Sudah seminggu masih tiada jawapan balas dari pihak keluarga Tahira.. Hakeem yang datang ke kedai Nasi lemak Zaitun juga di layan seperti biasa.. Hakeem mengharapkan sangat jawapan penerimaan dirinya dari Zaitun tapi melihat cara dirinya di layan sampai bila-bila pinangannya akan diam sepi berpanjangan..
Habis sahaja bacaan doa selepas sembayang Isyak Kamariah dengan pantas melipat telekungnya.. di sumbat ke dalam beg lalu laju keluar dari masjid.
“Tok Imam mana??” Kamariah menegur Zulkifli yang sudah menunggu di tepi kereta..
“Dalam lagi.. kenapa dengan Tok Imam”
“Kanda, Hakeem tunggu nak cakap sikit dengan Tok Imam” Kamariah teringat akan perlawaan Tok Imam akan menolong Hakeem jika pinangannya di tolak.. walaupun pinangannya tidak di tolak tetap mahukan pertolongan Tok Imam..
“Tok!! Cepat keluar” Kamariah memanggil Tok Imam.. tidak sabar sudah dia ingin menyatakan hasratnya..
“Sabar!! Aku tua dah tak macam kau muda lagi” Tok Imam menyarungkan seliparnya..
“Tak ada beza lah Tok.. muka saya pun dah kedut” Kamariah menarik tangan suaminya untuk ikut dekati Tok Imam
“Nak apa!!” Tok Imam memandang Kamariah dan Zulkifli
“Minta pertolongan Tok Imam.. yang Tok Imam perlawa minggu lepas tu..”
“Apa!!” Tok Imam sudah lupa apa yang di pelawa kepada Kamariah. Sudah tua biasa la.
“Ala Tok ni lupa ke.. merisik Tahira anak kak Zaitun tu.. Kami masih tak dapat jawapan lagi.. Tok boleh tolong kan”
Tok Iman diam seketika untuk mengingati “Oh… Insyallah.. aku tolong.. patut anak kau macam mati anak je muka..” Tok Imam memandang Hakeem yang bermasam muka sejak seminggu lalu..
“Nasib baik dia tak ada anak lagi.. kalau tak orang ingat betul mati anak” Kamariah menambah..
“Yela.. Aku balik dulu.. Aku ingat esok, aku Jumpa Zaitun tu esok..”
“Terima Kasih Tok.. assalamualaikum”
“ Wa’alaikumusalam” Tok Imam naik atas motornya lalu di start kemudian terus pergi meninggalkan perkarangan Masjid..
Zulkifli dan Kamariah ke keretanya semula.. “Dinda masih ingat akan perlawaan Tok Imam..”
“Untuk tu baby besar Kanda tu.. confirm ingat..” Kamariah menunjukkan Hakeem dengan mulutnya.. “Lagipun saya suka dengan Tahira tu.”
“Yela.. Jom balik”
_________________________________________________
Esoknya Tok Imam ke kedai Nasi lemak Zaitun, untuk menolong Kamariah.. Tok Imam datang ketika kedai hampir mahu di tutup kerana ketika itu sudah tiada orang..
“Assalamualaikum Ton”
“ Wa’alaikumusalam.. Tok tak payah beli aku bagi je.. nak tutup kedai dah” dengan pantas Zaitun membungkus apa yang ada..
“Alhamdullilah. jimat duit aku. Anak laki kau mana?” Tok Imam berbasah tekak dengan soalan ringkas dahulu sebelum ke niat sebenarnya
“Hospital.. esok nak bedah dah. Tok doakan Thaqif selamat”
“ Tok doakan diri dia selamat”
“ Amin.. Terima Kasih Tok. Ni Tok” Zaitun menghulurkan kuih ke Tok Imam..
“Pinangan Cikgu Kamariah tu kau dah bagi jawapan belum”
“Mana tahu Cikgu Kam tu hantar pinangan..” Terkejut Zaitun Tok Imam tahu.. tidak di hebohkan kepada sesiapa pun Tok Imam boleh tahu..
“Lepas kau pergi Hakeem tu cakap.. suruh datang esoknya sebab hari tu dah kena reject.. tekad sungguh dia tu” Pandai Tok Imam bagi alasan. ceh!!
“Ohh.. aku tak ada jawapan lagi la Tok.. anak aku tu pun diam saja..” sebenarnya tidak di fikirkan langsung akan lamaran Kamariah.. busy dengan keadaannya sekarang..
“Tok bagi pendapat la.. ikut kau nak ikut, tak nak ikut.. Baik terima sebab tak adalah Tahira tu kena kacau dengan Karim tu lagi.. Ada orang yang boleh lindungi anak kau tu Ton... kalau tidak aku tengok Tahira tu lari macam tak cukup tanah bila nampak Karim tu.. Itu yang tua.. yang muda pula.. Nak di bandingkan orang muda dekat sini.. batang hidung datang masjid hari jumaat je.. tu pun sembayang jumaat.. Hakeem tu hari-hari ke Masjid.. terang-terang dia tak buat benda yang tak berfaedah.. lagi pun aku tengok Zulkifli sekeluarga baik orangnya.. Paling best bila diaorang bermada bahasa sesuai sangat dengan Tahira tu..”
panjang lagi Tok Imam bebelkan tapi malas la nak menaip...
Zaitun mendengar dengan teliti apa yang tok Imam katakan.. Untuk masa depan anaknya.. apabila berkahwin perlu hidup bersama dengan pasangan hingga akhirnya hayat.. tidak mahu ada penyesalan di pertengahan hubungan.. “Terima Kasih Tok bagi pendapat Tok.. lepas selesai Thaqif aku fikirkan..”
“Yela.. Kau pun fikirkan la mana yang terbaik.. Kalau kau rasa Karim tu sesuai untuk anak kau tak salah juga kau terima Karim jadi menantu kau”
“Memang Tak lah Tok.. aku lebih rela suruh Tahira tu kawin dengan Hakeem..” Orang tua kerepot tak sedar diri tu.. memang tak la...
Senyum Tok Imam dengar jawapan dari Zaitun.. “Tok balik dulu.. assalamualaikum” Peluang cerah keemasan kau dapat Hakeem..
“ Wa’alaikumusalam"
_________________________________________________
Hakeem merasa kecewa apabila melihat kedai Nasi lemak Zaitun tidak buka.. Dahlah tiada jawapan. Tidak dapat berjumpa dengan Tahira pula..
“Tak perlu tenung lama Hakeem” Zulkifli melihat Hakeem tenung tapak gerai dengan begitu lama..
“Hakeem mahu tanya Taukeh Lim la.. Ayahda tunggu sebentar” Hakeem buka pintu kereta lalu terus masuk ke kedai runcit Taukeh Lim. Di capai dua biji roti..
“Berapa Uncle”
“One ringgit sixty sen”
Orang tua kampung sini menang semua pandai speaking ke.. Power siot.. “Ni Uncle” Hakeem hulurkan duit pada Uncle Lim..
Uncle Lim masukan roti ke dalam beg plastic lalu di berikan kepada Hakeem..
“Orang kampung sini memang pandai speaking power” akhirnya tertanya juga.. sudah di simpan soalan itu lama.. Belum Zaitun sekeluarga kerap juga dengar speaking..
“Itu biasa ma.. jawa mandarin malay tamil english semua orang tau ma”
“Oh.. Uncle tahu kenapa Mak Cik Zai tak buka kedai” Hakeem mula bertanya..
“Ohh tu kak Zai.. dengar olang cakap. Itu Karim what malay say.. itu cincin.. ayai lupa itu ayat” Taukeh Lim mengaru kepala yang tidak gatal.. “Engagement”
Cincin!!.. Tunang merisik.. Hakeem sudah terkejut.. “Tunang, merisik”
“Ha!! Itu risik.. ke sisik ke.. Itu Karim sangat kaya ma.. tak perlu kerja lagi itu Kak Zai”
“Thank you Uncle..” dengan pantas Hakeem balik semula ke keretanya… Remuk, kecewa hatinya apabila ketahui dari Taukeh Lim.. jika di tolak kenapa tidak di beritahu sahaja.. kenapa buat dirinya ternanti-nanti hingga sekarang..
“Ayahda!!!!” Hakeem mula menangis dan memeluk Zulkifli.. musnah harapannya inginkan Tahira menjadi penyeri hidupnya..
“Kenapa anaknda menangis!!” terkejut Zulkifli.. susah mahu melihat Hakeem menangis kecuali dirinya betul-betul kecewa..
“Tahira!!!.. dia pilih orang lain.. dia tak pilih Hakeem!!” Kuat Hakeem meraung.
Zulkifli cuba bersikap tenang walaupun sedikit terkejut.. “Betul ke.. siapa dia pilih” di usap belakang badan Hakeem agar tenang..
“Uncle Lim cakap Karim pendek kerepot tu masuk merisik.. Mak Cik Zai tak kerja hari ni.. Mesti dia dah senang sebab Karim tu kaya” Semakin kuat Hakeem meraung apabila terbayang Tahira kawin dengan Haji Karim..
“Mungkin salah.. jangan percaya dari mulut orang lain.. dah jangan nak menangis macam ni” di leraikan pelukan Hakeem. lalu di gerakan keretanya untuk ke tempat kerjanya..
Sepanjang jalan Hakeem diamkan diri.. termenung sahaja, di office juga begitu.. satu kerja tidak boleh di buat..
bila di pejabat bertanya pada Hassan mengenai Tahira.. Hassan tidak tahu.. jadi betullah tu Karim yang di pilih Zaitun untuk anaknya..
Melepaskan kau Hakeem.. Hahahahaha.. itulah dulu sombong..
Share this novel