#15 REAL MINAH REMPIT

Romance Series 6067

“Akak.. if you sick just sleep.. adik boleh je tolong Mak” Thaqif kecian Tahira yang pucat lesu seperti tidak cukup darah..

“Can.. after finish all I will sleep.. Adik tolong Mak dekat kedai” Tahira tetap berdegil mahu menolong juga walaupun badannya sudah bongkak seperti nenek kebayan..

Zaitun risau jika sakit perut Tahira sama seperti adiknya.. “It's true you just period pain..”

“Ye Mak!!..If my clots blood come out I will feeling haaaaa.....” Terbayang Tahira darah beku yang keluar pasti akan lega perutnya.. harap keluar cepat la.. tak larat macam ni..

Zaitun mengambil beg pemanas di masukan air panas lalu di berikan kepada Tahira.. “Mak memang terbaik” Tahira menunjuk ibu jari yang penuh dengan tepung..

“Offcouse.. Mak sapa”

“Mak Tahi!! ra” Tahira menyambung ayat Zaitun sambil tersenyum..

“I make pastry curry Puff..” Thaqif bangun mengambil besin lain setelah melihat akaknya sudah okay sedikit daripada tadi.. di buat kerja lain untuk cepatkan kerja-kerja Mak dan akaknya.
________________________________________________


Kamariah pelik melihat Hakeem lepas subuh sudah siap-siap seperti mahu keluar.. “Nak pergi mana?. Cuti hari ni kan”

“Cari karipap”

“Awal lagi ni..”

“Nanti habis.. melepas la Hakeem nak makan”
“Suka hati anaknda la…”

Hakeem call Hassan untuk mengambil dirinya..

“Encik Hakeem hari sabtu buka lambat.. bagi saya sambung tidur.. pukul 8 pun karipap ada lagi” Hassan mematikan panggilannya tanpa sempat Hakeem membalas. Hari² karipap jemu aku.. Cuba la roti canai ke.. sate ke..

Kamariah yang sudah siap buat sarapan pagi melihat Hakeem masih lagi di ruang tamu sedang bermain game di handphone.. tadi bukan nak pergi ke.. “Anaknda makan dulu”

“Ayahda mana?” Hakeem ke ruang makan untuk bersarapan tapi tiada kelibat Zulkifli..

“Dalam bilik.. pergi la panggil..”

Hakeem pergi ke bilik orang tuanya.. di ketuk pintu dua kali sebelum di buka.. Zulkifli menutup Al-Quran yang di baca apabila ternampak susuk tubuh Hakeem di pintu..

“Ayahda jom breakfast”

“Jom” Zulkifli bangun dari duduknya.. di letakkan Al-Quran di tempatnya lalu keluar berjalan beriringan bersama Hakeem sambil berbual kosong..

Tepat pukul 8 Hassan tiba di perkarangan rumah Hakeem.. “Good morning bos”

"Morning"

“Dah makan tadikan.. tak kenyang lagi ke?” Kamariah menegur Hakeem yang sudah siap sedia untuk keluar.. Tak buat makan beli luar. buat makan pun beli luar juga.. Baik tak payah masak macam ni..

Zulkifli pula melihat Hakeem apabila Kamariah menegur.. “pergi Mana?”

“Beli karipap” ringkas Hakeem jawab

“Mak Cik jual karipap cantik sangat ke?” Zulkifli melihat anaknya dah dua minggu asyik karipap sahaja. Singgah untuk hantar Hakeem tidak pernah sekali pun turun dari kereta jadi tidak tahu bagaimana rupa Mak Cik jual karipap Itu.

“Sebab sedap..” jawapan ringkas lagi sekali di beri..

“Yang buat karipap cantik Encik Zul” Hassan menyampuk.. “Nak tengok sapa yang buat karipap rasanya hari cuti macam ni dia datang tolong Mak dia”

Anak aku dah angau dengan orang buat karipap ke.. “Anaknda suka budak buat kuih karipap pula.. nak Bonda masuk minang” Kamariah tidak kisah langsung latar belakang menantunya. yang penting perangai baik, dapat tutup aurat sempurna itu bonus.. lepas kawin pandai la Hakeem didik.. kalau dapat yang sempurna Alhamdullilah.. mudah kerja Hakeem..

“Hakeem suka karipap dia. Bukan orangnya.. apa mengarut sampai masuk meminang. Dah Hakeem pergi” Hakeem memakai cermin mata hitam dan keluarkan tongkatnya.. Kalau tak pergi nanti makin meleret Kamariah bercakap berkaitan jodoh..

“Tunggu Bonda nak ikut.. nak tengok juga sapa buat karipap.. mana tahu berkenan boleh buat menantu”

Dah agak dah.. confirm meleret sampai bila-bila.. Entah² sekejap lagi suruh kawin dengan dengan budak buat karipap tu..

Zulkifli turut bangun untuk mengikut Kamariah.. tak kan nak tinggal sorang diri dalam rumah ni.. baik ikut ambik angin pagi..
_________________________________________________


“Abang yang selalu tanya coffee tak datang hari ni.” Thaqif bertanya apabila Hakeem tidak muncul.. pelanggan Maknya Itu paling istimewa.. dirinya istimewa dan permintaannya juga agak istimewa.. siap nak air kopi bagai..

“Cutikan.. masak makan dekat rumah agaknya.. minggu sebelum ini pun sabtu ahad tak datang.” Zaitun membalas.. ingat Zaitun dengan pelanggannya yang sorang itu..

Tidak lama kemudian orang yang dibualkan oleh Thaqif dan Zaitun muncul di hadapan mereka siap bawa Mak sekali.. baru cakap dah muncul panjang umur..

Tahira yang baru balik dari pasar basah singgah di kedai Mak Cik lemak Zaitun.. sengaja dia bawa motor dengan laju lalu brek mengejut hingga terangkat belakang motor.. Memang gila Tahira ni..

“Tahi!!!!” Zaitun terkejut melihat hingga menjerit nama anaknya..

Kamariah dan Hakeem yang ada di kedai Zaitun juga terkejut dengan apa yang di saksikan di depan mata mereka.. di usap dadanya kerana terkejut. nasib baik aku tak lari.. kalau tak kantoi aku tak buta.. dekat sini je mesti aku nak terkantoi..

Thaqif pelik melihat Hakeem.. dapat di lihat dari tepi Hakeem memejamkan matanya dengan rapat seperti takut di langgar.. kemudian mengusap dadanya seperti terkejut.. dia nampak ke..

“Apa macam power tak” Tahira tunjuk simbol bagus pada Thaqif.. lalu di balas oleh Thaqif sama..

Hakeem mendengar suara perempuan tapi tidak nampak wajahnya kerana tertutup dengan visor helmet yang gelap. Boleh aku jumpa real minah rempit Ingatkan dalam TV je..

“Power kamu cakap!!” Zaitun mula mahu membebel.. “Kalau tak sempat brek tadi meja ni kamu langgar.. lepas tu.. masuk parit..”

Tahira senyum sahaja apabila di marahi.. dia melihat kedai Maknya ada pelanggan tidak jadi dia untuk bercakap banyak.. dirinya terus menjadi pendiam apabila melihat orang yang tidak biasa di lihat..

Hakeem malas untuk ambik tahu hanya hulurkan tangannya ke hadapan. Thaqif yang mengerti terus berikan sebiji karipap.. di masukan ke dalam mulutnya.. “Hari ni rasa lain”

“Hari ni Thaqif yang uli kulit. Akak tak sihat..” Thaqif jawab dan Tahira hanya senyum sahaja melihat lelaki di hadapannya. Setiap kali balik kerja Mak pasti akan bercerita mengenai pelanggannya ini suka melepak di kedainya.. macam² di ceritakan sepanjang melepak..

“Oh… Tapi inti rasa sama lagi..” Hakeem terus ke belakang kedai untuk duduk..

“Yang kamu duduk situ kenapa.. ingat kedai kamu” Kamariah pelik melihat Hakeem.. ikut suka dia je.. Tapi memang tahu pun anaknya tu jenis tak tahu malu..

“Bonda pilih la nak apa. Hakeem tunggu sini. Thaqif Abang nak macam biasa”

“Okay”

Tahira buka visor helmet. “Mak Don’t angry.. nanti cepat tua!!” Slow sahaja Tahira bersuara apabila melihat muka Zaitun memandang dirinya dari tadi dengan pandangan mata marah..

Mahu tak berapi anak perempuan sorang.. Tapi tak faham bahasa.. degil. dah berapa kali sound jangan bawa motor macam tu tetap tak dengar..

Tahira menghulurkan beg plastic kepada Thaqif.. “Ni yang kirim tadi..”

Kamariah yang duk perhatikan dari tadi muka Tahira. seperti kenal.. “Tahira…”

Tahira sudah tercenggang apabila dirinya di panggil, begitu juga Thaqif dan Zaitun.. Kenapa Mak Cik ni dekat sini..

Macam mana boleh kenal anak aku ni.. Zaitun tahu anaknya jenis pendiam dengan orang luar.. susah untuk berborak bertegur sapa kecuali sudah biasa berjumpa atau orang tertentu sahaja..

Bonda kenal minah rempit ni ke.. Hakeem lurutkan cermin mata hitamnya cuba untuk melihat muka Tahira tapi tidak jelas kerana terlindung dengan beg plastic yang di gantung..

“Apa khabar Acik. Maaf saya tak salam tangan busuk baru balik pasar” Tahira bercakap dengan sopan..

“ Alhamdullilah.. Tak apa.. jumpa dekat sini pula.. singgah beli sarapan ke..” Kamariah bertanya..

Tahira senyum sahaja.. Tak la.. singgah melawat kawasan. heheheh.. Tahira bercakap dalam hati mahu di luah tapi cuba di tahan..

Kamariah kemudian melihat wajah Zaitun.. macam serupa.. mata sama “Anak!” perlahan sahaja suara Kamariah bertanya pada Zaitun.. Hakeem di belakang tidak dengar dirinya berselera makan kuih yang di Idamkan setiap hari..

Zaitun membalas dengan perlahan juga.. “Ye!! Anak perempuan saya.. macam mana kenal.. dia ni tak bercakap dengan orang.. ke dia ada buat salah” Perlahan kerana risau jika anak perempuannya itu buat hal jika suaranya kuat takut didengari orang kampung yang datang ke kedai runcit Taukeh Lim..

“Taklah.. jumpa dekat hospital… bujang ke” Kamariah kembali berbisik juga.. bercakap perlahan agar tidak di dengari Hakeem.. Niat mahu jodohkan Tahira bersama Hakeem hampir terlaksana. memang sudah di pasang niat jika bertemu lagi sekali tidak di lepaskan peluang dan nasib menyebelahi kerana dapat berjumpa sekali dengan orang tua Tahira..

“Akak nak apa” Thaqif bertanya pada Tahira apabila melihat Zaitun dan Kamariah rancak berbual dalam suara yang perlahan..

“Macam biasa!!” Tahira keluarkan duit di koceknya lalu di hulurkan kepada Thaqif.. Di lihat dan dengar sahaja Zaitun dan Kamariah berbual.. berbual pasal dirinya..

“Dengan belakang tu…” Kamariah memujuk ke arah Hakeem..

“Kena tanya Tuan badan..” Zaitun melihat anak perempuan.. Kawin dengan orang muda tak apa.. dengan tua bangka memang aku reject awal².

“Acik balik dulu!!” Baik aku balik dulu.. boleh nak jodohkan aku pula.. cakap depan² pula tu. harap tak nampak muka aku ni tengah tahan malu..

“Ye!!” Kamariah membalas..

Tahira start enjin motor lalu terus pergi..
Bonda ni gosip apa dengan Mak Cik Zai ni.. Hakeem ingin cuba dengar tapi sayup sayup tidak jelas di telinganya..

Zulkifli akhirnya turun dari kereta kerana menunggu terlalu lama.. kata beli kuih saja tapi lama sangat macam buat kuih..

“Kanda, Dinda jumpa Tahira.. yang dekat hospital hari tu..” Kamariah bercerita sebaik nampak suaminya sudah berdiri sebelahnya

“Yang jawab sepatah tu” Zulkifli sedikit terkejut apabila Kamariah jumpa Tahira. kerana mereka hanya datang ke kedai nasi lemak je.. nak jumpa tang mana..

“Ye!!. Ni Mak Tahira” Suara Kamariah kembali perlahan berbisik pada suaminya.. “Anak Kanda angau dengan karipap Tahira buat tu.. kita jodohkan jela”

“Tanya Tuan badan.. saya malas masuk campur..” Tapi hati Zulkifli berkenan juga dengan Tahira.. Cuma Tahira nampak seperti budak².. mungkin awet muda.. Zulkifli melihat Zaitun di hadapannya juga nampak muda. memang keturunan awet muda ni.

Zaitun Senyum.. “Ye betul tu.. saya pun macam tu”

Thaqif berbisik dalam hati.. habislah kau kak kena kawin tak lama lagi.. buat lagi karipap sedap kan dah kena ngurat.. tapi baik dengan Abang Hakeem yang tak nampak ni.. dari Haji Karim miang tu.. janganlah.. memang aku tak bagi la..

Tapi betul ke dia tak nampak.. tapi dia macam nampak tadi.. ke dia mata tak jelas je.. rabun teruk..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience