3 hari yang lalu...
Mundar mandir Sham mencari di mana kelibat Azie. Hati Sham jadi tak tentu arah selepas membaca surat kiriman Azie yang diterimanya petang sebelum Sham balik semalam. Penyesalan yang tak terbendung mula menyelinap seluruh jiwa dan hatinya. Mindanya berkecamuk dan mengharapkan hal antaranya dan Azie segera diselesaikan sebelum Liya dapat tahu dari orang lain.
"Mus. Ada nampak Azie tak? aku nak jumpa dia lah kejap. Ada hal nak bincang sikit dengan Azie." Sham bertanya kepada Musli yang kebetulan singgah ke kaunter DJnya.
"Azie kerja tengahari hari ni. Ada apa yang beria sangat nak jumpa Azie ni? Serius aja bunyinya Sham?"
Sham menarik nafas sedalamnya dan dihembuskannya dalam nada yang agak berat.
"Macam berat aja masalah kau ni Sham. Cerita lah. Mana tahu aku boleh tolong."
Sham mencapai bag galasnya yang disimpan di bawah kaunternya dan keluarkan sepucuk surat dari dalamnya. Diserahkannya kepada Musli.
"Kau baca surat ni dulu. Nanti kau tahu lah kenapa aku nak jumpa sangat dengan Azie."
Musli terus buka dan baca isi surat tu.
Selesai baca....
"Sham!!! Game apa yang kau main ni?? Liya kau nak letak mana? Tak kan dua-dua kau nak ngap juga??" Musli hempas surat itu dan meluahkan rasa tidak puas hatinya dalam nada tinggi. Musli betul-betul dalam situasi yang sangat marah.
"Woo.. woo.. Mus. Kau salah faham ni. Aku pun baru aja dapat tahu hal ni semalam. Aku langsung takde apa-apa feeling dekat dia tau tak. Aku cuma setuju jadi kawan biasa aja. Aku tak pernah layan lebih. Aku layan dia macam kawan biasa aja macam aku layan budak-budak lain. Betul.. Aku tak tipu.." bersungguh Sham memberi penjelasan dan mengharapkan Musli memahami.
"Tapi kenapa Azie tulis macam tu? Kau ada janji apa² ke dengan Azie?" Nada suara Musli mula perlahan.
"Kau baca semua surat-surat ni dulu. Yang bersampul ni dari Azie dan yang fotostat ni salinan dari aku. Kau buat lah perbandingan dan buatlah kesimpulan."
Musli sambut bag kertas yang berisi beberapa pucuk surat dan kertas fotostat yang dihulur oleh Sham dan mula membaca sehelai demi sehelai. Selepas selesai baca, Musli tersandar ke dinding.
"Ini bukan tulisan kau kan Sham?"
Musli menunjukkan salinan surat-surat dari Sham dan minta kepastian disebabkan ada kelainan pada corak tulisan yang ditulis dari Sham.
"Memang bukan aku pun yang tulis surat-surat tu semua. Kawan aku yang tolong balaskan. Aku malas nak layan. Kenapa kau tanya? Ada yang tak kena ke isi surat dari aku tu?"
"Tak.. setahu aku ayat kau selalunya berbunga-bunga dan puitis. Tapi ayat yang kau balas dekat Azie tu macam biasa-biasa aja. Tu sebab aku tanya."
"Aku ingatkan apa lah tadi. Suspendkan aku aja. Itu ayat dari kawan aku. Aku yang mintak dia buat ayat macam tu. Aku Taknak Azie cair kalau terbaca. Aku nak dia rasa bosan dan takkan anggap aku lebih²" Sham membalas.
"Memang boring pun ayatnya. Tapi kenapa Azie bleh terpikat ye dengan kau? Aahhh... Whatever lah. Kejap lagi Azie masuk kerja. Nanti kau pergi lah jumpa dia dan selesaikan semua kekusutan ni. Hal kau dengan Liya pulak aku nak kau selesaikan cepat juga. Aku dah tak larat nak simpan rahsia kau ni lama-lama lagi. Aku takut nanti aku terbocorkan"
Musli memberi nasihat dan amaran kepada Sham.
"Ok.. hal Liya tu aku akan cuba selesaikan lepas hal dengan Azie ni selesai. Lepas tu kau tak payah lah simpan lagi rahsia ni dari Liya. Kau bagitahu aja lah apa yang patut termasuk lah hal aku dan Azie ni nanti."
"Ok"
_____________________________
Selepas surat Azie dibaca, terus sahaja no telefon sahabatnya yang bertanggungjawab menimbulkan kecelaruan itu di dail.
"Isma.. Kau free tak malam ni? Aku nak jumpa kau lah kejap. Boleh ke?"
"Aku dah habis kerja pun dekat studio ni. Dah nak balik pun. Boleh je kalau nak jumpa. Nak jumpa dekat mana?"
"Datang ambik aku dekat rumah. Lepas tu kita pegi Club group kita. Boleh?"
"Ok. Aku nak maghrib dulu sini. Lps tu baru aku datang ambik kau. ½jam lagi aku sampai."
"Ok... oh! ye.. Satu lagi.. Surat-surat Azie ada lagi tak kau simpan? Kalau ada simpan lagi, kau bawak sekali semua. Aku nak cari sesuatu dari isi surat Azie tu."
"Surat Azie?? " Isma terdiam seketika bila Sham bertanya tentang surat Azie.
"Ada aja aku simpan kat studio ni. Tapi... macam ada yang tak kena aja ni Bro? What happen?" Isma kehairanan dengan permintaan sahabatnya itu.
"Nanti bila kau dah sampai, aku cerita. Jangan lupa bawa ye?"
"Ok... aku packing sekarang. Nanti lagi ½ jam kita jumpa. Roger Bro."
kedua-dua mereka trus meletakkan gagang telefon.
Selepas itu Sham masuk semula dalam bilik dan baca semula surat yang Sham terima dari Azie petang tadi.
"Kenapa lah aku tak baca dulu semua surat yang Isma tolong balaskan tu sebelum bagi Azie. Silap aku juga surat yang Azie tulis untuk aku tu pun aku tak baca. Bila dapat terus aja aku bagi Isma mintak tolong balas. Adoiiii Azlisham... Semua hal ni timbul punca dari kau sendiri tau tak!!! Bukan salah diaorang pun.. Aaahhhh.... menyesalnya lah aku pegi jawab kiriman surat Azie tu dulu. Kalau aku berterus terang dan tolak dari awal kan hal besar macam ni tak akan jadi. Aaaahhhh... Serabut lah!!!" Sham menjerit melepaskan amarah dan penyesalan yang tak tertanggung untuknya sambil kepalanya yang tidak gatal itu digaru sehingga rambutnya kusut masai.
"Azli... kenapa ni?? Ada masalah dekat tempat kerja ke?" tiba-tiba Hajah Zainon muncul di muka pintu biliknya..
"Eh!? Ibu... Takde apa lah. Biasalah bila kerja ni kan. Mana pernah ada kerja yang seronok memanjang betul tak Ibu? Sekali sekala akan ada cabarannya.. Kalau tak macamana nak kutip pengalaman. kan Ibu?"
"Betul lah tu. Dah lah.. cepat pergi mandi. Lepas tu solat Maghrib. Kalau nak rasa tenang dan segar, ambil lah limau purut yang ibu baru petik petang tadi dalam peti sejuk tu buat mandi." Hajah Zainon memberi arahan.
"Baik ibu.. Nanti Azli buat."
Sham terus capai tuala dan menuju ke dapur untuk dapatkan limau purut seperti yang diarahkan oleh Hajah Zainon.
Selesai mandi dan solat maghrib, Sham bersiap untuk berjumpa Isma.
"Angah... Ibu panggil ajak makan sekali." pintu bilik Sham diketuk dan dipanggil eh adiknya.
"Angah nak keluar jumpa Abang Isma kejap lagi. Suruh semua makan lah dulu. Angah makan luar."
"Ok" Adiknya menjawab dan kedengaran langkah adiknya berlalu pergi menuruni tangga menuju ke dapur.
Selesai bersiap, Sham turun ke dapur bertemu ibu dan ayahnya untuk bersalam minta izin keluar.
"Sedapnya lauk.. Ibu.. tinggalkan untuk Azli sikit. Nanti balik Azli makan." Sham memberi pesan dekat ibunya. Ibunya hanya mengangguk tanda faham.
"Ibu.. Ayah.. Azli pergi dulu. Isma dah sampai tu. Ibu jangan lupa ye simpankan lauk sikit untuk Azli."
"Ye... ibu simpankan.."
Sham terus berlari menuju ke ruang tahu dan keluar masuk, ke dalam kereta Isma.
"Sory bro. Jumpa ibu dgn ayah kejap tadi." sambil itu Sham bersalaman dgn Isma.
"No hal lah. Aku faham. What's up bro. Apa yang urgent sangat ni. Ada apa-apa yang dah jadi ke siang tadi?" sambil memandu keluar meninggalkan perkarangan rumah Sham, Isma dengan tidak sabarnya terus bertanyakan hal yang Sham maksudkan senja tadi.
"Mana surat yang aku mintak bawakkan tadi?" pertanyaan Isma Sham tak endahkan. Surat-surat yang dimintanya senja tadi diminta.
"Ada dalam dashbord tu. Ambik lah. Aku ada buat salinan sekali surat-surat yang aku balas dekat Azie. Pun ada dalam tu. Kau baca lah sekali. Aku tahu kau tak pernah baca surat yang aku tolong balaskan tu. itu sebab aku buat salinan. Cepat lah cerita apa dah jadi sebenarnya. Apa yang Azie dah buat sampaikan kau panik sangat ni?" Isma masih tak puas hati. Didesaknya Sham supaya bercerita.
"Kita singgah dulu dekat mana-mana kedai makan. Aku lapar dah ni. Nanti dah sampai kedai makan aku cerita. Bagi can aku nak baca semua ni dulu." Sambil tangannya membuka dan baca sepucuk demi sepucuk surat-surat kiriman Azie, Sham memberi arahan.
"Ok.." Isma mengalah dan teruskan pemanduan.
Sepanjang Sham membaca semua surat Azie, muka Sham semakin berkerut. Dia cuba mencari jawapan di dalam kesemua isi surat, namun sepertinya tiada jawapan yang boleh dikaitkan.
"Semua isi surat dia ni macam isi biasa aja. Takde langsung ke arah yang apa yang ditulis dalam surat yang aku dapat petang tadi. Kenapa isi surat dia yang baru ni bunyinya lain sangat?" Sham kebingungan namun masih lagi diperah otaknya untuk mendapatkan jawapan.
"Maksud kau Sham? Azie ada hantar surat lagi ke?"
"Ada.. Ni ha.. Dia bagi sebelum aku nak balik tadi." Sham menghulurkan surat yang dimaksudkannya tadi kepada Isma yang kebetulan kereta dah parking.
Isma dengan khusyuk membaca isi surat tersebut. Selesai membaca..
"Sham.. Aku berani sumpah. Aku tak pernah tulis yang pelik-pelik dan yang bukan-bukan masa balas surat Azie. Kau pun dah baca kan Ayat-ayat yang Azie balas?"
"Ye.. aku percaya dengan kau. Tu yang aku pelik. Kenapa tiba-tiba aja ayat dia lain. Walhal kat tempat kerja aku langsung tak layan dia pun. Sekadar balas senyum dan say "Hai" aja lah kalau dia tegur dulu. Ye lah.. aku tak nak lah nampakkan sangat yang aku tak suka dekat dia. Aku buat-buat frendly aja lah macam yang lain." Sham cuba mencari kepastian.
"Ke Azie syok sendiri dekat kau Sham? Setahu aku dah 2 minggu Azie tak bagi surat dekat kau. kalau tidak setiap minggu dia bagi surat kan?"
"Tak pasti lah pulak aku. Mungkin lah juga kot..... Eh!? Ye ke Isma Azie dah lama tak bagi surat? Aku tak perasan lah pulak."
"Memang lah kau tak perasan sebab sibuk nak kejar Nur Atiliya Humairah aja." Isma mengusik Sham.
Sham hanya tersengeh sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal itu.
"Kau ni Isma.. Tahu aja kan.. Jom lah makan. Aku dah lapar ni. Aku belanja hari ni sbb aku yg ajak kau keluar."
"Ok...cantik lah.. Beres Bro." mereka pun terus buat oder.
Sedang mereka berdua leka menikmati hidangan yang di oder, Isma teringatkan sesuatu.
"Sham. Apa kata kau jumpa Azie lepas tu terus terang dekat dia. Kalau kau diamkan aja nanti dia ingat kau takde masalah dgn apa yang dia luahkan tu." Isma memberi pendapat.
"Memang aku nak jumpa dia esok. Harap-harap dia tak cuti lah esok."
Share this novel