#37 MINGGU PERSEDIAAN 2

Romance Series 6067

MINGGU KETIGA...…

Hakeem datang ke kedai Nasi lemak Zaitun dengan riang sekali. Dapat berjumpa dengan kekasih hati yang boleh bercakap seminggu sekali sahaja..

“Thaqifffff.. sihat dah!!” Hakeem bertanya khabar Thaqif yang hari-hari dia jumpa.. Nak cakap dengan Tahira sebenarnya tapi Tahira ni macam tak nampak kewujudan Hakeem di hadapannya..

“ Alhamdullilah.. Makin sihat”

Hakeem senyum memandang Tahira yang langsung tidak memandang dirinya..

“Boleh sekolah la lepas ni”

“Dapat la merasa sekolah”

Dengan tiba-tiba motor berhenti di hadapan kedai Nasi lemak Zaitun.. Shafiq buka helmetnya lalu turun dari motor..

“Fizo Omar datang pula hari ni..”

Fizo Omar senyum bagai kerang busuk apabila Zaitun menegurnya.. “Mak Cik Nasi lemak satu..”

Hakeem dengan pantas ke belakang kedai.. berdiri di belakang Tahira.. this is mine..

Thaqif dengan pantas masukan Nasi lemak yang sudah siap di bungkus ke dalam plastic dan di berikan kepada Shafiq..

“Lama dah tak jumpa Tahira.. Tahira rindu Saya tak” Tanpa rasa malu Syafiq mengeluarkan kata manis pada Tahira di hadapan Zaitun..

“Tak rindu” Thaqif jawabkan untuk akaknya.. Hakeem dulu tak ada la cakap terus terang dekat akak.. muka tak malu betul la Fizo Omar ni. Gedik Hakeem ni pun.. time dah sah jadi tunang baru nampak..

“Lamaran Shafiq hari tu macam mana.. Tahira setuju ke..” Shafiq terus meluahkan hasratnya..

“Tak Fizo Omar..” Zaitun pula jawab.. “Tak payah dah nak ambik hati, datang sini beli Nasi lemak seringgit semata-mata”

“Kenapa pula..” Syafiq mengalihkan pandangan matanya ke Zaitun..

“Bakal suami Tahi tu.. belakang Tahi tu.. kami dah reject kamu” Zaitun menunjuk ke arah Hakeem yang berada di belakang Tahira..

“Kenapa pilih yang buta kalau celik ada” terkejut Shafiq dia yang sempurna telah di tolak lamarannya..

“Don’t say me buta okay.. buta2 aku mulut tak longkang macam kau.. Sedap je kata orang buta..” Hakeem membalas.. “Biar buta mata jangan buta hati kan awak” Dah start dah Hakeem nak keluarkan ayat² manis lolipop dekat Tahira

Tahira mengangguk kepala setuju dengan kata-kata Hakeem.. Sebab dia memang tak suka pun Fizo Omar tu.. dari mula-mula kenal memang tak suka.. Hakeem ni biasa² je..

“Nah!! Saya tak jadi beli” Shafiq pulangkan balik nasi lemak di tangannya..

“Nampak sangat niat tak elok dah.. nasib baik Akak reject dia awal-awal” Thaqif pula bersuara sambil melihat Syafiq pergi..

Hakeem kembali semula ke hadapan kedai.. “Awak esok jangan lupa buat ujian HIV ye”

“Dah buat” Tahira jawab tanpa pandang Hakeem.. malu nak pandang..

“Awalnya! saya jela belum buat” Mesti awak tak sabar nak kawin dengan saya kan..

“Ye kot!!”

“Okay Saya buat esok!!. Mak nak minta izin bawa Tahira cari baju pengantin boleh” Hakeem memandang Zaitun pula..

“Datang rumah ambik.. Mak nak pergi tengok juga..”

“Okay Mak!! Nanti lepas zuhur Hakeem datang ambik..” kemudian Hakeem memandang Tahira "Awak bye… awak saya balik dulu”

“Bye!!” malu-malu Tahira melambai Hakeem.. Tahira cuba untuk buka hatinya untuk menerima Hakeem.. Sebab nak kena kawin dengan Hakeem kan..

“Dapat Tuan karipap tak nak beli dah” Thaqif bersuara lantang..

“hehehe... Memang nak beli karipap pun tadi.. lupa lepas jumpa Tahira” Hakeem berpatah balik kemudian tersenyum gedik memandang Tahira..

“Meremang bulu roma aku la..Nak!! 3ringgit”

Hakeem hulurkan 5ringgit kepada Thaqif.. “keep the chance.. bye awak”

“ye bye” Lagi sekali Tahira membalas lambaian Hakeem.. Aku balas Hakeem bukan nampak pun. biarlah.. yang penting aku nak balas..

“Suka kau Tahi..” Zaitun melihat Tahira juga tersenyum sama seperti Hakeem.. Nampak gayanya Tahira sudah mula jatuh hati pada Hakeem..

“Suka tapi takut.. Mak dengan Ayah dulu Macam mana.. macam orang rasa ke”

“Mana boleh cerita.. nanti kamu muntah hijau dengar”

_________________________________________________

MINGGU KEEMPAT…….

Handphone Zaitun berbunyi terus di angkat..

“Ye bakal menantu”

“ Assalamualaikum Mak”

“ Wa’alaikumusalam”

“ Mak nak pinjam Tahira..”

“Nak pinjam buat apa”

“Nak beli.. cincin gelang.  Boleh ye Mak.. Mak ikut sekali..”

“Mak nak tengok Tamil.. Nanti Mak suruh Tahi pergi sendiri kedai Mas.. kamu tak payah datang ambik”

“Mak. Kedai sebelah 7E.. situ design cantik sikit”

“Ye!! Pukul berape?”

“3 Mak.. Lepas tu…”

“Tak ada terus balik!!”

“Ala Mak.. nak bawa pergi makan je..” Sudah berape kali minta izin untuk bawa keluar tidak lepas.. Tahira pula memang menurut kata betul.. Jika kata tidak sememangnya tidak la.

“tak ada.. Dah kawin nak bawa pergi mana suka hati kamu.. sekarang tak boleh!!”

Zaitun terus matikan panggilan dari Hakeem.. Zaitun merasakan Hakeem ni terlebih manja.. mentang-mentang sorang je.. nasib kau Tahira dapat laki tergedik manja.. dulu belum tunang tak nampak dah tunang nampak sudah belangnya.. Kalau dah kawin macam mana pula Gediknya.. Jangan anak aku terikut perangai macam Hakeem sudah.. bukan boleh caya Tahira ni..

_________________________________________________

Hakeem dan Kamariah sudah menunggu Tahira di dalam kedai..

“Bonda tengok” Hakeem menepuk lengan Kamariah agar tengok ke Tahira yang baru sampai.. “Biniku minah rempit.. boleh buat tajuk Cerita ni Bonda”

“Buang tabiat dah anak Bonda ni.. Anaknda tak ingat time dia pakai baju kurung.. ayu dia Macam Mana.. cuba la buat tajuk sedap sikit.. Macam.. keayuan di sebalik tomboy” Kemudian Kamariah ketawa dia sendiri dengan kata-katanya ..

“Bonda pun sama.. nanti dah kawin memang Hakeem suruh dia Ayu jela” Sudah berangan Hakeem ni..

“ Assalamualaikum Bonda. Maaf tunggu lama” Tahira bersalam dengan Kamariah..

“ wa’alaikumusalam.. Tak pun.. Bonda pun baru sampai. Sini duduk pilih. pilih je mana kamu suka”

“Bonda kalau tajuk cerita.. tomboy sopan best juga” Hakeem berbisik pada Kamariah.

“Dah!!” Kamariah mahu ketawa tapi di tahan.. “Bakal bini kamu ni..”

“Tahira tak kisah.. kan awak”

“Kisah apa?” Tahira pula tidak tahu apa-apa memandang Hakeem dan Kamariah dengan pandangan kosong..

perangai Kamariah dan Hakeem ni memang tak boleh buat apa.. dua dua ngok ngek..

“Kisah cinta kita..” Hakeem tersenyum dan mengenyitkan sebelah matanya pada Tahira..

“Dah Tahira jangan layan Hakeem ni.. Ni cantik tak..” Kamariah menunjukkan gelang yang sudah di perhatikan lagi tadi sebelum Tahira sampai..

“Tak nak lah Bonda besar sangat.. Tak cantik pakai..” berterus terang Tahira tanpa rasa takut akan Kamariah terasa hati..

ALLAH budak ni.. baik sangat. orang selalu ambik paling besar sebab mahal.. aku offer besar tak mahu pula..

“Tu nak tengok tu” Tahira menunjukkan gelang lain..

“Kecik sangat!! Kamu beli yang paling Mahal.. bagi habis duit Hakeem tu” Selamber Sahaja Kamariah ingin mengikis duit anaknya.. anak sendiri biarlah..

“kecik!! Kalau macam tu Bonda pilih la.. tapi tak nak yang besar tadi.. kang tangan panjang sebelah”

loya buruk pula bakal menantu aku ni.. kena la tu dengan Hakeem ni nanti..

“Awak. kenapa dengan Bonda awak banyak cakap. dengan Saya awak balas macam nak Tak nak” Saja Hakeem menyampuk..

“Sebab awak tak penting”

Senyum Kamariah dengan jawapan Tahira. Pandai menjawab setiap kata-kata Hakeem. padan muka kamu Hakeem.. “Kamu memang pandai ambik hati Bonda Tahira.. ni Bonda sayang Tahira sangat ni”

Hari-hari kena Macam ni.. kalau dah Kawin kena juga siaplah bakal suami awak ni.. sound awak..

Makin dekat hari Majlis makin nampak sudah perangai masing-masing..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience