BAB 10

Romance Series 17488

"Waalaikummussalam..
Hai.. Abang Azlisham.. Kemunculan Abang dalam hidup Liya memang amat-amat mengejutkan Liya. Liya akui di saat petama kali mendengar suara abang, memang Liya dah jatuh suka dan minat dekat abang sebab abang pandai berceloteh hampir sama macam DJ kegemaran Liya di radio. Seawalnya Liya sekadar ingin berteman biasa aja dengan abang sebagai peminat. Itu sebab Liya sampaikan dekat Abang Said supaya sampaikan salam dekat abang. Niat hati tu memang nak berkenalan dan berkawan.. Namun rasa gerun lah pulak. Almaklum tentunya abang ramai peminat. Maka itu Liya pendamkan.
Selepas Abang Said bagitahu yang dia dah sampaikan salam Liya dekat abang, sejak itu juga Liya tunggu kemunculan abang di depan mata Liya. Namun sampai ke sudah Liya tak kenal siapa abang. Tapi sayang.. kemunculan abang didepan mata Liya disaat semunya dirasakan dah terlewat. Abang telah dilamar oleh Azie terlebih awal sebelum abang muncul depan Liya.
Pengakuan abang berkait dengan Azie tengahari tadi memang mengejutkan Liya. Rupanya Liya dibohongi oleh Azie selama ini. Liya betul-betul tak sangka.
Berkait dengan permintaan abang, ada baiknya Liya mulakan dari bawah. Liya nak mulakan dengan berkawan dulu dengan abang. Liya nak kita saling mengenali dulu antara kita. Apa yang akan berlaku selanjutnya, biarlah masa yang menentukan. Kalau abang bijak dalam mengatur strategi memecah tembok hati Liya ini dan mencurinya, insyaallah kalau ada jodoh antara kita, Liya tak akan ke mana...
Liya tak pandai nak bermadah pujangga. Kalau betul abang mengharapkan kehadiran Liya, abang berusahalah ye semampu mungkin. Liya harap abang mampu bersabar menanti Liya. Liya akui hati Liya kini sukar untuk ditembusi sebab Liya pernah terluka. Pengalaman berkait hati dan perasaan ni banyak mengajar Liya untuk lebih berhati-hati.

Hal yang berkait dengan apa yang abang minta, Liya setuju dan ikut aja apa yang terbaik. Liya boleh aja kalau tak jumpa abang sebab Liya dah biasa, Abang tu aja lah.. mampu bersabar atau tidak bila tak jumpa Liya?
Setakat ini dahulu coretan Liya. Salah silap tutur bicara coretan Liya harap abang maafkan lah Liya.

Salam Tulus Ikhlas
"Nur Atiliya Humairah"

Selepas siap, Liya lipat surat itu dan dimasukkan ke dalam bag kerjanya. Esok surat itu akan sampai kepada pemiliknya.. Setelah itu Liya kembali baring sambil mengelamun..
Fikiran Liya masih berlegar hal yang berkait dengan dirinya dan Sham..
"Apa yang awak dah buat dekat saya ni Sham.. Pengakuan awak ni buat hidup saya tiba-tiba jadi huru hara lah.. Saya sendiri pun tak pasti apa perasaan sebenar saya dekat awak. Lain sangat lah rasa perasaan saya ni.. Jangan lah awak cuba jampi saya.. Saya dah asyik ingatkan awak aja ni.. Saya pun dah mula gilakan awak juga ke ni? hiiissyyyy..... mengarut betul lah.."
dalam pada Liya sedang merungut sendirian tiba-tiba pintu biliknya di ketuk seseorang. Terus aja lamunannya terhenti..
"Atie... Atie tido ke?" Along menyapa dari luar.
Liya bingkas bangun dan terus membuka pintu.
"Belum.. ada apa Along?"
"Jom kita makan sama-sama ayam golek ni. Ada yang baik hati belanja tadi lepas balik niaga."
"Ayam golek ke? Sedapnya.. Dah lama Atie tak makan.. Atie kebetulan belum makan lagi ni.. Cantik sangat lah tu. Nasi pun Atie baru aja panaskan tadi. Boleh makan dengan nasi skali."
Liya terus ambil pinggan dan diletakkannya di atas meja. Sementara Along hidangkan semua barang makan yang dibawa balik dari kampung tadi.
"Siapa belanja ni. kak Long" sambil ralit mengunyah ayam golek tu, Liya sibuk juga nak tahu.
"Munir.. dia kirim salam. Katanya tadi dia nak jumpa Atie. Bila Atie tak ikut, hampa dia." Terus Liya berhenti makan dan menolak pinggannya. Selera makannya trus hilang bila dengar nama Munir.
"Kenapa Atie tak makan? Sedap lah ayam ni. Kata tadi lapar."
"Hilang lapar Atie bila dengar nama dia. Atie tak ada apa-apa kaitan dengan dia tu. Kan dia dah kawin. Kenapa nak kacau Atie lagi. Yang dia beria sangat nak Jumpa orang ni dah kenapa?"
Liya agak kurang selesa dengan kemunculan kembali Munir dikalangan keluarga Abang iparnya itu. Kisah silamnya dengan Munir buatkan Liya rasa sakit hati yang meluap. Kalau boleh dia tak mahu lagi dikaitkan dengan Munir lagi. Dia tidak mahu dianggap sebagai perampas andai dia masih bersama munir sedangkan Munir sudah ada isteri.
"Kenapa Atie tak nak jumpa Munir? Dia baik lah. Lagipun dia ada kerja bagus dan lebih dari mampu kalau nak sara Liya. Along suka aja."
Liya amat terkejut dengan kenyataan Izah.
"Maksud Along? Along pun sama lah ye pakat dengan Mak Uda nak juga jodohkan Atie dengan Munir sedangkan kita semua tahu yang fia dah beristeri?"
"Atie.. sebenar Munir dah ber... " belum sempat Izah menghabiskan ayatnya,...
"Dah lah Along. Atie tak nak lagi dengar pasal dia lagi. biarlah dia jaga rumahtangga nya itu. Atie tak nak kacau." Liya meluah rasa hatinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience