira. kata-katannya memakan diri sendiri.
Lagi sekali Hakeem termenung ke luar tingkap kereta. rindunya karipap. Kalau mengandung ni mesti dapat baby meleleh sahaja air liuh. Tahira mana. cepat la rindu sangat dah ni.
“Anaknda sudah lama tak ke kedai Mak Cik Zai” Zulkifli buat-buat bertanya walaupun tahu kebenaranya kenapa Hakeem tidak ke sana. Kemudian apabila terserempak dengan Tahira akan di perhatikan Tahira hingga tidak berkelip mata. Sebulan dah anaknya begitu.
“Jemu” Dalam hati sebaliknya. mahu sahaja ke situ tapi dirinya terasa malu. Dan takut akan di halau oleh Thaqif dan Zaitun.
“anaknda malu” Zulkifli tahu hal sebenar. Kamariah sudah ceritakan semuanya. Tidak sedikit pun Zulkifli marahkan Zaitun dengan kata-katanya kerana sememangnya Hakeem bersalah. Sekurangnya kata-kata Zaitun dapat menyedarkan Hakeem.
“Sudah tahu kenapa perlu bertanya lagi” Hakeem memandang Zulkifli sekali imbas. saja je nak kenakan anak sendiri.
“Kalau ingin membeli sahaja kenapa mesti malu.. tidak salah jika membeli”
“Entahlah!!" Hakeem mengeluh.. "Pasti mereka tidak mahu jual pada Hakeem..”
“anaknda tidak pergi, anaknda sudah jatuhkan sesuatu yang anaknda tidak tahu. Anaknda masih tidak mahu mengambil pengajaran yang lepas”
“Bukan begitu Ayahda. Hakeem tahu kerana Hassan ingin beli di situ di halau oleh Thaqif..”
“Anaknda hantar orang lain mesti mereka kecewa” Di jeling selintas anaknya yang duduk di sebelahnya. masih tidak berubah akan perangai satu ni.
“Hassan hanya mahu belikan untuk dirinya Sahaja.. Hakeem tahu apa yang berkaitan dengan Hakeem pasti mereka tidak suka” Di pandang ke hadapan jauh.. Rindunya karipap, kopi, Kuih lapis. semuanya di rindui.
“Pergilah minta maaf pada mereka”
“Mahukah mereka memberi maaf pada Hakeem.. Hakeem boleh nampak pada muka Thaqif, dia betul-betul tidak suka akan Hakeem..” menyesal tiada guna..
“Anaknda belum cuba, anaknda tidak tahu akan apa yang terjadi.” Zulkifli dari jauh boleh nampak Tahira semakin dekat dengannya kerana berhenti di lampu isyarat merah. Berhenti sahaja Tahira, Zulkifli terus menurunkan tingkap kereta untuk menegur..
“ Assalamualaikum Tahira”
Tahira menoleh ke kirinya. Melihat Zulkifli terus di berikan senyuman.. “ Wa’alaikumusalam. Pak Cik apa khabar..”
“Alhamdullilah sihat.. Pergi kerja ke?”
“Aha!!..
“Kerja area mana?”
“Kawasan kilang-kilang tu.. nak hijau dah.. bye Pak Cik” Sempat di angkat tangan kanannya untuk melambai Zulkifli
“Ye!! Bye” Zulkifli menutup kembali tingkap keretanya. tersenyum dirinya melihat Tahira.
Hijau sahaja lampu Tahira terus kehadapan. kemudian masuk ke simpang ke kiri manakala Zulkifli berhenti semula untuk kali ke 3 kerana lampu isyarat merah. Hakeem dalam dia melihat Tahira. rindunya dengan karipap. Air kopi.. Nasi lemak..Ke rindu dengan Tahira. tak pernah bercakap dengan Tahira pun boleh rindu ke. Jauh jauh kau dari fikiran aku..
“Ayahda tegur dia biasa sahaja.. anaknda saja fikir bukan-bukan”
“Mungkin Tahira tidak tahu” Ketika kejadian di hospital tempoh hari Tahira pengsan tidak sedarkan diri. Hakeem tidak tahu perasaan apakah berlaku pada dirinya.. serba salah sememangnya ada. Tapi seperti ada satu perasaan lain menghantui dirinya. perasaan rindu pada karipap Tahira. atau rindu pada Tahira sendiri. Hari-hari berjumpa tapi tidak bercakap sahaja.
aku sudah jatuh hati pada Tahira?? tidak mungkin.. jika jumpa pun tidak pernah bertegur sapa. Tahira dan dirinya, Aku dengan dunia aku, masing-masing buat kerja sendiri tidak perdulikan satu sama lain.. Mana boleh jatuh cinta tiba² pula..
Share this novel