Dalam langkah yang longlai, Munir menuju ke tempat letak kereta. Dadanya merasa sangat perit saat menerima berita dari Hakim dan Liya tadi. Sebaik aja masuk dalam kereta dan menutup pintu kereta, Munir menjerit sekuat hati dan menangis..
"Maafkan abang, sayang. Sepatutnya yang menjadi pemilik rusuk abang adalah sayang. Tapi abang dah buat kesilapan besar. Kerana tindakan tu abang dah kehilangan sayang buat Selama-Lamanya.." dalam tangis Munir meluah perasaannya. Dia langsung tidak mempedulikan akan pandangan org luar akan gelagatnya di ketika itu. Hatinya benar-benar luluh... hancur.. air mata jantannya semakin laju mengalir... dengan sekuat-kuatnya dia meraung dalam kereta melepaskan segala sesak dan sebak di hatinya...
*************************************
sementara di kampung...
Sayup-sayup kedengaran bunyi kereta yang amat dikenali Puan Salmah masuk ke perkarangan rumahnya. Terus puan Salmah menyambut anak angkatnya itu sebaik kedengaran diberi salam.
"Waalaikumussalam... Ammar.. Jom masuk berkenalan dengan anak mak yang dekat Gombak." Puan Salmah menyambut Ammar di muka dapur dan mempelawa Ammar masuk.
"Kenalkan ni Ammar. Anak angkat mak yang selalu jaga dan jenguk mak sepanjang kamu semua takde." Pn Salmah memperkenalkan Ammar kepada kepada Izah dan Rusdee. Terus Ammar bersalaman dengan Rusdee.
"Ammar ni kawan baik adik kamu sejak tingkatan 6 sampailah sekarang. Masa adik balik ambik results STPM haritu, mereka berdua ni jumpa balik semula." cerita puan Salmah.
Ammar cuba mencari sesuatu sambil menjenguk sekeliling.
"Mak. Atie tak balik sekali ke?" Ammar bertanya.
Pertanyaan Ammar itu buatkan suasana menjadi sepi. Tiba-tiba air mata Pn Salmah mengalir.
"Eh...kenapa pulak mak menangis? Along? Kenapa dengan mak? Atie mana Along. Tak ikut balik sekali ke?" Ammar mula rasa ada yang tak kena bila melihat mak angkatnya tu menangis.
"Atie ada dekat hospital Selayang sekarang ni, Ammar." dalam nada sebak, Along Izah menjawab.
"Haaaa????? Atie kenapa sampai di masukkan hospital? Haritu jumpa elok aja. sihat aja." Ammar bernada terkejut.
"Esok mak nak ke sana nak tengok Atie. Kalau Ammar nak ikut, boleh lah esok ikut sama." Puan Salmah mempelawa Ammar.
"Mak. Ammar tak boleh nak tunggu esok. Petang ni juga Ammar akan ke sana. Ammar nak tengok Atie." terus Ammar bingkas bangun capai kunci kereta dan bergerak melangkah keluar.
"Ammar!!! Ammar!!! Sekejap!?! Tunggu sekejap!!!" Rusdee menjerit memanggil Ammar.
Langkah Ammar terhenti dan mengoleh kearah Rusdee yang mengejarnya.
"Ammar guna kad lawatan ni kalau nak tengok Atie. Takde kad ni tak boleh masuk kalau luar waktu melawat." Rusdee menyerah sekeping kad kepada Ammar. Ammar terus menyambut kad itu dan menghidupkan enjin kereta mula bergerak keluar dari perkarangan dengan laju.
Ammar pulang ke rumah orang tuanya meminta izin dengan ayahnya untuk cuti beberapa hari untuk menjenguk Atie ke hospital. Setelah mendapat izin dan berkemas pakaian yang perlu, Ammar terus memandu ke arah Selayang. Jiwa Ammar jadi tidak tenteram. fikirannya melayang memikirkan Liya
"Atie... apa jadi dengan sayang sebenarnya. Kenapa sampai ke tahap masuk ke hospital? Ammar tak puas nak bersama sayang. Tolonglah ya Allah.. Jangan pisahkan kami lagi buat kali kedua. Aku dah tak sanggup Ya Allah..." Sambil memandu Ammar merintih sendirian. Air matanya mengalir dengan tanpa henti di sepanjang perjalanannya.
Tanpa sedar Ammar dah sampai ke ruangan tempat letak kereta hospital Selayang yang kebetulan ada satu tempat yang kosong.
Dengan pengawal keselamatan yang bertugas Ammar bertanyakan bangunan yang di cari dan meminta tunjuk arahnya. Setelah itu Ammar terus menuju ke lobby hospital untuk mendapatkan arah menuju ke wad pula. Apabila arah dah diperolehi, Ammar terus melangkah laju ke arah lif dan menuju ke arah wad yang dicari.
Berpandukan kad pelawat yang diterima dari Rusdee, Ammar mencari ruang bilik yang dimaksudkan..
Ammar berhenti betul-betul di hadapan pintu katil wad bila no bilik yang dicari di hadapan matanya. Ammar dengan perlahan membuka pintu bilik itu. Sebaik sahaja dibuka,dilihat dalam ruangan itu ada seorang lelaki menemani pesakit tersebut. Matanya perlahan-lahan memandang pada nama yang tertera di atas kepala katil pesakit. "NURATILIYA HUMAIRAH" Ammar terus tak mampu mengawal imbangan badannya "Allahuakhbar... Sayang.. kenapa sayang jadi macam ni. Ammar tak puas bersama sayang. Kenapa duga Ammar macam ni." Ammar jatuh terduduk menyandar di tepi dinding bersebelahan pintu sambil menangis perlahan menahan sebak.
Hakim yang baru menyedari kehadiran seseorang dalam bilik tersebut terkejut dan terus mendapatkan Ammar.
"Eh..Encik. Kenapa ni? Mari saya bantu. Saya bawa encik ke ruang rehat ye." Hakim mendapatkan Ammar dan memapah Ammar menuju ke ruang rehat. Ammar benar-benar lemah saat itu. Seluruh anggota tubuhnya dirasakan tak bermaya bila melihat keadaan Atie yang dipenuhi alat bantuan berhampiran nya.
"Maafkan saya. Encik ni siapa ye? Encik kenal ke dengan pesakit?" Hakim bertanya untuk mendapatkan kepastian.
"Pesakit tu nama dia Nuratiliya Humairah Binti Nordin kan?" Ammar bertanya.
"Ye.. betul.. Encik ni siapa dengan Pesakit?" Hakim bertanya lagi.
"Saya rakan sekelas Atie selama 2 tahun dan merupakan sahabat baik saya yang paling rapat dengan saya." Ammar menjawab.
"Oh ye... hampir saya terlupa. Kenalkan saya Hakim. Saya abang angkat Atie masa kami di sekolah menengah dulu." Hakim memperkenalkan diri. Mereka pun terus bersalaman.
"Macamana Ammar tahu Atie ada di sini?" Hakim bertanya lagi.
"Kak Long dan mak yang bagi tahu Atie ada di sini. Sebaik aja tahu terus saya ke sini. Ini kad yang Along bagi untuk memudahkan saya masuk ke sini." Ammar menunjukkan kad yang diperolehi dari Along petang tadi.
Hakim mula mengesyaki sesuatu.
"Rasanya ini lagi salah seorang insan istimewa yang pernah hadir dalam hidup bakal isteri aku. Aku perlu mengenali dia ni supaya aku dapat mendalami siapa sebenarnya Atiliya ini di mata hati insan-insan yang bernama lelaki di sekeliling Atie." dalam hati Hakim berkata-kata lembut.
"Maaf. Saya rasa hubungan encik Ammar dengan Atie ni bukan sekadar Sahabat kan. Lebih dari sahabat kan?" Hakim meminta kepastian..
Ammar bangun dan berdiri menghadap cermin tingkap. Sambil menarik nafas yg dalam , Ammar mencari kekuatan diri.
"Sebenarnya hanya saya yang bertepuk sebelah tangan selama ini. Atie masih juga menganggap saya sekadar seorang sahabat. Atie dah tahu perasaan sebenar saya terhadap dia. Atie menolak cinta saya dengan cara baik disebabkan dia tak mahu lagi dikecewakan setelah baru aja di khianati sebelum ni. Saya berkeras untuk terus menunggu cintanya dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran bersamanya dalam jangka masa terdekat ini." Ammar bercerita.
"Ammar masih menyintai dia sampai sekarang?"
"Ye..saya masih menyintai dia dan sangat menyayangi dia sampailah saat ni. Itu sebab bila terpandang keadaan dia yang macam tu, saya jadi lemah. Dia sumber inspirasi saya selama ini. Dia lah yang pendorong saya saat saya pernah jatuh dan hampir putus asa." Ammar menambah.
Hakim terus terdiam. Tak mampu untuk Hakim berkata-kata bila mendengar bicara Ammar. Hati Hakim pulak merasa sebak.
Sedang Hakim dan Ammar bersembang,
"Hakim. Kat sini rupanya kau. Atie dah bangun tu. Minum petang dia kau dah siap kan ke?" Indra bertanya.
"Aduhaii.. aku lupa. Aku turun belikan kejap. kau pergi lah sambung kerja. Nanti ada yang akan temankan Atie nnt sementara aku pergi cari minum petang untuk dia." Hakim menjawab.
"Jangan lambat. Kau tahu kan Atie tak boleh lambat. Sementara tu aku buatkan Milo panas dulu untuk dia." Indra berpesan.
"Ok Boss." Hakim menjawab sambil tersenyum.
Ammar yang memerhati perlakuan mereka berdua berkerut kehairanan.
"Ammar. Nanti saya jelaskan apa hubungan kami berdua dengan Atie. Ammar pergi jumpa Atie dulu sementara saya keluar cari makanan minum petang Atie." Hakim menepuk bahu Ammar dan bergerak keluar pintu wad.
Dengan langkah yang perlahan, Ammar berjalan menuju ke ruang bilik Atie dan menolak pintu bilik perlahan-lahan. Dengan menahan perasaan yang mula sebak, Ammar mula menghampiri Atie.
"Assalamualaikum.... sayang." Ammar memberi salam.
Dengan perlahan Atie membuka mata dan cuba mengenal pasti siapa yang berada di sisinya saat ini. Berkerut wajah ya setelah dapat mengenal pasti siapa yang di lihat.
"Ammar?? Macamana Ammar tahu Atie ada sini?" Atie dalam nada terkejut.
"Kak Long yang bagi tahu. Kak Long ada dengan mak kat kampung. Esok baru mak sampai sini." Ammar bercerita sambil duduk di katil sisi Atie dan memegang jemari Atie.
"Maknanya Mak pun dah tahu lah ni keadaan Atie sekarang?" Atie bertanya.
Ammar hanya sekadar mengangguk mengiakan.
Air mata Liya mula berguguran.
"Sayang.. pleaseeeee... jangan macam ni. Ammar tak nak tengok sayang sedih macam ni." Ammar menyapu air mata yang gugur di pipi Liya menggunakan key yang di dalam poketnya.
"Ammar... ini bau minyak wangi Atie. Ammar guna minyak wangi Atie yang tertinggal dekat rumah mak?" Atie memegang key Ammar dan menghidunya.
'Buat pengubat rindu Ammar dekat sayang. Dah lah sayang jauh dari Ammar. lepas tu susah nak berhubung. Itu aja lah cara nak ubat rindu Ammar dekat Atie." sambil itu Ammar mengusik hidung Liya menggukan telunjuknya.
Atie tersenyum gembira. Sedang Ammar berbual dan bergurau dengan Liya..
"Assalamualaikum... selamat petang adik abg.. sory lah ye abg kacau kamu berdua sekejap. Abang nak hantar Air ni sekejap sementara Hakim cari minum petang untuk Atie." Indra menuju ke arah Atie sambil membawa segelas Air Milo panas.
"Haii... saya Doktor Indra yang handle kes Atie sekarang dan juga abang angkat Atie semenjak berada di wad ni. Kami juga pernah satu sekolah dulu. Tapi Atie junior lah." Indra perkenalkan diri.
"Ini Ammar. Kawan baik Atie masa tingkatan 6 dulu. Kawan gaduh Atie juga ni sepanjang 2 tahun kenal." Atie bercerita dengan gembira sambil menjeling Ammar
"Sampai hati kata kawan gaduh kan. Ammar baik lah. Atie tu aja yang garang tak bertempat tau."
" Macamana Atie tak garang. Asyik buat pasal dengan Atie aja kan...memang kena marah aja lah." Atie bercerita sambil ketawa. Indra juga turut sama ketawa.
***************************
Tanpa sedar gelagat kemesraan Ammar dan Liya diperhatikan oleh seseorang dari luar cermin pintu. Sedang leka Sham leka memerhatikan, baju Sham ditepuk perlahan seseorang.
"Sham. aku nak hantar air dalam bilik Atie ni. Nak ikut jenguk dia tak?" Indra mempelawa.
"Takpe lah.. Saya tengok Atie dari luar aja Tak nak ganggu emosi dia kalau nampak saya nanti." Sham menyambut.
Maka itu Sham hanya memerhati situasi Atie dari luar sahaja
"Bahagianya sayang abang tengok bila kawan-kawan sayang ada keliling. Abang teringin sangat jumpa sayang. Tapi abang belum kuat. Abang juga tak nak sayang dalam keadaan bahaya." sambil itu Sham menyeka air matanya yang mula berguguran sambil memegang dadanya yang mula terasa perit.
"Sham. kau ok tak ni? Kenapa dekat luar aja. kenapa tak masuk." Hakim menegur perlahan di sisi Sham.
"Aku tak nak bahayakan Atie. Dia tengah happy tu jumpa kawan lama." Sham berkata sambil memandang ke arah dalam ruangan bilik wad dari luar cermin pintu.
"Betul juga tu Sham. Ada baiknya biarkan kawan baik dia jaga buat sementara ni kan. Aku nak bagi peluang Atie happy sepuasnya sebelum sampai waktu untuk jalani pembedahan tu nanti." Hakim menyetujui pendapat Sham.
ketika Indra melangkah keluar bilik wad Liya..
"Kenapa kau tak masuk Hakim hantar makanan tu ." Indra bertanya.
"Indra. Kau tolong hantarkan makanan ni dekat dalam. Bagitahu Atie aku ada hal sekejap. Kau mintak tolong Ammar jagakan Atie untuk malam ni, boleh.?" Hakim membuat permintaan.
Indra terkejut dalam wajah berkerut kehairanan.
"Maksud aku macam ni. Kau nampak tak Atie tengah happy bila jumpa Ammar tu. So aku nak bg peluang Ammar rapat dengan Atie selagi ada peluang. Kita tak tahu situasi Atie macamana nanti bila dah selesai pembedahan tu nanti. Biar ada memori indah antar mereka berdua tu nanti."
Indra termenung sebentar memikirkan pendapat sahabat nya itu.
"Ok..aku setuju juga pendapat tu. Tapi kau tak jales ke Ammar rapat macam tu dengan Atie." Indra menguji Hakim.
"Tak lah. Ammar adalah sejarah lama Atie.Aku langsung tak kisah.dan langsung tak ambik hati."
Share this novel