#52 HONEYMOON

Romance Series 6067

Qistina memandang susuk tubuh yang di kenali.. berkali-kali di pandang bagi menyakinkan matanya agar tidak silap.. orang yang dia cari selepas keluar dari penjara.. sebaik keluar dari penjara Qistina terus ke rumah Hakeem tetapi lelaki itu sudah berpindah dan rumah Hakeem sudah di duduki oleh orang lain.. Terasa rindu pada lelaki itu terubat seketika..

Sepanjang di dalam penjara bukan Aliff suaminya yang di rindui tetapi Hakeem.. Kerana Aliff dirinya musnah, buat benda terkutuk.. menyesal kerana berkahwin dengan Aliff dengar segala arahan Aliff.. Qistina tahu Hakeem yang boleh mendidik menjaga dirinya untuk menjadi lebih baik sebab Itu dia mencari Hakeem.. sepanjang bersama Hakeem, Hakeem sangat menghormati dirinya sebagai wanita, tidak pernah melampau batas hanya berpegang tangan itu pun kerana dia yang mulakan dahulu..

“Terima Kasih” Hakeem mengambil sandwich yang sudah siap lalu pergi semula ke Tahira..

“Hakeem” 

“Hakeem!!”

“Lokman Hakeem!!”

Panggilan Qistina tidak di dengari oleh Hakeem, Qistina cuba mengejar Hakeem dari belakang..

Sebenarnya Hakeem dengar tapi dia buat tidak tahu.. kakinya melangkah dengan laju.. Dia tidak mahu bertembung dengan Qistina, tidak mahu percutiannya bersama Tahira terganggu dan dia sudah tiada apa-apa kaitan lagi dengan Qistina jadi tidak perlu lagi dia perlu berjumpa dengan Qistina.. sekarang hidupnya sudah bahagia dengan Tahira..

Hakeem dah boleh nampak ke.. Qistina melihat Hakeem dengan laju berjalan hampir dia tidak boleh mengejar..

“Awak!!” Tahira tersenyum muncul di hadapan Hakeem..

Langkah kaki Qistina juga terhenti apabila Hakeem berhenti.. di lihat Hakeem bersama seseorang..

Comelnya awak senyum.. “Awak jom cepat makan panas lagi ni.. saya jalan laju sebab nak bagi awak makan hot hot”

“Jom!!” Tahira menarik tangan Hakeem agar ikutnya..

Qistina melihat pintu gate perlepasan sama dengan pintu gate pada tiketnya.. Hakeem akan pergi ke destinasi sama dengannya.. melihat Hakeem dan wanita yang bersamanya duduk di satu penjuru. Qistina duduk di belakang Hakeem dan Tahira dengan perlahan agar tidak di sedari dan Cuba mencuri-curi dengar perbualan mereka.

“Awak betul power!!” Tahira menyuapkan sandwich yang di beli Hakeem ke mulutnya.. tidak sangka Hakeem boleh pergi sendiri ke kedai sandwich untuk belikan dirinya kudapan kerana perutnya tiba-tiba merasa lapar.. Dia risaukan Hakeem dan mahu ikut bersama tapi Hakeem berkeras mahu dirinya tunggu di sini..

“Offcoouse la I’m your lovely husband..” Hakeem gigit sandwich yang Tahira hulurkan ke mulutnya..

Qistina terkejut apabila tahu Hakeem sudah kawin.. dia Ingatkan Hakeem masih belum berkahwin kerana kecewa dengannya dan susah hati Hakeem untuk menerima perempuan lain tapi apa yang di fikirkan melesit sekali..

“Sedap tak awak” Hakeem bertanya dengan mulut penuh..

Tahira mengangguk kepala sambil mengigit sandwich yang besar itu.. “Ermm.. hilang rasa lapar saya”

“Keciannya perut dia” Hakeem mengusap perut Tahira..

“Awak makan lagi” Tahira menyuapkan ke mulut Hakeem..

“Kenapa saya tak rasa daging… semua sayur.. orang tadi tu silap bagi ke”

Tahira sudah tersenyum.  “Sebab daging saya makan.. awak makan sayur”

Saja Hakeem bertanya dia nampak semua Tahira yang lakukan. Tersenyum-senyum apabila Tahira alihkan daging sebelum suapkan Hakeem...“Awak ni!! Tak aci macam ni”

“Okay okay.. saya bagi awak daging” Hakeem terus buka mulutnya tanpa banyak cakap..

“Awak tipu saya!!”

Berdekeh dekeh Tahira ketawa dapat menyakat Hakeem. Sampai terpeluk la Hakeem,. Kerana terlalu terhibur.. Hakeem turut tersenyum melihat Tahira ketawa di lingkari pinggang Tahira apabila Tahira mengunakan dadanya untuk melindung gelak tawa..

Sekarang Qistina ingin tahu pula Hakeem masih buta atau tidak kerana cara Hakeem berjalan tadi tidak seperti orang yang hilang penglihatannya.. Tapi cara percakapan Hakeem dia seperti tidak nampak.

Sepanjang duduk di belakang Hakeem, Qistina dengarkan sahaja apa yang di bualkan oleh Hakeem dan isterinya.. jika dia bersama Hakeem dahulu pasti dia sedang bahagia sama seperti isteri Hakeem sekarang.. Boleh nampak Hakeem sangat penyayang, sentiasa keluarkan tutur kata yang menyenangkan hati isterinya.. Dari dulu Qistina tahu Hakeem sangat sopan dalam berkata-kata.. bercakap dengan lemah lembut dan berbudi bahasa..

“Awak dekat dalam nanti saya nak duduk tepi tingkap tau.. saya nak tengok luar”

“Ye awak.. awak nak duduk atas riba Saya pun saya bagi”

“Duduk atas riba awak malam nanti la” Tahira senyum malu sambil tangannya mencuit-cuit lengan Hakeem..

“Okay saya tungguu…” Hakeem juga lakukan perkara sama seperti Tahira lakukan padanya. Di cuit-cuit bahu Tahira sambil tersenyum malu..

“Dah!! Malu la awak kalau orang dengar” Tahira terus merangkul tangan Hakeem. Di pegang erat sambil kepalanya di lentokan di bahu Hakeem..

“Tak ada orang dengar kita berdua je” Hakeem berbisik pada telinga Tahira..

“Awak dah boleh masuk la.. jom”

“Jom”

Hakeem dan Tahira sama-sama bangun dan Qistina juga bangun memusingkan badannya ke belakang untuk melihat Hakeem dan tersenyum tapi tidak di balas oleh Hakeem.. Dia seperti tiada di hadapan Hakeem…

Tahira terasa teruja untuk menaiki kapal terbang setelah sekian lama selepas terus menetap di Malaysia.. jelas kelihatan keterujaan Tahira di wajahnya..

“Awak.. Saya nak makan bila sampai nanti boleh tak.. kenyang makan sandwich tadi”

“Boleh.. awak simpan dalam beg.. saya punya sekali.. saya pun kenyang”

“Okay awak” Tahira masukan makanan yang di hidangkan di dalam flight ke dalam beg seperti di arahkan Hakeem kemudian dia memandang keluar semula walaupun hanya nampak warna putih dan biru langit..

Ketika ingin mendarat Tahira bukan main excited hingga memukul mukul lengan Hakeem agar melihat ke luar.. lupa agaknya yang suaminya tidak nampak..

“Awak tengok cantiknya..” Tahira dan Hakeem tiba di pulau kecil itu pada waktu malam, dengan bercahayakan lampu lagi menampakkan kecantikannya bumi Allah ini di mata Tahira..

“Mana-mana” Hakeem menjengah ke tingkap.. Hakeem juga sama lupa agaknya dia ni tak nampak..

“Tengok tu..”

“Betul la awak cantik.. cantik macam awak..” Hakeem berikan kucupan di pipi Tahira yang matanya sentiasa pandang keluar..

“Malu la orang tengok”

Hakeem senyum sahaja.. yang penting dia dapat cium Tahira.. limited edition punya pipi… hanya dia sahaja boleh menyentuhnya..

Qistina masih lagi ikut di belakang Hakeem.. dia tekad mahu ikut mana sahaja Hakeem pergi. Baru dia fikirkan Masa sesuai untuk bertegur Hakeem.. untuk melepaskan rindunya.. pasti Hakeem sama sepertinya.. Akan merindui dirinya..

“Encik Atiq tolong. Husband saya tak nampak nanti tempat lain di letak beg ni” Tahira meminta tolong orang yang mengambil dia dan Hakeem di airport meletakkan begnya ke dalam bonet.. agak berat beg yang di bawa Tahira dan Hakeem. Penuh isi dengan pakaian mereka.. lagi satu beg kosong untuk di isi cenderahati untuk di beli di pulau kecil ini.. macam-macam Zaitun kirim pada anaknya, tidak kurang juga Kamariah

“Boleh Puan.” Pemandu pelancong meletakkan beg di bonet kereta. “Puan, encik boleh masuk dalam kereta dulu”

“Ye!! Terima Kasih” Hakeem yang sentiasa mengengam tangan Tahira menarik Tahira masuk ke dalam kereta.. mata Tahira pula melilau melihat tempat baru bagi dirinya.. semuanya menjadi tarikan untuk dirinya melihat..

“Nak pergi makan dulu ke” Atiq bertanya sebaik masuk ke dalam kereta..

“Tak perlu terus ke resort”

“Okay!! Esok pukul 7 saya datang pickup”

“Ye.. Panggil nama sahaja Atiq, lagi kami selesa”

 “Baikla”

Tahira memandang luar tingkap.. semua menjadi tarikkan pada dirinya.. pokok pun menjadi tarikkan untuknya.. bukan dekat tempat tinggalnya tiada pokok.. kerana berjalan di tempat orang semuanya menjadi menarik perhatikan..

_________________________________________________

Terngaga mulut Tahira melihat suarana biliknya yang sangat romantic. Dengan bercahayakan lampu kuning dan lilin kelopak bunga bertaburan di lantai.. ada dua ekor itik di atas katil dan sejambang bunga rose..

“awak bunga ni untuk Saya ke?” Tahira mengambil bunga di atas katil itu lalu di cium. Teruja dirinya pertama kali dapat bunga..

“Ye untuk awak” Hakeem turut tersenyum apabila melihat Tahira tersenyum lebar..

“Terima Kasih awak” Tahira datang ke Hakeem semula.. di ambil tangan Hakeem lalu di cium.. “Saya suka sangat..”

“Buka langsir pula”

Tahira buka dan sekali lagi di terpegun dengan kecantikan alam semula jadi.. biliknya bersebelahan pantai membuatkan suasana menjadi Romantic dengan cahaya langit malam berwarna biru gelap.. di tarik tangan Hakeem untuk ke koridor biliknya.

Hakeem terus memeluk Tahira dari arah belakang.. “Sayang suka tak!”

“Suka sangat..” Tahira turut membalas pelukan Hakeem dan menyandarkan kepalanya di dada Hakeem..

Dari belakang Hakeem cium pipi Tahira.. Tahira menoleh dan kucupan di pipi bertukar menjadi kucupan di bibir..

“Dah!!” Tahira menolak Hakeem “Lapar nak makan”

Hakeem senyum melihat Tahira masuk semula ke dalam bilik.. di ikut belakang Tahira yang ke arah begnya yang di letakkan di pintu masuk..

“Jom makan!!.. kita makan dekat luar ye awak” Tahira bawa makan yang tidak di makan dalam kapal ke meja luar.. Kemudian menarik semula Hakeem ke luar dan di suruh Hakeem duduk di kerusi yang di sediakan.

“Saya nak awak suap”

“Boleh!! Saya bagi awak sayur semua”

“Sayur pun sayur lah.. yang penting awak suap”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience