"Amboiiii... bukan main lagi abang Said main lagu hari ni. Mesti semua tengah bosan agaknya tu sampai lagu rancak yang dikumandangkan.." Atiliya bergumam sendirian sambil berjalan ke simpanan loker untuk menyimpan handbag dia dan menghala ke punchcard mechine untuk punch masuk bertugas.
Liya bertugas shif tengahari hari ini. Jualan back to school yang dibuat pasaraya itu membuatkan semuanya sibuk dan kepenatan.. maka itu seringnya dapat permintaan dari staf agar mainkan lagu yang rancak sikit bila mana ramai yang mula dah penat dan mahukan booster untuk cergas semula...
Salah satunya Department Liya. Hari ini department Liya agak sibuk di saat Liya mula masuk bertugas. Mahu atau tidak Suzie harus pas batton pada Liya memandangkan Suzie perlu keluar untuk rehat makan tengahari. Liya langsung tak mengeluh. Langsung dia sambut batton Suzie dan layan apa yang pelanggan perlukan.
Setiap tahun bila tiba Jualan Back To school, Take Mee Shoes Department lah yang paling sibuk. Mana kan tidak, sekolah nak buka tak lama lagi sebaik tahun baru bermula. Semua yang dah mula nak masuk penggal baru persekolahan mestilah nakkan keperluan pakaian baru. Semestinya yang menjadi kewajipan kasut lah.. Semestinya lah ramai yang nak kasut baru. Itu sebab lah department Liya sibuk sangat sejak mula tarikh jualan.
"Liya.. Nak abang Mus tolong ke? Macam tak menang tangan aja tu?" melihatkan pelanggan yang masuk ke department Liya semakin ramai, Musli terpanggil menghulur bantuan.
"Yes... Please abg Mus. Nah resit. Sambut. Sory. Terpaksa." Liya sekadar mampu membaling resit department dari jauh kepada Musli memandangkan dia perlu layan pelanggan dihadapannya.. Musli hanya menunjukkan simbul jari 'ok' menandakan dia memahami.
Dalam kesibukan melayan pelanggan,Said datang menyapa Mus.
"Mus.. ramainya customer tempat Liya ni? Boleh ke dia urus sendiri?"
"Kalau kau free, meh lah tolong sama. Aku pun macam tak menang tangan juga ni."
"Aku nak uruskan DJ yang baru masuk bertugas hari ni dulu. Dia pun masuk shif tengahari juga ni. Lepas aku tunjuk mana yang patut dekat DJ tu, baru aku datang sini tolong."
"Cepat lah sikit. Time Suzie rehat lah pulak ramai customer masuk..Nasib baik aku rehat puluk 12 tadi. Kalau tak mungkin takde sesiapa yang tolong Liya."
"Ok lah Bro. Aku turun dulu kat DJ kaunter. Dah selesai dekat sana, aku datang tolong."
"Ok Bro. Roger."
Terus Said berlalu pergi dan Mus sambung bantu Liya.
2 jam lamanya customer bertali arus keluar masuk bersilih ganti membeli kasut sekolah, kasut sport, mahupun selipar. Selepas itu barulah pelanggan yang masuk beransur kurang.
"Liya.. Kak Sue.. Customer dah makin slow ni. Saya nak turun tengok budak² stor. Kalau ada nak mintak tolong lagi, bagitahu tau." Musli berkata
"Thanks Abg Mus. Nanti rehat Liya belanja minum petang. Ok?" Liya membuat tawaran
"No hal lah... Bye.. " Muslim setuju dan terus berlalu pergi.
Sementara Suzie melayan pelanggan, Liya ambil peluang tarik kerusi dan duduk menghilangkan penat. Kakinya berasa sangat lenguh akibat dari berdiri terlalu lama. Betisnya di picit² bagi menghilangkan rasa denyut sakit yang dirasakan hampir krem.
Tak lama lepas tu giliran Suzie pulak melabuhkan punggungnya di sebelah Liya sebaik aja pelanggan keluar dari department. Suzie menghela nafas keras melepaskan rasa penat...
"Aaahhhhh... Liya... penatnya kaki akak... Dah tak larat nak berdiri rasanya ni. Punya lah ramai customer hari ni.. Tak menang tangan kita dibuatnya.." Suzie juga memicit-micit peha dan betisnya bagi menghilangkan lenguh yang sudah mula mencengkam kakinya. .
"Maunya tak ramai kak... Hari ni kan cuti hujung minggu. Itu sebablah ramai. Ditambah pulak ada seminggu aja lagi sekolah penggal baru nak buka. Lagi lah ramai..." kata liya. Liya dan Suzie membelakangkan badan masing² dan bersandar badan sesama sendiri..
"Liya... bila kak Mira nak sambung kerja ni. Lamanya dia cuti.. Kesian Liya handle department sorang²" Suzie mula bersembang.
"Entah lah.. Liya pun tak tahu. Dari mula Liya masuk kerja sini lagi Kak Mira dah cuti. Liya tak kenal siapa Kak Mira ni. Belum pernah jumpa lagi. Dia kenapa kak ambik cuti lama sangat?" Liya bertanya.
Suzie membetulkan duduknya dan pusing memandang Liya.
"Akak tak pasti lah Liya.. Orang office tahu lah kot." Suzie membalas.
Sedang Liya dan Suzie rancak berbual, tiba² berkumandang suara DJ memecah suasana pasaraya. Masing² jadi senyap leka melayan celoteh DJ yang baru mula berkumandang..
"Dah lama ke kaunter DJ tu kosong takde DJ? " Liya bertanya.
"Lama lah juga... Boleh tahan juga suara DJ ni.. Akak ada lah juga dengar khabar angin yang tempat kita ni akan ada DJ baru. Dia ni lah kot." Suzie membuat telahan.
"Ye lah kot..." Liya jawab.
Liya begitu asyik mendengar celoteh suara DJ yang tengah ke udara.. Dari lenggok suara DJ tu dia merasakan yang suara itu seakan sama sangat dengan suara DJ radio kegemarannya.
"Kak Sue.. Cuba akak dengar betul². Suara DJ ni seakan sama sangat dgn DJ Isma Halil Hamzah kan?"
Suzie cuba mendengar dengan teliti. Dahinya berkerut cuba mencari kepastian.
"Haah lah... hampir sama. Cuma lenggok dia lain sikit. Cuba Liya dengar betul²."
Giliran Liya pula berkerut dahi cuba mencari kepastian juga.
"Betul lah kak Sue. Lain sikit."
"Hish... Melayan Liya ni sampaikan department akak terabai lah pulak. Akak pegi dulu lah.. Jangan feeling lebih². Nanti satu kerja pun tak jadi.." Suezie memberi amaran.
Suzie terus bangun dan menuju ke arah Baby department tempat yang sepatutnya suzie bertugas.
"Thanks kak Suzie tolong Liya tadi.." Liya menjerit dari kejauhan bila Suzie dah sampai ke departmentnya..
"No hal... Nanti bila² Liya belanja akak makan tau.." Suzie menjawab sambil menjerit juga. Dari kejauhan Liya menunjukkan jari "Ok". Selepas itu Liya duduk di meja jualannya bagi menyambung buat laporan jualan yang dah tertangguh hampir seminggu.
"Abang Said!! Abang Said!! Kejap... "
Melihatkan Said lalu melintas di hadapan department, Liya menjerit memanggil Said.
"Tunggu lah kejap.. Liya nak tanya sikit ni.. Lajunya lah berjalan.. nanti lah kejap.." Liya berjalan laju bagi mendapatkan Said.
"Ada apa Liya.. Abang nak cepat ni... Cakap lah apa yang Liya nak tahu sangat tu?" Said berpatah balik semula ke arah Liya setelah dia terlajak ke hadapan.
"Emmmm.... Ini DJ baru ke? Saja lah Liya nak tahu.. DJ baru ni DJ radio betul ke atau DJ biasa macam kita ni?" Liya bertanya.
"Kenapa Liya tanya? Dah terpikat ke dengan suara dia?" Said mengusik
"Tak... Suara dia ni mirip DJ radio yg selalu Liya dengar kat radio tu.. Suara dia mirip sangat dengan DJ Isma Halil Hamzah. DJ tu ke?"
"Kalau betul DJ Isma tu, Liya nak buat apa?"
Said berpeluk tubuh sambil tersenyum memandang Liya.
"Hihihi.. Kalau betul lah dia ni DJ isma tu, Liya nak lah juga berkenalan. DJ favorite Liya tu." Tersenyum simpul Liya menjawab malu.
"Liya nak tahu ke siapa dia? " Said membuat tawaran.
"Mesti lah.."Liya menunjukkan riak yang bersungguh dan dia betul² bermaksud.
"Ok... nanti abang sampaikan salam Liya. Nanti abang bagitahu dia Liya kirim salam dan nak berkenalan dengan dia. Kalau Liya nak tahu... dia buka DJ radio tu.. nama dia Azlisham. Tapi takpe.. Nanti abang bagitahu dia yang Liya nak berkenalan dengan dia.." sambil jalan berlalu pergi meninggalkan Liya, Said separuh menjerit memberitahu...
"Ha!? Bukan?? Kalau bukan, tak payah lah... Abang Said!! Abang Said!!" Liya terus menjerit cuba melarang dari Said sampaikan apa yang dimaksudkan awal tadi. Malangnya Said dah hilang tak nampak kelibatnya lagi.
"Alaaaa... malunya lah kalau Abang Said sampaikan betul². Dibuatnya DJ tu datang jumpa aku... adoiiiii... aku nak buat apa??? Alaaaahaiiii... Liya... Liya.. tu lah.. tak nak pegi siasat sendiri dulu. Sudahnya soalan makan diri sendiri... adoiiiii.. macamana ni..." Liya bergumam sendiri sambil mundar mandir seakan panic.
"Dari aku layan panik aku ni, baik aku buat laporan jualan yang dah tertangguh 4 hari tu. Sekurang kurangnya boleh lupakan sekejap hal DJ tu tadi." Liya berjalan ke meja kecil di tepi departmentnya dan sambung buat laporan harian.
________________________________
"Sham... ada awek dekat atas kirim salam. Dia nak berkenalan dengan kau." sambil berjalan menuju ke arah Sham, Said menyampaikan berita.
Sham terkejut dengan perkhabaran Said secara tiba² tu. Berkerut terus dahi dia dan menaikkan kening mengharapkan kepastian.
"Kau biar betul said... aku baru on air tak sampai 2 jam dah ada peminat? Siapa? Lelaki ke... Awek?" Sham menaikan keningnya meminta kepastian.
"Ye... Kau dah ada peminat.. Awek lah siapa lagi... Kalau lelaki tak kuasa aku nak sampaikan dekat engkau.. Nanti aku tunjukkan siapa peminat misteri kau tu. Sebelum tu..Nah info yang kau kena sampaikan untuk on air hari ni." Said menghulurkan kertas promosi kepada Sham.
Sham terlalu teruja dengan berita yang Said sampaikan terlupa apa yang sepatutnya dibuat ketika itu.. Kertas promosi disambut dan diteliti oleh Sham.
"Aku on air kejap.. lepas tu kau tunjukkan dekat aku awek yang mana jadi peminat misteri pertama aku kat sini tu. Tak sabar pulak aku nak tahu ni.."
Dek kerana teruja sangat, Sham terus memperlahankan volume lagu dan terus on air untuk sampaikan info jualan yang Said minta sampaikan tadi. Selesai aja info disampaikan, Sham membiarkan lagu berkumandang.
"Jomlah Said bawak aku naik atas. Kau tolong tunjuk dekat aku siapa awek tu. Tak sabar aku nak kenal dengan awek tu." Sambil meletakkan headfon di atas DJ kaunter, Sham memberi arahan kepada Said.
"Kau ni gelojoh lah Sham. Dia tengah buzy buat sales report tu. Masa rehat nanti lah aku kenalkan. Dia rehat sama dengan engkau nanti. Masa tu nanti kau apit lah dia sesuka hati kau."
"Alaah....Kau tunjuk dari jauh pun takpe tak payah kacau dia. Aku nak tahu aja yang mana satu. Setahu aku yang dekat atas tu majoriti girls."
"Ok.. kejap lagi aku bawa kau. Aku ada hal kejap nak jumpa Mus dekat stor. Lepas tu aku bawa tunjukkan."
"Ok.. jangan lambat. Aku dah teruja sangat ni.." Sham tersenyum hingga menampakkan sebaris giginya. Sambil menunggu Said, Sham skali sekala ke udara.
15 minit kemudian, Said pun sampai.
"Lamanya kau pegi jumpa Mus. Jom lah... Aku dah tak sabar ni.."
"Ehhhh.... engkau ni. Lain macam pulak aku tengok keterujaan kau ni. Haa.... Jom lah sementara aku tak sibuk ni."
Said berjalan terlebih dahulu di hadapan manakala Sham mengekori dari belakang.
Sesampainya di tingkat atas, Said cuba mencari kelibat Liya. Malangnya kelibat Liya tak nampak.
"Alaa... Sham. Dia takdelah. Dia masuk stor kot. kita tunggu sini lah dulu sementara tunggu dia keluar dari stor."
"Dia department mana?" Sham bertanya..
"Department kasut tu sana." Said menunjukkan di mana department Liya bertugas.
"Cun tak awek tu Said?" Sham bertanya lagi.
"Cun.. putih.. seksi lah juga. Aku yang duda ni pun rasa tergugat lah juga. Bergetar juga lah rusuk kiri aku ni bila menghadap dia.." Jawab Said sambil tersengih..
"Hishhh... Macam cun giler aja orangnya ni kalau ikut pada cara kau cerita ni." Sham semakin teruja.
Sambil berbual mata Sham masih tertumpu kepada persekitaran department Liya.
"Memang cantik orangnya.. Sedap aja kalau dipandang.. Tenang aja jiwa kita ni bila dekat dengan dia. Aku suka budak ni.. Sopan santun orangnya. Yang paling penting dia tak pandai sosial. Ramai aja budak² sini yang nak try, cuma masing² belum berani. Sebabnya dia ni pendiam orangnya. Tapi bila dah kenal, memang seronok sembang denga dia." Said bercerita.
"Apa dia buat lama sangat dalam stor tu Said? Lamanya terperap dalam tu. Aku dah tak sabar nak kenal dia ni." Sham semakin tak sabar.
"Kau ni Sham... Sabar lah.. Tak ke mana pun dia tu.. Dia tengah cek stok rasanya tu. Biasalah bila dah nak dekat hujung bulan ni. Kena buat semakan stok." Said menjawab.
Dalam pada tengah berbual, tiba-tiba Sham ternampak seseorang keluar dari stor kasut.
"Said... Said... itu ke orangnya?" Sham mencuit lengan Said dan memuncungkan bibirnya menghala ke arah Liya.
"Mana?" Said cuba mencari kelibat Liya. Setelah nampak di mana Liya, Said tersenyum..
"Haah... dia lah orangnya. Amacam.. Betul tak apa aku kata?" Said cuma menduga Sham.
Sham cuba bergerak mencari lokasi yang lebih jelas untuk melihat Liya.
"Sham.. kau nak pergi mana tu? Kata tak nak kacau dia dulu?" Said memberi amaran.
"Aku bukan nak kacau. Aku nak tengok lebih jelas sbb dia terlindung dengan rak. Aku tak nampak dia."
"Hish.. kau ni Sham... Gelojoh betul lah.." Said menurut Sham dari belakang..
"Ya Allah... Said... betul lah kau cakap tadi.. Memang gila cun lah orangnya.. Alamak... longgar rasa kepala lutut aku ni bila pandang dia ni. Aura dia menggegar jiwa aku betul lah.."
"Kan aku dah kata tadi. Betul kan?"
Sham leka merenung Liya dari kejauhan. Jantungnya berdetak laju dari biasa. Debarannya dirasakan amat berbeza jika dibandingkan dari biasanya dia memandang gadis lain. Dia merasakan yang hatinya dah mula bertaut dan perasaannya telah jatuh cinta pandang pertama terhadap Liya. Matanya masih tak lepas merenung ke arah Liya. Betul apa yang dikatakan Said. Gadis itu memang tak jemu dipandang mata. Auranya amat mengasyikkan jiwa mudanya.
"Sham... Sham... aku bercakap dengan engkau ni.. Kau dengar tak?" lengan Sham di siku Said apabila pertanyaannya tak dijawab.
"Woiii... Sham!!!" melihatkan Sham tidak memberikan sebarang respon, bahu belakang Sham ditepuk kuat oleh Said sehinggakan Sham terkehadapan sedikit.
"Woiii... Said! Sakit lah.. Terkejut Aku. Apasal kau tepuk aku?? Nasib baik aku tak kena sakit jantung tau. Kau ni kacau lah. Aku baru aja nak berangan.."
"Macamana aku tak tepuk kau... Dari tadi aku berborak sorang² lah ye rupanya? Kurang asam punya member. kau tak dengar lah ye apa aku tanya kau tadi? Kau tgh mengelamun ke? Jauh betul kau berangan ye."
"Said.. Apa nama dia?"
"Nur Atiliya Humairah. Kami semua dekat sini panggil Liya aja."
"Sedapnya nama dia. Secantik dan semanis orangnya juga." Mata Sham masih tak lepas merenung pandang ke arah Liya.
"Alah Sham... kalau dah tak tahan sangat, masa rehat nanti kau try lah dia. Itu pun kalau kau berani lah.."
"Liya rehat sama dengan aku ke nanti?"
"Ye... kan aku dah bgtahu tadi. Tu lah.. mata tu fokus kat tempat lain tapi telinga tu boleh pulak jadi pekak."
"Kau ni kan Said.." Sham melepaskan satu tumbukan buku lima dekat perut Said perlahan. "Kau saja nak usik aku ye.. Aku macam belum bersedia lagi lah nak apit dia. Gemuruh gila aku rasa bila pandang dia. tu baru pandang dari jauh ni. Belum lagi jumpa berdepan betul. Mau aku gagap agaknya.." Sham menggaru belakang kepalanya yang tak gatal sambil tersenyum sipu.
"Woiiii... apa punya jantan lah kau ni Sham. Bukan ke kau ni mat romeo? Kau kan senang dapat awek. Kau kan pandai ayat awek. Kenapa pulak bila dengan Liya ni kau jadi lain terus? Mana peginya Azlisham yang kaki romeo dulu tu haa?"
Sambil senyum sinis Said menyindir Sham bilamana Sham tiba² jadi penakut dengan perempuan.
"Entah lah... tu yang aku pelik. Aura Liya ni lain macam lah. Daya tarikan yang ada dekat dia buatkan aku gemuruh tau tak. Ni balik rumah mau aku tak boleh tidur lena ni."
"Lantak kau lah Sham. Aku nak masuk pejabat kejap. Tu kaunter DJ tu jangan ditinggalkan lama². Nanti bos besar nampak, habis kau nanti kena basuh." Said memberi arahan.
"Ye... kejap lagi. Aku nak stay sini kejap."
Said terus berlalu pergi menghala ke arah pejabat. Sesampainya Said di hadapan department Liya, Said berhenti.
Sham yang pada awalnya memerhatikan gelagat Liya, mula rasa panik bila Said singgah ke department Liya.
"Apa juga lah Said ni nak cakap dekat Liya tu. Jangan dia bgtahu aku tengah skodeng Liya dari jauh ni sudah lah. Mana pulak aku nak menyorok." Sham bergumam sendirian.
"Liya... sibuk ke?" Said menegur Liya dari hadapan department.
Mendengarkan namanya dipanggil, Liya mengangkat muka dan memandang ke arah Said.
"Boleh lah juga... sibuk sikit lah. Ada apa Abang Said?"
"Abang dah sampaikan salam Liya tadi. Dia dah jawab. Dia suka.." Sambil berjalan menuju ke arah pejabat, Said mengusik Liya.
"What!?!? Alaaaaa.... apa ni Abang Said. Yang pegi sampaikan buat apa.... Adooiiii..." Liya menepuk dahinya dan kemudian menekup mukanya dengan kedua tapak tangannya menahan malu.
Share this novel