#63 MERAJUK

Romance Series 6067

Tahira baring membelakangi Hakeem.  Merajuk tidak mahu melihat sikit pun muka suaminya walaupun sebenarnya dirinya rindu..

“Sayang!! Jangan la macam ni..” Bahu Tahira di sentuh. Tapi di tepis tidak mahu Hakeem menyentuh dirinya..

“Bie minta maaf.. Sayang sendiri nampakkan yang perempuan tu terhegih.. Bie sayang, cintakan sayang sorang je”

Tahira bangun dari pembaringan lalu memandang Hakeem.. “Bukan tu!!”

“Habis sebab apa!!” Ingatkan sebab tu merajuk.. buat suspend la Sayang ni..

“Awak tipu saya!!” badan Hakeem di pukul Tahira berkali-kali.. “Awak tipu saya!! Sampai hati awak buat saya macam ni”

“Sayang!!” Hakeem menahan tangan Tahira dari terus memukulnya.. “Bukan niat Bie nak tipu sayang”

“Ni bukan niat awak cakap.. awak pergi la.. saya tak nak tengok muka awak.. Saya benci awak!!” Tahira baring semula lalu menutup mukanya dengan kain selimut.. sedih selama ini dia Ingatkan Hakeem buta rupanya tidak.. Hakeem permainkan dirinya..

“Cuba sayang dengar apa Bie nak cakap”

Tahira menutup telinganya dengan kedua tangan..

Hakeem tetap bersuara. Tahu Tahira akan mendengarnya.. “bie rahsiakan bukan untuk tipu Sayang, pergunakan sayang.. memang Bie buta dulu.. sebab kemalangan tapi sebab Bie butalah Bie kenal hati manusia yang bertopengkan syaitan.. sebab tu bila Bie boleh tengok, lihat balik Bie tetap menyamar jadi orang buta..”

Sakit hati Tahira mendengar penjelasan Hakeem.. “Jadi saya ni syaitan kan.. jadi awak dah tahu.. Awak boleh pergi.. buat apa lagi nak syaitan ni jadi bini awak” Tahira memalingkan muka lagi sekali membelakangi Hakeem.. lalu menangis.. sedih di tipu.. sedih dengan kata-kata Hakeem..

“Tahira!!” terkejut Hakeem dengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya.. di lantangkan suaranya kerana marah “Cuba dengar saya cakap dulu. saya tak ada pun cakap awak macam tu. Ye memang saya tak percayakan awak dulu.. tapi bila awak bersama saya, awak jaga saya.. saya tahu awak tak macam tu.. awak baik sangat sampai saya jadi takut nak bagitahu hal sebenar pada awak.. saya takut kalau saya bagitahu saya boleh nampak awak. Awak akan tinggalkan saya.. takut awak tak sayangkan saya lagi..” Hakeem mengesat air matanya yang sudah mengalir..

“Saya mengaku memang salah saya.. Saya tipu awak.. saya Rasa menyesal sebab tipu awak. hari-hari Saya risau, Saya tak tahu nak bagitahu awak macam mana..Sebab tu saya tak pernah pakai tongkat lepas suka awak. awak perasan tak. saya dah tunjuk yang saya tak buta tapi awak masih lagi anggap Saya buta.. saya tahu kalau awak tahu mesti awak akan rasa kecewa dengan saya sebab tu saya diamkan.. saya teruskan juga tipu diri saya, tipu awak.. tapi perasaan saya sayang akan awak, cintakan awak. Saya Tak pernah tipu. Saya betul-betul sayang awak..”

Hakeem pusing katil untuk melihat Tahira yang menangis membelakangi dirinya.. di tarik Tahira untuk bangun lalu di peluk.. “Bie minta maaf sangat dekat sayang” tengok muka Tahira menangis terus lembik jiwa Hakeem untuk sambung marah.. "Maaf sayang, Bie tak sengaja marahkan sayang"

Tahira cuba menolak Hakeem tapi tidak dapat.. lagi kuat dirinya tolak lagi kuat erat Hakeem memeluknya..

“Sayang nak nangis sayang nangis.. yang penting sayang tahu Bie sayangkan Sayang sorang”

Tahira memukul dada Hakeem.. “Awak tipu saya!! Kenapa,!!”

“bie minta maaf sayang!” hanya kata maaf saja yang boleh di ucapkan kepada Tahira ketika ini.. Hakeem tahu memang semua salah dirinya menipu lagi awal..

“Semua orang tipu saya”

“sayang tahu.. orang yang tipu sayang semua sayangkan sayang..”

“Sayang apa kalau menipu!!”

di usap kepala Tahira yang menangis dalam dakapannya.. “Maafkan Bie..”

Akhirnya pukulan Tahira menjadi pelukan. Di lepaskan perasaan sedihnya sepuas hatinya. Baju Hakeem basah kerana air mata Tahira. Hakeem turut menangis bersama kerana menyesal dengan apa yang dia telah lakukan pada Tahira.. tudung yang Tahira pakai basah di bahagian kepala kerana air mata Hakeem.

 _______________________________________________

Hakeem senyum saja melihat Tahira yang asyik muncungkan mulutnya ke depan.. rajuknya masih tidak habis.. Tak tahu sampai bila isterinya ini akan habis merajuk..

“Sayang nak balik jumpa Mak?”

Tahira diam.. Mak pun sama tipu orang.. sampai hati Mak buat anak Mak macam ni..

“sayang janganlah macam ni.. Bie betul-betul minta maaf.. Bie pimpin tangan sayang macam sayang nak dulu..” Hakeem cuba memujuk Tahira lagi sekali

Tahira tetap diam.. air matanya mengalir lagi.. Hakeem berhenti dari berjalan lalu bawak badan Tahira mengadap dirinya. tidak sedikit pun Tahira memandang dirinya. di palingkan mukanya. Hakeem pegang muka Tahira lalu di bawa untuk melihat dirinya.. tapi Tahira menutup matanya pula..

“Sayang!! Look me.. I’m your husband..”

Hakeem senyum apabila Tahira memandang dirinya.. Isteri yang taat akan dirinya.. tengah merajuk, marah sebelum ini pun masih lagi dengar kata-katanya..

“Cuba sayang fikir positive.. sebab Bie tipu sayang. sayang tengok Sayang sekarang boleh sentuh Bie.. boleh peluk Bie. cium Bie.  sayang tak pengsan lagi.. hilang dah fobia sayang tu..”

“Tak hilang pun lagi”

“Hilang untuk diri Bie.. orang lain tak penting. kalau tak, macam mana sayang nak dapat baby ni..” Hakeem mengesat air mata Tahira yang mengalir di pipinya.. “bie minta maaf memang salah Bie tipu sayang. Bie memang betul-betul bersalah dekat Sayang..”

Tangan yang memegang kepala Tahira beralih ke tangan pula di gengam erat kedua tangan Tahira.. “sayang boleh maafkan Bie tak.”

“Ada lain awak sembunyikan dari saya”

“Tak!! Yang lain semua awak tahu dah”

“Perempuan semalam tu kenapa dia datang lagi”

“Dia tu tak faham bahasa la.  Sayang dah belasah teruk pun dia datang kacau lagi.. dia tu jahat, sayang pun tahu kan. Bie tak suka dia pun.. sekarang Bie suka sayang, sayang awak sorang.. hanya ada sayang sorang dalam hati Bie ni.. sayang maafkan Bie boleh”

Tahira mengangguk kepala. Dengan pantas Hakeem memeluk Tahira kerana gembira tidak terkata.. “Thank you sayang” Hakeem memberi kucupan di pipi Tahira sebelum melepaskannya pelukannya.. Dah maafkan pasti merajuk lagi.. tahu sangat dengan Tahira. mulut lain hati lain.. Tapi sekurangnya Tahira tidak lari dan tetap di sisinya.

“Jom balik!!” Hakeem memimpin tangan Tahira untuk pergi ke keretanya.. “Bakal Ibu teringin makan sesuatu tak”

Tahira mengeling kepala.  “Tak!”

“sayang kalau nak apa-apa bagitahu ye.. Bie sanggup tunaikan untuk sayang walau apa saja sayang mahukan”

“Ye!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience