Liya agak sibuk melayan pelanggan ketika itu. Dia langsung tidak menyedari yang tindak-tanduknya diperhatikan. Setelah department nya mulai berkurangan pelanggan yang datang, Liya ambik peluang untuk duduk di penjuru department untuk berehat meluruskan kakinya. Kakinya di ketuk-ketuk di bahagian peha hinggalah betis berkali-kali bagi menghilangkan rasa lenguhnya.
Sedang Liya berbual dengan rakan sebelah department nya sambil memicit-micit kakinya, tiba-tiba...
"Assalamulaikum... Atie penat sangat ke tu sampai picit kaki?"
"Eh!? Siapa pulak yang tegur aku ni guna nama tu? Sedara mara along aja yang panggil nama tu? Siapa juga lah dia ni ye? "
Liya bergumam dalam hati kehairanan..
Sebaik aja di dongakkan kepalanya ke arah suara yang menegurnya tadi...
"Ehh!? Abang Munir ke... Atie ingatkan siapa lah tadi."
Kemudian sambil bangun membetulkan pakaiannya, Liya memandang Munir dengan wajah berkerut penuh kehairanan..
"Kenapa Atie pandang saya macam tu? Ada yang tak kena dengan cara saya pakai hari ni ke?" Menyedari liya seakan pelik dengan cara penampilannya, Munir minta penjelasan.
"Takde lah.. kenapa Abang Munir dtg jumpa Atie pakai seragam macam ni.. semua orang pelik tgok Atie tau skrg ni. Mesti diaorang ingat Atie ada buat salah. Apa lah Abang ni.."
"Saya ada urusan dekat bangunan sebelah ni tadi. Dah alang-alang dah dekat, tu yang saya singgah nak jumpa Atie sekejap sebelum balik."
"Laa.. Ye ke.. Nak ajak Atie deting lah ni ye?" Liya mengusik.
"Kalau boleh lah.. hahaha.." Munir membalas.
"Boleh je.. Setengah jam lagi Atie nak keluar rehat ni. Kalau Abang Munir berhajat gak nak temankan Atie rehat, Abang Munir tunggu lah Atie dekat lobi depan bawah sana. Sementara tunggu Atie tu, abang boleh lah intai tengok kot mana yang abang berkenan.."
"Atie nak suruh saya intai tengok apa atau siapa ni?" Munir cuba meneka.
"Dua-dua pun boleh. Intai belek apa yang berkenan.. sambil tu boleh lah juga intai keliling kot lah boleh cari kotlah boleh dibuat calon suri hati." giliran Liya pulak mengusik.
"Hishhh.. mana boleh buat semua tu kalau tgh pakai uniform ni. Menyalahi tata susila tau.."
"Ooh.. ye ke.. Atie bergurau aja lah.. Takkan lah Abang Munir ambik hati."
"Kalau dengan Atie saya tak pernah ambik hati lah sangat. Saya suka aja.." sambil tu Munir membelek kasut di rak yang yang dipamerkan.
"Yang dipegang beria sangat belek kasut perempuan tu, Abang Munir berkenan ke? Nak belikan untuk siapa?"
"Macam saya berkenan lah pulak dengan reka bentuk kasut ni. Macam nak belikan untuk seseorang lah pulak.."
"Biar betul Abang Munir? Nak belikan untuk Si Dia lah ni ye nak ambik hati? Ok.. bgtahu saiz kasut dia. Nanti Atie ambik kat stor. Ni stok baru sampai semalam.. Ni kira Abang Munir lah pembeli pertama."
"Oh.. ye ke.. boleh juga lah.. ikut saiz kaki Atie. Dia lebih kurang macam Atie juga."
"Ok.. kejap Atie pegi ambikkan dekat stor."
Selepas beberapa minit, Liya bawa kasut yang diminta oleh Munir.
"Cuba Atie pakai. Saya nak tengok sesuai atau tak. Kalau sesuai, saya nak beli."
"Atie ni tak biasa pakai kasut tumit tinggi macam ni tau. Kalau Atie nak jatuh Abang Munir sambut tau.."
"Atie pakai aja dulu saya nak tengok."
Liya pun pakai dan cuba memperagakan. Sedang Liya baru nak melangkah 4 tapak, tiba2 Liya terjatuh dan dengan pantas Munir sambut Liya dari terjatuh ke lantai.. Dalam situasi Liya dalam dukungan Munir, pandangan mata mereka tiba-tiba bertaut satu sama lain dalam beberapa ketika. Sedar-sedar ada suara batuk dan berdehem dari belakang Liya.
"Amboiiii.. Liya.. bestnya dia didukung dengan abang hansem. Abang polis pulak tu..bukan main lagi dia ye..." kedengaran suara Suzie menegur dari belakang..
menyedari mereka berdua diperhatikan dan menjadi tumpuan umum, Munir dengan cepat turunkan Liya dan membetulkan pakaiannya.
"Tulah.. ni semua salah abang Munir. Siapa suruh Atie pakai. Kan dah jadi drama lah pulak kat sini.. Malu Atie tau. Tak pasal-pasal jadi bahan gosip dekat sini nanti." sambil tu Liya sempat memukul bahu Munir melepaskan amarahnya
"Saya suruh Atie pakai aja.. bukan suruh jalan dengan kasut tu. Nasib baik kasut tu tak rosak. kalau tak kesian saya kena beli kasut rosak."
"Kalau kasut tu rosak, Atie lah yg kena ganti sebab atie yang rosakkan.. Bukan Abang Munir."
"Dah lah. Bungkus semula. Saya nak beli kasut ni sebab nampak cantik sangat bila Atie pakai. Kalau dia pakai pun mesti cantik."
Liya pun perkemaskan kotak kasut Yang Munir nak dan di isi ke dalam bag kertas khas.
"Atie belanja bag. Senang abang Munir nak bagi dekat dia nanti." Liya menghulurkan bag kasut berkenaan.
"Saya pegi bayar dulu. Nanti saya tunggu Atie dekat bawah."
"Ok."
Sebaik aja Munir ke kaunter bayaran, Suzie datang menghampiri liya.
"Liya... hensemnya pak polisi tu Liya.. Pakwe baru Liya ke?"
"Itu sepupu Along Dee. Liya baru je kenal dia masa rewang kenduri kawin adik Along Dee minggu lepas. Takde maknanya dia pakwe Liya. Dia dah ada pilihan sendiri lah. Liya kawan biasa aja dengan dia."
"Ye ke? Kak Sue tak percaya lah. Cara dia pandang Liya lain macam aja tadi. Macam dia dah suka Liya aja."
"Hishhh.. akak ni.. mengarut lah.. Oh! Ya.. Nanti rehat Liya tak sama dengan akak tau. Liya keluar dengan Pak Polisi tadi."
"Wahhh.. mesti Best bila bergandingan dengan dia yang segak bergaya tu. Siapa nama dia Liya. Terpikat pulak akak dengan dia."
"Nama dia Munir. Inspektor Munir bahagian siasatan jenayah."
"Maakkk... aaiiiiii... Patut juga lah sado. Bhgn JSJ rupanya.. Mantopppp.. gitu."
"Eeehhhh... kak Sue ni. mulalah datang gatalnya tu."
Selepas itu Liya memandang jam di pergelangan tangannya..
"Eh.. Liya keluar rehat dulu. Nanti tertunggu-tunggu pulak si dia kat bawah sana. Bye Sis..
Selepas Liya punch card rehat Liya terus dapatkan Munir di kereta yang sedang sedia menunggu.
"Hai.. Lama ke Abang Munir tunggu?"
"Takdelah. Saya baru aja masuk kereta ni." Munir keluar dari kereta dan berjalan menghala ke arah Liya.
"Atie ada masa rehat 1 jam aja tau. Sekarang ni Abang munir bgtahu, kita nak makan dekat mana. Atie dah lapar sgt ni." Liya memberitahu.
"Ala.. pendeknya masa rehat Atie. Kalau macamtu, kita makan dekat kawasan sini ajalah. eemmmm... apa kata kita minun petang dekat warung seberang jalan tu aja? " Sambil itu Munir menutup semula pintu keretanya yang terbuka tadi dan menekan kunci autonya.
"Boleh je.. Jomlah.." Liya mengajak.
Mereka pun beriringan berjalan ke arah jalanraya untuk melintas. Ketika melintas, Liya dengan automatik memegang lengan Munir. Manakala Munir pulak trus genggam jemari Liya dan pandu Liya melintas bersama. Jemari mereka berterusan bertaut sehinggalah depan warung yang dipilih.
"Abang Munir.. Kenapa semua pandang kita ni?"
"Mana saya tahu.. Eh.. Jomlah kita cari tempat. Kata Atie lapar tadi."
Dalam pada jemari mereka masih bertaut, Liya ditarik oleh Munir ke meja yang kosong.
"Abang Munir.. Abang Munir.. Boleh tak lepaskan tangan Atie? Patut juga lah semua pandang Kita. Abang Munir buat tangan Atie ni macam penjenayah lah pulak dipegang aja sampaikan tak nak lepas.
"Oppssss... Sory.. Saya tak sengaja. Atie punya hal lah tadi Tiba-tiba pegang saya masa nak melintas. Yang saya ni pulak tak sedar bila masa lah pulak pegang tangan Atie. Atie tegur tadi baru saya perasan. Tu yg saya cepat lepaskan." Munir buat penjelasan.
"Atie memang jenis penakut bila nak lintas jalanraya. Selalunya kawan Atie yang keluar rehat dgn Atie yang akan pimpin Atie melintas. Kawan Atie tu akan pegang sama macam Abang Munir pegang tadi tu lah.. Yang bezanya kawan Atie tu perempuan. Abang Munir ni lelaki. Lepastu pakai seragam polis pulak. Itu yang org nampak pelik kot.." Liya membuat andaian.
"Dah lah.. jom kita oder makan. Tadi kata Atie dah lapar ni. " Munir mengubah topik.
Setelah dapat oder dan menikmati hidangan sambil berbual tiba-tiba Munir senyap.
"Atie.. boleh saya nak tahu apa nama penuh Atie sebenarnya? Saya tadi ada dengar macam kawan Atie tu panggil Atie nama lain."
"Nama penuh Atie.. NURATILIYA HUMAIRAH. Memang kawan-kawan sini panggil nama Atie lain.. kawan-kawan sini panggil Liya. Kenapa Abang Munir tanya? Nak tukar panggilan nama untuk Atie juga ke?"
"Tu lah.. macam nak tukar panggilan tu. Bagi bunyi manja n lembut sikit hati ni nak sebut."
"Ada-ada aja lah Abang Munir ni. Suka hati lah.. Ikut keselesaan Abang Munir lah. Atie ikut aja."
"Emmmmm... Apa kata kalau saya panggil Humairah? Dan lagi satu.. boleh tak jangan panggil saya abang. Humairah dengan saya ni pun bukannya jarak umur jauh sangat. beza 4 tahun aja.. Panggil nama biasa aja.. boleh?"
"Laaa.. kita ni beza umur 4 tahun aja ke? mati-mati saya ingat sebaya dengan Along."
"Sampai hati. Nampak tua sangat ke saya ni Humairah.."
"Bukan macam tu.. takpe lah.. Oklah macam tu.. saya setuju.. Munir."
"Kan lebih mesra menusuk jiwa macam tu.."
"Munir. Hari Jumaat ni Humairah cuti. Macam bosan lah pulak tak buat apa-apa dekat rumah. Munir free tak masa tu?"
"Kan cuti kita sama hari.. Memang lah Munir free. Kenapa? Nak ajak dating lagi ke?"
"Bukan lah dating.. pegi jalan-jalan je. Tapi Munir kenalah mintak izin dengan Along Dee dengan Along Izah dulu. Kalau tak nanti dia orang bising."
"Takde masalah lah tu.. hal kecik aja.. Kejap. Munir try call."
Munir pun keluarkan telefon bimbitnya di dalam poket dan mula mendail.
"Assalamu'alaikum.. Along. Kau tengah sibuk tak ni? Kalau kau sibuk aku call kemudian aja lah nanti."
"Aku tengah minum petang dengan Atie ni depan tempat kerja dia. Hari Jumaat ni aku dengan Atie cuti sama. Aku ingat nak pinjam Atie sehari nak bawak dia keluar berjalan. Itu pun kalau kau izinkan lah..
"terima kasih Along Dee. Ye.. insyaallah.. aku jagakan nanti. Kau tak percaya aku ke Long?"
"Kalau aku nak buat hal takdenya aku nak mintak izin dengan kau lah.. baik aku bawak lari aja.. hahaha.."
Sambil berbual di telefon Munir merenung ke arah Liya.
Liya kurang selesa dengan tindakan Munir dan buat isyarat muka berkerut masam ke arah Munir. Munir yang melihat hanya tersenyum dan kemudian ketawa.
"Takde apa.. Si Atie ni ha.. buat muka dekat aku. tu yang aku gelak."
"Haa.. ok.. Wa'alaikumussalam.." Munir terus matikan talian dan menyimpan telefon bimbitnya di dalam poket semula.
"Apa kata Along?" Liya teruja nak tahu apa yang dibualkan oleh Munir dengan Along Dee.
"Along bagi.. cuma katanya jangan buat hal aja lah."
"Munir berani ke nak buat hal dengan Humairah? Kalau Munir buat hal, Kita report kat Balai tahu lah.. Biar Munir kena tindakan disiplin. Padan muka."
"Ooo.. Ugut Munir ye.. Xpe. Kalau macam tu tak jadi lah Jumaat ni."
"Humairah tak kisah. Tak jadi pun takpe. Mana tahu tiba-tiba Humairah ada agenda lain. Takde lah bosan sangat."
"Munir gurau aja lah. Itu pun nak sentap ke?"
"Tak sentap. Geram aja sebab Munir suka kenakan Humairah."
Munir hanya tersenyum sambil menghabiskan airnya.
"Munir.. Humairah dah nak kena masuk kerja semula ni. Jom."
Munir memandang jam tangannya..
"Haah.. Jom."
Selepas membayar mereka berdua pun bergerak untuk melintas jalan.
"Humairah nak Munir pegang atau Humairah nak melintas sendiri?"
Liya terdiam di tepi jalan. Liya tak mampu untuk membuat keputusan.
Tanpa membiarkan Liya berfikir lama, Munir terus capai tangan Liya dan memimpin Liya melintas jalan. Liya hanya menurut dan membalas genggam Munir bagi menghilangkan rasa gementarnya.
"Lambat sangat Humairah buat keputusan Munir capai aja lah. Kalau tunggu Humairah, mau sampai ke sudah tak akan lepas melintas.."
Liya hanya tersenyum malu.
"Thanks Munir sebab faham."
"Hari Jumaat ni jadi tak keluar sama?" Munir minta kepastian.
"Jadi lah.. Dah dapat lampu hijau kan? Ke Munir yang tak nak?" Liya mengusik.
"Eeehhhh... mana boleh tak jadi. Munir yang mintak izin tadi kan. Nanti Khamis petang lepas waktu kerja, Munir singgah sini lagi untuk confirm kan. Takut nanti tiba-tiba Munir ada kes."
"Ok. Humairah naik dulu. Assalamulaikum.."
"Waalaikummussalam..."
Selepas itu Liya terus menghilang di sebalik bangunan"
Share this novel