BAB 37

Romance Series 17488

Sebelum ambil keputusan peperiksaan, Liya balik kampung awal sehari. Sebelum naik bas balik ke rumah, Liya meronder bandar daerah kelahirannya dahulu bagi meninjau sekitar bagi melepaskan rindu.
Sedang Liya pusing dan tinjau kawasan, tiba-tiba....
"Nuratiliya Humairah Binti Nordin." kedengaran suara lelaki memanggil nama penuh Liya
"Siapa juga lah yang sebut nama penuh aku ni. Lelaki pulak tu. Aduhaiiii.. seram pulak lah nak pandang. Tapi macam kenal suara ni." Liya mengomel sendiri. Setelah itu baru dia toleh ke arah dari mana suara itu.
"Kenal aku lagi tak?" Lelaki ini bertanya Liya.
Berkerut-kerut muka Liya cuba mengingatkan sesuatu.
"Kalau tak silap... Muhd Taufik Ammar bin Jalal kan?? Sory tak cam bila dah ada misai macam tu. hahaha. " Liya buat tekaan sambil berseloroh.
"Kuat juga ingatan kau ye. Kau balik nak ambik result ke?" Ammar bertanya.
"Habis tu.. ye lah. Kau pun kan?" sambil itu mereka berjalan beriringan yang hala tujunya tak pasti
"Aku memang tak ke mana. Stay sini aja. kerja sekitar sini juga. Eh.. alang-alang dah jumpa ni, Jom kita lepak Kfc ke sambil borak." Ammar mengajak.
"Kau nak ajak aku ni, makwe kau tak jales ke nanti?" Liya mengusik.
"Aku mana ada makwe. Makwe aku sorang je. Kau aja lah orang tu. lepas tu mana ada dah." Sambil itu mereka beriringan masuk ke dalam Kfc.
"Atie. Kau nak makan apa? Ke nak aku oder yg macam dulu tu?"
"kau ingat lagi menu kesukaan aku tu Ammar?"
"Mana aku boleh lupa. Kau pegi cari tempat kat atas. Nanti aku datang."

Di tingkat atas KFC..
"Macamana lah aku boleh terjumpa dia ni balik. Jangan dia ajak aku nak couple balik sudah lah. Tak sanggup aku dah." Liya membebel sendiri.
Sedang Liya leka melihat gelagat orang keliling, tak lama lepas tu Ammar pun sampai dengan 2 dinner set.
"Thanks Ammar. Belanja aku ke ni? Ke nak aku bayar balik?" Liya mengusik
"Aku belanja lah. Aku yang ajak kan." sambil itu tangan Ammar mecucuk straw ke dalam cawan air dan menuangkan sos cili ke dalam pinggan Liya dan juga pinggannya.
"Sambil tunggu result ni kau buat kerja sambilan apa?" Liya bertanya sambil mengunyah ayam.
"Aku tolong bapak aku niaga dekat pasar. Hari ni memang tak meniaga, tu yang aku melilau bandar ni." Ammar bercerita sambil menghirup air pepsi kegemarannya.
"Rajin kau tolong bapak kau. Bagus. Anak. mithali." Liya memuji.
"Aku dapat tahu haritu lepas habis exam aja kau dah hilang di bawa merantau ye? Kerja apa sekarang?" Ammar bertanya.
"Ye.. Along aku yang culik. Balik mengejut aja masa last paper tu. lepas tu bawa aku balik Selangor. Tak sempat lah aku nak enjoy dulu. Aku ingat bila dah habis paper aku nak buat gathering lah.. pegi picnik kat air terjun kat latar sana. Hmmm.. tinggal angan-angan aku aja lah. Aku rehat seminggu aja Lepas tu dia suruh aku cari kerja. Buat sementara ni aku jadi promoter dekat satu pasaraya dekat Gombak.."
"Kira ni tengah cuti lah?"
"Haah. Aku cuti 3 hari. Jumaat ni aku dah kena balik sebab esoknya aku kerja shif pagi."
Selepas itu suasana hening semula.
Sedang Liya leka menikmati hidangan, dia terperasan yang Ammar sedang merenung ke arahnya.
"Ammar. Kenapa kau tenung aku macam tu? Malu lah aku kau buat macam tu." sambil tu Liya mengangkat handbag dan menutup wajahnya.
"Tak.. Sekarang ni kau dah banyak berubah. Kalau dulu kau pendiam dan pemalu sangat orangnya. Susah sangat nak diajak borak. Sekarang ni macam orang lain pulak yang ada depan aku ni walaupun hakikatnya adalah orang yang sama." Ammar seakan tidak percaya bahawa itu adalah Liya yang dia kenali sejak 2 tahun yang lalu.
"Aku ni kan kerja dengan public, Ammar. Nak tak nak aku kena juga belajar jadi peramah. Promoter kan promote barangan. Kalau pendiam dan pemalu macamana nak perkenalkan barangan dekat customer. Kalau kau nak beli barang. Kau nak yang promoter jenis pendiam atau yang pandai jelaskan pasal barangan?"
"Kalau aku? Aku cari yang pandai cakap lah. Kalau tak macamana aku nak tahu barang tu ok ke tak."
"Haaa.. tahu pun. Maka tu lah aku ni dipaksa dan terpaksa belajar jadi becok.. Dah 4 bulan dekat sana, Alhamdulillah.. dah makin becok kot? hahaha" Kata Liya sambil ketawa.
"Memang pun. Makin becok. Tapi yang paling tak sangka dah makin cantik dan mengancam pun ye aku tengok sekarang. Tu sebab aku macam terpegun sekejap tengok kau." Ammar memuji.
"Kau jangan nak puji aku lebih-lebih ye. Kau ni puji aku lebih-lebih macam ada sesuatu aja?" Liya cuba buat telahan.
Ammar tertunduk dan berdiam seketika. Selepas itu dia memandang tepat ke arah Liya semula.
"Atie.. Langsung kau tak nak bagi ruang dan peluang dekat aku ke? Sampai sekarang tau aku masih tunggu kau. Tu sebab aku tak nak cari lain." Ammar cuba memancing hati Liya.
"Ammar.. Jawapan aku tetap sama. Tak boleh. Aku cuma boleh anggap kau sebagai kawan dan sahabat aja. Untuk lebih dari tu, aku tak bersedia lagi. Lagi pun kita ni bakal sambung belajar kan. Bila dah belajar dan berjauhan, takut nanti hati masing-masing tak kuat. Godaan dari persekitaran tu nanti takut hubungan yang dah kita dijanjikan tu rosak. Aku tak takut dengan kau. Aku tahu kau jenis setia. Cuma Aku takut hati aku sendiri yang tak kuat. Aku takut tiba-tiba aku yang berubah. Aku yang tak kuat. Aku tak nak kau kecewa. Aku tak nak jadi macamtu." Liya menjelaskan sambil buat pengakuan.
"Hati dan perasaan aku dekat kau tetap sama macam dulu juga Atie. Tak pernah berubah. Makin aku rindu dekat kau lagi ada bila dah makin jauh macam ni." Ammar masih cuba memujuk.
"Jangan lah macam ni Ammar. Tak sakit ke rasa diri tu bila cinta kau tak berbalas? Dari dulu lagi aku dah bagitahu, jangan meletakkan harapan yang tinggi sangat dekat aku. Perjalanan kita jauh lagi. Kita capai dulu impian masa depan kita ke menara gading. Lepas tu, baru kita fikirkan yang selebihnya. Impian keluarga dulu kita utamakan. Lepas tu baru fikir diri sendiri." Liya memberi nasihat.
"Tapi Atie.. Dari Tingkatan 6 bawah lagi Ammar dah kejar Atie. Apa kurangnya Ammar ni sampai susah sangat Atie nak terima Ammar dalam hati tu?" Ammar masih tak berputus asa.
"Ammar takde kurangnya. Ammar seorang lelaki yang sempurna. Cukup semua pakej. Ada banyak daya tarikan Ammar yang tersendiri. Atie tahu, Ammar bukan takde yang berhajat untuk datang rapat kan? Ada aja kan? Ramai rasanya. Tapi kenapa tutup hati tu untuk yang mengharap Ammar tu? Kenapa masih juga Atie yang Ammar tunggu? Maaf Atie kata..Cuma hati ni aja yang belum lagi bersedia untuk bercinta."
"Atie kenal Ammar kan? Ammar mana suka dengan perempuan yang terlalu menonjol. Yang nak Ammar tu semua bukan sebab diri Ammar, tapi suka pada luaran Ammar. Suka dengan penampilan Ammar. Tapi Atie tak. Atie pandang Ammar dalam semua sudut. Atie sanggup hadap perangai baik dan buruk Ammar sebelum ni. Ammar tahu sebelum ni Ammar bukanlah budak yang baik. Tapi Atie langsung tak kisah bersahabat dengan Ammar. Atie tak pernah jemu tegur dan bimbing Ammar. Itu yang buat Ammar jatuh hati dekat Atie dan nekad untuk berubah." Ammar masih juga lagi tidak berputus asa memancing hati Liya.
"Ammar... Pleaseee.... Atie merayu.. Tolonggggg jangan macam ni. Atie selesa dengan Ammar macam ni. jadi sahabat sampai bila-bila."
sekali lagi Ammar terdiam dan tunduk.
"Baik. Kita sambung belajar dulu. Kalau ditakdirkan kita ada jodoh, insyaallah kita akan bersua lagi. Tapi dalam tempoh itu Ammar tetap akan tunggu Atie. Ammar akan bawa nama Atie untuk jadi pembangkit semangat Ammar untuk maju."
"Ammar..Jangan lah buat Atie rasa bersalah."
"Ammar dah tak nak paksa Atie lagi. Biarlah semuanya Allah yang tentukan. Sekarang ni kta habiskan makan dulu. Atie pun nak balik jumpa mak kan?"
"Atie tak nak balik dulu. Nak lepak depan rest house sana kejap. Lama tak lepak bawah pokok sana. Rindu lah pulak zaman suka lepak dulu. Mana lah tahu lepas ni dah tak merasa dah. Almaklum dah buzy dengan buku. kan?"
"Cantik juga tu. Ammar pun dah lama tak lepak situ. Last lepak rasanya masa paper last kita dulu kan ramai-ramai berlonggok situ lepas tu jerit merdeka."
"Eh?? Ye ke? Lepas tu dah tak keluar lepak dah ke?"
"Tak.. Sebab lepas 2 hari kita habis paper, ibu Ammar sakit. tak boleh bangun. Tu yang fokus jaga ibu. Sampailah sekarang. Memang tak ke mana lah. Cuma hari ni dan esok aje ayah bagi perlepasan jumpa kawan-kawan lama. Lepas tu kena fokus jaga ibu semula."
"Laa.. ye ke. Ibu Ammar sakit apa? Stoke?" Liya meluahkan rasa simpatinya.
"Haah.. stroke separuh badan pinggang ke kaki."
"Sorry Ammar. Atie tak tahu."
"Takpe. Eh!? Atie letak bag baju dekat mana?"
"Dekat gerai jajan dekat bas stand lah. Kenapa Ammar tanya?"
"Kita ambik bag tu dulu. Lepas tu baru kita lepak."
Setelah Liya tunjukkan yang mana satu bagnya, Ammar terus ambil dan jinjit.
"Ammar hantar Atie balik nanti. Sekali jalan. Kita kan jalan sehala cuma lain kampung aja."
"Tak menyusahkan Ammar ke?"
"Langsung tak. Kalau untuk buah hati Ammar, apa pun Ammar sanggup buat."
"Ammar... saja nak tagih simpati dari Atie kan? Saja nak cuba lembutkan Hati Atie kan?"
"Kenapa? Dah nak lembut hati ke?"
"Takde lah. Cara Ammar ni. Sweet sangat."
"Dulu masa zaman sekolah, mana dapat nak buat sweet macam ni. Atie kan kasar sikit layan Ammar. Cuma kali ni aja Atie layan Ammar lain. Tu yang mencuba nasib ni. Kejap.Ammar hantar bag dalam kereta dulu. Kat parking rest house atas tu aja. Atie duduk santai dulu ye. Nanti kejap lagi Ammar datang.."
"Tolong lah jangan libatkan hati aku ni cinta yang bercabang. Aku cari penyakit namanya kalau libatkan diri. Penatlah aku nak kena hadap dia orang yang setia menanti aku ni. Macam lagu pulak. Di sana menanti Di sini menunggu. Dengan yang dekat kampung lagi... Adoiiii.. parah dah aku ni rupanya.." Hati Liya mengomel sendiri sambil itu wajahnya digosok berkali-kali cuba menghuraikan serabut mindanya.
"Kenapa Atie? Macam tengah serabut aja Ammar tengok?" tanya Ammar sambil melabuhkan punggung nya di sebelah Liya.
"Maunya tak serabut. Kenapa lelaki mudah sangat jatuh cinta dekat Atie ni? Lepas tu sanggup pulak semua nak tunggu. Dah lah Atie ni badan satu, hati satu, jantung satu aja. Nak direbut banyak kumbang. Macamana Atie nak berdepan dengan semua ni?" Liya meluah perasaan serabutnya.
"Maksud Atie? Ada berapa ramai yang tunggu Atie?"
"Malas Atie nak ingat. Lagi buat Atie serabut nanti."
"Ada harapan ke Ammar nak dapatkan Atie kalau dah ramai saingan macam ni?"
"Ammar.. jangan lah ingatkan Atie semua tu. Atie nak rehatkan kepala sekarang ni. Tak nak serabutkan lagi."

Sepanjang lepak bersama Ammar, Liya banyak bertanyakan kisah perkhabaran sahabat-sahabatnya yang lain pada Ammar. . Sambil itu berbual tentang kenangan mereka di zaman sekolah.

Bila tiba waktu balik, Ammar terus aja menghantar sampai ke rumah.
"Ammar ingat lagi rumah Atie ni? Thanks tau hantarkan Atie sampai rumah. Buat susah-susah aja."
"Ammar selalu singgah sini tengok rumah Atie ni bila Ammar rindu dekat Atie. Ada masa petang-petang Ammar join main badminton atau taktaw dekat sini bila lapang."
"Haa?? Kenapa jauh sangat lepaknya?"
Ammar tidak menjawab dan hanya tersenyum.
"Ammar.. Singgah minum petang dulu jom." Tiba-tiba mak Liya muncul di muka pintu dapur dan menjerit memanggil Ammar dan mempelawanya masuk.
"Ammar??? Apa yang dah berlaku sebenarnya ni? Macamana mak Atie boleh kenal Ammar?" Liya terkejut.dengan reaksi emaknya itu.
"Ammar.. cakaplah.. Macamana Mak Atie boleh kenal dengan Ammar..Atie tengah pelik ni." Liya tidak puad hati disebabkan Ammar terus berdiam. Lengan Ammar digoyang diminta buat penjelasan.
Sambil mengeluarkan bag dari bonet kereta dan berjalan beriringan dengan Liya menghampiri rumah, Ammar hanya tersenyum.
Liya terus berlari mendapatkan emaknya Puan Salmah dan disalam dan dipeluk ciumnya bagi melepaskan rindu yang ditanggung selama 4 bulan.
Selepas itu Ammar pulak bersalaman dengan Puan Salmah.
"Mak.. macamana mak boleh kenal dengan kawan Atie ni?'
"Sebulan lepas Along bawak Atie ke sana, Mak keluar lah beli barang menjahit kat bandar. Entah macamana tiba-tiba mak macam nak pitam. Ammar yang kebetulan ada situ nampak mak, tu yang dia sambut mak lepas tu bawa mak ke klinik. Darah mak naik rupanya. Lepas tu Ammar hantar mak balik rumah. Sejak tu lah Ammar kerap juga jenguk mak. Risaukan mak sorang katanya." Emah Liya bercerita.
"Mak tahu tak yang Ammar ni kawan sekolah Atie?"
"Ammar yang tanya mak ni mak pada Nuratiliya Humairah ke sebab dia cam lagi rumah kita ni masa Atie buat open house raya selalu tu untuk kawan-kawan. Mak kata lah "haah mak Atie". Tu yang dia kenalkan diri kata kawan satu sekolah dengan Atie." Mak menjawab.
"Pandai ye Ammar. Atie tak dapat, mak Atie yang Ammar dekat ye.. Pandai.."
"Apa yang dekat apa yang dapat tu Atie? Mak tak faham. Dah lah tu.Minum air tu.Nanti sejuk dah tak sedap"
"Takde apa lah mak."
Liya memandang Ammar dengan perasaan tidak puas hati. Manakala Ammar hanya tersenyum meleret.
"Mak yang suruh Ammar ambik Atie di bas stand. Lepas tu esok pun pergi sekolah dengan Ammar tau. Jangan nak mengada naik bas."
"Haa?? Dengan Ammar? Makkkk... Atie boleh pergi sendiri lah.. Buat apa nak susahkan Ammar."
"Takpe.. satu jalan jugakan. Boleh aja Ammar datang Ambik Atie."
"Ammar.. Ambik kesempatan betul kan? Heeeiiiiii..." Liya melepas geramnya.
"Atie dengan Ammar selalu gaduh macam ni ke?"
"Takde lah. Hari ni aja. Angin dia tak berapa nak ok tu mak."
"Haa??? Mak??? Pulak?? Ammar...." Liya semakin panas hati.
"Mak yang suruh panggil macam tu. Ye lah kerap dia datang jenguk mak sini. Nak harapkan Atie, Along dengan Angah, semua dah jauh diperantauan. Macam Atie, baru ni. lah baliknya jenguk mak. Kalau tak entah bila lah baliknya."
"Alaaaaa... mak ni. saja nak buat Atie nagis rasa bersalah kan.. Sory lah mak. Atie susah nak dapat cuti. Kawan satu department Atie asyik tak sihat aja. Ini lepas cuti pun sebab nak ambik result. Kalau tak susah juga."
"Tak pe.. janji Atie balik jenguk mak. Dah minum." Puan Salmah mempelawa anak gadisnya.
"Ammar.. Kejap lagi kita jumpa dekat depan ye. Ada hal yang tak beres lagi ni." kata Liya dalam nada geram.
Ammar hanya tersenyum.
"Atie.. jangan buli Ammar macam tu lah. Amboiiii.. sekarang dah pandai buli orang ye." Puan Salmah menegur Liya.
"Takpe mak. Ammar nak tengok sejauh mana Atie nak kenakan Ammar. hahaha.."
"Kamu pun satu ye Ammar. Dilayangkan juga kerenah Atie ni kan. Heiii.. tak faham mak."
"Mak.. Ammar balik dulu lah. Ammar nak main takraw kat gelanggang."
"Haa... ye lah. Jangan balik lewat sangat. Dah lah kamu tu datang jauh."
Ammar terus salam Mak Liya dan keluar rumah menuju kereta.
Liya menyusuli Ammar dari belakang..
"Ammar buat apa ni.. Atie tak suka lah cara Ammar macam ni." badan Ammar dipukul berkali-kali.
"Sakit lah.. Tapi best. Buat lagi?" Ammar mengusik.
"Atie tak faham lah.. Kenapa Ammar buat macam ni. Ambik peluang rapat dengan Mak. Apa motif Ammar? " Liya sekan tidak puas hati apa yang Ammar buat.
"Ammar buat apa?? Ammar tolong jagakan mak gantikan Atie kan? Mak tu selalu tak sihat tau? Tu sebab Ammar kerap jenguk mak." Ammar bercerita sambil duduk di bumper kereta.
"Haa?? Mak tak sihat ke? Tadi nampak sihat aja. Ammar jangan buat cerita."
"Kalau atie tak percaya, nanti tengok tupperware bekas isi ubat yang ada dalam almari makanan. Mesti Atie tekejut."
"Ammar buat ni semua sebab dasar tanggungjawab atau ambik kesempatan?."
"Buat apa Ammar nak ambik kesempatan? Semunya kebetulan Atie. Ammar pun ada ibu. Jadi Ammar tak nak mak jadi macam ibu. Bila dah jadi macam ibu. Anak-anak semua risau dan nak jaga mak pun dah makin susah. Dah lah semua anak-anak mak jauh. Jadi Ammar yang kebetulan terserempak dengan mak banyak kali dekat klinik masa bawak ibu untuk rawatan susulan, tu yang rasa tanggungjawab nak jaga mak."
Liya tertunduk dan kelu lidah untuk bertikam lidah terus dengan Ammar.
"Atie..."Ammar dengan nada lembut, terus mencapai kedua-dua tangan Liya dan digenggam erat.
"Ammar.. apa ni? Dah berani ye sekarang?Jangan lah macam ni.. Malu lah kalau mak nampak." Liya cuba melepaskan tangannya dari genggaman Ammar. Liya tidak selesa bila Ammar lakukan sedemikian. Namun Liya gagal melepaskan diri.
"Jom ikut Ammar sekejap. Ammar nak tunjukkan sesuatu dekat Atie. Dah lama Ammar niat nak bagi Atie. Rasanya sekarang masa yang sesuai."
Ammar masih tidak melepaskan tangan Liya dan ditariknya Liya ke belakang bonet kereta. Ammar mengeluarkan satu bag kertas cantik dan diserahkan kepada Liya dalam situasi tangan satu sudah dilepaskan dan sebelah masih digenggam dan tidak dilepaskan.
"Apa ni Ammar? Siap bagi hadiah lagi. Kalau ye pun lepaskan lah Tangan Atie yang sebelah lagi ni. Malu lah kalau orang kampung lalu-lalang nampak."
"Tak nak. Ammar tak nak lepaskan selagi Atie tak buka hadiah tu. Ammar nak Atie buka dulu sekarang. Tangan Atie sebelah yang Ammar tak pegang tu keluarkan kotak dalam bag kertas ni. Lepas tu bagi Ammar pegang."
Liya ikut arahan yang Ammar minta.
"Sekarang Atie buka kotak ni."
Sebaik aja dibuka, Liya sangat terkejut.
"Ammar.. mahal ni. Tak sanggup lah Atie nak terima." Liya menolak.
"Ammar nak Atie terima juga. Tanda persahabatan kita." Dalam pada itu Ammar keluarkan Jam dari kotaknya dan pakaikan di tangan kiri Liya yang masih dalam genggamannya..
"Ammar.. Jam Ammar sama dengan jam Atie?"
"Haah. Ammar beli sepasang. Dah lama tau Ammar kumpul duit nak beli jam.ni. Alhamdulillah.. bulan lepas Ammar dapat beli jam ni.."
"Kenapa membazir duit. Kan duit tu boleh guna untuk sambung belajar?"
"Untuk belajar, Ammar dah asingkan. Untuk beli jam ni Ammar dah khas kan. Oh..ya..Ada lagi satu Ammar terlupa." Tangan Liya masih tidak dilepaskan. masih juga di genggam.
"Apa lagi Ammar.. Cukup-cukup lah jangan bagi hadiah lagi dekat Atie. Atie malu lah."
"Nah.. Esok Ammar nak Atie pakai tau baju ni masa ambil result."
"Apa ni??" Liya mengeluarkan Isi dalam bag kertas dan membeleknya.
"Baju dengan tudung?"
"Ammar dah lambat ni. Esok jangan lupa pakai tau."Sebelum dilepaskan tangan Atie, Ammar sempat mencium belakang tangan Liya dan berlari melangkah masuk kereta.
"Ammar... apa ni?? kenapa buat macam tu?? Adooiiii.. Ammar!!!" Liya semakin bengang.
"Esok jangan lupa. Ammar datang ambik pukul 9 pagi di rumah ni. Jangan nak mengada nak pegi sendiri ye."
"Ye.. " Liya buat muka bengang dan tak puas hati.
"Comel buat muka macam tu. Esok ammar nak tengok lagi muka macam tu tau."
"Ammar!!! Tolongggggg... lahhhh.. Tak suka lah Ammar buat macam ni.."
"Bye.. Jumpa esok. Assalamu'alaikum."
"Waalaikummussalam ..." Liya menjawab dalam nada bengang. Ammar hanya ketawa dalam kereta sambil berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience