#57 FLYING KICK

Romance Series 6074

Tahira makan dengan berselera sekali, siap bertambah la tidak seperti sebelum ini.. Nasi satu pinggan pun belum tentu habis..

“Saya tengok awak makan banyak la”

“Sebab happy kot.. awak tak suka ke saya makan banyak” Tahira menyuapkan makanan ke mulutnya.

“Offcouse la suka!! Makan banyak-banyak.. jangan bagi muka tu pucat lagi”

“Macam mana awak tahu muka saya pucat ke tak”

“Ayahda Bonda selalu cakap..”

“Oh!!.” Tahira menyuap potongan daging ayam ke mulutnya lagi..

Bila agaknya masa sesuai saya nak bagitahu awak tentang keadaan saya yang sebenar..

“Awak makan la sekali” Tahira melihat Hakeem hanya melihat dirinya makan.

“Kenyang awak”

“Buka mulut!! Saya makan awak kena makan”

Hakeem buka mulut lalu Tahira menyuapkan chicken chop ke mulutnya.. Walaupun kenyang di layankan sahaja Tahira.. Isteri gembira suami pun gembira.. “awak nak buah!! Kita order buah.. nanti tengah malam terjaga awak mengadu lapar ada buah dah”

Tahira mengangguk kepala. Hakeem mengangkat tangan memanggil pelayan..

Tahira melihat Hakeem..  Awak nampak ke saya angguk kepala tadi.. saya tengok awak macam tak buta.. kenapa saya kadang kala saya rasa awak boleh nampak.. “Awak tahu ke saya nak tak nak”

“Tahu awak nak.. diam je maknanya nak la” Terkantoi lagi.. susahnya nak tipu depan awak..

“Pelayan tu awak panggil” Tahira merasa sangsi.. sudah berape kali dia melihat Hakeem seperti tidak buta.. tapi jawapan yang di berikan oleh Hakeem semua boleh terima..

“Saya angkat tangan je..main panggil.. kalau datang alhamdullilah” Hakeem menduga Tahira merasa dirinya boleh melihat.. “Kenapa awak tanya semua tu”

“Saya rasa awak macam boleh nampak..awak tak buta pun”

“Sayang dinda comel ni..” Di cuit pipi Tahira.. “ Saya hidup dengan awak sayang.. serumah, sebilik sekatil, bantal pun ni.. tangan Abang sayang ni jadi bantal sayang..” Hakeem pegang tangannya kemudian beralih ke badannya.. “Badan ni.. jadi bantal peluk sayang.. mestilah saya tahu semua apa yang awak mahu.. walaupun Saya tak nampak.  Hati naluri Saya ni kuat kalau berkait dengan sayang..”

“Maaf Saya bukan curiga dengan awak.. Cuma Saya rasa awak seperti nampak macam saya..”

“Tak apa awak.. sebab apa Saya boleh nampak.. sebab ada awak di hadapan saya yang sentiasa memberi cahaya dalam kegelapan Saya ni”

“Sikit2 main ayat.. ingat orang tergoda ke” Tahira sudah tersenyum lebar gembira dengar kata-kata Hakeem..

“YES!! Awak memang dah tergoda pun”

Tahira senyum memandang Hakeem.. walaupun Hakeem tidak nampak tetap akan di berikan senyuman paling manis untuk suami yang di cintai..

Cantiknya sayang senyum. hari-hari tengok muka awak senyum.. hari-hari Saya jatuh hati dekat awak.. geramnya.. Rasa nak tarik2 pipi tu la..

“Awak buka mulut” Hakeem terus buka apabila dengar suara lembut Tahira di hadapannya. 

_________________________________________________

Mahu terkeluar biji mata Hakeem melihat Tahira keluar dari bilik mandi dengan berpakaian seksi.. Saja dia ni nak goda suami sendiri.. Memang mengugat iman betul la.. Bila agaknya dia beli baju ni.. hari-hari macam ni kan bagus sayang..

“Awakkkkk..” Tahira memanggil Hakeem dengan lenggok manja..

Menelan air liuh Hakeem mendengar Tahira memanggil dirinya dengan manja.. “Ye sayang”

Tahira dekatkan dirinya dengan Hakeem.. di ambil tangan Hakeem untuk menyentuh badannya..Hakeem sudah menelan air liuh di perlakukan begitu..

Dari bahu turun ke dada, turun lagi ke perut kemudian di bawa tangan Hakeem ke punggungnya. “Awak tak nampak tapi boleh rasakan” Tahira bercakap sambil tangan memegang dada bidang Hakeem..

Betul-betul mengoda ni.. Hakeem bangun dari duduknya dan memeluk Tahira. “Yes. I can feel it. you so sexy baby”

Hakeem berikan kucupan di bibir Tahira kemudian beralih ke telinga lalu lurut ke leher isterinya.. Hakeem berhenti dan memandang Tahira.. “You smell. go good sayang”

Hakeem melihat muka Tahira menjadi merah dengan tiba-tiba.. dia goda orang dia malu.. malu tapi mahu.. Hakeem angkat Tahira lalu di bawa ke katil untuk beradu bersama..

_________________________________________________

YA ALLAH, YA TUHAN KU.. jangan tengok bawah.. jangan tengok bawah.. Hakeem hanya pandang ke hadapan sambil senyum.. tak nak kantoi tahu dirinya boleh melihat..

Tahira jangan di cakap.. terlalu teruja.. awal-awal pagi minta nak pergi skywalk tapi confirm Hakeem tak bagi.. sampai merajuk mencuka muka.. last-last bawa naik kereta kabel.. dapat bini dengan semua benda tak takut ni payah juga

“Awak kita selfpic.. pandang sini” Tahira menolak muka Hakeem untuk pandang ke tengah. di tekan bahu Hakeem ke bawah agar ketinggian Hakeem padan dengannya kemudian di dekatkan lagi dirinya dengan Hakeem.. “Awak senyum..” Hakeem menurut kata Tahira..

Tahira membelek gambar yang di ambil… “Tak cantik la awak.. cuba tanggalkan cermin mata awak ni” Tahira ambil cermin mata hitam yang di pakai di mata Hakeem.. “Lagi sekali”

“Awak depan sikit” Hakeem menolak badan Tahira ke hadapan lalu di merangkul pinggang Tahira dari belakang.. “Cepat awak cuba lagi sekali”

“1 2 3”

“Lagi sekali awak”

Tahira mengangkat balik tangannya ke hadapan.. “1 2 3” Hakeem berikan kucupan di pipi Tahira..

“Malu la awak!! Orang tengok.. bukan kita je dalam ni” Di pukul lengan Hakeem.

“Kita jela.. mana ada orang lain” Nasib baik pukul manja je.. kalau tak merah lagi..

“Tu Atiq depan tu”

“Lupa la sebab dia diam je”

“Dah duduk.. jangan nak cium orang lagi” Tahira kesat pipi yang di cium oleh Hakeem tadi..

“Kalau saya tak ikut tadi buat lebih dari cium pun boleh” Atiq senyum memandang pasangan muda di hadapannya.. Tahira je muda.. Hakeem ni dah tua bangka tapi perasan muda..

“Kena ikut.. Kena Jaga Hakeem ni.. nanti ada orang cuba goda dia” Tahira pusing badannya mengadap Hakeem, tangan kiri di letakkan di pinggang dan tangan kanan di keluar jari telunjuknya “Saya nampak lagi hari ni.. awak awak sekali Saya humban ke bawah..”

Tersenyum Hakeem melihat cara Tahira bercakap dengannya, Macam Mak dah gaya Tahira “Tak sayang suami ke nak campak ke bawah”

“Sayang tapi kalau campak awak ke bawah lagi bagus.. semua tak dapat awak.. tak sakit hati Saya ni”

Hakeem menarik tangan Tahira agar duduk.. “awak tahukan.. Saya sayang awak sorang. kalau ada orang ganggu saya.. saya memang ada awak je yang boleh tolong saya.. Saya berterima kasih dekat awak terima kekurangan saya, siapa sanggup kawin dengan laki buta macam saya ni.. Jika ada pun bersebab semuanya tidak seperti awak terima saya seikhlas hati awak.. sejak hari pertama awak dan keluarga awak terima saya, Saya sudah abadikan Seluruh jiwa dan raga untuk awak seorang sahaja..”

“Betul ni!! Jiwa dan raga awak untuk saya sorang” Tepat mata memandang anak mata hitam Hakeem..

“Ye awak.. seluruh tubuh saya ni milik awak.. luar dalam hingga perasaan saya pun milik awak”

“Bagus!! Kalau jual ginjal awak sebelah boleh rasanya dapat 100k dua 200k dah.. Jantung 1juta rasa boleh dapat”

“Ish!! Orang serious dia main-main” Di lepaskan tangan yang memegang Tahira..

“Hahahaha.. gurau la awak” Tahira merangkul tangan Hakeem. jarinya dan Hakeem bersilang dan di gengam erat lalu kepalanya di sandarkan di bahu Hakeem. “Terima kasih awak”

“Awak nak sampai dah” excited Tahira apabila sudah ingin capai ke puncak…

“Cermin mata saya mana”

“Tak payah pakai.. saya suka tengok mata awak.. kalau awak pakai tak nampak mata awak”

Kalau saya tak pakai tak dapat la nak perhatikan awak “Nanti orang takut dengan saya”

“Nak takut kenapa. awak ingat awak tak nampak, biji mata awak pun tak ada juga”

Hakeem cubit pipi Tahira.. “Dia ni kan.. ada je nak jawabnya”

“Sakit la awak!!” Tahira alihkan tangan Hakeem yang cubit pipinya.. “Dah Jom.. diri”

Hakeem berdiri seperti di arahkan oleh Tahira.. betul Tahira cakap dulu.. jika dia tak buta pasti Tahira tidak akan pegangnya.. Kerana buta erat Tahira memegang tangannya hingga tidak mahu di lepaskan..

“Wah!! Cantiknya. Cuba awak tengok bawah tu”

Tahira ni lupa ke aku tak nampak.. jengah jela “Ada apa awak”

“Ada pokok”

Hai la dia ni kan.. tak lawak la awak.. “Saya ingatkan ada spider man”

“Awaklah jadi spiderman..”

“Saya spiderman atas katil je.. awak pula spider woman kepada saya…” Hakeeem berbisik pada telinga Tahira

“Ish awak ni.. malu la.. nasib baik orang jauh.. dah jom kita pergi skybridge pula”

Berjalan la berdua berpimpin tangan sambil Hakeem melayan celoteh Tahira berkata itu ini. Terangkan keadaan sekeliling kepada.. Hakeem boleh nampak Tahira seronok sangat dapat jalan-jalan macam ni..

“Hakeem Tahira dekat tengah ni cantik ambik gambar” Atiq bersuara dari belakang..

“Jom!! Ambik gambar” Tahira terus berpaling belakang..

Perempuan kalau dengar bab gambar number satu.. Atiq mengambil gambar pasangan yang upah dirinya menjadi pemandu pelancong dan Jurugambar untuk mereka.. pada mulanya pelik kenapa nak dia jadiJurugambar sekali.. tidak pernah orang menyuruh dia minta jadi Jurugambar sekali jadi pemandu pelancong.. lepas jumpa baru mengerti.. salah seorang pelanggannya sangat istimewa..

“Saya sorang pula.. awak ambik gambar saya” Tahira menarik Hakeem ke tempat Atiq lalu di keluarkan Handphone Hakeem di dalam kocek seluar suaminya.

“Saya boleh ambikkan” Atiq mahu menolong..

“Tak nak.. saya nak Abang Hakeem ambik..” Tahira bawa Hakeem ketempat Atiq lalu di keluarkan handphone Hakeem dari kocek Hakeem.. di berikan pada Hakeem lalu di angkat tangan Hakeem untuk mencari posisi yang cantik..

“Awak cakap satu dua tiga tau” Tahira pergi semula tempat dirinya berdiri tadi..

“Awak ready!!” Hakeem bertanya..

“Ready!!” Tahira terus berposing untuk bergambar..

” 1 2 3”

“Lagi” Tahira tukar pula posing lain..

“1 2 3” Tahira ni malu-malu tapi sakan juga ambik gambar orang tengah ramai macam ni.. “Lagi awak”

Tahira tukar lagi posing lain..

“Hakeem jom” tangan Hakeem di rangkul oleh seseorang membuatkan dirinya terkejut hingga terlepas Handphone yang di pegang.. Atiq yang tidak jauh dari situ seakan terpinga-pinga tiba-tiba Hakeem di sentuh oleh seseorang.. “Dah lama kita tak jalan-jalan macam ni.. mesti you rindu kan”

Tahira yang nampak menjadi berapi.. tak serik betina ni… Tahira lari dengan laju.. buk!!!! Terbaring Qistina di atas jambatan gantung menahan sakit di dadanya kerana di tendang oleh Tahira..

Hakeem tidak boleh sudah sorok muka terkejutnya.. tak sangka Tahira akan berikan flying kick dekat Qistina.. “Power la sayang”  

Atiq yang terkejut.. lalu cuba menolong Qistina yang dalam kesakitan..

“Atiq!! Tak payah tolong..” Atiq terus melepaskan Qistina.. dia hanya mengambil Handphone Hakeem yang terjatuh tadi. lembut lembut Tahira tidak di sangka apabila marah, jangan main-main dengan perempuan apabila nampak suaminya di sentuh oleh Perempuan lain.. “aku nampak lagi kau pegang mengatal dengan laki aku.. bukan flying kick aku bagi dah.. kau aku humban dekat bawah.. kau jangan main-main dengan aku”

Qistina masih terbaring menahan sakit.. tidak dia sangka akan kena sebegini.. Dahlah sakit, malu pula dapat kerana suara Tahira marah agak kuat dan orang lalu di lalang dengar dan hanya memandang confirm tiada siapa mahu menolong dirinya kerana mengatal dengan suami orang.. Aku tak akan mengalah.. aku cinta pertama Hakeem.. Kenangan aku dengan dia tidak mudah untuk di lupakan..

“Awak ikut saya” Tahira menarik tangan Hakeem untuk ke tepi.. di buka beg sandang yang di bawa di keluarkan botol air mineral lalu di jirus tangan Hakeem.. “Awak Pegang Sekejap..” Lalu di keluarkan sabun basuh tangan yang di beli semalam.. di picit sedikit di tangannya lalu di basuh tangan Hakeem yang Qistina sentuh tadi..

Hakeem mahu gelak tapi di tahan.. tak suka betul suaminya kena pegang perempuan lain.. Tahira menjeling ke arah Qistina yang cuba untuk bangun sendiri.. “Tangan kau tu najis tahu tak.. Haram sorang pun sentuh..” Automatic orang yang ingin menolong Qistina terbantut untuk menolong dengar Tahira berkata begitu.. “Belum kau makan duit haram kau curi dari laki aku.. Kau ingat!! Sampai bila-bila laki aku tak halalkan. mati kau tergantung tak di terima langit bumi..”

“Dah awak Jangan marah-marah.. kita datang sini nak holiday kan..” Hakeem cuba menenangkan Tahira..

“Gila tak marah.. perempuan tu sentuh awak” Tahira seperti mahu menangis pula.. Cepat sangat emosinya berubah..

“Saya minta maaf okay. nak menangis pula. nanti orang ingat saya curang dengan awak.. dah jangan sedih..”

“Bukan salah awak pun nak minta maaf” Tahira mengambil botol air yang di pegang Hakeem lalu di bilas tangan yang di basuh..

“Okay awak nak buat apa biar lega marah awak, sedih awak.. Saya bagi”

Tahira menutup botol kemudian di masukan ke dalam begnya.. di keluarkan tuala kecil untuk lap tangan Hakeem yang basah. “Betul awak izinkan”

“Ye awak”

“Atiq!! Jom pergi skywalk”  terus berlari Tahira sambil menarik tangan Hakeem.. terkejar kejar Hakeem dan Atiq..

Dah agak dah.. Tak apalah yang penting awak happy..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience