BAB 44

Romance Series 17488

Ketika Liya dah masuk semula bertugas, Liya cuba mencari kelibat Sham. Merata dia mencari, tak nampak juga Sham.
"Hari ni bukan hari cuti dia. Kenapa dia takde hari ni? Dia mc ke? Nak tany dekat Abang Said dengan abang Mus, malas lah. Dia orang buzy hari ni" Sedang Liya bertanya dan bercakap sendiri, tiba-tiba...
"Liya!!! Stok kasut baru sampai kat bawah. Jom turun cek stok!!"Musli menjerit dari muka tangga paling atas.
"Aduhhhh... aku dah lah sorang hari ni. Stok pulak sampai.. mati lah kena buat sorang.." Liya membebel sendiri.
"Liya!!!! Cepat lah!!! " Musli menjerit lagi.
"Ok.. ok.. Liya datang." dicapainya pen dan berlari turun tengok stok.
Sampai di lori yang dah diturunkan...
"Banyaknya!!! Mana larat Liya nak urus sendiri semua ni.. Mau pengsan Liya macam ni.." Liya merungut.
"Abang tolong lah nanti. Ada lagi yang tolong nanti." kata Musli sambil buat senarai semak pada stok yang sampai. Liya juga ambil tindakan yang sama buat semak stok. Selepas semunya dah disemak, semua disusun dalam troli dan di angkat ke bangunan atas menuju department Liya. 3 kali Stok diulang ambil dari tingkat bawah.
Selepas semua stok dah sampai. Liya duduk bersila di hadapan semua stok tu.
"Macamana nak settle ni semua hari ni. macam tak sempat je.. huhuhuhu..." Liya hampir menangis.
"Kan abang dah kata tadi.. abang tolong lah...Bang Said datang kejap lagi lepas urus konti." kata Musli.
"Sekarang ni Liya bgtahu nak susun macamana ni kat dalam store." Musli bertanya.
"Kejap. Liya ganti baju kejap. Habis kotor baju ni nanti. Lepas tu baru Liya bagitahu." Liya terus bangun dan masuk ke dalam store kasut untuk mengganti baju. Liya memang sentiasa sediakan baju ganti andai terpaksa uruskan stok yang sampai.
Setelah itu bermulalah tugasan di dalam stor terlebih dahulu. kotak kasut disusun mengikut kod sama dan dicantumkan. setelah dilapangkan, barulah stok baru disusun rapi dengan dibantu Musli dan Said.
1 jam aja tugasan selesai di store, Musli dan Said terbaring di sebelah baki stok yang masih belum siap diurus.
"Kesian Abang berdua bersusah-payah bantu . Liya boleh je buat semua ni sendiri tapi lambat lah siapnya.. Mahu esok baru siap.. Hihihi.." kata Liya dalam nada simpati.
"Abang dah dapat tahu awal lagi stok department Liya akan sampai hari ni. Manager sana kata 2 hari sudah yang stok kali ni banyak. Tu yang Abang dah pakat dengan Abang Said akan bantu Liya. Kami tahu, Liya takkan mampu nmengusik
benda ni sendiri." Kata musli dalam mengah.
"Alah.. terharu Liya. Nak belanja makan, Liya baru bagi duit dekat mak semalam." Liya rasa bersalah.
"Hishhh.. Abang tak mintak balasan lah. Abang tolong Ikhlas tau." Said terus duduk apabila Liya bercakap pasal belanja makan.
"Baki stok yg tinggal ni macamana?" Said bertanya.
"Yang ini untuk diletak dekat rak-rak yang kosong tu.. Liya tak kemas lagi. Nak uruskan rak dulu, baru boleh susun stok baru."
"Oh.. Kami tinggalkan Liya sendiri ni boleh ke?"
"Boleh lah.. Abang berdua pun tengah banyak kerja juga kan. Takpe. Baki ni Liya urus sendiri buat slowly. Terima kasih tau tolong Liya."
Setelah mereka berlalu, Liya baru teringat sesuatu.
"Apasal lah aku tak tanya tadi kenapa Sham takde hari ni? Adoiiiii.. Pelupa betul lah aku ni." Pipinya dipukul berlahan kerana rasa menyesal.
Liya bangun dan bergerak ke stor semula untuk mengambil punch harga dan cable tight untuk ikat selipar dan sandle.
Menjelang waktu rehat pertama, Said datang mengajak untuk keluar rehat bersama.
"Liya.. jom rehat. Abang belanja."
"Liya tak larat lah. Kaki tangan semua dah lenguh sangat ni. Macam malas pulak nak keluar. Abang Said belikan bungkus boleh? Nasi putih, ayam kicap, sayur taughe dengan sirap limau. Boleh ke?"
"Boleh je.. nanti Abang belikan. Tak larat nak buat, rehat dulu. Nanti Liya sakit kami semua susah. Jangan buat tau. Rehat dulu." Said berpesan.
"Ok.." Liya menyahut. Selepas Said berlalu pergi, Liya duduk berlunjur sambil bersandar di rak berhampiran stok. Fikirannya melayang memikirkan Sham
"Abang.. Abang pergi mana? Dah lah 3 hari Liya tak jumpa abang, Hari ni pulak abang tak ada. Liya rindu sangat ni dengan abang.." sambil bercakap sendiri dalam nada berbisik Liya menarik kedua-dua lututnya dan dipeluk. Wajahnya disembamkan ke pehanya.
Sedang Liya berkeadaan macam tu, tiba-tiba...
"Assalamu'alaikum... sayang tengah penat sangat ke ni?" terdengar seseorang bagi salam dan berbisik di telinga Liya. Liya sangat mengenali suara itu.
Terus Liya angkat mukanya dan pandang insan yang ada duduk di sebelahnya.
"Abang..." dengan terujanya Liya hampir hendak memeluk Sham. Namun dibatalkan dengan hanya ambil tangan Sham salam dan cium tangan Sham.
"Hai.. sayang dah makin berani ye sekarang.. Kenapa tak terus peluk aja tadi? Rindu dengan abang ke?" Sham mengusik.
"Gila tak rindu.. 3 hari tak jumpa abang. Kalau dulu walaupun tak jumpa, tapi ada lah juga dengar suara abang. Ini... hmmm." Liya mengadu
Sham hanya menggeleng tersenyum mendengar jawapan Liya.
"Hehehe.. kalau pasal nak terpeluk tu... respon tak disengajakan. Nasib baik sempat beringat. Tu yang salam aja. Dah tak Tahu nak buat apa. Sory.."
"Abang rindu juga dengan Liya. Tu yang abang ke sini. Sepatutnya abang kena balik rumah terus ni. Tu bonzer abang. Dia tak bagi sebenarnya abang ke sini." kata Sham sambil menjeling ke arah Isma.
"Hai Abg Isma. Kenapa pulak nak kena jaga Sham? jap.. Jap.. Apasal Hidung Liya ni bau hospital?" Liya terus capai tangan Sham lagi satu. Liya terkejut bila dilihat tangan kiri Sham ada kesan jarum besar di tangan.
"Abang baru keluar wad ke ni?" Liya bertanya dalam nada terkejut.
Sham dan Isma berpandangan satu sama Lain.
"Masa Liya dekat kampung, Sham kena serangan appendiks masa dekat konti. Abang dengan Mus yang bawa pegi hospital. Sebab tu Sham baru keluar wad lepas operat lah tu buang appendiks lah."Said menyampuk sambil letak makanan kiriman Liya tadi di atas meja.
'Kenapa sayang tak keluar rehat? Kenapa bungkus makan sini?" Sham bertanya kehairanan.
"Tak larat dah nak jalan ni. satu badan lenguh. Hari ni stok baru sampai banyak sangat. Nasib baik ada yang tolong. Kalau tak mau gak sampai sekarang Liya tak siap lagi susun stok dekat stor." Liya mengadu..
"Kesian sayang... Abang nak tolong, abang sendiri pun tak sihat lagi. Abang tambah cuti ni tau. Abang tak datang kerja dalam 3 hari. Doktor bagi MC. Lepas 3 hari, baru abang datang kerja." Sham memberitahu sambil main jari Liya...
"Ala.. tak jumpa lagi.."Liya merajuk.
"Jangan lah macam ni.. Abang gigit mulut tu nanti tau lah. Abang tengah geram ni dengan mulut tu." Sham berbisik dekat Liya.
"Eeee.... Sempat gak lagi kan?" peha Sham dicubit.
"Isma.. kau bagi surat MC aku dekat Said. Nanti senang dia boleh bagi trus dekat management.." Sham memberi arahan. Isma terus mengorek bag galasnya. Setelah jumpa, terus diserahkan kepada Said.
"Sayang.. abang tak boleh nak duduk lama ni. Abang nak kena rehat. Sepanjang abang takde, jangan nakal tau. Nanti jumpa lagi 4 hari."
"Ok.. abang tu.. tak care. jaga makan dan jangan banyak bergerak tau kalau nak cepat baik. Yang penting jangan angkat barang berat." Liya memberi pesanan dan nasihat.
'Baik doktor Atiliya Humairah sayang.." Hidung Liya diusik. Liya hanya membalas sambil tersenyum.
Selepas itu Isma bantu Sham bangun. Liya pun turut sama bangun. Setelah itu Liya ambil tangan kanan Sham salam dan cium tangan Sham. manakala Ketika Liya sedang salam, Sham cium kepala Liya. yang beralaskan tudung itu.
"Aaiiiii.. awal.lagi dah praktis ni." Isma mengusik.
"Aku ikut rentak Liya.. Dia yang mulakan. Aku ikut je." kata Sham sambil tersenyum.
"Praktis abang Isma. bila sampai masa, tak kekok dah... hihihi.." Liya menjawab.
Isma. hanya menggeleng.
"Dengan Abg Isma, tak nak salam ke?" Isma mengusik lagi.
"Hishhhhh.. mana boleh. tangan Abang isma hak milik isteri dan anak-anak abang Isma aja. Liya ni kan org luar.. Mana boleh... hihihi.." Liya menjawab dalam nada bergurau. Isma hanya ketawa. Sham pula hanya sekadar senyum menahan perut.
Apabila Sham dan Isma dah berlalu pergi, Liya ambil bungkusan makanan nya masuk ke dalam store kerana Liya akan makan masa rehat kedua.

________________________________

Sebaik sahaja Sham dimasukkan ke dalam kereta, dan Isma mula memandu...
"Sham.. kau tak ralat ke biarkan Liya buat macam tu. Kau pulak layan sama." Isma mula berbual.
"Aku nak buat kenangan semua tu Isma. Kenangan indah saat disayangi dan dicintai."
"Tak ke nanti akan lebih menghancurkan hati Liya bila semua yang kita rancang menjadi?" Isma bertanya.
"Sanggup atau tak sanggup kita terpaksa juga buat. Mata-mata Rusdee ada aja dekat mana-mana. Silap gaya staf dekat tempat kerja tu ada yang jadi mata dia juga. Aku tak pelik." kata Sham.
"Sementara kau cuti ni, kau rehat betul-betul. Jangan nak melasak. Nanti aku akan bagitahu family kau kemana selama ni. Aku nak mintak diaorg pantau makan kau. Kalau tak nanti lagi lambat baik." Isma berpesan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience