MINGGU KE SEPULUH.....…
Hakeem jalan dengan riang ria ke kedai Nasi lemak Zaitun.. “Mom!!! How are you!!”
“Fine Thank you son in law” Zaitun membalas..
“Peh!! Mak power.” Hakeem keluarkan simbol ibu jari tanda bagus..
“Well your mother in law made in Australia.. Ingat Mak cikai-cikai”
“Serious la Mak..” Hakeem buat² terkejut dengan pengakuan Zaitun.. Sudah di ketahui lebih awal, dari cerita Tahira tempoh hari.
“Tak percaya sudah..”
“Caya-caya.. Mak kan.. mesti kena percaya.. Karim tu pandai speaking mesti dia belajar overseas kan..” Dah start bertanya.. baik tanya terus apa yang terpendam di dalam fikirannya..
“Tak silap Mak, dulu Ayah Tahi cakap. dia asal singapore.”
Terngaga mulut Hakeem.. Tidak di sangka. Orang kampung tapi semua made in overseas.
“Awak tutup mulut!!” Tahira menegur Hakeem yang mulut terngaga..
“Ha!!” Hakeem dengan pantas menutup mulutnya
“Kamu tengok!! Kamu cakap orang tua ni muncul dah!!”
Hakeem dengan pantas berdiri di sebelah Tahira.. untuk menjaga buah hatinya “Awak belakang sikit nanti dia capai tangan awak”
Tahira mengikut apa yang Hakeem katakan..
Karim memakai songkok yang di letakkan di dalam bakul motor sebelum datang ke Zaitun dan Tahira.. “Anak Abah.. Kenapa nak kawin tak bagitahu Abah”
“Kenapa nak bagi lembut seekor” Zaitun membalas..
.
“Tu kena beli tak boleh bagi..” Karim cuba mencapai Tahira walaupun jauh.. Hakeem dengan pantas cuba menghalang..
“Confirm ke anak Abah nak kawin dengan laki ni” Haji Karim melihat Hakeem.. “Baik anak Abah cancel kawin dengan Abah je”
“Baik kawin dengan Hakeem, confirm hari-hari pergi Masjid.. Kau tu harap je ada Haji depan tapi tak pernah pergi Masjid.. lepas tu Miang nak pegang orang.. Hakeem ni tunang anak aku pun dia tak miang nak sentuh-sentuh anak aku.. baik kau berambus dari sini..”
“Sebab tu aku nak pegang.. biar Tahira anak Abah ni suka Abah”
Pada Masa sama Hakeem dengan pantas keluarkan Handphone.. lalu mendail number.. “Holle nak buat aduan, orang menganggu ketenteram..”
“…………..”
“Taman melor di deratan kedai.. Cepat!!! Polis dia nak mencabul pula” Hakeem tersenyum sinis memandang Haji Karim..
“Kamu call sape Hakeem” Zaitun melihat Hakeem..
“Polis.. Tahan tu depan Mak”
“Kenapa pula tahan aku” Karim terkejut melihat Hakeem..
“Dah terang terang menganggu… “
Kereta polis datang dengan cepat kerana sememangnya tengah buat rodaan di kawasan Itu.. Haji Karim kelam kabut mahu pergi dari kedai Nasi lemak Zaitun..
“KARIM!! Tak serik ke!!” Polis keluar dari kereta terus terpekik ke Haji Karim dan mengejar Karim yang ingin larikan diri..
“See settle problem Mak”
“Kamu ingat dia serik ke.. Hari ni datang sebab apa!” Tahu sangat Zaitun akan Hakeem.. hari-hari ada alasan datang ke sini..
“Nak Ingatkan.. hari ni boleh test baju kawin kita book hari tu” Hakeem memandang Tahira malu-malu. tiang khemah Zaitun di cuit-cuit.
Tahira juga senyum malu memandang Hakeem. di tarik-tarik baju Zaitun kerana menahan perasaannya..
Zaitun menjadi pemerhati anak dan bakal menantunya. di lihat anaknya juga sudah mula tergedik seperti Hakeem.. confirm ikut perangai laki dia nanti..
_________________________________________________
“Cantiknya awak!!” Perlahan sahaja suara Hakeem. Terpegun dia melihat Tahira cuba baju perkahwinan mereka..
“Mestilah anak Zaitun!!”
“Akak Thaqif”
“Menantu saya Kak Zai” Kamariah menambah..
“Bakal bini Hakeem”
Zulkifli tersenyum sahaja dengar kata-kata empat orang di hadapannya.. patut buat semua benda sepakat je.. semua sama perangai..
_________________________________________________
MINGGU KE SEBELAS…
Debaran semakin terasa tinggal beberapa hari lagi Hakeem dan Tahira akan di satukan.. “Mak takutnya!!.. Khamis nak nikah dah..”
“Time tergedik dengan Hakeem tak takut pula..”
“Orang senyum jela.. mana ada tergedik.." Tahira tidak sedar dengan apa yang dia lakukan bila berhadapan dengan Hakeem. "Mak kalau orang pengsan macam mana!!”
“Dah pengsan tidur jela..”
“Mak ni.. main-main lah..”
“Kamu nak takut apa. Yang salam tok kadi tu Hakeem bukan kamu..”
“Dia salam adik la.. bukan Tok kadi..”
“Ada je nak jawabnya lah.. Pek baju kamu.. kamu kena duduk sana nanti.. tapi jangan lupa pula Mak dekat sini”
“Tak naklah kawin.. nak duduk dengan Mak je” Di peluk Zaitun yang duduk di sisinya..
“Kamu jangan mengada-gada.. kemas baju kamu.. kalau Mak kemas semua Mak angkut bawa pergi ke rumah Hakeem tu”
“Ye!! Orang kemas” Tahira melepaskan tangan Zaitun yang di peluk..
Hakeem di dalam biliknya tersenyum girang sambil perkemaskan ruang almarinya untuk meletakkan barang Tahira tidak lama lagi.. Tak lama lagi ada bantal peluk dah.. satu dua tiga empat lima hari lagi…
“Udah la tu senyumnya.. cepat tolong Bonda!!”
“Bonda keluar biar Hakeem buat sendiri..”
“Bonda tahu Anakda tak akan buat nanti.. Baju yang dah macam ni buang la.. Tak malu apa Tahira nampak” Kamariah keluarkan baju yang sudah terlalu lusuh warnanya
“Bonda rasa tak cantik Bonda buang la..” Hakeem tidak kisah sudah.. yang penting tak lama lagi ada bantal peluk Tahira...
“Nasib baik la anak Bonda sorang.. kalau ramai Memang terbiar je Bonda buat pada anaknda”
“Sebab tu Bonda ada Hakeem sorang..”
________________________________________________
Siang hari sebelum Majlis berlangsung.. rumah Kamariah di penuhi sanak saudara dan Jiran tetangga untuk bergotong royong untuk majlis pernikahan malam nanti..
“Ahkhh!!!!” terkejut orang yang berada di hadapan rumah Kamariah apabila Tahira dengan laju bawa motor lalu brek mengejut..
“Power Kak!!” Seorang anak muda meneguh Tahira.. dia tidak kenal mungkin sedara Hakeem.. Tahira hanya balas dengan senyuman sahaja..
“Oii Tahi kamu kalau bawa motor jangan macam tu boleh tak!!” Zaitun menegur anaknya..
Tahira senyum. “Dah terbiasa.. maaf Mak Cik..”
“Elok dah sopan.. tapi bawa motor mengalahkan mat rempit” Mengusap dada Mak Cik yang terkejut tadi..
“Aku pun tak tahu nak cakap macam mana dengan anak dara aku sorang ni.. Kamu datang sini kenapa!” Zaitun sudah mencekak pinggang.. sudah di bagi amaran duduk di rumah sahaja tetap juga datang. "nanti Grandma grandpa datang tak ada orang"
“Boring la.. sini boleh tolong tolong sikit”
“Kak Zai!!! Tahira hilang!!” Kuat Kamariah menjerit dari dalam rumah.. terkejut Kamariah apabila orang yang di hantar untuk pakaikan Tahira inai call bagitahu rumah kosong tiada penghuni..
“Hilang apanya.. dia dekat sini dah!!”
“Mana-mana..” Tergopoh gapah Kamariah keluar ke halaman rumahnya.. lega dia melihat Tahira sedang tersenyum memandang dirinya.. “Terkejut saya ingat betul hilang..”
“Mak dah cakap duduk rumah degil tak dengar.. pening Mak dengan kamu la”
“Tak apa Kak Zai.. dah dekat sini pakai inai dekat sini je.. Jom ikut Bonda!!” Tahira terus di tarik masuk kedalam rumah..
“Zul anak lelaki kamu mana tak nampak” orang kampung menegur Zul yang sama-sama bergotong royong..
“Halau keluar.. sini dah jadi rumah pengantin perempuan!!”
Hakeem menumpang di rumah Hassan buat seketika waktu sebelum Majlis berlangsung.. “Encik Hakeem.. johor punya styles toll.. duit saya cakap ada bawa tak”
“Tak ada toll tak boleh ke”
“Confirm tak dapat masuk. Duduk luar rumah je..”
Hakeem letakkan duit yang sudah di pecahkan di atas meja.. ada yang seringgit lima ringgit dan sepuluh ringgit..
“Ni sampul.. masukan. Encik Hakeem yang nak kawin kan..”
“macam bagi duit raya dah!!” Hakeem masukan Duit ke dalam sampul Duit..
“Minta 50 tiga empat keping”
“Nak buat apa??”
“Masuk dalam ni lah”
Hakeem keluarkan dompetnya.. lalu di berikan kepada Hassan..
“Seratus tu bagi sekali”
“Banyaknya!! Ni tak cukup ke!!”
“Tak!!”
Hassan masukan Duit yang jumlanya besar ke dalam sampul berlainan warna agar tahu membezakannya..
“Lama lagi ke!! Kejang dah ni” Tahira merasa penat kerana menadah tangan lagi tadi untuk di pakaikan inai..
“Sikit je lagi.. tahan sekejap” Tukang buat inai sudah naik geram dengan Tahira kerana tidak sudah bertanya siap belum..
"Darling!!"
Tahira menoleh ke arah suara yang dia kenal..
"Grandpa!!!" Terus berlari Tahira mendapatkan atuknya.. Tidak kira sudah akan inai yang di pakai akan comot..
"I miss you Grandpa" Tahira buka tangannya untuk minta peluk..
"I miss you to" Tahira di peluk dan di angkat seperti budak kecik.. Sebab cucunya memang kecik pun. standard asian girl tapi lebih rendah sedikit. Tahira cium pipi atuknya tanpa rasa malu kerana sudah terbiasa sejak dari kecik.
"Sorry grandpa. can't hug you.. my hand has henna"
"It's okay darling"
"Where Grandma??"
"Outside"
Hakeem terkejut dapat panggilan suruh dirinya balik ke rumah kerana atuk dan nenek Tahira mahu berjumpa.. Gelisah terus di rasai..
Masuk di halaman rumahnya Hakeem dapat melihat ada ramai orang asing.. Semuanya sedang sibuk menolong tanpa rasa malu.. siapa diorang ni.. Cousin Tahira ke.. ke Mak Cik Pak Cik tunang tersayang.
Kaki Hakeem tiba² di peluk.. Hakeem melihat ke bawah. anak mat saleh di hadapannya.
"Uncle you had child.. I want play with your child"
Hakeem terus dukung kanak-kanak itu.. "I will marry and try to get child. and you can play with him"
"Yeh!!!" Hakeem di peluk dan kepalanya di lentokan di bahu Hakeem..
Dia nak tidur dekat sini ni ke.. Anak Mat Saleh memang tak tahu malu macam ni ke.. debor la pula rasa nak jumpa grandpa Tahira ni..
Hakeem masuk ke dalam rumahnya sambil dukung anak mat saleh ni. rasa budak ni cousin Tahira ni. "Assalamualaikum" Hakeem memberi salam bagi permulaan teguran..
"Wa'alaikumusalam" Semua mata sudah ke arah Hakeem.. Jantung Hakeem sudah berdegup kencang jumpa dengan mak mertua pun tak rasa sebegini..
"Abdul!! why you sleep at Uncle" Seorang lelaki muda datang ke arah Hakeem untuk mengambil anaknya..
Eh!! dah tidur ke. Senangnya tidur "It's okay"
"This my son" Zulkifli perkenalan Hakeem pada tetamu terhormat mereka.. "Lokman Hakeem"
Hakeem bersalam dengan semua tetamu mat saleh yang berada di ruang tamu rumahnya.. Sambil memperkenalkan diri antara satu sama lain. Setiap salam Hakeem di balas dengan pelukan.
Hingga sampai seorang lelaki tua berjubah putih dan berjangut putih panjang. tangannya tidak di lepaskan.. "You future husband my darling"
"Darling!!" Hakeem tercenggang..
"Tahira.."
"Ya²" Sambil mengangguk kepala.. Hakeem menduga pasti ni atuk Tahira..
Hakeem terus di peluk erat.. "Congrats Hakeem.. Please make my darling happy.. Take care her very well"
Patut Tahira jaga betul bab pantang larang agama.. Atuk dia macam Imam besar.. didikan agama mesti kuat ni.. "Ya. I will make Tahira happy.. hope you can pray for me and Tahira"
pelukan di leraikan.. "Offcouse Lokman Hakeem.."
perasaan takut Hakeem terus hilang apabila sudah berjumpa dan bercakap dengan atuk, nenek dan saudara Tahira.. Semua open minded.. beza betul dengan Mak Cik² dan Pak Cik sendiri..
Diorang tak kisah pun Tahira kawin muda. lagi di sokong adalah. Dari buat maksiat baik di kahwinkan terus..
Grandma Tahira pula walaupun melayu tapi cun melecun, macam kacukan juga.. patutlah Zaitun cantik, Tahira cantik, Semua keturunan cantiklah.. muka tidak di mamah usia, macam sebaya Bonda pula..
Share this novel