#55 BASUH

Romance Series 6067

Hakeem dan Tahira keluar tepat pada masanya seperti yang di janjikan dengan Atiq.. Qistina yang menduga Hakeem akan keluar pada waktu petang, sudah menunggu di lobby resort.  Di berikan senyuman pada Hakeem walaupun Hakeem tidak nampak akan dirinya..

Tahira masuk ke dalam kereta di ikuti Hakeem..

“Nak ikut plan saya atau Hakeem dengan Tahira ada tempat lain untuk pergi”

“Underwater world.. pergi situ” Tahira terus bersuara kerana pagi tadi dia ingin terjun dalam laut Hakeem tidak benarkan.. Hakeem pula turutkan sahaja tempat Tahira ingin pergi.. Yang penting Tahira tak minta bukan-bukan macam pagi tadi

“Okay..” Atiq gerakan kereta setelah confirm tempat yang ingin pelanggannya pergi.” lepas habis round boleh la pergi shopping coklat sekali.  Dah satu area”

Tahira pusing badannya mengadap Hakeeem.. “Awak belikan untuk Bonda banyak ye.. boleh Bonda bagi dekat student Bonda..”

“Boleh.. beli lah berape banyak awak nak…”

“Thank you awak.. lepas tu belikan untuk staff awak.. Untuk Mak nak beli lebih juga boleh bagi dekat budak-budak yang selalu singgah beli Nasi lemak”

“Untuk Thaqif pun sama.. boleh dia bagi kawan dia”

“Boleh awak” Tahira ni nak buat amal jariah betullah.. semua nak bagi..

________________________________________________

Boleh dia samakan muka aku dengan ikan hodoh ni.. mentang mentang aku tak nampak, nanti awak pregnant jadi macam penguin tu.  Terkedik kedik nak jalan..

“Kecian awak, tak nampak.  Saya sorang je yang seronok sendiri…” Dari awal datang ke langkawi telah timbul perasaan kecian itu tapi tidak di luahkan. Sebab itu hanya minta Hakeem honeymoon dalam Malaysia je.. kalau pergi overseas lagi bertambah² kecian pada Hakeem.

“Tak apa pun.. saya tak kisah, saya dah biasa.. yang penting awak happy” di berikan senyuman pada Tahira untuk hilangkan perasaan serba salah isterinya.

“Tapi awak memang tak best pun sini.. nanti saya tanya Atiq tempat best mana” Tahira cuba mengambil hati Hakeem agar tidak teringin untuk melihat.

“Jangan minta nak terjun dalam laut..” Tidak di izinkan lebih awal sebelum di luahkan oleh Tahira..

“Tak nak.. I want more extreme…”

“Tak boleh! Kalau jadi apa2 sape nak jaga saya” bini aku ni.. Tak takut betul la.. dengan lipas seciot takut benda2 boleh meragut nyawa tak takut

“Yela..” Tahira muncungkan bibirnya.. semua tak boleh...

Merajuk la pula.. “Sebagai ganti awak nak beli apa2 sekejap lagi ambik je”

“Tak nak” Di tinggalkan sahaja Hakeem di belakang..

_______________________________________________

Hakeem melihat isterinya yang ke sana ke sini.. itulah Tahira, tadi kata tak nak sekarang ni dia yang excited bukan main. Rajuknya terus hilang..

“Awak saya boleh ambik semua.  Betulkan” Tahira menepuk tangan Hakeem sambil memandang dengan pandangan teruja..

Macam ni kan bagus.. “Ambiklah awak.. pilih apa awak nak.. saya tunggu sini je” Sanggup berhabis duit banyak daripada di izinkan buat sesuatu yang boleh mengancam nyawa.

“Awak jangan hilang macam tadi.. kalau hilang Saya tak nak kawan”

“Tak nak kawan tak apa. yang penting awak tetap sayang saya.. dah pergi beli Sana” Malas Hakeem mahu ikut Tahira, tunggu di tepi sahaja.. Sebab orang perempuan bab shopping tak kira penat dah.. sama la tu dengan Tahira.. sama seperti perempuan lain.. Tak ada special pun Tahira ni.. special dia cuma takut lelaki dengan mata grey tu je..

Qistina merasakan ini peluangnya untuk bercakap dengan Hakeem apabila Hakeem berseorangan.. Qistina dekatkan dirinya dengan Hakeem.. berdiri di sebelah dan tersangat rapat..

“ALLAHUAKHBAR!!” terkejut Hakeem tangannya di rangkul oleh seseorang.. Dirinya sedang perhatikan Tahira di hadapan. confirm yang merangkul tangannya orang tidak di kenali. dengan pantas dia menepis.. “Apa ni.. pegang-pegang orang”

“you.. dulukan selalu kita macam ni” Qistina cuba mengoda Hakeem.. Qistina tak tahu Hakeem terlalu benci dekat dirinya..

