Tiba hari yang di nanti-nantikan... Nuratiliya Humairah di rias cantik dengan berkurung putih dimakeup cantik dan sangat berseri. Riak wajah Liya sangat berseri. Terserlah kebahagiaan yang terpancar di wajah Liya.
"Sham, kau nak tengok Atie nikah? tapi kau pakai menutup muka lah. Jangan bagi ketara. Aku kenalkan kau sebagai kawan aku. Nak tak" Munir mempelawa.
"Boleh ke? Aku takut Atie cam aku. Dia tu tengok mata pun dia boleh cam." Sham seakan tak yakin.
"Aku pasti, Atie takkan perasan." Munir cuba meyakinkan.
Sham memandang Isma meminta kepastian. Isma hanya tersenyum dan angguk tanda membenarkan.
Ketika Munir menolak masuk Sham ke ruang wad Liya, semua waris sudahpun berada di sisi Liya. Hati Sham mula sayu bila melihat Liya yang kelihatan sangat bahagia. Wajah seri pengantin nya sangat terserlah.
"Sayang... abang tumpang gembira kalau sayang bahagia bersama Hakim. Abang sangat mengharapkan supaya sayang segera kembali pulih dan sihat macam kita mula kenal dulu. Sayang, abang sebenarnya rindu sangat dengan sayang. melihat sayang senyum manis macam ni, terubat segala rasa rindu yang abang diamkan selama ni. SELAMAT PENGANTIN BARU sayang. Semoga sayang kekal bahagia bersama Hakim hingga hujung nyawa kamu berdua." hati Sham berkata sendiri tanpa sedar air matanya mengalir disebalik topeng wajah (face mask)
Majlis akad nikah berlangsung dengan sangat mudah dan berjalan dengan lancar.
Saat berlangsung sesi bergambar, tiba² Liya rebah tidak sedarkan diri. Dalam masa yang sama juga Sham pun sama. Keduanya tiba2 tidak sedarkan diri. Suasana menjadi panik dan keduanya diberikan rawatan kecemasan. Kedua-dua nya juga di tolak serentak ke dewan kecemasan. Mana kala Liya di tolak ke ruang pembedahan.
Suasana cemas itu membuatkan semuanya menjadi terduduk lemah.
Sementara di ruang kecemasan, Hakim membatalkan cutinya dan terus masuk bertugas dan terus merawat Sham. Manakala Indra menguruskan Liya.
Liya dan Sham disegerakan lakukan pembedahan serentak.
Keluarga Sham tiba tidak lama kemudian dan turut sama menanti dalam kebimbangan.
Jam demi jam terus berlalu. Khabar berita dari kedua-dua ruang dewan bedah masih tak muncul tiba. Semua waris yang menunggu masing-masing dalam keadaan gelisah.
8 jam masa terus berlalu.. Khabar berita masih terus di nantikan. Masa terus berlalu. Sebaik aja berkumandang azan Isyak, Hakim dan Indra keluar serentak dari ruang bilik bedah dalam wajah yang sangat sukar ditafsirkan.
"Hakim.. Indra.. apa perkhabaran kisah dua²nya?" Munir bertanya.
"Makcik. kami harap makcik dan pakcik sekeluarga sabar dan tabah untuk terima berita ini." Hakim mendapatkan waris Sham dan memulakan penjelasan keputusan selepas berlangsungnya proses pembedahan yang panjang.
"Kami dah cuba sehabis daya. segala usaha dah kami buat untuk selamatkan Sham. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Kami nak mintak maaf. Sham tak dapat diselamatkan. Sham menghembuskan nafas terakhir jam 8.35 malam tadi." Sham dalam nada sebak yang ditahan, menyampaikan berita kepada waris Sham. Waris yang hadir semua terkejut dan terduduk lemah.vSuasana sebak terus melanda. tangisan waris semua kedengaran.
"Indra, apa khabar berita Atie." Along Dee terus bertanya.
"Along, pembedahan jantung Atie berjalan lancar, tapi darah beku yg berada di saluran otak Atie mengalami pembengkakan. Kalau kita buat pembedahan dalam jangka masa terdekat ni, akan merisikokan keadaan disebabkan keadaan jantung Atie yg sgt lemah saat ni." Indra memberi penjelasan.
"Habis tu macamana sekarang?" Along Izah pula bertanya.
"Atie masih dalam pemantauan yg teliti dari kami. Situasi Atie sebenarnya sangat membimbangkan. Dalam keadaan jantung Atie yg sangat lemah memungkin boleh kepada risiko kematian. Tapi seboleh mungkin kami akan cuba untuk selamatkan Atie. Kami akan cuba untuk perkara itu berlaku. Cuma apa yang di harapkan semua ahli keluarga mendoakan agar Atie kembali stabil dan membolehkan kami lakukan pembedahan segera mengeluarkan darah beku di otak Atie." Sekali lagi Indra membuat penjelasan.
Rusdee, Izah, Munir dan semua waris Liya di saat itu terduduk lesu sebaik perkhabaran itu di sampaikan. Hakim yg saat itu baru mendengar perkhabaran mengenai isteri tercintanya turut terduduk di atas lantai sambil menangis.
"Atie sekarang kami tempatkan di Unit Rawatan Rapi. Pemantauan rapi akan kami buat di sana nanti. Buat masa ini Atie tak dibenarkan sesiapa pun melawat dan hanya boleh di lihat melalui luar cermin sahaja. Harap semua bersabar dan berdoa semoga Atie kita dapat selamatkan dan pulihkan." Indra memberi kata dua sambil menepuk bahu Hakim memberi semangat kepadanya.
jenazah Sham diuruskan. oleh keluarganya. Suasana sayu menyelubungi keadaan ketika itu. Seisi keluarga Liya yang berada di hospital ketika itu termasuk Hakim, Munir dan Indra juga turut hadir sama ketika pengkebumian Sham. Izah dan Rusdee merasakan sangat bersalah atas apa yang berlaku terhadap Sham. Penyesalan yang sukar untuk dimaafkan. Diri mereka sendiri tak mampu untuk menerima yg kini mereka adalah pembunuh kepada kematian Sham.
Selesai pengkebumian, Izah dan Rusdee mendapatkan ibu dan ayah Sham bagi memohon aaf atas apa yg berlaku terhadap Sham. Mereka membuat pengakuan apa yang berlaku terhadap Sham selama ini adalah disebabkan mereka. Mereka rasa Angat bersalah.
"Makcik.. Pakcik.. andai pakcik nak buat laporan kepada polis berkenaan kesalahan kami yang menyebabkan kematian Sham, kami sanggup terima. Kami sanggup terima hukuman." Rusdee berkata sambil menangis menyesal atas apa yang berlaku.
"Rusdee... Izah... kami dah tahu sebenarnya apa yang berlaku walau Sham tak cerita kepada kami. Awalnya dulu memang kami nak buat laporan polis, tapi bila Sham dah tahu yang Kami semua dah tahu apa yang berlaku Sham melarang. Dia tak nak Atie di apa²kan. Sayang sangat cintakan Atie... Dia sanggup biarkan jiwanya tersiksa demi kebahagiaan Atie. Sebenarnya berkenaan kecederaan Sham, dia dah sembuh sepenuhnya. Cuma jantung dia sahaja yang dalam keadaan yang tidak stabil memandangkan emosi dan jiwanya yang sangat terganggu masa tu. Sham tak menjaga kesihatan. Dalam usaha nak lupakan Atie dia buat kerja berat. buat lah apa juga kerja yang boleh dia melupakan Atie. Yang nyata bila tiba waktu malam, Sham banyak menangis termenung sendirian. Banyak termenung. Kurang tidur yang buatkan jantung dia jadi tak menentu. Dia kerap sakit dada tapi tak nak dapatkan rawatan sampailah pada hari Hakim panggil untuk berjumpa dia. Masa tu kah Sham terus ditempatkan di hospital smpailah dia hembuskan nafas terakhir semalam." Ayah Sham membuat penjelasan.
"Rusdee.. Izah.. Sham dah amanahkan kepada kami supaya tak membuat laporan polis. Memandangkan Sham dah sembuh sepenuhnya masa tu dari kecederaan, kami bersetuju. Dia pergi bukan disebabkan kamu berdua. Sham memang sebelum ini ada sakit jantung, cuma sakitnya jarang menyerang semenjak dia bercinta dengan Atie. Selepas apa yang berlaku antara aatie dan Sham, sakit Sham datang semula cuma tak teruk lagi. Jangan lah kamu berdua bimbang. Kamu berdua tak akan kami buat laporan polis. Kamu berdua pun dah menyesal kan apa yang dah kamu lakukan? Itu pun dah memadai. Sham pun dah maafkan kamu berdua sebenarnya. Dia tahu. Kamu berdua buat macam tu sebab kamu sayangkan Atie dan tak nak Atie dipermainkan perasaannya.. Jangan lah kamu bimbang. Semuanya Sham dah maafkan." Ibu Sham pula memberi penjelasan. Akhirnya mereka berempat berpeluk sesama sendiri tanda mintak maaf.
Share this novel