BAB 21

Romance Series 17488

"Liya dah bagi jawapan dekat Sham." pertanyaan Suzie menyedarkan Liya dari lamunan nya.
"Apa kak Sue tanya tadi? Sory.. Liya tak dengar."
"Liya fikir apa ni? Fikirkan pasal Munir tu lagi ke? Dia dah kawin kan.. buat apa nak fikirkan orang yang macam tu." Suzie mengingatkan Liya.
"Liya sakit hati sangat lah.. Janji langit bulan bintang semua. Setia semati bagai. Sudahnya.. Dia buat hal dengan perempuan lain. Kena tangkap basah tu kak.. siapa tak sakit hati." Liya bersuara dalam nada separuh menangis.
"Dah.. Dah.. Lupakan dia. Dia tak sesuai untuk Liya. Walhal kejadian tu dah 2 bulan berlalu.Kenapa hari ni Liya tiba-tiba teringatkan dia?" Suzie memeluk Liya dan tenangkan Liya.
"Dia datang jumpa Liya di sini tadi merayu mintak maaf dengan Liya." Liya bercerita dalam nada menangis.
Suzie pegang tangan Liya dan cuba menenangkan liya.
"Liya.. dia bukan lagi jodoh Liya. Dia dah milik orang lain. Jangan layan dia. Lupakan dia.. Sham yang tengah tunggu Liya sekarang. Pandang yang di depan. Jangan pandang lagi yang dah dekat belakang tu. Apa yang berlaku dekat belakang tu dah kira sejarah." Suzie memberi nasihat.
"Kalau dia tak muncul, mungkin Liya ok lagi. Ni tiba-tiba datang merayu mintak Liya terima dia semula. Memang tak lah.."
"Good girl. Keputusan mesti kena tetap. Jangan lemah dengan rayuan dia."
"Liya baru nak rawat hati Liya ni nak mula berkawan dengan Sham. Bila dia asyik kacau Liya, apa kata Sham nanti. Mesti dia tak jadi nak kawan dengan Liya. Ye lah.. nanti Sham sangka Liya dah berpunya."
"Percaya lah.. selagi takde yang bercerita pasal Liya dan Munir dekat Sham, selagi tu Liya kawan dengan Sham macam biasa. Tapi kalau Sham bertanya, Liya terus terang aja supaya tak akan ada rahsia antara korang berdua."
Liya tak menjawab dan hanya mengangguk tanda faham. Suzie terus memeluk Liya cuba tenangkan Liya bila dilihat liya Masih menangis.
"Syyyyy... dah.. dah. nanti ada yang nampak. Kalau Sham yang nampak, lagi masalah nanti. Dah.. dah.." Suzie berbisik di telinga Liya ketika peluk Liya.
Tiba-tiba...
"Liya.. Suzie.. kenapa ni?" Tiba-tiba terdengar suara Said menegur. Suzie menoleh dan dia terkejut sebab dalam masa yang sama ada Sham ada sekali.
"Liya.. Kenapa ni?" Giliran Sham pulak menegur bila dilihat pipi Liya basah dan Mata liya merah seakan baru lepas menangis."
"Ada selisih faham sikit dengan customer tadi yang ada kaitan dengan kisah silam Liya."
"Oooh.. macam tu. Liya ok tak ni?" Skali lagi Sham bertanya minta kepastian sambil menghulur sapu tangan dari poketnya kepada dia untuk lap air mata yang membasah di pipi Liya.
"Liya ok. Sham jangan risau." Liya sambut sapu tangan itu dan sapu air matanya.
"Liya belum rehat kan? Jom rehat dengan Abang Said. Suzie?"
"Saya shif pagi." Suzie menjawab.
"Oooh.. Ok. Liya..Jom."
Liya tak menjawab dan hanya menurut Abang Said dari belakang..
Ketika hendak melintas jalan. Liya berhenti di tepi jalan.
"Abang Said. Liya tak berani nak melintas sendiri. Selalu tu Kak sue yang pandu Liya."
"Laaa.. ye ke.. Patut lah selalu rehat sama dengan Sue."
"Liya tak nak melintas lah. Tolong bungkuskan untuk Liya boleh?"
"Takpe.. Abang akan pandu Liya. Kalau abang kata Jom jalan, Liya trus jalan ikut abang. Sham akan jaga belakang Liya. Boleh? Liya tak boleh berterusan gayat macam ni. Dibuatnya lepas ni
yang nak temankan liya, macamana Liya nak pergi makan rehat." Said beri nasihat.
"Ok... Liya try. Janji ye jangan tinggalkan Liya tengah jalan nanti."
"Ye.. Takkan lah abang dgn sham nak bunuh Liya pulak. Kesian Sham nanti kempunan." Said mengusik.
"Ada-ada aja lah abang Said ni.. Jomlah.. Liya dah lapar ni."
Yang dijanjikan oleh Said, Liya diajar untuk melintas jalanraya.
Sesampai nya di warung makan, mereka terus pilih meja dan oder makan untuk minum petang.

"Liya ada peristiwa ke yang buat Liya gayat macam tu?" Sham bertanya.
" Kawan baik Liya kena langgar kereta depan mata Liya masa kami nak melintas jalan. Lepas kemalangan tu Kawan Liya lumpur separuh badan sampai sekarang ni."
"Ooohhh ye ke. Patut lah gayat. Kira troma lagi lah ni?" Sham minta kepastian.
Ljya tak menjawab dan hanya mengangguk.
"Kalau tak keberatan, Boleh Liya cerita apa yang buat Liya menangis tadi?"
Mendengarkan pertanyaan Said, Liya terus terdiam. Liya berhenti makan.
"Kalau Liya tak bersedia lagi nak bercerita, simpan dulu cerita tu. Bila Ljya dah bersedia baru Liya Bagitahu."
"Takpe.. Liya cerita. Elok juga kalau Liya bagitahu. Liya takut nanti dia datang kacau Liya lagi."
Liya tarik nafas sedalamnya dan perlahan-lahan menghembuskannya dalam cuba mengumpul semangat.
" Masa mula-mula Liya bertugas dekat sini dalam bulan pertama, Liya berkenalan dengan seorang Inspektor polis dekat sini. Dia sepupu abang ipar Liya. Awalnya cuma kawan biasa. Abang Said pun perasan kot dia ada masanya datang jumpa Liya pakai uniform."
"Haah.. ada juga beberapa kali abang nampak." said menjawab.
"Liya asalnya bermula dari berkawan biasa kami couple.. Tak sampai sebulan kami couple, tiba-tiba dapat berita dia kena tangkap basah. Untuk tutup malu family dia desak dia kawin dengan perempuan tu. Abang said rasa Liya nak happy ke bila dapat berita macam tu?" Liya bertanya.
"Masa tu kakak dan Abang Liya tahu tak yang korang berdua tengah couple?"
"Kami memang janji taknak cerita dekat family dulu sebelum Liya betul-betul bersedia. Bila Liya dah ready baru lah nak bagitahu. Sudahnya belum sempat nak bagitahu family, dia buat perangai. Dalam rumah perempuan tu pulak yang berlaku. Siapa tak sakit hati. Dia buat apa dekat rumah perempuan tu?" Liya melepaskan geram.
"Mana tahu perempuan tu perangkap dia?" Sham membuat andaian.
"Lantak lah.. Apa juga alasan dia sekarang ni dia dah kawin. So.. Liya tak nak jadi orang kedua. Nanti sendiri sakit. Ada baiknya Lupakan terus orang macam ni." Liya meluahkan rasa hatinya.
"Abang setuju. Bina hidup baru dan dapatkan kebahagian yang baru. Mana tahu kali ni akan lebih membahagiakan hidup Liya?" Said memberi sokongan.
"Sekarang ni Liya tak nak dulu ada sebarang hubungan. Liya nak bertenang dulu. Bila Liya dah bersedia untuk ada teman istimewa, baru Liya akan buka. Tapi kalau orang tu betul-betul bersungguh nak juga dapatkan hati Liya ni, dia kena usaha sehabis baik untuk buka balik hati Liya Ni. Kalau betul dengan caranya, mana tahu rezeki dia." Sambil tu Liya menjeling ke arah Sham. Sham membalas pandang sambil tersenyum.
"Ehemmm.. Ehemmm.. Orang tu kena berusaha sehabis cara lah ye Liya."
"Kalau nak juga, Kena berjuang lah kan." Sekali lagi Liya menjeling Sham sambil tersenyum.
Sham membetulkan duduknya dan menggosok dagunya sambil senyum memandang Liya.
"Apa juga lah korang berdua ni.. Senyum.. senyum.. lepas tu berbalas pandang. Sham.. kalau kau nk cakap apa-apa, cakap lah sekarang. Nanti menyesal pulak bila tak cakap.
"Xpe said.. Aku ada cara lain kalau nak cakap. Aku tahu nak buat apa."
"Jomlah kita masuk kerja. Masa rehat dah nak habis ni." Liya dan Sham memandang jam tangan masing-masing. Selepas bayar makanan, mereka mula bergerak ke tempat kerja.
Ketika hendak melintas jalan, Sham memegang pergelangan tangan Liya dan memandu Liya melintas.
"Awak.. kenapa tak biarkan saya melintas sendiri. Nanti orang lain nampak disangka apa pulak nanti." Liya berbisik kepada Sham
"Saya tak sampai hati nak biar awak melintas sendiri."
"Awak ni kan.."
"Surat awak saya dah terima. Nanti ambik surat saya dekat Suzie. Saya baru bagi tadi." Sham berpesan. Liya hanya mengangguk tanda faham. Selepas itu mereka bergerak ke haluan selapas punch kad masuk semula.

Sebaik aja Liya sampai di meja department, Suzie datang menghampiri Liya.
"Liya.. Nah. " Suzie menghulurkan sepucuk surat
Liya.
"Thanks kak Sue. Bye.." Liya melambai kepada Suzie.
Tak lama lepas tu kedengaran Sham mula dengan tugasnya. Sambil Liya menyiapkan laporan jualan sementara tiada pelanggan, Liya melayan lagu-lagu yang dialunkan oleh Sham.
"Kenapa lagu Sham mainkan malam ni lain macam ye? Selalu tu rancak. Semacam pulak aku rasa ni?" Liya berbisik sendiri.
Sedang Liya cuba menghayati setiap lagu yang dimainkan..
"Liya.. Liya cakap apa dengan Sham tadi?" tiba-tiba Said masuk menghampiri Liya.
"Mana ada Liya cakap apa-apa. Apa yang abang Said dengar tadi tu aja lah yang Liya cakap. Mana ada ayat lain lagi. Kenapa Abang said tanya?" Liya kehairanan dengan pertanyaan Said.
"Tiba-tiba aja ni Sham main lagu sentimental ni. Lagu cinta pulak ni.. Ke dia tuju dekat Liya?" Said bertanya.
"Mana Liya tahu.. Sham tak cakap apa-apa pun." Liya mempertahankan dirinya.
"Liya ni tak seni lah..Liya tak pandai layan lagu ke?" Said masih tak puas hati.
"Setakat layan nyanyi tu boleh lah. Kalau nak buat layan feeling, Tak reti lah. Tak masuk jiwa. hihihi.." Liya berseloroh.
"Apa lah Liya ni.. Kasar betul ye." Said marah.
"Apa-apa aja lah Abang Said. Janji Liya dengar lagu. Jangan Marah.."Liya bergurau.
Said menggeleng kepala dengan gelagat Liya.
"Lain macam pulak perangai Liya ni lepas kejadian tadi. Suka hati kamu lah Liya.." Said terus berlalu menuruni tangga menuju ke Konti Sham.. Sampai di konti...
"Sham. Kau dah kenapa hari ni? Lain macam layan lagu?" Said bertanya.
"Saja tukar mood. Mood tengah sentimental ni. hahaha." Sham menjawab
"Korang berdua ni kan.. buat perangai pelik betul lah.. Ke korang pakat ni? " Said tak puas hati.
"Pakat apanya? Aku cakap dengan Liya pun tak. Cuma pimpin dia melintas tu aja. Kenapa? Dia pun buat perangai pelik juga ke lepas rehat ni tadi?" Sham bertanya.
"Pelik tu tidak lah.. Cuma hati dia tu keras macam kayu aja bila layan lagu kau tu. Aku rasa kau pasang lagu tu untuk dia kan?" Said meneka.
"Mana kau tahu?" Sham terkejut
"Sebab lagu kau tu lagu merayu.. Tu sebab aku kata kau tuju lagu tu pada Liya. Betul tak?" Said Mintak kepastian.
Sham tak menjawab. Dia hanya tersenyum.

__________________________________

Kehadiran Munir secara mengejut petang tadi buatkan Liya rimas dan serba tak kena. Kebenciannya meluap-luap bila Munir ada di hadapannya.
Sedang Liya baring melayan perasaan, tiba-tiba telefon bimbit pemberian Munir berdering. Liya tak angkat. Hatinya sakit sangat.
"Kenapa dia tiba-tiba muncul? Aku baru cuba nak lupakan dia. heeeiiiii... menyusahkan betul lah dia ni. Kalau lah aku tahu hal macam ni nak jadi, tak kuasa aku layan dia masa awal-awal kenal dulu dekat rumah Mak Uda. Baik aku buat sombong aja dengan dia. Tapi semuanya dah terlambat. Semua ni dah jadi." Liya melepaskan amarahnya sambil mengetuk-ngetuk perlahan dahinya.
Telefon bimbit itu masih berdering tanpa henti...
Liya mula rimas. Telinganya dirasakan bingit bila ianya berbunyi tanpa henti. Akhirnya Liya angkat juga.
"Sayang.. please.. jangan ignore Bie. Bie rindu sangat Sayang." Munir merayu.
"Awak nak apa Munir. Hubungan kita dah tamat kan? pada saya hubungan kita dah putus sebaik aja awak sah jadi suami orang. Saya tak nak jadi orang kedua. Saya tak suka."
"Sayang.. Bie ada dekat depan rumah ni.. Tolong lah keluar kejap. Bie nak jumpa."
"Untuk apa?? Tak guna lagi kita nak jumpa. Semunya dah berakhir kan?"
"Sayang.. Tolong lah.. Biar Bie jelaskan apa yang berlaku. Lepas tu terpulang pada sayang. Sekurang-kurangnya Bie dah jelaskan."
"Ok. Saya keluar sekarang."
Liya capai tudung dan berjalan keluar pagar mendapatkan munir. Sebelum itu Liya kumpulkan semua hadiah pemberian Munir sebelum ini dan diletakkan dalam satu bag kertas.
Sebaik aja Liya muncul di hadapan Munir..
"Sayang.. tolong lah maafkan Bie. Bie diperangkap. Jangan lah buat Bie macam ni. Sakit sangat Bie rasa."
"Awak polis kan? Macamana boleh terperangkap? Walhal awak kan bijak dalam atur strategi."
"Bie pun manusia biasa. Ada masa Bie tak boleh nak ramal apa yang akan berlaku."
"Munir.. saya dah taknak ada apa-apa kaitan lagi dengan awak. Ini semua saya pulangkan. Saya tak nak simpan lagi semua ni. Hati saya lagi bertambah sakit kalau semua ni saya simpan."
"Sayang.. Bie bagi ni semua ikhlas. Bie tak mintak pun semua ni untuk dipulangkan. Jangan lah buang terus Bie sayang.. Sakit sangat rasanya kalau sayang buang Bie macam ni."
"Awak dah jadi hak milik orang Munir. Saya tak nak runtuhkan masjid orang lain hanya kepentingan saya. Saya tak nak jadi orang yang kejam."
"Tapi sayang kejam dekat Bie?"
"Saya kejam?? Awak tu yang kejam. Kenapa tak pertahankan diri awak kalau dah tahu itu semua perangkap. Cari bukti. Ini tak. Awak ikut aja apa yang diminta pihak sana. Yang sakit menderita siapa bila berita ni saya dapat tahu??" Liya melepaskan rasa geramnya dalam nada suara hampir menangis.
"Sayang.. Bie terpaksa. Bie dituduh dah noda dia. Bie di bawah pengaruh dadah. Bie langsung tak sedar. Macamana Bie nak pertahankan diri bila masa kena tangkap tu Bie tak pakai apa-apa. Sayang tahu kan Bie sayang dan cintakan Sayang seorang aja. Bie takde orang lain dah. Bie pernah kan janji dengan sayang yang semua yang ada dekat bie ni adalah bakal milik sayang juga. Bie tak nak dengan orang lain."
"Yang nyata sekarang ni dah jadi hak milik orang lain kan? Bukan lagi untuk saya.. Awak cakap macamana pun lah. Saya tetap tak akan balik semula dekat awak. Awak dah jadi hak milik org lain. Saya tak nak jadi perampas."
"Sayang.. jangan lah siksa jiwa raga Bie macam ni. Bie rindu sangat-sangat dengan sayang. Tolong lah..."
"Sudah lah Munir. Belajar lah terima hakikat yang kita dah takde jodoh. Bagi peluang dekat saya untuk bina hidup baru. Bahagiakan lah orang yang ada di samping awak tu. Dia sebenarnya tulang rusuk awak yang hilang tu. Bukan saya. Saya hanya meneman awak sekejap aja. Saya akan doakan awak bahagia dengan dia." Hati liya sangat sebak ketika itu hinggakan dia tidak dapat lagi menahan takungan airmatanya. Bag kertas yang berisi semua hadiah pemberian Munir diletakkan atas bumbung kereta Munir dan liya tinggalkan Munir bersendirian. Liya terus masuk rumah.
Sebaik aja pintu ditutup, Liya terduduk sambil menyandar pintu. Liya menangis sepuas-puasnya. Hatinya dirasakan sangat sakit. Sakit kerana cintanya masih menggunung terhadap Munir dan sakit kerana dia juga sangat rindukan Munir. Namun Liya sedar. Semua tu dah tak mungkin untuk di simpan lagi. Munir bukan lagi jodoh untuknya. Dia perlu belajar untuk membuang Munir dari dalam hidupnya. Sungguhpun ianya amat pedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience