"TAHNIAH Liya... lepas ni jangan gaduh-gaduh tau. Kalau Sham buat perangai cakap dengan abang. Biar abang belasah dia." Sambil tu Said serahkan nota kiriman Sham kepada Liya..
"Apa ni Abang Said." Liya bertanyakan sekeping kertas yang baru diberi oleh Said tadi.
"Sham suruh bagi. Baca lah. Abang nak masuk pejabat kejap."
Liya buka lipatan nota itu dan membacanya..
"Sayang...
terima kasih atas jawapan yang abang tunggu-tunggu selama ini. Terima kasih sayang..
Abang tak sabar nak berdua dengan sayang. Kita keluar rehat awal hari ni. KITA BERDUA SAHAJA.. Abang rindu sangat dengan sayang.
Love you so much..
AZLISHAM..
Liya melipat semula nota itu dan senyum sendiri.
Yang macam dijanjikan, Sham dan Liya keluar rehat bersama. Mereka berdua beriringan menghala ke punch kad dan turun bangunan bersama. Ketika menuruni tangga, Sham capai tangan Liya dan digenggam jari Liya dengan erat.
"Awal lagi dah pegang ni. Langsung tak nak mintak izin ye.." Liya berbisik.
"Liya pun tak menolak, maknanya Liya izinkan kan?" Sham membalas.
"Tangan aja tau. Lebih-lebih tak boleh." Liya memberi amaran.
"Ye.. abang tahu batas tu semua."
Sesampainya di tepi jalanraya, Liya terhenti.
"Abang.. Liya nak melintas sendiri. Boleh?" Liya meminta izin.
"Tak boleh. Sayang dah bawah tanggungjawab abang sekarang. Abang yang akan pimpin sayang."
"Jangan lah manjakan Liya. Nanti Liya juga yang susah nanti kalau kebetulan kita tak boleh keluar rehat sama." sambil itu Sham memegang kemas jari Liya dan tarik pandu Liya melintas jalan.
"insyaallah.. Liya akan boleh buat sendiri nanti bila sampai masanya."
Sesampainya di warung, Sham menarik kerusi dan menyuruh Liya duduk.
"Amboiiii.. sweetnya dia. Thanks Abang.."
"Untuk sayang, buat apa pun abang sanggup."
"Jangan lah..Nanti Liya yang susah. Tak pandai nak berdikari."
"Sayang.. Jangan nak degil boleh tak?"
"Ok..." Liya buat muka merajuk.
"Tengok tu.. Buat muka.. Nak cabar abang ke ni? Abang tengah geram dengan sayang ni tau. Iman abang tak kuat nanti, tak pasal-pasal Liya nanti.."
"Abang ni kan.. serba tak kena lah. Liya nak buat muka macamana ye bagi abang tak geram dekat Liya? Cuba bagitahu Liya?"
"Liya buat muka macamana pun lah, Abang tetap akan geram dekat Liya. Kalau boleh dari hujung rambut sampai hujung kaki liya tu abang nak tau.."
"Eeeiiiii.. gelojohnya... Itu kalau Liya ni dah sah jadi isteri abang, boleh lah semua tu jadi hak milik abang.. Ini baru hari ni nak couple, dah mintak nak macam-macam."
"Kedekut lah sayang ni.."
"Biar kedekut sekarang.. Bila dah sampai masanya nanti, abang pulun lah sehabis mahu dekat Liya ni. Ok?"
Sham tersenyum puas.
"Terima kasih sayang.. Tamatkan penantian abang." Tangan Liya digenggam dan dicium. Tindakan Sham itu buatkan Liya teringatkan sesuatu. Secara mendadak Liya tarik tangannya dari genggaman Sham. Sham terkejut dengan tindakan Liya itu.
'Kenapa sayang? Abang ada buat salah ke?" Sham bertanya.
Liya tak menjawab, Liya hanya menggeleng.
"Ya Allah.. kenapa bila Sham buat macam tu tiba-tiba aku teringat dekat Munir?" Liya merungut dalam hati.
"Kenapa sayang diam tiba-tiba ni? Cakaplah.. Jangan takutkan abang.."
"Takde apa-apa. Cuma terkejut aja bila abang buat macam tu. Tu aja."
"Tak.. sayang ada sembunyikan sesuatu ni. Cuba cerita dengan abang.."
"Kita makan dulu lah. Liya dah lapar ni. Nanti Liya cerita."
Sham hanya menurut. Sham dapat rasakan yang Liya ada sembunyikan sesuatu darinya
"Sayang.. Hari ni first day kita date.Please jangan buat moody macam ni.Abang tak senang hati lah. Macam abang ada buat salah. Kalau abang ada buat salah, please.. bagitahu.." Sham merayu.
"Abang.. Abang tak salah apa-apa pun. Liya yang rasa bersalah dekat abang. Rasa bersalah sangat-sangat."
"Maksud Liya?"
"Tindakan abang tadi tiba-tiba buat Liya teringatkan masa lalu Liya. Maafkan Liya, abang.. Liya betul-betul mintak maaf."
"Oooh.. pasal tu ke.. Ok.. Abang faham. Lagipun Liya baru aja putus dengan dia. Lepas tu tiba-tiba pulak abang muncul dalam hidup Liya. Mesti Liya tengah keliru kan?"
"Maafkan Liya abang.. Liya tak sengaja.."
"Takpe.. Abang Faham. Kta belajar perlahan-lahan untuk rawat hati Liya tu. Ok? Abang tak marah pun. Sepatutnya abang yang mintak maaf dengan Liya sebab muncul di waktu yang salah..." Sham pulak rasa bersalah.
"Abang tak bersalah pun. Memang kemunculan abang tepat pada masanya. Liya memang perlukan kekuatan semangat masa tu untuk tenangkan jiwa Liya. Datang pulak abang ke sini sebagai penghibur hati Liya. Suara abang dan celoteh abang dah cukup buat Liya rasa tenang dan gembira. Terima kasih sekali lagi sebab hadir dalam hidup Liya." Giliran Liya pula mencapai jemari Sham dan digenggam erat.
"Cinta abang pada Liya sekarang dah tak ada batasnya lagi. Abang rasa bahagia sangat bila cinta abang kini bukan lagi bersendirian. Semoga perasaan kita ni terus bersatu sampai bila-bila. Kalau ditakdirkan kita ada jodoh, abang nak Liya jadi suri hati abang sepanjang hayat abang."
"Insyaallah. Awalnya abang dah fikir sampai situ.Liya baru aja bagi hati Liya dekat abang.Nak capai ke arah itu, kita tunggu fan lihat aja dulu. Liya takut hati ni terluka lagi bipa terlalu mengharap.." Liya menjawab.
"Kita cuma berusaha aja sampai ke tahap itu. Kalau Allah takdirkan kita hanya sekadar merasai keindahan cinta ini tanpa ikatan, nak tak nak kita kena belajar redho dan pasrah juga. Allah tu lebih tahu kan siapa sebenarnya rusuk kiri abang yang hilang tu."
Liya hanya tersenyum bahagia bila mendengarkan jawapan Sham. Liya merenung Sham sambil menyedut air minumannya.
"Kenapa sayang tenung abang macam tu? Semacam pulak abang rasa."
"Takde apa. Saja. tengah mengintai pandang isi hati abang dari mata abang. Sejauh mana cinta abang tu dekat Liya. Lagi satu..rupanya abang ni makin hansem bila di pandang ye..Liya aja lah yang tak perasan selama ni. Patut juga lah Azie gilakan abang.."
"Apa ni sayang sebut nama Azie tengah kita date macam ni Abang tak suka lah. Spoil mood abang aja."
"Sory...sory.. Lepas ni tak sebut dah. Janji." Liya angkat tanganya tanda janji.
"Baru Liya tahu ke abang ni hansem. Liya tu aja yang tak nampak abang. Sampai hati."
"Abang.. Liya bukan jenis yang pandang luaran dulu tau.. Sebab luaran ni hanya sementara. Ketulusan dan kejujuran hati tu yang Liya pandang dulu. Hansem tu Liya letak di tangga ke 4 atau lima."
"Huisss.. jauhnya. Kiranya abang ni jenis pandang cantik dulu lah ye bukan pandang hati Liya?"
"Itu lumrah ciri lelaki. Itu sebab lelaki mudah jatuh cinta pada pandangan pertama. Tak nafikan juga ada perempuan yang jenis nampak hansem dulu. Kalau tak hansem, reject. Ada aja. Tapi itu bukan Liya lah.."
"Itu sebab Liya ni susah nak dirapat. Susah nak dapat hati dan cintanya. Sebab jenis teliti sebelum memilih. Sikap jinak merpati Liya ni lah yang buat ramai lelaki yang rasa tercabar. Lelaki ni kan suka pada cabaran."
"Kiranya Liya ni cabar abang lah ye?"
"Ye.. memang mencabar sangat. Tercabar sangat. Di sebabkan abang ni sukakan cabaran, Abang berusaha juga lah. Akhirnya sekarang.. Alhamdulillah.. usaha abang tak sia-sia."
Liya hanya tersenyum mendengarkan luahan Sham.
"Sayang.. minggu depan kita keluar pegi date, nak? Tengok wayang ke.. jalan-jalan taman ke.. nak?"
"Tapi kita cuti tak sama. Macamana?"
"Takpe.. abang mintak tukar cuti lah.. tak jadi masalah pasal tu."
"Ok juga tu.. Liya pun dah lama sangat terperap kat rumah aja bila cuti."
"Ok.. nanti kita confirm kan kemudian. Abang nak kena mohon dulu. Bila dah lulus cuti, nanti abang bgtahu Liya..
"Ok."
Share this novel