“Cik ni kenapa.. Cik salah orang.. sampai saya ke sini pun Cik ikut”

“Macam mana you tahu I orang yang sama”

“Orang buta tak nampak je.. tapi pendengaran kitaorang jelas.. lebih jelas dari manusia yang celik ni.. please don't disturb my time with my wife.. saya tak kenal Cik pun”

“Tipu.. I know you remember me.. I nak minta maaf Hakeem. I nak balik macam dulu. make love each other.. I dengan Aliff dah bercerai, I nak mulakan hidup baru dengan you..”

“Apa ni!!” Tahira berdiri depan Hakeem.. “Saya suruh jangan pergi tapi awak curang depan saya” Tahira campakkan bakul yang penuh ke bawah dan pergi..

“Awak!!!” Hakeem sempat menahan Tahira. “Saya tak ada curang dengan awak pun”

“Awak Jangan bagi alasan.. Saya nampak dengan mata saya sendiri.. awak sentuh perempuan tu.. Saya tak buta macam awak” Tahira betul² marahkan Hakeem. nampak la bengis Tahira ketika itu..

“Tak awak.. dia yang tiba-tiba sentuh saya. Saya tepis je tangan dia.. awak mesti nampak kan.. Saya ada awak sorang.. Saya tak pernah curang pun dengan awak.. Saya tak kenal pun sapa dia tu..”

“How she know your name”

Ni betul marah ni.. sampai keluar english.. tak pernah lagi Tahira marah sampai ayat english dia.. memang tak boleh buat main ni.. boleh mati terjerut wei...

“I Qis……

Hakeem menolak Qistina hingga jatuh.. sebelah tangan Hakeem lagi kemas memegang tangan Tahira.. kerana tidak mahu Tahira lari daripadanya. “Tepi!! I don’t how are you..  Why you want disturb my life.. kalau nak cari laki pun cari yang tak ada isteri.. Aku nampak kau datang lagi dekat aku.. aku bunuh kau..”

Tahira melihat muka Hakeem yang sedang marah.. Dia agak terkejut juga melihat Hakeem marah.. Marah Hakem sampai sanggup menolak dan hampir cederakan orang lain.. Dengan perilaku Hakeem dia percaya perempuan depannya ini bukan scandal Hakeem..

Jadi aku boleh buat macam Hakeem.. Kau datang dekat laki aku, aku belasah.. tak Kira la kau laki ke perempuan ke.. laki pun sekarang bukan betul, banyak kunyit...

Qistina terasa sakit di tangannya kerana terkena meja yang di letakkan barang jualan.. Dia mengharapkan Hakeem akan menolong dirinya tapi di lihat agak mustahil.. dengan Hakeem tak nampak.. dia jatuh pun mungkin Hakeem tidak tahu.. Qistina bangun semula..

Hakeem memandang Tahira.. “Saya minta maaf dekat awak… kita datang sini nak holiday happy Tak sangka jumpa orang gila dekat sini..” Tahira mengangguk sahaja..

Hakeem tiba-tiba berubah watak apabila menoleh ke arah Tahira.. dari kasar ke lembut..

Hakeem menarik tangan Tahira “Ni kan bakul awak.. ada lagi nak tambah” Di ambil balik bakul yang Tahira campak ke bawah tadi.

“You!! Sampai hati you tolak I” Qistina cuba untuk memegang tangan Hakeem..

Pap!! Tangan Qistina di pukul oleh Tahira.. “Don't touch my husband hand!!”

“Awak dia pegang lagi ke.. Awak tolong basuh tangan saya sekejap lagi. geli la awak.. perempuan lain pegang saya” Hakeem mengedik gedik apabila Tahira tidak marah dirinya lagi.. Tahu Tahira akan layan semua kegedikan yang dia buat..

Tahira menarik Hakeem berjalan bersama dengannya.. “Memang Saya nak basuh pun. Saya pun tak suka saya punya, orang lain pegang” tangan Tahira sempat mencapai plastic coklat Daim di letakkan di bakul yang Hakeem bawa..

Sepanjang hendak ke kaunter pembayaran Tahira capai sahaja apa yang sempat di capai.. di sumbatkan ke dalam bakul.. tidak di lihat apa yang di ambil.

Ambik kau.. marah punya pasal sekali ambik.. Berapa banyak ni..

“Awak tunggu sini.. dia datang awak bunuh je..” Tahira keluarkan sesuatu di dalam begnya.. “Pegang ni!!” Tahira berikan pen pada Hakeem.. “Dia datang tikam.. Saya nak pergi ambik air mineral”

Marah betul Tahira ni. Tak teragak suruh tikam. “Ye awak. Cepat jangan lama-lama.. Saya bukan nampak kang tersalah tikam”

“Hekeem” Qistina masih lagi berdegil mahu dekati Hakeem..

“Pergi!!” Hakeem cucuk Qistina dengan pen yang Tahira berikan padanya..

Nasib baik Qistina sempat mengelak dari di tikam oleh Hakeem.. walaupun hanya sebatang pen.. pasti sakit juga bila terkena..

“I just nak kita baik semula macam dulu.. “ Qistina merayu..

Tahira yang dari jauh nampak dengan pantas dia berlari ke Hakeem.. Buk!!!

Terkejut Hakeem apabila Tahira memukul kepala Qistina dengan botol air yang di bawa.. telan air liuh dia, perempuan kalau marah jangan buat main.. ke Tahira je macam ni..

Qistina memegang kepalanya yang Sakit.. “Hakeem look what your wife do”

“I tak kisah yang penting my wife puas.. awak next time pakai kayu” Lagi di beri kata semangat pada Tahira untuk membelasah Qistina.. Biar perempuan lawan perempuan.. kalau lelaki lawan perempuan nanti di kata dayus pula.

“Sibuk je kacau laki orang” Tahira menarik tangan Hakeem untuk ke kaunter pembayaran di sebelahnya..

Hakeem melihat barang yang Tahira letak dalam pelukannya di kaunter pembayaran.. Tahira ni kata air mineral ni sempat lagi capai coklat lain.. sabun pun beli.. ikut jela.. tengah marah macam ni elok turutkan je.. kang aku pula kena pukul..

Sementara menunggu cashier scan barang yang di beli “Eh!! Awak tahu ke saya pukul pakai apa!” Tahira memandang Hakeem

“Air awak beli la”

“Mana awak tahu”

“Bunyi… Mana botol”

Tahira hulurkan kepada Hakeem.. Dan Hakeeem tumbuk botol air di itu.. “Bunyi Macam ni tadi”

“Oh!! Betul-betul” Di usap tangan Hekeem.. “Kenapa awak tumbuk.. merah dah tangan awak."

“Habis nak buat dekat mana” Hakeem meletakkan balik botol itu di atas kaunter pembayaran..

“Dekat perempuan belakang awak tu” Tahira menjeling ke arah Qistina yang tidak serik masih ingin ikut Hakeem..

Qistina menelan air liuh melihat Tahira.. bukan calang-calang juga wife Hakeem ni..

“Ada lagi ke awak.. awak duduk belakang saya..” Hakeem menarik tangan Tahira untuk ke belakangnya.. “Awak Jaga saya”

Tahira menurut kata Hakeem.. Di tenung Qistina dengan jelingan tajam.. dia pun tak suka perempuan lain cuba dekati suami dia.. Hakeem milik dia sorang..

“719.45” Cashier bersuara..

Terkejut Hakeeem bila cashier menyebut harga yang perlu di bayar.. “Awak beli apa sampai 700. Coklat je kan”

“Aha.. Saya main ambik je. Tak sempat nak belek”

“Yela.. Card Saya awak”

“Lupa! Jap” Tahira buka beg dia dan di keluarkan dompet Hakeeem “Kad mana satu”

“Tak kisah.. semua ada duit”

Tahira keluar card berwarna gold dan di hulurkan ke cashier..

Atiq yang menunggu di luar datang ke Hakeem dan Tahira apabila melihat Hakeem dengan bersusah payah membawa barang yang di beli.. Tahira pula jalan terbalik di belakang Hakeem.. Hakeem pula menjadi petunjuk arah untuk Tahira.. kalau jatuh longkang Hakeem, Tahira pun jatuh longkang juga.. pelik dia rasa dengan pasangan suami isteri ini..

“Ni Saya tolong.. “

Tahira terus hulurkan beg plastic yang dia bawa ke Atiq… Atiq mengambil plastic yang di hulurkan kepadanya kemudian mengambil dua lagi beg plastic di tangan Hakeem.. shopping sakan diorang ni..

“Atiq.. sekejap lagi bawa kereta laju-laju… Sampai tak ada orang boleh kejar”

“Ye Tahira.. Jalan betul tak boleh ke.. kang tergolek..” Risau juga aku bini orang tergolek nanti

“Tergolek Hakeem ada..” Pantas Tahira jawab..

Tahira ni.. kalau aku buta betul.. dah lama kita tergolek sayang oi.. Tapi tak apa lah saya suka awak Jaga saya Macam ni.. Nampak awak sayang saya sangat..

Sebaik masuk coklat di bonet kereta Tahira dengan cepat menarik Hakeem ke tepi.. di basuh tangan Hakeem dengan air mineral dan sabun basuh tangan yang di beli..

Awak buat betul-betul ke Tahira ooi.. Saya main-main je tadi..

“Tak puas la.. saya rasa tak bersih”

Hakeem sudah cangkung kerana berkali-kali tangannya di basuh Tahira.. “Awak basuh lagi sekali.. sampai sini” Hakeem menarik lengan bajunya ke atas.. Di layankan sahaja Tahira ni.. sekurangnya Tahira tahu yang dirinya juga tak suka orang perempuan lain menyentuhnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience